Sunday 19 May 2013

CINTA AKU,KAU & KAMBING (CAKK) - bab 5


BAB 5

“Jangan sesekali kau bangga dapat memiliki dia!!!” jerit Hidayu. Semua tetamu majlis perkahwinan Izhar memandang pelik wajah Hidayu yang semakin merah. Marahnya tidak terkata. Dia tidak peduli lagi. Dia terus menerkam pasangan Izhar dengan rakus.

“Mbeekkkk..mbeekkkkk” Dayu sedikit menggelepar di cekik Hidayu. Habis kain songket biru yang membaluti tubuh kambing betina itu di rentap.

“Kau tu kambing saja tau! Ada hati nak kahwin dengan dia!!. Meh sini aku hempuk kau dengan kayu balak ni” Hidayu hampir histeria. Dihempuk Dayu berkali – kali sampai naik lembik kambing kesayangan Izhar itu....

“Aduh...aduh!! sakit ayah, Dayu..aduh!!!!” terjerit – jerit Haji Seman dipukul dengan bantal peluk. Dia masih menahan wajahnya dengan tangan!. Mahu atau tidak, Haji Ani terpaksa menampar dengan kuat pipi anak tunggalnya itu. Hidayu membuka matanya. Dia terpinga – pinga melihat Haji Seman sedang memegang pinggangnya. Rokok daun terjatuh ke lantai.

“Ayah belum lagi nak mati , kamu dah pukul ayah begini. Zalim betul!” marah Haji Seman. Hidayu memandang wajah ibunya.

“Dah cakap berapa kali, dekat maghrib jangan tidur!. Hari ni kamu hempuk ayah kamu, esok – esok kamu tanam terus dia” bebel Hajah ani.

“Dayu benci dengan Dayu tu” kata Hidayu. Bibirnya di juihkan.

“Kambing tu lagi.... kamu tahu tak, kambing tu tak ada dosa dengan kamu. Cubalah sayang sikit ciptaan Allah tu” marah Haji Seman.

“Huh... kalau ayah sayang, naper ayam makan kambing – kambing tu?” soal Hidayu kembali. Haji seman terdiam. Dia berfikir sejenak.

“Dah memang untuk makan. Haishhh... pergi mandi. Sibuk saja hempuk aku maghrib – maghrib ni, rasa nak aku lepuk saja kamu tu” marah Haji Seman. Hari itu dia tidak ke surau. Selepas solat maghrib Hajah Ani terpaksa mengurut pinggang Haji Seman agak lama.

                                      *******************

Pian menunggu Hidayu di warung Abang Ramli untuk bersama – sama membeli belah. Baru dapat bonus lah katakan, macam – macam yang mahu dibelinya. Haji Seman awal – awal lagi sudah minta Hidayu membelikannya t-shirt hitam gambar ikan . berkerut dahi Hidayu mendengarnya. Kalau tiada gambar ikan, Haji Seman mahu gambar pokok ketapang. Malas Hidayu mahu melayan permintaan Haji Seman yang mengarut itu...

Hidayu tiba dengan wajah yang ceria. Pian terus bangun mendapatkan sahabat baiknya itu.

“tunggu Izhar ya.. kita pergi dengan dia” ujar Pian ringkas. Terbuntang sebentar biji mata Hidayu.

“Aku pakai simple macam ni. Tak ada lipstick apa pun” marah Hidayu.

“kau pinjam le lipstick Kak Zee tu” Pian memuncungkun bibirnya ke arah isteri Abang Ramli.

“Uishhhh.. merah menyala!. Tak payah.”

Pian ketawa berdekah – dekah. Ada hati nak pakai lipstick segala. Macamlah Izhar tu nak tengok sangat lipstick kat bibir dia tu, Pian mengutuk di dalam hati. Kereta Izhar tiba. Senyuman manis Hidayu semakin mengendur apabila melihat seorang wanita manis duduk bersebelahan dengan Izhar. Kerana tidak tahu mana harus dia lepaskan geram, terus ditendangnya kaki Pian.

