Tuesday 29 October 2013

cerpen: CUCUR BADAK AIR

“cucur badak...cucur badak!!!!” jerit Bibah dengan jalan yang semakin tidak lurus. Terhoyong hayang kiri ke kanan. Majid yang sedang membasuh motor di hadapan rumahnya dengan rela hati menyahut jeritan Bibah.

“badak air!!! Aooouuuuuummmmm... kecepeh kecepeh”

Bibah berhenti berjalan. Diletaknya raga ke bawah dan terus dijegilkan matanya. Majid gelak tetapi sempat membetulkan jambul mahalnya.

“Mak!!!! .. ada orang jual badak air ni,,....” jerit Majid. Mendengar sahaja Majid memanggil Mak Kuntum, terus bibah berlari bagai tidak cukup tanah. Siapa yang tidak takutkan guru mengaji kelas A di kampung itu?. garangnya..mengalahkan singa. Walaupun Bibah sudah pun berumur 19 tahun, tetapi apahbila terpandangkan wajah Mak Kuntum sahaja terus punggungnya terasa sengal. Terasa kembali keperitan di rotan kerana bermain guli dengan budak lelaki diluar rumah sebelum mengaji.

“Apa?’ Mak kuntum menjengah ke luar. Sudipnya dipegang dengan kuat.

“Tak ada apa” Majid sengih. Setelah siap membasuh motor, dia terus menunggangnya  untuk ke rumah Ali. Dalam perjalanan Majid terpandangkan Bibah yang sedang berehat di bawah pokok. Dalam pada masa yang sama, dia makan cucur badak jualannya sendiri.

Bagai di panggil – panggil, Majid terus memberhentikan motornya di hadapan bibah.

“kau jual tapi kau makan?” majid duduk di sebelahnya. Dia juga turut makan cucur badak jualan Bibah.

“Kau bayar ya !” Bibah membeliakkan biji matanya.

“Mana ada orang bayar makan badak” Majid mengambil sebiji lagi. Sekadar mengambil hati bukannya sedap pun. Sebab tu tak laku – laku. Banyak yang kurangnya!.

“Sedap ye?” soal Bibah.

Majid hanya angkat kening. Dia yang merupakan chef di sebuah hotel pun tak sampai hati nak kutuk hasil masakan Bibah. Sesekali pulang ke kampung, takkan nak menyakiti hati orang kampungnya sendiri.

“Hmmm... cuba komen. Kau kan chef” Bibah beriya – iya. Majid menarik nafas dalam – dalam.

“pertama... apasal kau ber’aku’ kau saja dengan aku?. Aku ni dah 25 tahun tau!. Kedua... kau pergi belajar dengan badak air macam mana nak buat cucur badak. Confirm sedap!. Ni sedap juga tapi kenapa kau perah kelapanya?” soal Majid.

“Santannya aku buat kari semalam. Bapak nak makan kari. Malas aku nak pergi parut kelapa lagi!”

“Kau tahu tak .. berdosa tau!!!!” Majid menggeleng kepala.

“Bapak kata boleh. Darurat!” bibah yang sedikit lurus itu mudah sahaja percaya pada kata – kata orang lain.

Majid termenung seketika. Dia memandang wajah anak arwah Makcik Lina itu agak lama. Dia secantik ibunya tetapi kerana asyik menjaga ayahnya yang hanya berlonggok di kedai kopi,  dia nampak sedikit tidak terurus.

“nak kerja di hotel?” soal Majid.

“Ish...siapalah aku” bibah menguis – nguis kakinya ke pasir. Angin yang bertiup sepoi – sepoi bahasa itu mengundang rasa nyaman pada mereka berdua. Mata yang bertentangan itu dijatuhkan jua pandangan. Majid menggosok tengkuknya sendiri. Kenapa pula aku yang jadi tak tentu hala ni?. Kalau dulu tengok Bibah... tak hairan aku tapi sekarang ni dah lain pula!. Bukannya banyak beza tetapi entahlah.... Majid bicara sendiri.

“Aku kena tanya bapak. Lagipun kalau aku kerja kat kota siapa yang nak jaga makan minum bapak?”

Soalan dari Bibah menyuntik rasa kagum dalam diri Majid. Kawan – kawan seusia dengannya sibuk mahu berhijrah ke kota tetapi dia masih di sini demi pak Husin. Majid mengangguk dan ketawa kecil.

“Di sini pun boleh berjaya asalkan usaha kan?. Pastikan masakan sedap” senyum Majid. Bibah mengangguk dan terus mencapai raganya. Bibah tersenyum dan meletak kembali raganya di atas pangkin. Dia membungkus 10 biji cucur badak buat Majid dan terus berlalu pergi. Majid termenung. Memandang laut yang mencuci resah di hatinya. Resah itu muncul dengan cara yang membahagiakan.

