Thursday 27 June 2013

DARI KERANA AINUN - bab 9

Bab 9

Walid sudah keluar dahulu dari petang tadi selepas membersihkan diri. Dia perlu mengimamkan solat maghrib hari ini. kenduri tahlil memang selalu di adakan di masjid kampung itu. Semua sudah keluar rumah kecuali Rat.

“mana kak ainun?” soal Ahmad sambil membetulkan songkok di kepala. Fatimah senyum sambil menoleh ke belakang. Rat keluar dengan aurat yang ditutup lengkap. Shawl labuh yang tertutup bahagian dadanya menambah kemanisan pada wajahnya. Sebaik sahaja dia menghampiri Ahmad, Rat mula tunduk malu.

“Awak cantik” bisik Ahmad.

“ya?’ soal Rat tanpa memandang wajah Ahmad. Konon – kononnya sopan santun.

“manis sangat”

“Saya tak tahu tapi kalau manis di mata awak.. manislaah”

Ahmad senyum. dia berjalan beriringan dengan Rat sementara Umi Halimah, Fatimah dan Aminah berjalan di hadapan.

‘tergoda tak?” bisik Rat pula. Berkerut kening Ahmad.

“Rasa macam nak pinang” gurau Ahmad pula. Terus langkah Rat terhenti. Begitu juga dengan Ahmad. Rat menekup mulutnya. Terus ditarik lengan Ahmad dan dilentokkan kepalanya ke bahu Ahmad. Cepat – cepat Ahmad menariknya.

“Apasal?” rajuk Rat.

“saya nak pergi masjid tau”

“Saya pun”

“Saya tak nak masuk kelab iblis pula” bisik Ahmad lagi.

“nasib baik berlapik. Kalau tak batal air sembahyang’ rungut Ahmad.

“Eleh... malu – malu’ rajuk Rat masih belum sudah.

“Ya lah... belum jadi isteri”

“nak saya jadi isteri awak?” rat kenyit mata. Dia menggigit bawah bibirnya.

“dah,...dah... nak pergi rumah Allah. Simpan gigit awak tu’ Ahmad berjalan sedikit laju. Rat mengejarnya semula.

‘Simpan sampai bila?” soalan Rat membuatkan Ahmad mati kutu.

“Aminah!!” panggil Ahmad dan segera aminha menoleh.

“Ainun nak tanya pasal doa mandi hadas” Ahmad terus berlari ke hadapan. Umi halimah terkejut besar. Dia memandang rat dengan simpati.

‘Ainun tak tahu?”

“Tahu... ahmad ngada – ngada. Benci dia!!!” terus Rat memeluk erat lengan Fatimah yang tersenyum – senyum

Selesai sahaja majlis tahlill, Rat turut membantu orang kampung mengemas surau. Bangga hatinya apabila makcik – makcik di situ memuji kecantikannya. Nasib baik pakai tudung, kalau tidak tentu sudah di selak rambutnya ke belakang.... macam selalu!. Akibat keletihan, Rat duduk di atas pangkin surau bersama – sama Aminah dan Fatimah. Kakinya terbuai – buai. Tiba – tiba matanya memandang Ahmad yang sedang menggulung tikar di beranda masjid. Rat merenung nakal Ahmad yang masih belum sedar pandangan mata Rat padanya. Sewaktu menyapu sampah, Ahmad terpandangkan Rat yang tersenyum – senyum memandangnya. Tiada godaan! Hanya senyuman manis. Gila nak menggoda dalam masjid!.

“Cukup – cukuplah nak mengurat tu” suara Aminah bagai memiat telinganya waktu itu. Fatimah tunduk. Dia juga tidak berani dengan Aminah.

“Awak tu perempuan... jaga maruah tu sikit” jeling Aminah.

“Aik... senyum pun libatkan maruah ke?” soal Rat kembali. Dia sudah tidak mampu bersabar.

“habis... perigi cari timba! Bagus ke?”

“memanglah perigi kena cari timba... kalau tidak siapa nak angkut air dalam perigi tu?. Kalau melimpah membazir... kan amalan syaitan” sengih Rat. Aminah menjeling.

“Loyar buruk!”

“Aik... marah lak!. Saya tak nak jadi timba pun nak marah..” rungut Rat. Aminah berpaling ke arahnya. Geram pula dia apabila Rat menjawab itu dan ini.

“Lagipun saya bukannya bergerak pergi cari timba.... timba tu yang pandang saya. Dah dia tak nak pandang parit kat sebelah saya ni, nak buat macam mana..” rat terus berdiri mendapatkan Umi Halimah. Sebenarnya bukan dia berani sangat pun. Mulai hari ini dia berjanji akan menjawab segala kata – kata Aminah!.

Mereka semua pulang ke rumah bersama – sama walid. Rat memicit – micit bahu dan lengannya. Lenguh! Bayangkan..selama ini semua Umi dan Umairah yang buat.....dia Cuma keluar berjanji temu.

“Anak walid penat ya?” senyum walid.

“Penat pergi cari timba” gelak Rat dan Fatimah. Aminah terus mematikan langkahnya. Dia menjeling Rat.

“Lari!!!!!” Rat terus memegang tangan Fatimah lari ke hadapan. Walid dan Umi Halimah berpandangan sesama sendiri dan tersenyum lucu. Sejak Rat ada, semuanya menjadi indah dan ceria. Aminah sahaja yang cuba memusuhi Rat. Bukannya dia mahukan Ahmad, tetapi dia memang tidak suka perempuan gedik seperti Rat. Ahmad ketawa lucu. Dia hanya mampu menggeleng kepala.

                                    ************

Fatimah duduk berdekatan abangnya. Tersengih – sengih apabila dia memandang Ahmad yang sedang membasuh motor walid.

