Saturday 5 May 2012

bab 8 (cinta sos dan kicap)

   Sudah dua minggu Azhar meneraju syarikat. Dia memang seorang pengurus yang cekap. Untuk mengeratkan lagi perhubungan dia dan pekerja bawahannya, Azhar mengajak mereka semua makan di restoran makanan laut. Kesemua 25 orang pekerjanya makan malam bersama. Azhar duduk di sebelah Suraya. Amri , Syasya dan Fatin duduk di meja yang lain. Banyak makanan laut yang terhidang di hadapan mata. Suraya mencubit sedikit ikan bakar dan kerang. Dia kelihatan tidak berselera.
    "Kenapa?. Sedapkan?. Cicahlah ikan tu dengan sambal kicap atau air asam ni," Azhar memandang Suraya. Hidangan di hadapan mata di pandang kosong. Seronok dia melihat Amri dan fatin ketawa bersama. Alangkah baiknya kalau aku duduk disana, bisik hati kecilnya.
    "nah!.. ambil sos ni," Amri meletakkan sebotol besar sos di hadapan Suraya. Terkejut Suraya dengan sikap prihatin Amri terhadapnya.
    'Buat apa sos ni?," soal Azhar. Amri tidak menjawab tetapi terus melangkah pergi menuju ke tempat duduknya.
    "Saya suka makan sos," jawab Suraya sambil tangannya membuka penutup botol sos itu.
    "Dia tahu semua pasal awak ya?," Azhar cuba menyungkil sesuatu. Suraya hanya tersenyum dan mula makan.
     "Mana pula kau curi sos tu?," soal Fatin.
     'Muka aku ada muka pencuri ya," soal Amri kembali. Fatin tersengih.
     "Aku beli sebelum sampai di sini tadi. Budak tu kalau tak ada sos tak lalu makan," jawab Amri selamba.
     "kat aku kau tak nak beli," usik Syasya pula.
     "kau tu tak makan sos pun tak apa. Semua kau telan," jawab Amri pula, Fatin ketawa.
     "makan sajalah.. bukan senang bos nak belanja makan," ujar Fatin dan terus menyuap isi ketam ke dalam mulutnya. Mereka selesai makan kira - kira jam 10 malam. masing - masing sudah pulang. Tinggal Fatin, Syasya, Amri dan Suraya sahaja.
     "Saya hantar Suraya pulang," pelawa Azhar.
     'tak payahlah Encik Azhar, Suraya serumah dengan saya. Dia naik kereta dengan saya sahaja," ujar Fatin sambil matanya memandang Amri.
     "Saya tanya Suraya bukannya awak fatin," suara Azhar agak keras. Mungkin marah kerana Fatin masuk campur.
     "Tak mengapalah, saya pulang dengan Fatin," kata Suraya.  Azhar mengangguk dan kelihatan wajahnya agak tegang kerana hajatnya tidak kesampaian. Suraya beriringan dengan Amri.
     "Seronok makan dengan bos tadi?," soal Amri tanpa memandang Suraya. Senyuman terukir di bibir Suraya.
     "kau cemburu kan..," usik Suraya. Amri menoleh ke arahnya.
     "Kau bukan sesiapa pun nak buat aku cemburu," kata Amri selamba.
     "kalau aku naik dengan Encik Azhar tadi mesti kau meraung terguling - guling kan?," Suraya masih mengusik.
      "Naik kereta tu cepat. Dah malam ni. nanti demam pula," arah Amri. Suraya ketawa. Dicubitnya pipi Amri dan terus masuk ke dalam kereta. Amri ketawa kecil. Amri menunggu mereka pulang dahulu tetapi malangnya enjin kereta Fatin tidak boleh dihidupkan.
     "kenapa?," soal Amri.
     "kereta rosaklah... kau tumpangkan Suraya dulu ya," pinta Fatin.
     "habis kau macam mana?," soal Amri pula.
     "Nak aku tolong baiki?," soal Amri.
     'Eh tak apa... nanti aku telefon kawan aku. kau bawa Suraya sahaja," kata Fatin. Syasya sudah gelisah. Dia seorang yang penakut. Mujurlah Amri membawa kereta pada hari itu. Suraya keluar mendapatkan Amri. Syasya menghampiri Fatin dengan wajah ketakutan.
     "kenapa kita tak naik sekali dengan Am?. Kereta ni esok kita panggillah orang baiki," ujar Syasya. Fatin menepuk dahi.
      "kau ni kan, lembab betullah. Aku saja nak rapatkan mereka berdua. Kereta ni eloklah," terang fatin. Syasya tersengih dan mengangguk. Sejurus sahaja Suraya dan Amri pergi Fatin cuba menghidupkan enjin keretanya kembali.
      "kenapa tak boleh hidup ni?. Diorang dah pergi. Cepatlah, aku dah mengantuk sangat ni," bebel Syasya. Fatin menggaru - garu kepalanya.
     "Alamak... betul - betul rosaklah," kata Fatin dan kali ini Syasya betul - betul menangis.

