Wednesday, 18 September 2013

cerpen: MAK LIMAH VOUGE

Cerpen: MAK LIMAHKU VOUGE

Satu persatu buku pelajaran anak buahnya diperiksa. Mak Limah.... hmmm nama macam kampung tapi kalau tengok orangnya, meraung emma maembong. Jenuh pula si Zizan nak pujuk.

Arisa memuncungkan bibirnya. Nampaknya banyak kesalahan matematik yang dilakukannya. Teruklah nak buat pembetulan.  Mak Limah yang baru sahaja pulang dari universiti di Ireland sedikit tegas dengan anak buahnya. Ibu bapa mereka terlalu berlembut hingga tiada lagi disiplin di dalam rumah itu.

“Mak Limah bila nak kerja?” soal Rayyan. Semua alat tulisnya disimpan di dalam bekas pensil. Tahu sangat Mak Limah yang dua orang anak buahnya itu memang mahu sangat dia bekerja.

“Dengar sini..” Mak Limah menarik lembut tangan Rayyan dan Arisa yang merupakan pasangan kembar itu.

“Sebab Mak Limah sayangkan anak2 mak limah ler, mak imah nak bimbing jadi budak baik” kepala dua budak nakal berusia 11 tahun itu di gosok berkali – kali. Rayyan dan Arisa terus mengucup pipi Mak Limah.

                                       *********

Cikgu  Megat memeriksa kerja sekolah Arisa dan Rayyan. Jelas terpamer kepuasan di hatinya. Akademik dua pelajarnya itu semakin meningkat lebih baik.

“Rayyan, mari sini...” panggil Cikgu Megat. Rayyaan bangun dan menghampiri Cikgu Megat.

“Rayyan ambil tuisyen ke?” soal Cikgu Megat.

“Tak... mak limah yang ajar” senyum Rayyan.

“Oooo... orang gaji rumah Rayyan?”  cikgu megat sedikit kagum.

“Sebenarnya...”

Belum sempat Rayyan membuka mulutnya, Cikgu Megat sudah di panggil Guru besar. Rayyan membiarkan soalan itu tergantung begitu sahaja.

                                   *******************

Mak Limah menunggu Rayyan dan Arisa di luar sekolah. Pintu kereta dikunci sebelum menghampiri pintu pagar. Cikgu megat keluar dari kelas sambil ketawa kecil mendengar cerita Rayyan. Arisa Cuma menumpang ketawa sahaja.

“Aunty saya dah datang” jerit Rayyan. Cikgu Megat terhenti langkahnya. Wajah bersih dengan solekan nipis itu sudah cukup menyerlahkan kecantikan Mak Limah. Walaupun menutup aurat, Mak Limah tetap anggun dengan kasut tumit tinggi yang menjadi kegilaannya.

“Hai...” senyum Cikgu Megat.

“Assalamualaikum” senyum Mak Limah.

“Ops.. maaf! Saya cikgu Megat” senyuman yang terukir di bibir itu cukup untuk Mak Limah fahami akan isi hati lelaki di hadapannya itu.

“Tak sangka Rayya dan Arisa punya makcik secantik ini” puji Cikgu Megat walaupun sedikit kekok bunyinya.

“Hmm.. terima kasih. Saya pulang dulu...” Mak Limah terus memimpin tangan Rayyan dan Arisa masuk ke dalam kereta.

Kecewa sungguh Cikgu Megat pada waktu itu. dia hanya mampu berdoa agar dapat berjumpa dengan Mak Limah di lain masa.
                       
                         ***************

Cikgu Megat dijemput datang ke rumah Kamal, ayah kepada Arisa dan Rayyan. Dia mahu mengucapkan ribuan terima kasih kerana berjaya mendidik anak – anaknya sehingga menjadi pelajar yang cemerlang.

Sebaik sahaja tiba dipintu pagar, Mak Tipah yang merupakan orang gaji mereka, membukakannya untuk Cikgu Megat.