                                  ***************

Makcik Kuntum menggeleng kepala. Dari tadi majid asyik makan cucur badak yang intinya kurang perisa itu. apa yang sedap pun Mak Kuntum tak tahu. Setiap gigitan majid disertakan dengan senyuman yang tampak bahagia. Ada kalanya dia menelek cucur badak itu agak lama.

“Mak ... minta buku dengan pen” senyum Majid.

Tanpa banyak soal mak Kuntum memberikannya pada Majid. Dia terus ke bilik. Mak Kuntum malas ambil pusing lalu meneruskan kerja – kerja di dapur yang masih belum siap.

Majid tersenyum memandang buku yang penuh dengan resepi kuih dan makanan yang boleh dijual. Buku itu akan diletakkan di hadapan rumah Bibah nanti. Tidak perlu Bibah tahu siapa yang memberinya kerana Majid ikhlas mahu Bibah lebih senang berbanding saat itu. dia tahu hidup Bibah sedikit sukar.

Pintu diketuk dan majid terus berlari meninggalkan rumah bibah. Dia terus ke keretanya di hujung simpang untuk pulang ke kuala Lumpur. Bibah membuka pintu. Sebuah buku nota berkulit tebal diambilnya. Semua resepi ada di situ. Bibah membelek pula belakang kulit buku itu. tertulis satu nama yang tidak dikenalinya malah agak pelik!.

IKHLAS DARI BADAK AIR....

Bibah tersenyum. Dia masuk ke dalam rumah dan terus masuk ke dalam bilik. Dia tahu siapa badak air itu. dia juga tahu mengapa si badak air memberikannya semua resepi itu. rupa-rupanya banyak sekali yang Bibah kurang masukkan dalam inti cucur badak itu. Bibah semakin leka menelek buku resepi itu hinggakan dia tertidur di atas meja tulis begitu sahaja.


DUA TAHUN KEMUDIAN....

“Kau tengoklah. Tak salah aku kampung kau, Majid” Zamir menarik tangan Majid untuk menonton rancangan di televisyen. Majid terpana. Wajah bibah ada di dalam kaca televisyen itu. Bibah nampak cantik dengan kepala yang sudah pun bertutup dengan kain tudung berwarna hijau muda. Dia juga sudah pandai bersolek. Memang majid terkejut.

“Kenapa dengan dia ni?” soal Majid.

“Kau tahu tak, hari tu Tengku Danish, kerabat diraja yang ada syarikat akhbar tu sesat kat kampung tu. Dia makan makanan kat gerai tu. Dia kata memang sedap sampai dia masukkan dalam akhbar minggu lepas. Kau tahulah kalau dah masuk akhbar. Ramai betul orang makan kat warung dia” terang Zamir. Majid tersenyum. Tidak sangka pula Bibah sudah buka warung makan. Ya lah... sejak Mak Kuntum meninggal setahun yang lepas, Majid jarang pulang ke kampung.
Majid melepaskan nafas lega namun tiba – tiba hatinya seolah – olah rindukan senyuman Bibah yang ikhlas seperti selalu. Tidak mahu banyak berangan, Majid terus ke dapur hotel. Dia punya banyak kerja yang perlu diselesaikan.

                                  ***************

Tengku Danish membawa Bibah makan di hotel tempat majid bekerja. Sudah seminggu Bibah dan Pak Husin berada di Kuala Lumpur. Tengku Danish menawarkan Bibah peluang perniagaan yang menguntungkan di kota. Rumah dan kereta di sediakan untuknya. Tengku Danish mahu membuka restoran dan mahu Bibah menjadi chef di situ. Pak Husin mendesak Bibah agar menerima tawaran daripada tengku Danish.

“Majid.. Tengku Danish nak jumpa” Hani, pembantunya memanggil Majid yang sedang sibuk mengarahkan orang bawahannya. Majid terus ke depan dan terbehenti langkahnya saat melihat bibah duduk di sebelah tengku Danish. Dia tidak kenal tengku Danish tetapi dia masih boleh mengenali Bibah dengan baik. Inilah kali pertama dia bersua muka dengan Tengku Danish. Saat Bibah terpandangkan Majid, terus dia berdiri. Senyumannya melebar. Matanya berkaca memandang Majid.

“Betul yang ini?” soal tengku Danish. Bibah mengangguk. Dia terus meluru  mendapatkan Majid.

“Akhirnya aku jumpa kau!” Bibah menggoncang lengan Majid. Teringin sekali tangannya membelai wajah di hadapannya itu tetapi siapalah dia untuk membelai bibah yang bukan menjadi miliknya.

“Terima kasih Abang !!” Bibah menoleh ke arah Tengku Danish yang mengangguk dan tersenyum. Abang?.... jadi benarlah khabar angin yang Tengku Danish akan berkahwin dengan chef restorannya sendiri?... Majid berteka teki.

