Wednesday 24 July 2013

DARI KERANA AINUN - bab 13

 BAB 13

“Tak nak!!”  bantah Rat sambil menekup mulutnya dengan tangan. Sengaja Ahmad mendekatkan jem strawberry ke hidung Rat. Suka pula dia apabila melihat rat terjerit – jerit begitu. Walid menggeleng kepala. Timbul pula rasa kasihan pada Rat yang diusik teruk oleh Ahmad. Mereka berdua yang baru sahaja pulang ke kampung semalam nampaknya memberikan sinar bahagia buat walid sekeluarga. Mana tidaknya, mereka kan akan menimang cucu sulung  tidak lama lagi walaupun sikap anak dan menantu masih lagi memeningkan kepala.

“Sudah, Ahmad” larang Walid. Serta merta tangannya dijatuhkan. Botol jem ditutup rapat sambil matanya nakal mengusik Rat.

“Esok anak abang mesti nakal” teka Fatimah selamba. Membulat mata Ahmad mendengarnya. Telinga  Fatimah yang begitu hampir dengannya itu ditarik sedikit.

“Budak sekolah pergi masuk buat matematik!. Jangan sibuk kat sini. Nak dengar orang bersembang aje kerjanya” gurau Ahmad.

“Eleh.,. mentang – mentang cikgu” cebik Fatimah. Umi halimah ketawa sambil tangannya ligat mengacau kuih kacau labu di atas dapur. Menantu mengidam!. Mestilah ditunaikan walaupun sedikit penat. Selepas tangan Umi  terasa penatnya, walid pula akan menyambung mengacau kuih di dalam periuk.

“Sedap sangat ke labu tu?” soal Ahmad. Aminah menggeleng kepala. Mahu diseligi sahaja kepala Ahmad waktu itu. Nama pun orang mengidam!.

“Sibuk! Suruh saja dia yang kacau walid” hasut Aminah sambil diiringi tawa yang panjang. Sejak Rat sudah sah menjadi milik Ahmad, sikapnya terhadap Rat serta merta berubah. Lebih mesra berbanding dahulu.

“Kannn..” sengih Rat. Ahmad mencebik. Dia kemudiannya keluar. Biarlah Rat bermesra dengan walid dan Umi halimah di dapur.

                               **********************

Rat duduk dengan kaki berjuntai di pangkin. Dia sibuk mencicah mangga muda dengan wajah yang berkerut – kerut. Ahmad merenungnya dari tadi. Wajah Ahmad juga turut berkerut apabila memandang Rat.

“Tak baik” kata Ahmad.

“Apanya?”

“Bagi anak abang makan masam – masam” Ahmad menelan air liurnya.

“Kalau tak, Rat loya” adu Rat. Keningnya berkerut memandang Ahmad yang seakan tidak selesa melihat dia sebegitu.

“Pandang saja muka abang... hilanglah loya. Kalau langsung tak nak loya, peluk abang hehehehhe’

“Tak mau!” geleng Rat sambil mengerutkan hidungnya. Matanya meliar memandang Ahmad dari atas ke bawah.

“Not my taste ok!”

“Amboi.... tiba – tiba abang bukan taste, habis kalau bukan taste yang membuncit tu apanya?. Laser pula isteri abang sejak mengandung ni ya” suaranya punya sedikit rasa terkilan.

Bergurau pun dah nak merajuk!. Rat buat tidak tahu. Lantaklah nak merajuk ke apa!. Merajuk sebulan pun dia tidak kisah....ye ke?.


                           *******************

“Tak suka ..tak suka....tak suka..” kepala rat tergeleng – geleng sambil tangannya seperti tidak mahu melihat sesuatu. Dengan mata yang terpejam, Ahmad hanya duduk di tepi Rat tanpa mengejutkan isterinya yang sedang mengigau. Di ambilnya handphone di tepi katil dan dirakam semua dengan bibir yang tersenyum lebar.

“Buruk sangat!!!!! Tak nak!!!!” jerit Rat dan kemudiannya terus tersedar.

