PUAN
Sufiah memanggil pekerja-pekerjanya datang menjamu selera di rumah. Sebaik sahaja
Vee dan Lisa pulang ke rumah, Umar keluar untuk membasuh keretanya yang sedikit
kotor. Dayana duduk berbual-bula bersama Tuan Syed Imran yang sememangnya ramah
itu.
“Dayana suka buat apa bila waktu lapang? Shopping
ye?” Usik Tuan Syed Imran. Dayana gelak kecil.
“Eh,
tak adalah pakcik. Dayana suka masak dan menjahit. Baju Dayana dan mak tok
kebanyakkannya Dayana yang jahit sebab Dayana ambil diploma dalam bidang
fesyen.”
Umar yang mendengar jawapan Dayana itu mencebik dan
mulutnya ringan sekali untuk masuk campur dalam perbualan itu. Tuan Syed Imran
bangun untuk ke dapur sebentar dan inilah peluang Umar mahu mengenakan Dayana.
“Baju
abang Umar nanti boleh jahitkan tak?” Soal Umar sambil tangannya ligat menyabun
kereta. Dia ketawa lucu sambil menggeleng kepala. Macam tak ,masuk akal
gangster pandai menjahit. Jahit apa? Jahit kain lap kaki? Dayana mengulum
senyum dan matanya dikecilkan sedikit.
“Seluar Abang Umar yang terkoyak besar masa
di sekolah dulu pun Dayana boleh jahitkan. Hmm... besar koyaknya, bola sepak
pun boleh muat masuk.” Mengekek Dayana ketawa. Umar membisu seribu bahasa dan
cepat-cepat dia ke belakang kereta. Span yang penuh dengan sabun itu ditonyoh
dengan kuat untuk melepaskan geram. Ingat lagi dia, rupanya. Mana tak ingat,
dah itu semua dia punya kerja!
Dayana
keluar dari rumah Puan Sufiah untuk pulang ke rumahnya dan ketika melintasi
Umar, sempat lagi Dayana mengusik.
“Baik-baik
duduk menonyoh kereta tu, nanti terkoyak lagi pula.” Gelak besar Dayana tatkala
melihat Umar menjeling tajam padanya. Amboi, seksinya jeling, Dayana gelak lagi
sebelum terus keluar dari perkarangan rumah Puan Sufiah dan Tuan Syed Imran. Umar tergelak juga akhirnya. Perempuan tu
memang!
VEE
mula menyoal itu dan ini mengenai kisah silam Umar dan Dayana. Semuanya Dayana
cerita termasuklah hal seluar Umar yang koyak itu.
“Kau gunting seluar tu?” Soal Vee dengan
tawa yang meleret.
“Aku tak gunting seluar tu. Aku retaskan
selang 2 jahitan dekat seluar dia sebab tu dia tak perasan. Tapi lepas dia
pakai masa salin baju mesti dia tukar kasut sebab mamat tu, dia sukan pakai
kasut sukan. Dia bukan macam kami semua bila suka pakai kasut sekolah. Bila dia
duduk kat lantai nak pakai kasut, masa tu lah sound effect baeekkkkkk punya
terkeluar. Prap! Merah padam muka dia. Aku apalagi, gelak bagai tak ingat.”
Cerita Dayana dan diiringi dengan gelak
yang panjang. Masih tak boleh lupa wajah Umar pada waktu itu. Rasanya kalau
dipanggang mukanya pun takkan semerah itu.
“Rasanya
macam kau ni suka juga pada dia ya?” Tekaan Vee itu tidak mendapat jawapan yang
tepat daripada Dayana sebaliknya, lengan Vee ditampar manja.
“Kau jangan nak mengada-ngada. Aku tahu
siapa aku, Vee.” Dayana bangun dan terus ke bilik stor. Vee menggeleng kepala.
“Rasanya Umar tak pernah pandang siapa kau,
Dayana. Aku juga suka kalau dia dan kau bersatu malah aku rasa Puan Sufiah
antara orang yang paling gembira.” Kata Vee sendiri. Sungguh, Dayana memang layak buat
Umar. Kalaulah orang lain tahu siapa dia yang sebenarnya. Vee menyimpan rahsia
itu seketat yang boleh. Takkan sesekali dia bocorkan rahsia sahabat baiknya
sendiri. Vee mengeluh dan sentiasa
berdoa buat sahabat baiknya itu.