Pertemuan dengan Bibah pada hari itu tidak mampu menghilangkan rasa rindu di hatinya. Majid banyak kali ke restoran milik Bibah dan tengku Danish tetapi sering sahaja tidak dibenarkan bertemu dengan Bibah. Tengku Danish sangat tegas dengan Majid hinggakan tiada ruang pun untuknya berbicara dengan Bibah apatah lagi berjumpa.

                                       ***********

Bibah telah ditukar namanya menjadi Bella oleh tengku Danish . semuanya dikawal oleh tengku Danish dan pak Husin hanya menurut. Seolah – olah Bibah itu menjadi hak tengku Danish sepenuhnya.

“Abang kata tukar tukarlah!. Ingat orang suka ke nama Bibah tu?” suara Tengku Danish mendatar. Geram kerana Bibah tidak mahu menukar namanya untuk program masakan yang bakal dikendalikannya. Nama Bella kini sudah terkenal dan majid semakin rasa kerdil setiap kali mendengar nama Bella disebut – sebut. Banyak kali bibah memujuk agar nama Bella itu ditukar kembali menjadi Bibah tetapi langsung tidak diendahkan.

“bella jangan jadi kampung sangat. Abang tak nak orang kata isteri abang kolot”  tengku Danish merenung tajam wajah bibah yang masam mencuka.

Siapa suruh kahwin dengan aku!... gumam  Bibah.

“Bella sekarang jangan nak buat hal ye?. Esok launching rancangan masakan you di tv . Abang dah hantar ke kelas grooming segala. Tolonglah jadi lebih moden!” marah tengku danish.

Pak Husin menangguk. Hanya bersetuju.  Mengikut saja segala perintah atau suruhan tengku Danish. Kereta yang dihadiahkan oleh Danish padanya melenyapkan haknya sebagai ayah kepada Bibah.

Majid bertungkus lumus memastikan hidangannya untuk launching rancangan masakan Bibah sempurna. Sewaktu melihat Bibah keluar dari kereta mewah Tengku Danish, hati Majid remuk. Lebih remuk dari tin susu yang baru di pijaknya.

Majid hanya mampu belajar menerima hakikat yang tiada ruang untuknya mencintai dan dicintai Bibah.

“Nanti, mereka panggil baru Bella keluar dari belakang tau. Abang nak semuanya seperti yang di rancang” pesan Tengku Danish. Bibah hanya mengangguk.

                                       ***********

“Majid!” Encik Hakim menarik tangan Majid ke tepi. Dia berbisik dan wajah Majid kelihatan sugul. Encik Hakim tahu semuanya tentang Majid dan Bibah.  Dari awal sehinggalah akhir cerita.. semuanya Encik hakim tahu.

“Ya... Tengku Danish nak umumkan tarikh kahwin sekali” Encik Hakim menggosok belakang badan Majid.

“Kau terpaksa ada di sana. Tengku Danish mahu kau ada di barisan hadapan sekali” Encik Hakim menggeleng kepala.

“Dia dah dapat.... yang nak sakitkan hati saya kenapa?” soal Majid. Encik Hakim menjungkit bahunya. Mahu atau tidak, majid terpaksa juga memenuhi permintaan Tengku Danish yang merupakan rakan karib pada CEO hotel tempat majid bekerja. Itu seperti satu arahan buatnya juga.

Majid memejam matanya di barisan hadapan. Dia tidak mahu menukar pakaian. Biarlah dia dilihat sebagai tukang masak cabuk di hadapan Bibah yang sudah pun jauh lebih berjaya daripadanya.

“Sebelum saya jemput Bella keluar, saya mahu anda semua tahu yang kami akan berkahwin pada 26 disember ini. Tunggu kad ya “ senyum Tengku danish dengan nada sinis dengan matanya yang masih mencuri pandang Majid yang tunduk menanggung sakit hati.

“Dipersilakan Bella..” Tengku Danish memandang tirai di belakang pentas.

Semua terkejut. Suasana yang bising tadi menjadi senyap sekelip mata tatkala melihat Bella yang sentiasa cantik itu keluar dengan hanya berbaju kurung lusuh dan raga kuih lama di tangan.

Bibah mengumpul kekuatan untuk menepis pandangan Tengku Danish yang menakutkan. Dia berdiri di hadapan pentas. Betul – betul di hadapan Majid.

Majid tak mampu berkata apa – apa. Pakaian  dan raga itulah yang menemukan mereka di bawah pohon sebelum dia menyerahkan kesemua resepinya buat Bibah. Yang berbeza cuma kali ini Bibah bertudung. Wajah itu masih cantik walaupun tanpa solekan. Jurusolek keluar mendapatkan tengku Danish.

