BAB 1
Roda motor Harley Davidsonnya
berputar laju. Konvoi ke Puau Pangkor!. Itu yang kumpulan mereka rancangkan
berbulan – bulan lamanya. Hanya Chinta Azelea yang berlawanan jantina dengan
penunggang yang lain. Kekok?.. apa nak dikekokkan pada teman – teman belajarnya
dahulu. Semua orang tahu Chinta Azelea suka menunggang motor berkuasa tinggi.
Penat mulut Puan Sri Hanani membebel melarang daripada anak gadisnya itu
bergaul dengan lelaki. Wataknya tidak kasar malah cara jalannya sahaja bagaikan
seorang model terkenal. Lipstick merah jambu tetap dipalit ke bibir walaupun
melakukan aktiviti lasak bersama kaum adam.
Sampai sahaja ke Tapah, hujan
mula turun dengan lebat dan ketua mereka mengunakan isyarat tangan agar mereka
semua duduk berteduh di bawah jambatan. Motor di letak di bahagian tepi
pembahagi jalan raya di bawah jambatan itu. topi keledarnya dibuka dan
rambutnya yang panjang melepasi bahhu itu dikibas perlahan.
Dia tersenyum melihat seorang
lelaki yang turut sama berteduh di bawah jambatan itu. motor jipang?... Chinta
sengih. Dia membuka cermin mata hitamnya sambil menepuk – nepuk tempat duduk
motor jipang kepunyaan lelaki itu.
“Cool beb!” sengih Chinta.
Lelaki itu hanya tersenyum sambil mengesat wajahnya dengan tuala kecil. Muka
Chinta yang jelita itu membuatkan lelaki itu tidak mampu menyembunyikan
senyumannya yang masih tidak mampu dihentikan.
“Motor jipang pun cool?.
Lainlah Harleys Davidson”
“Hahahhaa... nama saya
Chinta” Chinta menghulurkan salam dan lelaki itu memperkenalkan namanya sebagai
Yazid. Chinta terus melekat di tepi Yazid yang kelihatan agak malu – malu.
“Hei..... kenapa awak malu –
malu? Nama saya sahaja Chinta tapi taklah sampai saya nak paksa awak cintakan
saya” Chinta mula berseloroh. Ikmal menghampiri mereka berdua.
“Dah nak berhenti dah ni..
jom Chinta” Ikmal tidak mahu memandang Yazid pun apatah lagi menegurnya. Namun
begitu senyuman sinisnya tetap ada apabila melihat motor jipang milik Yazid.
“Eh.. Yazid! Saya pergi dulu
ya. Ini nombor saya. awak tak ada kad?” soal Chinta setelah menghulurkan kad
namanya kepada Yazid.
“Tak ada... tak ada duit nak
buat kad. Cukup – cukup untuk beli cekedis” senyum Yazid dan Chinta terus
ketawa besar.
“Call ya?” pintanya sebelum pergi.
Dengan kasut kulit dan jaket kulit hitamnya, Chinta nampak sangat bergaya.
Sempat lagi dia melambai pada Yazid sebelum meninggalkan lelaki itu jauh.
Yazid memandang kad di
tangannya.
CHINTA AZELEA BT MUHZAINI
CEO PERTAMA HOLDINGS SDN BHD.
Yazid terus menunggang motor
jipangnya untuk pulang ke Kuala Lumpur.
****************
“Kena ajar juga Yazid. Dia
masih baru dalam bidang ni. Uncle bagi bisnes ni pun cuak juga sebab dia asyik
dengan motor dia saja. Uncle nak lah dia belajar selok belok perniagaan dengan
Yazid. Esok Yazid jumpa dia ya?. Kenal dengan Chinta. Ni... dia tak suka
bermesyuarat di dalam pejabat. Dia suka mesyuarat di luar. Bayangkan semua
staff kena masuk restoran berbincang pasal kerja. Yang memang serius tu..
berbincanglah. Yang lain asyik makan tapi satu apa pun tak bagi idea” gelak Tan
Sri Muhzaini. Yazid melonggarkan tali
lehernya dan ketawa.
