Thursday 19 September 2013

CERPEN: CINTAMU CINTA KEDONDONG

CINTAMU CINTA KEDONDONG..

“Apahal pulak! Itu sahaja kau tafsirkan cinta aku?. Melampau betul kau ni Ajak! Rasa nak letuk sahaja kepala kau bagi biul!!!” lengan baju di singsing. Hidung yang sedikit mancung itu digonyoh beberapa kali.

“Aik.. marah pula. Nasib baik aku kata kedondong, kalau aku kata macam bunya tahi ayam?. Sarah..... kau ni cepat marahlah” gelak Ajak. Terus helmet biru dipakai. Malas mahu bertekak. Bertekak seminit sahaja 10 cubitan akan hinggap ke lengan, pipi ataupun pahanya.

“Kau nak kemana?” jerit Sara sebaik sahaja Ajak berlalu meninggalkannya dengan motor vespa milik ayahnya.

“Dating bawak vespa, nak aku terkangkang –kangkang macam katak atas motor tu. Dah lah tu panggi cinta aku tu kedondong!!!. Blah ar!!!” Sara menyepak batu di hadapannya.

“Ha! Sepak batu tu! Kenapa tak sepak mak kau ni sekali?. Dari tadi aku suruh kau pergi kedai beli belacan kan?” bebel Cik temah dari muka pintu.

“huk aloh... lupa lak! Nampak ajak jer tadi terus lupa mak. Sara pergi dulu ya!!” cepat – cepat sara berlari anak menuju ke kedai Abang Samad.

Melihatkan sahaja motor vespa yang ditunggang Ajak tadi tersadai di bawah pokok jambu, hati Sara sedikit kacau.  Mahu atau tidak, dia terus menapak masuk ke dalam kedai.

“Abang ajak ni kan!!!!” rengekan manja itu sangat – sangat dikenalinya. Jelly !!!! memang musuh dari dalam kandungan lagi!. Sengaja je nak caras pakwe orang. Ingat senang aku nak mengurat si Ajak tu?. Penat aku rasuah adik Ajak supaya serahkan surat berbedak tu sekali seminggu. Ingat tak penat buka google cari ayat power rangers!!... geram benar Sara waktu itu. bertambah sakit apabila Ajak turut ketawa bersama. Macam pasangan bahagia pula!

“kau ni dah besar – besar pun nak merengek. Pi balik! Mak kau tengah tunggu kat rumah nak bagi breastfeeding tu!” agak kuat suara Sara hingga mereka yang lain memandang ke arahnya.

“Sara!” Ajak menarik tangannya ke luar.

“Apa?. Marah?. Ingat aku tak tahu pasal si Jelly dengan kau ?” tngan Ajak yang masih menyentuhnya ditepis kuat.

“Kau selalu buat hubungan kita jadi susah kan?” Ajak seperti sudah hilang bicara lagi untuk menerangkan betapa Sara berada di dalam hatinya. Kekal tetap di situ.

“Aku benci kau Ajak. Kita putus!” Sara menangis – nangis.

“Sara....” Ajak cuba memujuk lagi.

“kau hanya nampak salah aku tapi tak nampak salah kau!” Ajak pula membalas kata – kata Sara. Terbeliak mata Sara memandang Ajak.

“Pernah kau layan aku macam kekasih?. Panggilan pun ‘kau’ ‘aku’. Nak keluar dating asyik ikut kau saja... semuanya pasal kau”

Hanya nafas yang turun naik mengisi ruang sementara Sara menjawab kata – kata Ajak tadi.

“ok... ini kau punya permintaan kan?.... kita putus!!!” Ajak terus pergi tanpa menoleh ke arah Sarah lagi.

Lima tahun berlalu.....

Ajak yang sudah pun menjadi seorang usahawan yang berjaya tetap pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibunya, Mak Bie. Arwah ayahnya sudah meninggal dua tahun yang lepas.

Sejak perpisahan mereka lima tahun yang lalu, tiada wanita pun yang berjaya mengisi kekosongan hatinya.

“Bila nak kahwinnya ajak... takkan sampai mak mati pun tak dapat timang cucu” rungut Mak bie. Ajak senyum kelat.

“Ke,........ masih mahukan Sara” Mak Bie mengerling seketika. Tangannya berhenti daripada terus melipat kain yang baru diangkatnya dari jemuran.

“Kasar – kasar pun kamu rindu ya?” Kali ini Mak Bie sengih pula.

“Dia kedondong, mak” Ajak membelek – belek suratkhabar yang tidak langsung menarik minatnya.

“Apa?.. kedondong?” tergelak pula Mak bie mendengarnya. Banyak – banyak buah mengapa mesti kedondong?..

“Ye lah.... kulitnya masam tapi kalau kupas kulitnya, manis mak!. Dia tu nampak sahaja kasar tapi kalau tiba mood romantik, aishhhh.. susah nak lupa mak” sengih Ajak.

“Romantik tak romantik pun, mak tak pernah nampak dia sekarang ni. Cik temah pun dapat jumpa sekali setahun. Tahun lepas dia dah habis belajar tapi terus kerja di KL tu. Kamu tak jumpa dia ke Ajak?” Mak bie menyoal.

“Hmm... Ajak kerja di Petaling Jaya mak, bukannya KL”

“bukan jauh mana pun..” Mak Bie gelak tetapi nadanya penuh dengan sindiran.
Ajak tersenyum sendiri,

                            *********

“Sara nak jumpa kawan sekejap, Lina” senyum Sara. Dia yang menyarungkan kasut tinggi itu memandang Lina, rakan serumahnya.