DAYANA
menggenggam jemarinya. Mengumpul kekuatan untuk masuk ke dalam rumah banglo
tiga tingkat itu dengan penuh rela. Kalau bukan kerana mamanya, takkan dia
pijak rumah itu lagi. Mak Toknya sudah bersumpah tidak akan memijak rumah
menantunya sejak kejadian yang meragut rasa kasihnya buat menantu yang satu itu.
Masuk sahaja ke dalam rumah dia disambut oleh Mak Cha, pembantu rumahnya.
“Mama
di mana?” soal Dayana.
“Bilik
Mak Cha.” Mak Cha menarik tangan Dayana masuk ke dalam biliknya. Dayana membuka
pintu dan sungguh kakinya tidak mampu menahan getaran rasa hatinya. Mamanya yang
terbaring lemah memandangnya dengan linangan air mata.
“Mama..”
Tubuh Datin Melati dipeluk sekuat hati. Esak tangis Dayana membuatkan air mata
Datin Melati mengalir lebih deras. Mak Cha mengusap rambut Datin Melati yang lumpuh separuh badan.
“Mak Tok sihat?” Soal Datin Melati.
Air mata mamanya dikesat dengan jemarinya yang turut sama pucat menahan amarah.
“Papa
memang dah melampau kan?”
Datin Melati hanya senyum tawar.
“Sudah
mama, balik ikut Dayana. Papa dah halau mama pun kenapa mama masih mahu dengan
papa. Mama dan Mak Cha boleh ikut Dayana. Wang Dayana pun cukup untuk kita
semua. Biarpun rumah Mak Tok cuma rumah kampung tapi itu adalah rumah mama.
Kenapa ma?” Runtun hati Dayana. Bibir pucat Datin Melati direnung.
“Syurga mama di telapak kaki papa.”
“Kalau papa seorang lelaki yang baik, Dayana tak kisah mama tapi papa...”
“Papa apa Dayana?” Suara Datuk Malek mengejutkan Dayana namun begitu
tidak mahu ditolehnya ke belakang. Dia tidak mampu untuk bersabar apabila
memandang wajah papanya itu.
“Lepaskan mama kalau papa tak
mahukan dia lagi. Jangan seksa mama begini.” Pinta Dayana tanpa memandang wajah
Datuk Malek.
“Mama Dayana yang tak mahu papa lepaskan dia. Dia merayu sampai
merendahkan dirinya agar papa tak menceraikan dia. Dia sanggup duduk sekali
dengan isteri baru papa. Sanggup lihat kami berpelukan asalkan tidak
menceraikan dia.” Bongkak kata-kata Datuk Malek. Tangan Dayana menggigil
menahan geram. Dia masih tidak mahu memandang Datuk Malek.Dayana mengucup dahi
mamanya dan berdiri lemah di hadapan mamanya.
“Seorang
ibu adalah contoh terbaik buat anaknya, nampaknya mama memang mahu Dayana jadi
seperti mama. Lemah longlai dihadapan lelaki yang kejam seperti itu. Mama,
bagaimana mama hari ini, itu jugalah Dayana pada masa akan datang kerana ini
yang Dayana belajar daripada mama... tidak mencintai diri sendiri. Kalau bukan
disebabkan dosa, Dayana akan berdoa nama Dayana bukan Dayana Sofea Binti Malek”
Dayana terus keluar. Mak Cha menekup wajahnya dengan kain yang tersangkut di
bahu. Dia tahu duka di hati Dayana.
Kalau tak kerana Mak Tok, Dayana entah
jadi apa sekarang. Mak Tok yang dihalau oleh Datuk Malek kerana cuba
mempertahankan anaknya bertekad tidak akan memijak rumah itu lagi. Kasih sayang papanya tidak pernah melekat di hati
kerana dia juga pernah beberapa kali ditampar oleh Datuk Malek. Dayana melepaskan
segalanya dengan mengusik orang lain di sekolah namun apabila Mak Tok mengambil
Dayana tinggal bersamanya barulah Dayana dididik sedikit demi sedikit untuk
menjadi seorang perempuan yang baik dan lemah lembut.
Sebaik
sahaja Datuk Malek keluar rumah, Datin Melati menggenggam tangan Mak Cha.
Daripada mata yang berkaca itu Mak Cha tahu semuanya.
