"Amri tu memang lain kan?," soal Suraya. Fatin mengangguk.
"Dia sangat baik. Aku pun tak faham kenapa dengan kau dia kasar. Dengan kami semua ok pula," kata Fatin. Suraya menjungkitkan bahunya.
"Dia benci dengan aku agaknya,". Suraya memandang Fatin. Jam di tangan sudah pukul 1.40 petang. sepatutnya Amri sudah ada di sini untuk memungut dokumen. Suraya agak tidak senang kerana jika dokumen itu lewat di hantar, dia akan dimarahi oleh Puan Maznah. Tidak lama kemudian, Amri datang ke meja Suraya.
"Kenapa lambat?. kau ni tahu buat kerja atau tidak?," marah Suraya. Amri terkedu memandang Suraya.
"yang kau nak marah - marah aku ni kenapa?," soal Amri pula.
"kau ambil dokumen ni. Pergi hantar sekarang. jangan nak makan gaji buta sahaja. Buat benda yang tak penting dulu. Utamakan kerja," agak keras kata - kata Suraya. Amri menggeleng kepala.
"kau salah Susu.. kita wajib pentingkan Allah dulu baru yang lain. Aku cuma solat sahaja tadi. Salah ke?. Lagipun semua dokumen itu Puan jenah suruh aku hantar sebelum pukul 5 petang. Jaga sikit mulut kau. Kalau muka cantik pun tapi budi bahasa tak ada.... tak guna jadi wanita. tak ada adab!," kata Amri dan terus pergi. Suraya terdiam. Dia rasa bersalah yang amat sangat dan rasa malu mula bersarang di dalam dirinya. Tidak sepatutnya aku memarahi dia tanpa usul periksa, Suraya berbicara sendiri. Suraya memandang beberapa orang pekerja yang memerhatikannya dari jauh. Suraya mula mendail nombor telefon bimbit Amri. Dia harus meminta maaf tetapi Amri tidak menjawabnya langsung. hati Suraya tidak keruan.
"kau pun tak patut cakap begitu pada dia. Dia memang tak pernah tinggal solat. Puan maznah tak pernah memarahi dia sebab dia pekerja yang cekap" Fatin menepuk bahu Suraya.
"macam mana aku nak minta maaf?," soal Suraya. Fatin menggeleng kepala. Suraya pulang agak lewat. Beberapa perkara harus di selesaikan. Dia menyusun semua temujanji dengan teliti. Sedang leka membuat kerja, kelibat Amri melintasi mejanya.
"Amri..," panggil Suraya. Amri menoleh dan mendapatkannya.
"kenapa?," mendatar sahaja suaranya. Suraya memandangnya dengan wajah yang bersalah.
"Maafkan aku". suara Suraya mengecil. Amri hanya mengangguk dan terus pergi.
****************************************
"Dia memang agak kasar Am. Lagipun dia di besarkan oleh ayahnya sahaja. Dia anak tunggal yang tak punya ibu," terang Fatin ketika makan tengahari bersama. Suraya tidak bekerja kerana demam.
"Dia tak macam perempuan lain. Lemah lembut dan bertimbang rasa," kata Amri. Fatin mengangguk.
"Dia kasar tapi hatinya lembut. Dia seorang yang baik hati. Kau perlu lebih mengenali dirinya. Walaupun dia selalu marah kau tapi kalau kau tengok betul - betul bil dia pandang kau, matanya bersinar. Macam ada sesuatu," terang Fatin. Amri tersenyum.
"Teruk sangat ke demam dia?," soal Amri.
"Boleh la. Tapi tak lalu makan," Fatin menyedut minuman.
"Petang nanti jangan pergi mana. Aku nak datang rumah kau," kata Amri dan fatin hanya mengangguk.
Suraya batuk. fatin mengurut - ngurut belakang badannya.
"pergi klinik ya," fatin memuijuk. Suraya menggeleng. Badannya panas. Mungkin keran terkena hujan panas tempoh hari. Enjin motosikal kedengaran dari luar. Fatin berlari keluar membuka pagar untuk Amri.
"Teruk sangat ke?," soal Amri. Fatin mengangguk. Fatin membuka semua tingkap dan pintu. Bimbang jika di tangkap khalwat. Amri masuk ke dalam bilik Suraya yang tidak menyedari kehadiran Amri. Suraya berselubung. Matanya pejam, Amri meletakkan tapak tangannya ke dahi Suraya.
Matanya di buka perlahan. Terkejut Suraya melihat Amri di hadapan matanya.
"Aku masak bubur ni. kau makan," kata Amri. Suraya hanya memandang. Fatin mengambil sudu di dapur dan di berikannya kepada Amri. fatin membantu Suraya duduk.
Amri menghulurkan bubur ke tangan Suraya.
"Suapkanlah... tak larat," kata Suraya. Amri menelan air liur. Dia tidak pernah menyuap mana - mana wanita selain ibunya selama ini. Amri menyuapkan bubur ayam ke mulut Suraya.
"Pandai masak," senyum Suraya. Amri malu. merah wajahnya. Fatin mengambil sudu dari tangan Amri dan menyuap bubur itu ke mulutnya sendiri.
"Pandai kau masak Am," kata fatin. Amri tersenyum bangga.
"Lepas makan ni pergi klinik," pujuk Amri. Suraya menggeleng.
"Tak nak. Ubat pahit!," Suraya mengelak.
"kau ni kasar, tapi takut makan ubat!," Amri ketawa. fatin juga ketawa terkekeh - kekeh.
No comments:
Post a Comment