Wednesday 20 November 2013

BAB 3 - ENCIK JIPANG & CIK HARLEY DAVIDSON

BAB3

“Suka sangatlah tu Kak Piah!” jeling Chinta. Mengekek Kak Piah mentertawakannya yang tak pasal – pasal kena marah dengan Tan Sri Muhzaini kerana mengintai Yazid yang sedang duduk membaca akhbar di hujung rumah rehat mereka.

“Habislah....” Kak Piah menyiku perlahan pinggang Chinta. Yazid masih di situ . Ruangan sukan masih belum habis dibacanya lagi.

“Kak Piah... adakah cinta itu membuatkan hati berentak dangdut dan disco?” bisik Chinta ke telinga Kak Piah yang kecil itu. Hanya kerutan yang diberikan sebagai balasan.

“Sejak bila kau suka dangdut?”.

“Diamlah kak Piah... , jom kita pergi sana dan cakap benda – benda ekslusif yang menggambarkan kematangan pemikiran kita. Ha...baru dia terpikat” paksa  Chinta.

Manalah Kak Piah tu tahu nak berbual mengenai perkara yang ekslusif! . Kalau tanya macam mana nak buat sambal belacan dia tahulah tetapi sebab arahan anak bos, terpaksa diikutkan juga.

Terus  Chinta menarik tangan Kak Piah. Sengaja meletakkan telapak tangannya yang melintang ke dahi. Berpura – pura seperti memandang laut yang indah. Kak Piah ikut sahaja apa yang Chinta buat. Kalau Chinta mengetuk dahinya dengan jari telunjuk, itu jugalah yang Kak Piah akan lakukan. Chinta mengerutkan dahi memberi isyarat agak Kak Piah berhenti dari meniru kelakuannya.

“Hmmm.. Kak Piah rasanya cuaca di sini akan tenang tanpa angin kencang ke?” soal Chinta.

La... tanya aku pula. Pergi lah google kat internet tu. Macam Tan Sri upah aku buat kajian pasal cuaca. Lantaklah.,... aku jawab je.

“Ketenangan angin tanpa kencang itu sampai 20 minit sahaja Chinta. Menurut peramal kaji cuaca, angin lentang bahaya untuk laluan kereta” Kak Piah mengangguk – angguk. Yakin sungguh!. Yazid menutup wajahnya dengan suratkhabar. Menahan tawa yang masih mampu disekat.

Chinta mencubit Kak Piah. Mulalah Kak Piah naik angin.

“Eleh.. nak ngurat Si Yazid ni nguratlah! Tak payah ajak akak. Bila orang tolong cubit pulak. Malas nak layan” Kak Piah terus pergi meninggalkan Chinta yang sudah pun kemerahan wajahnya akibat malu ditenung Yazid dengan senyuman.

“I rela di ngurat hahahahahhaa” Yazid bangun dan ketawa besar.

Kak Piah!!!!! Potong gaji!.

                                                  ***************

Kehadiran Hamka di pantai Port Dickson itu sedikit mengejutkan Chinta. Dengan kereta mewahnya, Hamka memandang Yazid hanya dengan sebelah mata sahaja sewaktu Yazid sibuk mengelap motor jipangnya. Chinta mengeluh tetapi otaknya mula mengatur satu rancangan bagi menimbulkan rasa cemburu di hati Yazid. Itu pun kalau cemburu...

Chinta memaksa bibirnya mengukir senyuman paling manis buat lelaki paling merimaskan dalam hidupnya. Dengan tawa manja, Chinta berlari anak mendapatkan Hamka.

“Hai... Beli... eh, Hamka!!!”

Yazid menjungkitkan sebelah keningnya. Hanya mampu memandang dan memerhati sejauh mana ‘gedik’nya Chinta waktu itu.

“Hi... papa you ada rumah?” soa Hamka. Segugus kunci di putar – putar sambil tangannya menyeluk poket seluar. Kolar baju dinaikkan agar nampak lebih stylo. Yazid....... cuma sengih. Nak potong kolar kau senget sebelah pun aku tak kisah!.

Hamka memeluk Tan Sri Muhzaini dan matanya masih melirik Yazid di situ. Tan Sri Muhzaini memanggil Yazid masuk ke dalam rumah untuk berbual – bual bersama mereka. Yazid menurut.

“Hmmm.. ini driver merangkap pomen ke uncle?” kata – kata itu membuatkan hati Chinta pula yang panas sedangkan Yazid nampak selamba sahaja mendengarnya.

“Selalunya kalau sayalah jadi awak... kalau tak layak kerja pejabat pun, baik saya kerja kilang daripada jadi pemandu macam ni” misai ciputnya disentuh seketika.  Aish.... makin melampau pula Si Beliak ni....

“Nasib baik Tan Sri tak suruh you kahwin dengan dia hahahhahaha!. Nanti hari nikah datang masjid naik jipang!!!”

