Friday 4 May 2012

bab 3 (cinta sos dan kicap)

  Pagi - pagi lagi Suraya tiba di pejabat. Fatin terpaksa datang awal kerana ingin menyiapkan laporan kewangan syarikat mereka.  Suraya pergi ke pantry untuk membuat air. Di atas meja kelihatan sebotol kicap yang belum di buka. Suraya membelek - belek botol kicap itu dan tanpa disengajakan botol kicap itu terlepas dari tangan. Berderai dan kicap mula memenuhi lantai pantry. Suraya cemas dan cepat - cepat dia mengelap dan membersihkan lantai sebelum orang lain tiba. Jam di tangan mula menuju ke angka 9. Suraya bersyukur semuanya sudah bersih seperti sediakala. Hatinya bberdebar - debar melihat Amri tiba dengan sepasang baju melayu tanpa sampin. Nampaknya Amri menghormati penghulu segala hari. Amri tidak memandangnya langsung. Bila aku pakai baju kurung tak pandang pula, gerutu hatinya. Tidak berapa lama kemudian Amri masuk ke ruang pejabat dan dia melihat seorang demi seorang rakan sekerjanya. Amri menghampiri meja Suraya. Suraya semakin berdebar. Dia fikir aku cantik, fikir Suraya apabila Amri memandangnya dari atas ke bawah.
   "Kau ganti balik kicap aku," kata Amri. Suraya terkedu.
   "Aku tahu kau yang pecahkan. Tengok kain kau ada kicap," terang Amri. Suraya memandang kainnya. kelihatan banyak sekali percikan kicap yang terhempas sebentar tadi.
   "Itu pun nak berkira!," cebik Suraya.
   "Suraya susu...aku tak kira. Aku tak kisah kalau kau curi duit aku tapi jangan curi kicap aku," katanya. Suraya ketawa besar.
   "kedekut! Kicap yang tak sampai RM3 ringgit tu pun nak aku ganti balik," kata Suraya. Amri memandangnya.
   "Aku bagi kau sehari untuk kau cari jenama kicap ni dekat seluruh kedai runcit kawasan ni," kata Amri sebelum berlalu. Suraya mencebik. Lelaki kedekut!, fikir Suraya. Fatin sudah tersenyum lebar melihat Suraya yang sedang menggaru - garu kepalanya yang tidak gatal.

     Waktu bekerja sudah habis. Suraya terpaksa pulang dahulu kerana Fatin bekerja lebih masa. Dia ingin mencari kicap seperti kicap Amri di kedai - kedai berhampiran. Puas dia mencari tetapi langsung tidak jumpa. Dia semakin bingung. Aku ni perempuan tapi langsung tak layan aku dengan baik. Lantaklah....
   Suraya menunggu teksi. Sudah pukul 7 petang tetapi tiada satu pun teksi yang lalu di situ. Suraya resah. Dia tidak mahu menyusahkan Fatin. Dia masih menunggu. Kawasan yang agak sunyi itu membuatkan Suraya hampir menangis. matanya terpandangkan sebuah motorsikal berkuasa tinggi yang lalu di hadapannya. Amri... terpacul nama itu dari bibirnya yang mungil itu. Amri tidak berhenti malah terus pergi walaupun dia melihat Suraya berdiri bersendirian di situ. Kali ini Suraya betul - betul menangis apabila telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri. Dia menekup mukanya yang comel dengan kedua belah tangannya. Takut jika di rogol atau di apa - apakan. Tiba - tiba kedengaran bunyi enjin motor berhenti betul - betul di hadapannya.
   "Pakai ni dan terus naik," Amri menghulurkan topi keledarnya. Suraya mengambilnya.
   "Saya tak tahu naik motor," kata Suraya.
   "Pegang bahu saya dan naik. Dah malam ni," arah Amri. Suraya menyentuh bahu Amri.
   "Jangan peluk badan saya tau. Pegang bahu sudah," kata Amri dan Suraya menurutinya sahaja. Walaupun agak takut tapi Suraya hanya mampu memegang bahu Amri. Apabila tiba di selekoh Suraya yang ketakutan mencengkam bahu Amri sekuat hatinya. Amri menjerit kesakitan.
    "Sakitlah aku suraya....," jerit Amri dan Suraya ketawa. Dia semakin biasa. Amri berhenti di hadapan rumah Fatin. Suraya menghulurkan topi keledar kepada Amri.
    "Terima kasih pinjamkan bahu awak," kata Suraya. Amri senyum sedikit.
   "Lain kali aku tak nak bawa kau susu. Kejam betul," katanya dan terus membelok keluar daripada kawasan perumahan yang di sewa Fatin dan Suraya.

No comments:

Post a Comment