Dia terpinga – pinga. Peluh didahi dikesat oleh Ahmad dengan jarinya. Hanphone yang masih on video nya diletak di sisi katil.

“Apa yang buruk sangat tu?” soal Ahmad. Rat menggosok – gosok wajahnya. Perutnya yang membulat disentuh beberapa ketika. Dia tidak mahu menjawab sebaliknya menekup muka dengan bantal.

“Apa yang buruk tu?’ Ahmad masih menyoal.

“Tak nak cakap” kata Rat dan cuba untuk turun dari katil. Tangannya disentuh lembut oleh Ahmad.

“Cakaplah sayang” pujuk Ahmad. Beriya – iya pula dia nak tahu apa yang diigaukan oleh Rat tadi.

“Badan abang tu buruk sangat bila tua nanti. Boroi sana sini. Atas bahu ada kurap. Kat dada ada panau. Tu belum lagi buah dada yang semakin membesar” kata Rat selamba. Dia menarik semula tangannya dan terus ke bilik air. Tergamam Ahmad mendengarnya. Automatik tangan kanannya meraba dada dan bahunya yang bidang.

“Badan lawa macam ni dia kata boroi bila tua!!!!” Ahmad ketap bibir. Sampai betul hati isteri aku ni....  nuclear pun tak macam ni punya dasyat!!!.

Merajuk pula!!!!
Itu lah, siapa suruh tanya..sekarang Ahmad yang kecil hati. Puas Rat pujuk agar suaminya itu kembali tersenyum namun sukar sekali buatnya.

“Eleh..macam perempuan!” Rat mencubit tangan Ahmad yang sedang berpura – pura mengemas dapur.

“Apa?” soal Ahmad

“Macam perempuanlah... pasal badan pun nak ambil serius”

Ahmad menjeling. Kakinya terus melangkah ke ruang tamu pula. Rat mengikutnya dari belakang. Perlahan – lahan tangannya mendakap tubuh Ahmad.

“Itu kan mimpi, sayang” bisik Rat.

“Huh!”

“Rat goda kang....” ugut Rat.

“Tak seksi pun budak buncit menggoda”

Terbeliak mata rat mendengarnya. Budak buncit!!!!!.

“Dah lah... dah nak jadi ayah pun asyik nka merajuk...kalau nk boroi, nak buat macam mana” marah Rat pula.

“Eh... kalau sayang tu buncit macam kena busung, berpanau satu badan pun abang takkan geli tau...semua kekurangan pada diri sayang adalah keindahan pada mata abang. Bila tua nanti, setiap kedutan pada wajah sayang akan mengingatkan abang akan setiap kenangan indah yang telah kita lalui bersama.”

Rat terdiam.

Terus dipelukanya Ahmad secara mengiring. Dibenamkan wajahnya seketika ke bahu Ahmad. Tidak sangka cinta Ahmad seindah itu. Kepalny diangkat sedikit.


“betul?” soal Rat.

Ahmad mengangguk. Mengiyakan setiap kata – katanya sebentar tadi.

“Walaupun Rat dah jadi moyang...?” soal rat. Ahmad merendahkan kepalanya agar bibirnya dan telinga Rat bertemu.

“Dah jadi moyang.... abang bagi borang kahwin lagi satulah” selepas itu Ahmad terus naik ke tingkat atas. Sengaja membiarkan hati rat bengkak.. Ahmad ketawa saat mendengar Rat menjerit di bawah.


4 comments:

  1. Tengku Endbie : wahhh beberapa tika tak update sudah dimengandungkan rupanya si lintah nie...tahniah rat mg melahirkan ank dgn jayanya...kekekeke

    ReplyDelete
  2. Hahahahaha...perangai kalah budak kecik...si Ahmad pun sama...ingatkan macho,hahaha skali sama naik je dgn rat....poning bakal atuk dan nenek...

    ReplyDelete
  3. usik mengusik membawa bahagia...huhuhuhu....

    ReplyDelete