“Nak kirim apa – apa?” soal Sara.

“Kirim penampar!” gelak Lina dan satu tamparan lembut hinggap ke pipi Lina.

“Aku dah bagi... jadi aku tak ada hutang” senyum sara.

Keretanya di pandu masuk ke dalam tempat parking kondo Arisan, milik Gina. Ada jamuan sempena hari lahir suaminya yang ke 35 tahun. Perlahan – lahan kakinya merapati pintu rumah Gina yang terbuka luas.

“Assala....”
Terdiam.,...................

“mualaikum Sara” spontan Ajak menyambung perkataan yang tergantung itu. Sara berundur ke belakang dan memandang nombor rumah Gina. Bimbang jika tersalah rumah.

“Ini rumah Gina, tak salah alamatnya” senyum Ajak. Walaupun sedikit menggeletar namun sebagai lelaki dikaburkan segalanya supaya Sara nampak dia lebih tenang.... walhal...

“Ooo...  ok” Sara terus masuk ke dalam rumah. Ajak memejam matanya dan tersenyum lucu. Kau masih macam dulu....

Ajak dan Sara banyak membisu. Mata mereka bertentangan tetapi cepat – cepat ditundukkan. Mengapa mesti rasa malu sedangkan lelaki itulah yang kau cubit berkali – kali suatu masa dahulu.

Akhirnya pertemuan itu berakhir begitu sahaja tanpa mengambil sebarang nombor telefon mahupun alamat facebook. Kesal!!!!!

                              ***********

“Aku tak tahulah Temah.... dia kata suka makan kedondong rumah kau ni tapi bila aku bawa balik tak pula dia makan” rungutan Mak Bie disambut dengan gelak besar oleh Cik Temah.

“Dia nak kedondong lain tu....” Cik Temah mengagak.

“Kau ada tanam kedondong lain ke Temah?” Mak Bie mengibas – ngibas lehernya dengan selendang. Makin pening dibuatnya.

“Dia nak kedondong yang ada kaki untuk dia bawa berjalan, tangan untuk di pimpin, hati untuk dia jaga” sengih Cik Temah.

“Maksud kau, Sara?” soal Mak Bie. Lambat pick up betul mak Bie nih!.

“Sara cakap dia tak kisah aku kahwinkan dia dengan siapa. Kau pula Bie?” soal Cik Temah.

“Dia nak kedondong kau ler.,.. hahahaha”

Berderai tawa wanita lanjut usia yang tawanya mengalahkan budak tadika dapat ribena! Kening diangkat – angkat dan tawa meletus lagi.

                            **********

“Aku nikahkan dikau dengan Nur Sarah Alisha bin Hamdan dengan mas kahwin lima lapan puluh ringgit tunai!!!” genggaman tangan Ajak digoncang dan dengan sekali lafaz Sara dan Ajak sah menjadi suami isteri walaupun tidak pernah bertemu janji ataupun berjumpa sebelum pernikahan. Itu permintaan Ajak. Dia Cuma mahu berjumpa dengan Sara sewaktu majlis pernikahan kerana bimbang akan berlakunya pergaduhan seperti dahulu dan mereka berpisah sekali lagi.

Ajak memandang ke belakang. Melihatkan Sara yang memandangnya dengan pandangan yang menggoda, hatinya menjadi tidak tentu arah. Hanya satu doa Ajak......Minta – minta cepatlah malam..........

                            *************

Jam sudah pukul 12 malam. Ajak dan Sara berpandangan sesama sendiri dan tersenyum malu.

“Tak pernah nampak sayang malu – malu begini”

Kata – kata Ajak buat Sara mahu tergelak.

“Abang tak pernah panggil sayang sebelum ni. Dulu pun tak pernah” senyum Sarah.

“Abang?.................. aduh sayang!!!!” Ajak mengucup satu persatu jari Sara.

“Buat apa ni?” soal Sara.

“Gwiyomi!...hehehhehe”

Jawapan Ajak buat Sara terhibur. Terus dicubitnya pinggang Ajak.

“Sayang.... abang rindu betul cubitan kedondong sayang...” akui Ajak. Sara gelak lagi. Ini Sara yang sekarang, kalau Saya yang dulu, pasti akan terjadinya pertengkaran. Sara tak suka Ajak panggil dia kedondong!

“Abang kenapa suka sangat panggil Sara kedondong?” soal Sara.

“Hahhahaa... sebab dulu Sara macam jantan tapi baik di dalam. macam kedondong, buruk benar rupanya... kihkihkihkih. Tapi sekarang abang tak nak panggil kedondong.... abang nak panggil Sara isi kedondong” makin galak dia mengusik.

Satu lagi cubitan hinggap ke pinggangnya.

“Hmmm..... kita kena jimat elektrik. Mari kita tutup lampu, isi kedondongku sayang” sengih Ajak.

“ABang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

                                               ******TAMAT******



3 comments:

  1. Haha haha haha.....x hbs dgn kedondong....org dah voguepun kedondong lg dipanggilnya.....tp betul ek,isi dia manis? Mcm dulu mkn masam jerrrr.....😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 masam gak. tapikan saj, yang memasamkan kedondong tu kulitnya. tak caya, beli kedondong, rasa kulit dulu... maaam. pas tu kupas... manis rasanya. tapi ada gak kedondong masam kehkehehe

      Delete