“Terima kasih Mak Limah” senyum Cikgu Megat. Berkerut dahi Mak Tipah mendengarnya tetapi dia dapat menangkap akan kekeliruan Cikgu Megat tadi.

“Jemput cikgu. Silakan duduk. Shila, ambilkan minuman untuk cikgu ni ye , sayang” senyum Kamal pada isterinya,. Rayyan dan Arisa terus duduk di sebelah cikgu Megat. Mak Tipah datang dengan menatang dulang berisi air teh sebelum mereka semua makan tengahari.

Dengan niat mahu berbudi bahasa, Cikgu Megat memuji Mak Tipah dihadapan Kamal dan Shila.

“Tak sangka Mak limah ni pandai mengajar” senyum Cikgu Megat.

“La... belajar sampai Ireland takkan tak tahu mengajar, cikgu” gelak Shila. Cikgu Megat terdiam. Dia berkata – kata sendiri di dalam hati...

Biar betul orang gaji pun ada kelulusan luar negara!. Kaya sangat ke diorang ni. Kesian mak limah ni,.... belajar sampai luar negara tapi jadi pembantu rumah je. Hmmm.... nasib manusia, siapa yang tahu...

“Kenapa sedih pula muka cikgu ni?” kamal menyoal apabila melihat riak wajah Cikgu megat yang kelihatan sedih.

“Makcik tak minta kerja korporat ke?” soal Cikgu Megat sebaik sahaja Mak Tipah menuang teh di hadapannya.

“Eh,..... cikgu! Tak layak makcik nak kerja macam tu. Membaca pun terkial – kial ni” gelak Mak Tipah

Ish... terkial – kial baca pun boleh belajar luar negara!!!!... makin pening kepala Cikgu megat.

Kamal dapat mengagak seribu persoalan yang sedang bermain di fikiran cikgu Megat. Dia gelak besar apabila melihat Cikgu Megat memandang Mak Tipah hingga lenggok pembantu rumahnya hilang dari pandangan.

“Arisa... pergi panggil Mak Limah” arah Kamal.

“Eh.. tak mengapa... tadi baru sahaja dia tuang air. Penat dia” senyum Cikgu Megat. Kali ini Shila pula bantai gelak.

“Mak LImah!!!!!!!” jerit Arissa.

“Saya . kenapa sayang?” sahutan dari tingkat atas itu membuatkan Cikgu Megat terkedu sambil tangannya masih menatang piring cawan.
Hampir terjatuh cawan yang sedang dipegangnya saat melihat Mak Limah berada di hadapan matanya.

“Hmm... inilah Mak Limah yang betul. Tadi tu mak tipah. Tak pernah sekolah pun. Namanya sebenarnya Halimatus Saadiah. Anak – anak saya panggil dia Mak Limah”  terang Kamal.

Cikgu Megat sudah berubah wajahnya. Malunya tak usah cerita....

“Awak Mak Limah?..... tak padanlah dengan wanita secantik awak nama tu...” rungut Cikgu Megat. Kamal berdehem dan mulut Cikgu Megat terus terkatup.
Kenapalah mengelirukannya hingga begitu sekali. Tapi apa pun, senyuman dan renungan Mak Limah terhadapnya mengubat perasaan malu tadi..

Esok start misi ngurat Mak Limah!!!!!!!!!!!!! Jerit Cikgu megat di dalam hati.

                               ***tamat***


4 comments:

  1. hahahahahahahahaha...a very short one but damn staright to the point... Lawak habis.... mak limah oo mak limah..kesain mak tipah....kpd cikgu megat: tipah tertipu yek?

    ReplyDelete
  2. haha ... comel gituw ~~ Mak Limah memang Vogue! xD

    ReplyDelete
  3. lorrr..terrrmiss ke :(
    lawakkk..bestttt
    glemer mak limah..mmg vogue

    ReplyDelete