“Melati
buat ini semua demi Dayana. Sebahagian harta daam rumah ini adalah harta
Dayana. Kalau Melati pergi Kak Cha, harta milik Dayana senang-senang dirampas
Malek. Melati tak duduk sini demi Malek tetapi demi nyawa Melati, Dayana. Kalau
Melati beritahu sejujurnya, Dayana akan kata harta bukan segalanya tetapi Melati sayangkan Dayana. Hak Dayana milik
Dayana bukan milik anak Karina sepenuhnya.
“Ya
Allah semoga Allah memberikan rahmat buat Melati yang sanggup berkorban rasa
perit dan pedih demi Dayana.” Dahi Datin Melati Mak Cha kucup dan air mata Mak
Cha jatuh mengenai dahi wanita tabah itu.
DAYANA
mengikut Umar ke sebuah pasaraya untuk membeli beras dan barang keperluan lain.
Semua barang-barang itu perlu dihantar ke rumah-rumah anak yatim di Klang,
Selangor. Selepas menghantar semuanya, Umar menghantar Dayana pulang ke butik
dan sempat lagi dia menahan Dayana agar berbual dengannya sebentar di luar
butik itu.
“Kau
tahu tak, siapa yang selalu bagi aku hadiah masa di sekolah dulu?”
“Manalah
aku tahu, setahu aku kau kan memang selalu dapat hadiah.” Cebik Dayana.
“Ini
lain, hadiahnya pen kaligrafi. Aku rasa orang yang beli pen tu mesti dia beli
kat pasar malam atau barang-barang terpakai.” Umar mengetuk dagunya dengan jari
telunjuk. Dayana mengetap bibirnya.
“Lagi
pun mesti budak yang bagi hadiah pada aku tu budak lembik kan?”
“Banyaklah
kau! Aku beli dekat pasaraya tahu tak? Aku tak beli pun kat kedai terpakai.
Kalau tak suka pun tak payahlah kutuk!” Herdik Dayana dengan geram.
“Betullah
kau yang bagi?” Umar gelak.
“Betullah
kau dulu pun minat aku kan?” Ditambahnya lagi kata-kata yang boleh membuatkan
hati Dayana geram. Dayana mengalihkan pandangannya.
“Pandang aku sekarang.” Pinta Umar. Dayana
tidak mahu memandang Umar. Dipaling wajahnya ke arah lain. Umar bergerak ke
kiri sedikit untuk menentang mata Dayana dengan tepat. Dayana tertunduk dengan
perasaan yang amat malu. Dikepalnya kedua belah tangan dah hanya menunggu
sasaran sahaja.
“Selama
ini...” Umar memejam matanya buat seketika sebelum memandang Dayana semula.
“Penting
ke?” Akhirnya kepala Dayana mendongak memandang Umar dan kali ini mata mereka
benar-benar bertentangan.
“Ya.
Memang penting bagi aku.” Umar serius kali ini. tiada senyuman mahupun usikan
seperti selalu. Dayana melangkah tanpa mempedulikan Umar lagi. Mahu ditariknya
tangan Dayana tak pasal-pasal pula penumbuk singgah ke muka. Bukan dia tak
perasan tangan Dayana yang menggigil menahan marah tadi. Dia memandang Dayana
yang semakin menjauhinya. Mahu atau tidak dia terpaksa juga.
Kelekuk!
Dayana menoleh ke belakang dan dengan jelas
kelihatan sebiji lagi batu kecil dipegang oleh Umar untuk dibaling ke arahnya.
Dayana berjalan deras menuju ke arah Umar. Batu itu diambil dan dibaling ke
tubuh Umar. Dayana mengutip sebiji lagi batu ditanah dan belum sempat dia
berdiri tegak semula, Umar sudah pun lari menjauhinya.
“Umar!”
Jerit Dayana dan Umar hanya ketawa besar sambil berlari masuk ke dalam
keretanya. Awal-awal lagi keretanya dikunci daripada dalam. sebelum berlalu dia
sempat melambai tangannya pada Dayana yang masih menjerit akibat terlalu geram
dengan Umar.
UMAR
membelek
pen kaligrafi yang diselongkarnya dari dalam kotak semalam. Dibawanya pen itu
ke pejabat semata-mata untuk dibelek. Umar ketawa sendiri. Disentuhnya batang
pen itu dengan lembut. Dia memasukkan pen itu ke dalam poket baju dan
ditanggalkan kot ditubuhnya. Umar keluar dari dalam biliknya.