“apa?. Nak belanja abang ke?”soal Ahmad. Fatimah menggeleng. Terkekeh – kekeh dia ketawa seperti ada menyembunyikan sesuatu.

“Cakap... apa dia?” desak Ahmad.

“Abang selalu je kalah dengan kak rat. Bila dia pandang, abang tunduk. Walhal kak Rat kata dia tak tergoda langsung dengan abang” cebik Fatimah. Gatal pula anak bongsu walid ni!.

“Kak Ainun kata macam tu?. Jap! Apasal adik abang panggil dia Rat?”

“Ala.... tapi memanglah!” Fatimah ketawa lagi.

“pergi panggil kak Ainun” arah Ahmad. Fatimah cepat – cepat berlari mendapatkan Rat dan tidak sampai 3 minit, Rat sudah berdiri tercegat memandangnya.

“Nak apa?!” soal Rat agak garang.

“Awak takkan tergoda dengan saya?” Ahmad menuding jari kemukanya sendiri. Rat mengangguk.

“a’ah...” rat terus pergi. Sambal belacan walid belum ditumbuk lagi. Ahmad terduduk di pangkin. Dia termenung jauh. Sesekali dia menggaru – garu dagunya. Setelah hampir lima belas minit dia berfikir, akhirnya bibir Ahmad mengukir senyuman.

“Aku goda... bukan walid tahu pun!” Ahmad berdehem. Dia terus masuk ke biliknya dan membersihkan diri. Dia menghadap cermin panjang. Menyentuh dadanya yang bidang. Setakat adi putra tu, dia jentik macam lipas saja... kalau nak dibandingkan dengan dirinya sendiri. Dia memandang bajunya sedikit ketat di dalam almari. Bukanlah terlalu ketat tetapi cukup untuk menampakkan tubuh yang mengancam itu.

                                         ***********

Walid tiada di rumah. Lagi dua hari baru dia pulang ke rumah kerana perlu bertemu dengan rakan baiknya di Kuala Lumpur.

Rat mencicah pelam muda di pangkin bersama – sama Fatimah. Berkerut – kerut wajahnya ketika itu.

“Abang...” mata Fatimah terbeliak. Cepat – cepat rat memandang sama.

Dub!dab!dub!dab!...

Matanya tidak mahu beralih lagi. Memang ciri yang dicarinya selama ini. direnungnya dada dan tubuh Ahmad sehingga tidak berkedip matanya. Ahmad senyum bangga. Dia menghapiri mereka berdua namun hanya duduk di sebelah Fatimah.

Rat yang biasa memegang lelaki itu seperti mahu sekali memeluk Ahmad waktu itu juga. Ahmad menggosok – gosok tengkuknya sendiri. Sekali – sekali dia mengerling Rat yang sudah tidak tentu arah. Fatimah di tengah – tengah ketawa sendiri melihat mereka berdua.

Sebaik sahaja Fatimah masuk ke dalam rumah untuk menambah kicap dan gula,, Rat mencuit bahu Ahmad.

“Apa pegang -  pegang?” marah Ahmad.

“Tak sangka body awak...” Rat berdehem berkali – kali. Keningnya terangkat  - angkat.

“Kawal nafsu awak... nafsu serakah tu!” sengih Ahmad. Terbeliak mata Rat waktu itu. Sakit pula hati dia. Di ambilnya kain buruk dan dilibas – libasnya Ahmad.

“Jantan perasan!!! Ingat saya bernafsu!!!!!!! Tak langsung!!!” geram Rat. Dia menjeling dan tidak lagi mahu memandang Ahmad.

“Bergurau pun nak marah” intai Ahmad.

“Awak cakap macam tu, malu tau” rungut Rat. Matanya masih memandang tanah. Benci!

“La... pandang tak pula malu” gelak Ahmad.

Rat menyarung seliparnya dengan perasaan marah tetapi hujung bajunya ditarik Ahmad hingga dia terduduk semula.

“Kita kahwin!”

Rat tergamam. Dia memandang mata Ahmad dalam – dalam.

“Awak suka mainkan saya” marah Rat. Dia memperbetulkan duduknya.

“Saya dah tak sanggup dah. Halalkanlah perkara yang boleh buat saya berdosa” terang Ahmad.

“Halalkan apa?” sengaja mahu mengait rasa malu dalam diri Ahmad.

“dengar sini.... saya jujur bicara kali ini. setiap kali saya pandang awak... perasaan ingin menyentuh dan membelai itu sering hadir. Ingin sekali saya sentuh rambut, bibir, mata, pipi dan tangan awak!. Terimalah saya sebagai seorang suami. Saya berjanji akan menjaga awak seumur hidup saya dan izinkan saya tergoda dengan mata, senyuman dan renungan awak buat seumur hidup saya”

Kata – kata Ahmad membuatkan Rat mengangguk setuju.

“Saya pun selalu rasa nak,....”


“Tak payah teruskan! Ayat awak buat saya lagi terseksa!”Ahmad menjeling.


Rat ketawa besar kemudian sengaja memberikan renungan menggodanya pada Ahmad yang kemudiannya terus masuk ke dalam rumah. Rat nakal!!!

3 comments:

  1. Amboiii ~ ahmad !!!!! Kahkahkah xD *gelak guling2

    ReplyDelete
  2. best la kak kelakar nak lagi,

    ReplyDelete
  3. Besttttt!!!!!!!....sweet giler...x sabar nak tunggu next n3...sesungguhnya keluhuran hati seseorg,bukan dinilai dr rupa paras fizikal...yg tentunya akan berubah mengikut masa dan keadaan.....tetapi keluhuran hati adalah anugerah dr tuhan yg satu...
    -aflah-

    ReplyDelete