Thursday 3 May 2012

bab 1 (Cinta sos dan kicap)

   Suraya memasuki bangunan pejabat dua tingkat dengan penuh rasa debar. Hari ini dia akan menjadi setiausaha seorang majikan  yang agak garang. Fatin, rakan serumahnya yang lebih dulu bekerja dengan syarikat itu memberi beberapa tips sebelum Suraya memulakan tugasnya. Pintu bilik Puan Maznah Bahari di ketuk agak kuat.
   "masuk!," jawab Puan Maznah Bahari dari dalam bilik. Suraya melangkah masuk. Jari jemarinya mula bergetar. Orang nak akad nikah pun tak takut begini.
   "Awak ingat pintu pejabat saya ni drum ke?. Nak buat konsert?," soalnya. Suraya yang agak lurus itu terpinga - pinga tidak mengerti.
   "Puan nak saya order drum kah?," soal Suraya pula. Puan Maznah bahari memandangnya tajam.
  "Ini syarikat penerbitan atau syarikat jual alat muzik," soal majikan yang amat garang itu. Suraya menggaru - garu kepalanya. Rambut yang baru diwarnakan semalam menjadi sedikit kusut.
    "Sudah, batalkan temujanji saya dengan syarikat Warisan Sdn Bhd," kata Puan Maznah Bahari. Suraya mengangguk dan terus keluar. Seksanya sudah berlalu buat seketika. Dia duduk di mejanya. Dia mencuba - cuba kerusi yang empuk itu. Sedang dia berpusing - pusing mencuba kerusi itu matanya terpaku apabila seorang lelaki tercegat di hadapannya.
    'Cik ni, tukang buat kerusi ke?," soalnya. lelaki yang berkaca mata hitam itu tersenyum - senyum apabila melihat Suraya kelam kabut membetulkan duduknya.
    "Hmmm... encik ni nak apa?," soal Suraya. Berdekah - dekah lelaki itu ketawa. Ditekan - tekannya perut seperti Suraya sedang membuat lawak jenaka.
     "Bangga aku," kata lelaki itu. Suraya menggetap bibir. Dia mula rasa geram apabila ditertawakan tanpa sebab.
    "Pertama kali dalam hisup aku orang panggil Encik. kahkahakah... aku ni cuma penghantar surat je," dia masih ketawa. Suraya bertambah geram. Diambilnya pensel lalu di balingnya ke muka lelaki itu. Balingannya tepat mengenai hidung lelaki itu.
   "Woi... gila ke?. mau cacat hidung aku yang mancung ni tau,"
   "Ketawa macam beruk!," marah Suraya.
   "Aku Amri. Despatch syarikat ni. Puan jenah cakap ada surat. mana dia?," katanya. Amri menggosok - gosok hidungnya.
   "Mana ada orang nama Jenah dekat sini?," soal Suraya pula. hari pertama yang amat kelam kabut.
   "Maznah tu Jenah la. Nama kau Suraya kan? Kau nak aku panggil apa?. Aku panggil susu ya," usik Amri. Suraya menjeling tajam dan di hulurkan sampul surat coklat ke tangan Amri.
   "Kau ni cantiklah tapi aku tak minat sebab kau ni garang," kata Amri sebelum beredar. Suraya menggenggam penumbuk. Mahu sahaja di tumbuk muka Amri itu. menyakitkan hati. Jam di tangan sudh pukul 12 tengahari. Waktu makan tengahari sudah tiba. Suraya bersama - sama fatin makan tengahari di sebuah restoran berdekatan dengan bangunan syarikat. Lebih mudah dan menjimatkan masa. Suraya memesan mee goreng dan air milo sahaja. Jadilah, lagipun dia tiada selera hari ini.
    "Minta sos boleh?," soal Suraya pada pekerja restoran itu. Selang beberapam ketika pekerja itu membawa sebotol sos dan diletakkannya di atas meja.
    'Mee ni dah banyak sos pun kau nak letak lagi?," soal fatin sambil menggeleng.
    "Aku tak boleh makan tanpa sos lah Fatin," Suraya tersenyum malu.
    'Aku menyampah budak Amri tu," Suraya mula mengadu. fatin cuma tersenyum.
   "Jangan benci dulu. Amri tu ok tau," jawab fatin. Suraya mencebik. Tidak percaya dengan kata - kata Fatin. Kalau baik, taklah dia ketawakan aku macam tu, getus hatinya. Suraya tidak mahu memikirkannya. Menyampah!.

2 comments:

  1. Ooooo.....suraya hantu sos...amri hantu kicap....padanlah bercakau la korang berdua....

    ReplyDelete
  2. Alaaaaa... sikitnya...cetoet je...
    ^_^

    ReplyDelete