Chinta memandang wajah Hamka yang pada pandangannya itu sudah kecil seperti semut. Mahu sahaja disembur dengan sheltox bagi mati cepat. Sedap betul  mulut Si Beliak ni.

“Hei... hamka. Dia Yazid Ahmad. CEO Unicorn Holdings” Tan Sri Muhzaini menyampuk. Terus terdiam  dan terkunci akan bibir Hamka yang sedikit lebar itu. dikesatnya peluh di dahi yang keluar serta – merta.

“Uncle suruh Hamka datang sini untuk minta bantuan Yazid sebenarnya. Yazid mungkin boleh tolong Hamka pasal syarikat Hamka yang dah  rugi banyak tu”

Tertunduk Hamka waktu itu. mana mungkin dia menentang mata lelaki yang sepatutnya di ambil hatinya tetapi awal – awal lagi sudah dikutuk sedemikian rupa. Tolak rezeki sendiri!.

“ You boleh buat appointment dengan secretary I Isnin nanti” Yazid terus bangun dan keluar untuk menyambung akan kerjanya yang tergendala tadi. Chinta tidak dapat menahan gelak. Di ketawakan Hamka sampai merah – merah mukanya.

“Tu lah... berlagak lagi!” ejek Chinta terus menerus. Hamka melepaskan pandangannya ke luar jendela. Memandang Yazid yang masih asyik membelai kekasih besinya itu. Niatnya untuk makan tengahari bersama dengan Chinta dibatalkan begitu sahaja. Terus dia pulang ke hotel. Muka sudah tidak mampu mendongak untuk menentang wajah Yazid.”

Chinta menghampiri Yazid.

“Tak sangka awak suka juga dengan Beliak ala – ala elvis tu ye?” sengih Yazid.

“Ala,,, orang nak bagi awak jelous je. Bukannya apa” Chinta yang duduk mencangkung di hadapan Yazid itu tersenyum malu.

“Jelous?.... jadi mulai sekarang saya tak boleh biarkan kekasih saya kerja dengan awak lagi lah. Nanti habis awak kerjakan dia” mata Yazid masih tertumpu pada ekzos motornya.

“kekasih?”

“Yalah... kekasih saya...  Piah”

“Kak Piah tu?”

“Iya... jangan sebut nama kekasih saya dengan intonasi macam tu. Saya tak suka. Lihat macam mana Piah tu..anggun, menawan dan yang penting natural beauty. Lagi – lagi kalau dia pakai bedak sejuk macam malam tadi. Terserlah akan kecantikannya” Yazid bangun dan terus masuk ke dalam rumah. Chinta menggenggam penumbuk dan terus ke pantai. Benci.

Kak Piah yang sedang memegang segelas air sejuk terpaku di situ apabila mendnegar ‘luahan’ Yazid tadi. Tidak sangka!!!!. Yazid jatuh cinta padanya...

Kak Piah masuk ke dalam rumah dan berlari masuk ke dalam bilik. Menelek wajahnya di hadapan cermin.

“Tak Sangka!!!!!!!!” kak Piah melompat – lompat sendiri.

                       *************************

Waktu makan tengahari mereka semua sudah pun duduk menunggu Kak Piah menghidangkan makanan. Semua mata di meja makan itu terbeliak malah mulut mereka terkunci terus daripada bersuara apabila melihat muka Kak Piah yang penuh dengan bedak sejuk. Chinta terbatuk – batuk. Ini mesti dia dengar apa yang Yazid cakap tadi ni....... aduh! Chinta memicit – micit kepalanya. Takkan nak bersaing dengan kak Piah kot!. Yang kak piah ni pun satu, Pak Borhan Botak tu kan ada!. Si Yazid ni juga dia nak try...

“Ni.. untuk Yazid” air minuman dihulurkan dahulu pada Yazid. Tan Sri Muhzaini yang sedang mengangkat tangan untuk menyambut gelas yang difikirkan untuknya itu tercengang – cengang.

“Ini nasinya” .. masih buat Yazid.

“Piah!!” marah Tan Sri Muhzaini.

“Apanya Tan Sri ?” jawabnya dengan selamba.

“Wahhhhhhhhhhh.....” Chinta dan Puan Sri Laila lebih terkejut. Yazid gelak besar dan menghulurkan pinggan nasinya ke tangan Tan Sri Muhzaini.

Memang undang – undang di rumah Tan Sri Muhzaini yang semua orang didalam rumah mesti makan bersama. Kak Piah tidak lalu untu menjamah makanan yang enak – enak di hadapan matanya. Mananya nak lalu kalau asyik curi pandang Yazid yang usianya kurang 9 tahun daripadanya itu.

Chinta merapatkan tubuhnya berdekatan Kak Piah. Dia berbisik.