  Suraya tersenyum sepanjang jalan. Amri memandangnya. kelihatan wajah Suraya berseri - seri.
  "Kau jangan bawa lari aku ya, kicap!," gurau Suraya.
  "nak bawa lari ke mana. Bukannya kau cantik sangat pun,"
  "kalau aku tak cantik buat apa kau asyik pandang aku," sengih Suraya.
   "kau yang pandang aku kan?," soal Amri pula.
   "mana ada!," Suraya menafikan.
    "Kalau kau tak pandang aku , macam mana kau tahu aku pandang kau," jawab Amri. Suraya terdiam. Ada benar juga kata - katanya.
    "Kita pergi jalan - jalan nak?," pinta Suraya. Amri memandangnya sebentar.
    "kau jangan goda aku lagi sos," Amri memberi amaran. Suraya ketawa. ikatan rambutnya dilepaskan. Terserlah keayuannya selama ini. Amri menoleh dan terpaku sebentar. Kelekaannya memerhatikan Suraya menyebabkan mereka hampir terbabas.
    "kau gila ke kicap!. Nasib baik aku tak mati tau," jerit Suraya ketakutan. Amri diam membisu. Dia juga tidak sangka akan terbabas. mereka berdua diam di dalam kereta yang telah pun berada di tepi jalan. hampir masuk ke dalam semak samun.
    "Lain kali jangan buat begitu," kata Amri. Suraya menoleh ke arahnya.
    "Aku buat apa?," soal Suraya. Keningnya berkerut.
    "Buat itulah!," Amri tidak memandangnya.
     "jangan buka ikatan rambut kau sesuka hati. Rambut kau terkena mata aku ni. Itu yang terbabas. lain kali pakai tudung. Selamat dunia akhirat," bebel Amri mencari helah.
     "Itu baru aku buka ikatan rambut kau dah terbabas. kalau aku buka yang lain, mahu koma kau setahun," balas Suraya sambil tersenyum sedikit.
     'kau nak buka apa?," soal Amri memandang wajah Suraya.
     "Hmmm... hmm buka lah," pintas Suraya pula.
     "Aku tak ingin tengok pun," kata Amri dan mula menghidupkan enjin keretanya. Sepanjang perjalanan mereka berdua banyak berdiam diri. Sampai sahaj di hadapan rumah, Suraya membuka tali pinggang keledar.
    "terima kasih hantar aku kicap.," ucapnya. Amri mengangguk.
    "Balik jangan lupa solat," kata Amri.
    "Tak boleh," jawab Suraya.
    "kenapa pula. masih ada waktu lagi ni kan," kata Amri pula.
    "Aku.... aku.... diberi cuti oleh Allah daripada solat dan puasa. Aku tengah tutttttt," Suraya tersengih. Amri berasa malu dan hanya mengangguk.
    "kau ni tak malu lah," kata Amri perlahan.
     "Apa kau kata?," soal Suraya. Amri hanya ketawa kecil.
     "Bye... sayang," Suraya menyentuh pipi Amri sebelum keluar. Amri menahan bibirnya daripada tersenyum. Suraya melambaikan tangannya ke arah Amri yang berlalu meninggalkannya.

     Agak lama juga Suraya menunggu Fatin pulang. Kira - kira jam 2 pagi baru Fatin pulang dengan muka yang kepenatan. Suraya cepat - cepat membuatkan air buat Fatin yang sudah terlepok di lantai rumah.
    "Penat.. penat!," keluh Fatin. Nasibnya baik kerana Syasya mempunyai adik lelaki yang bekerja sebagai mekanik. Syasya terpaksa merayu agar adiknya itu datang membantu mereka.
Sebagai balasan, adiknya mahu mereka berdua belanjanya makan hujung minggu ini. Suraya ketawa besar mendengar cerita Fatin.

No comments:

Post a Comment