“Sakitlah!!!!!” jerit Pian. Semua memandang Hidayu. Izhar senyum dan saat Hidayu mengalihkan pandangan ke arahnya, senyumannya makin lebar. Macam perli pun ada.

“Awek kau ke Izhar?” Pian sengaja mencari marah di hati Hidayu.

“Hmmm...” ringkas jawapan Izhar. Terus wanita itu mencubit lengan Izhar.

Eeee.. menyampah!. Cubit buat apa?. Nak aku lempang terus?. ... mata Hidayu mula mengecil. Menyampah pula dia. Hidayu terus masuk ke dalam kereta.

“Har... Fea nak makan sphagetti k?”

“Ok... nanti Har belanja ok. Kita makan dengan kawan – kawan Har sekali” jawab Izhar. Dia memandang cermin atas. Jelas kelihatan mulut Hidayu terkumat kamit.

“Saya Sofea... awak berdua ni Pian dan...”

“Dayu...” jawab Pian selamba. Berderai tawa manja Sofea.

“Hei.. macam nama Dayu yang Har bela tu lah!. Nama kambing!” terkekeh – kekeh Sofea ketawa. Kepanasan hati Hidayu boleh mengundang padah pada Sofea kalau dia terus mentertawakannya. Pian menekup mulutnya. Hidayu hanya memandang ke bawah. Kalau ikutkan mahu putus telinga si Sofea digigitnya. Dia terpandangkan kasut tumit tinggi berhampiran kakinya. Dia yakin itu kasut Sofea memandangkan Sofea hanya memakai selipar jepun sahaja di dalam kereta. Hidayu tahu yang Sofea akan menukarnya apabila sampai ke bandar nanti. Hidayu menguis kasut itu agar hampir dengannya. Mata Pian membulat memandang Hidayu yang sudah pun memegang kasut tumit tinggi bertali milik Sofea. Pian menggeleng beberapa kali apabila Hidayu memandangnya.

Gunting kecil di dalam begnya dikeluarkan. Gunting itu memang selalu dibawa jika benang bajunya terkeluar sewaktu berjalan – jalan. dengan penuh usaha dia menggunting tiga daripada lima tali kasut itu.

Setelah siap, Hidayu meletaknya semula.

“Tolong berhenti” pintanya. Izhar menoleh seketika.

“Lama lagi Dayu” katanya.

“Jangan panggil Dayu!!!!” tengking Hidayu. Sebaik sahaja Izhar memberhentikan keretanya, Hidayu terus  keluar tanpa menoleh lagi. Pian tergamam.

Hidayu mengintai kereta Izhar disebalik sebatang pokok yang rimbun. Puas hatinya!. Ketawa sangat ya?...

Hilang keseronokannya mahu membeli belah. Hidayu menahan bas dan terus pulang ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, sempat juga dia membeli sekilo ikan kembung di kedai Abang Ramli.

“Wah,,, anak ayah dah belikan baju ikan ye?” sengih Haji Seman sewaktu mengelap vespanya. Hidayu senyum kelat.

“Mana baju ikannya?” soal Haji Seman.

“Nah!” Hidayu menghulurkan sekilo ikan kembung ke tangan haji Seman.

“Baju ikan tak ada tapi ikan ada!. Suka hati ayah le nak goreng ke atau nak buat masak lada” Hidayu terus masuk ke dalam rumah dengan hati yang sakit sedangkan dia tak tahu yang hati Haji Seman lebih sakit. Baru sahaja nak pakai baju gambar ikan itu sewaktu pergi memancing dengan Pak Yahya dan Abang Li esok. Nampaknya Pak Yahya berlagak lagilah dengan baju ikan dia tu... keluh haji Seman.

No comments:

Post a Comment