“Kak Piah punya ikan tak sedap hari ni...sebab Kak Piah sibuk dok intai anak ikan. Makwe anak ikan tu marah tau!”

Kak Piah mencebik. Dia berbisik kembali.

“Kalau makwe dia tak vouge jangan salahkan ikan lebih tua. Tengoklah body ikan ni.... bergetah! “

“Bergetah apanya kalau dah kertu” balas Chinta.

“Jangan marah...kertu – kertu pun Yazid  jatuh cinta dengan Piah ni okey!. Siap marah you...you...you... kalau cakap dengan suara yang kasar pasal i. You ada?” jeling Kak Piah. Bukannya Yazid tak dengar. Bisikan Kak Piah yang bersuara lantang tu tak macam berbisik pun.

“Mana akak tahu Yazid suka akak?” soal Chinta. Yazid yang mendengarnya terus merenung wajah Kak Piah dengan senyuman gatal. Kak Piah apalagi!!!

“Arghhhhh.... benci. Ikan Kak Piah tak sedap, Chinta nak keluar!” Chinta terus membawa pinggannya ke dapur untuk di basuh. Sejurus selepas itu dia terus keluar membawa kakinya ke mana sahaja asalkan tak nampak muka Kak Piah.

                            ********************

Merungut – rungut Chinta di atas batu besar itu. Memang kak Piah nak mulakan perang. Semalam sudah diceritakan betapa berminatnya dia pada Yazid. Si Yazid ni tak ada mata apa!. Ombak yang menghempas batu – batu besar itu membuatkan wajahnya terpercik dek air laut. Mentari yang menyimbah wajahnya itu dengan haba panas tidak dipedulikannya lagi.

“Suka saya bila jadi rebutan”

Chinta menoleh ke belakang. Yazid senyum. Perlahan – lahan dia merapati Chinta dan duduk di sebelahnya. Sengaja dilanggar sedikit tubuh Chinta.

“Ish!”

“Oooo... ish! “ gelak Yazid. Diintainya muka Chinta yang dari tadi asyik berpaling ke tepi. Konon – kononnya tak mahu melihat wajah Yazid.

“Buat penat sahaja muka saya ni kacak lagi menawan kalau tak ada orang nak pandang” yazid bersuara tenang,

“pergilah suruh Kak Piah tepung gomak tu pandang!” jawab Chinta. Yazid ketawa.

“Kak Piah kata dia sanggup berhoney ngan awak hahhahaa” makin besar tawa Yazid.

“Ambik kau!” Chinta menolak Yazid ke tepi agar lelaki itu terjatuh tetapi Yazid masih tegap di situ. Siap dicebiknya lagi. Chinta bangun. Dia menolak lagi sedaya upayanya.

“Ish....” Chinta masih menolak tubuh Yazid.

“Awak ni tolak – tolak saya sengaja nak saya peluk awak ya?” senyum Yazid. Kali ini kerlingannya mencairkan hati Chinta.

“Meh sini saya peluk!” Yazid bangun dan kaki Chinta terus berlari menjauhi Yazid.

“Gatal!!”

“Awak yang usik saya dulu. Awak saja buat reverse phsicollogy kan. Tolak – tolak  tapi niat nak rapat – rapat” yazid makin menghampiri Chinta.

“Mana ada!”

“Ada!’

“Tak adalah....” ketawa Chinta.

“ketawa itu mengiyakan kan?”

“ye lah... meh sini” kali ini Chinta pula yang berlari ke arah Yazid. Kelam kabut Yazid berlari menyelamatkan diri. Chinta ketawa sepuas – puas hatinya.
Baik lari, kalau dilayan Chinta tak pasal – pasal kepala kena cantas dengan Tan Sri Muhzaini.



c) 1 sudu kecil ovellate.
d) 1 sudu kecil vanilla.
e) Sedikit pewarna biru, merah, hijau dan kuning.

1) a+b+c+d blend atau putar lebih kurang 20 minit.
2) Kemudian asingkan ke dlm 4 bekas, dah masukkan sedikit pewarna.
3) Tuang ke dalam

Kak Piah yang mengintai dari jauh menggigit sapu tangannya sendiri. Hati hancur berkecai...

6 comments:

  1. jdt : nice!!...Gdluck...

    ReplyDelete
  2. lawak la...adehhhh kakpiah pun merebut abang jipang?hehehe

    ReplyDelete
  3. eksen nau hamka,kan dh kena...
    gedikss tul kak piah...geget saputgn tu lumat nti..
    bestt..well done

    ReplyDelete
  4. Ikan tua, anak ikan..ikan muda...aduhlah sakit perut ku

    ReplyDelete
  5. aduhai kak piah...ikan tua yg bergetah hahhahha... menarik cerita nie good job :D

    ReplyDelete
  6. Hahahah....yazid ni bijak betul la

    ReplyDelete