“Soory Tengku... dia tak mahu make up”

Tengku Danish menepis tangan Ben dengan kuat.

“Saya Bibah Binti Husin. Inilah saya!. sayalah penjual cucur badak aoummmm kecepeh kecepeh” air mata nya mengalir. Majid merenungnya.

Bibah senyum dan senyumannya nampak benar – benar ikhlas.

“raga inilah yang saya guna untuk jual semua kuih saya yang langsung tak sedap. Saya masak inti pakai hampas kelapa sampai ada insan kata saya berdosa buat begitu” Bibah senyum tetapi air matanya  terus mengalir.

“Masakan saya menjadi lebih lazat bila saya dapat resepi daripada insan yang ikhlas mahukan saya berjaya. Tidak menonjolkan dirinya. Membantu dan terus menghilangkan diri. dia tak mahu dianggap menagih jasanya... itu saya pasti. Kalau dia tak beri resepi tu pada saya, awak semua akan makan hampas kelapa sahaja seperti dulu. Kalau tak ada badak air tu..... takkan ada cucur badak Bella yang terkenal di hadapan anda semua ni. Saya yakin..... resepi itu menjadi kerana keihlasan pemberinya dan .....” bergetar bibir Bibah menahan sebak. Dia cuba memandang siling tetapi Majid seperti menariknya agar terus merenung mata Majid yang turut sama berkaca.

“kalau nak puji lazatnya air tangan saya.... pujilah insan di bawah ini. Pujilah Chef Abdul majid yang mendidik saya bagaimana mahu memasak dengan betul.”

Semua mata memandang Majid yang seperti batu di situ. Tidak bergerak – gerak dari tadi.

“perkahwinan bukan hak awak tengku Danish. Jangan ungkapkan yang saya terhutang budi dengan awak sebab saya tahu ayah menjual tanahnya dikampung untuk mendirikan restoran itu. malah penjualan buku resepi saya pun awak dah kaut untung yang banyak”

Tengku danish terkejut. Dia terus memandang Pak Husin yang hanya tersenyum di sebelahnya. Microphone di lepaskan dan Tengku Danish terus keluar dari situ.

“Masak itu seni yang indah... sudikah awak mengindahkan seni itu di restoran..KITA?”

Majid senyum dan menarik nafas dalam – dalam. Apapun.... Bibah telah menerima cintanya tanpa disoal atau di paksa.

Majid berdiri dan mendapatkan Bibah. lensa kamera tertumpu ke arah mereka berdua. Simbahan flash kamera wartawan seperti meraikan perasaan cinta yang terluah tanpa di duga. Pak Husin memeluk majid dan menampar perlahan kepala majid.

“Apanya pak Husin?” Majid menggosok – gosok kepalanya.

“lembab!” ketawa Pak Majid.

Bibah memandang majid. Ya... dialah lelaki yang menerimaku seadanya. Menerima baju lusuh dan kelurusan sikapku. Dia mendidik dari jauh untuk aku berjaya. Dialah majid.... dialah Badak airku...


c) 1 sudu kecil ovellate.
d) 1 sudu kecil vanilla.
e) Sedikit pewarna biru, merah, hijau dan kuning.

1) a+b+c+d blend atau putar lebih kurang 20 minit.
2) Kemudian asingkan ke dlm 4 bekas, dah masukkan sedikit pewarna.
3) Tuang ke dalam


8 comments:

  1. (Y) idea menarik...kwn den nie ada jer idea dgn judul kekdg luar alam....tpi isi yang tersirat dlm judul cerita luar alam tuhhh hanya yg membaca tahu menilainya.... jgn menilai karya berdasar cover dan judul.....nilai karya
    setelah membaca dan memahaminya..... den bangga dgn ekau ami......

    ReplyDelete
  2. SETUJU dgn nurr bayu...
    jgn dipandang pd tajuk....kecepeh2 pun tajuknya.... isi nya padat... dgn kata lain kacang tdk lupakan kulitnya.... :)

    ReplyDelete
  3. oh my badak air....hihihi
    eden suko citer ekau ni...
    wat ler folder cerpen...ekau jual kat group...eden boli jor....

    ReplyDelete
  4. congrats sis coz mempopularkan semula badak

    ReplyDelete
  5. kak tak sangka semakin berbisa sehinggakan badak air pun kalah..huhuu...lepas ni cerita pulak pasal belalang kunyit hehehe best..mantop..meletop....

    ReplyDelete
  6. dont judge a cerpen by a title,ekekeke badak air pun yg penting isi ye di dalam,owg yg tak baca xkan faham. tahniah dari weeda love u kak

    ReplyDelete
  7. Setuju sgt dgn nur bayu
    Ada blh buat short filem ni

    ReplyDelete