“Izzati, saya keluar dulu. Beritahu Tuan Syed saya
akan balik dalam masa sejam lagi ya?”
“Baik Encik Umar.” Jawab Izzati dan pelik sendiri
melihat majikannya tersenyum lebar sebegitu. Umar memandu ke butik Puan Sufiah
dan apabila tiba orang yang paling terkejut ialah ibunya sendiri. Puan Sufiah
menghampiri anaknya.
“Ibu ada suruh Umar datang ke hari ni?” Soalan Puan
Sufiah hanya dijawab dengan gelengan kepala. Umar menjengah ke dalam dan
sebagai seorang ibu, Puan Sufiah dapat meneka sesuatu. Dia berpeluk tubuh
dengan kepala yang menggeleng.
“Dayana...” Panggil Puan Sufiah.
“Eh, ibu panggil gangster tu nak buat apa?” Kata
Umar. Dayana keluar dan dia juga terkejut besar apatahlagi pen di poket baju
Umar itu amat dia kenali. Muka Dayana merah padam. Memang sengaja Umar nak
mengusik dia nampaknya. Kelmarin tak dapat baling batu tapi kali ni memang
Dayana rasa nak baling Umar dengan mannequin biar sampai berpusing kepala Umar
tu. Dayana buat tidak endah. Dia terus duduk di hujung butik untuk menghabiskan
kerjanya. Umar duduk di hadapannya danDayana merengus.
“Kau pakai tudung pink ni nampak berseri sangat.”
Umar menongkat dagunya sambil leka memerhatikan Dayana yang melipat kain-kain
cotton untuk disusun di tempat pameran. Dayana mencuri pandang Puan Sufiah yang
leka berbual dengan temannya.
“Mata kau cantik ye, Dayana?”
“Kau nak aku jerut leher kau dengan kain ni ke?”
Jeling Dayana.
“Kenapa ye, bila kau jeling hati aku macam tengah
main lagu bangra?” Umar merenung Dayana lagi. Kain ketiga yang baru dilipatnya ditolak
ke tepi. Dayana menggamit Umar dengan jari telunjuknya. Umar mendekatkan
wajahnya.
“Kau ni tak ada kerja kat pejabat ke? Kalau tidak
menyampah sangat nak datang butik ni. Kau dah kenapa? Kau nak mengurat mak
datin kat sini ye?” Sinis soalan daripada
Dayana.
“Tengok, bibir kau kalau bercakap comel je. Nyot
nyet nyo nyet,” Umar gelak pula. Kali ini dia menukar tangan yang menongkat
dagunya ke sebelah kiri pula.
“Kau nak kata aku monyet ye? Nasib baik Puan Sufiah
ada kat sini, kalau tidak aku lenyek kau dengan pisang tahu tak?” Dayana
terpaksa berbicara dengan senyuman. Umar angkat kening.
“Kau ni kenapa marah pun senyum? Nampak tak yang kau
ni dah jatuh cinta dengan aku. Ketika marah pun kau masih mampu senyum.”
“Sewel ke apa kau ni, Umar?”
“Tak sangka kau ni gangster kampung Dusun. Walaupun
gangster tapi ayu, manis dan..”
“Puan Sufiah! Umar kacau saya buat kerja!” jerit Dayana geram. Puan Sufiah menoleh dan tersenyum lucu.
“Puan Sufiah! Umar kacau saya buat kerja!” jerit Dayana geram. Puan Sufiah menoleh dan tersenyum lucu.
“Bukan siapa pun yang dia kacau, bakal isteri dia
juga.” Jawapan Puan Sufiah menenggelamkan terus semangat Dayana. Umar jongket
kening dan tersenyum lagi dan kali ini senyumannya benar-benar senyuman gatal!
Beni betul Dayana melihat senyuman seperti itu dan apabila Umar berlalu terasa
mahu sahaja mulutnya menahan Umar daripada terus pergi. Vee berdeham
berkali-kali dan ketawa lucu. Dayana meneruskan kerjanya tanpa memandang Vee
yang masih tidak mahu memberhentikan tawanya.
BEST 3X NAK LAGI.
ReplyDeletebaby mioooo <3
Deletebest!! tersengih sorg2 masa baca ni... ;D
ReplyDeletewahh besttt dah ade sambungan ke"
ReplyDelete