“Saya pernah jumpa dia uncle”
senyum Yazid. Terbayang semula wajah Chinta yang sentiasa tersenyum itu. memang
sangat manis!.
Setelah Tan Sri Muhzaini
meninggalkan pejabatnya, Yazid membuka
dompetnya dan kad pemberian Chinta semalam diteleknya. Teringat akan lenggang
lenggok ala model Chinta ketika menghampiri Yazid dengan motor besarnya.
Rasanya memang pening nak menguruskan anak tunggal keluarga seperti ini.
*************
Setelah setiausaha Yazid
memaklumkan akan kedatangannya di pejabat Yazid, dia di minta masuk ke dalam
pejabat yang lebih besar berbanding pejabatnya sendiri. Setelah pintu di buka , mata Chinta membulat
apabila terpandang akan Yazid yang segak memakai suit berwarna hitam di
hadapannya.
“Wei... mamat jipang!!!”
Chinta gelak besar. Semua dokumen di letak ke atas meja dan dengan selamba dia
terus duduk di atas meja sambil menepuk – nepuk lengan Yazid.
“Assalamualaikum” Yazid
senyum dan berganjak sedikit jauh dari Chinta. Tangan Chinta bebas sahaja menyentuh lengannya. Itu
membuatkan Yazid tidak selesa.
“Opsss .. sorry!.” Chinta
meminta maaf setelah menyedari akan rasa tidak selesa Yazid tentang sikapnya.
“Tak apa”
“Ni mamat jipang....apalah
papa suruh belajar dari awak. Saya ni nak buka restoran bukannya nak buka syarikat hartanah macam
awak. Dia suruh saya belajar dari awak.. ada ke patut!” Chinta duduk di atas
kerusi. Wajah yang sentiasa murah dengan senyuman itu menyejukkan mata Yazid.
“Uncle nak saya ajar awak
jadi boss yang baik” jawab Yazid.
“Ishhhh.. baik apa saya ni.
Bila mesyuarat sahaja saya bawa staff pergi makan – makan”
“Lepas tu?” Yazid bermain –
mann dengan pen di tangan. Kening Chinta berkerut memandang Yazid yang
kelihatan tenang malah seperti tahu apa yang terjadi di dalam syarikat papanya.
“Alahhh... tu kos sikit je.
Anggap saja macam sedekah. Budak – budak tu pun lapar juga” Chinta
mempertahankan dirinya.
“Perlu ada jurang antara bos
dan pekerja. Maksud saya di dalam pejabat. Di luar pejabat, kita boleh jadi
kawan mereka. Saya nak tanya, apa hasilnya bila perbincangan di buat di restoran?”
soal Yazid. Kali ini pen di tangan di letak ke atas meja. Chinta mengerut
kening. Papa ni dah macam hantar sekolah saja!.
“Hasilnya..... hmmm... kami
happy!”
“Awak happy, Tan Sri Muhziani
pening kepala. Dua bulan awak menerajui syarikatnya, kos digunakan hampir
RM2000 untuk tiga kali mesyuarat di restoran. Betul kan?” Yazid berdiri dan
duduk di atas meja berhadapan dengan Chinta.
“Kalau setahun?. Anggarkan
ada mesyurat sebanyak 20 kali dalam setahun.. hmmm.. rasanya boleh tukar tayar
motor awak tu” senyum Yazid.
“Eleh.. poyo!” ujar Chinta
perlahan.
Bengang pula apabila cara dia
menerajui syarikat papanya dipersoalkan. Balik nanti memang dia akan merajuk
dengan papa!. Saja nak malukan anak sendiri depan Mat Jipang... nyampah!.
***************
Hari pertama kelas buat
Chinta......
“Kita naik motor nak?” sengih
Chinta. Dia dengan selamba menunggu
Yazid pagi – pagi di hadapan rumah bakal ‘guru’nya itu semata – mata mahu
mempelawa Yazid membonceng motor berkuasa tingginya. Yazid menggeleng kepala.
“Saya tak naik motor besar –
besar ni” elak Yazid.
“Ye la.... orang tu ada motor
jipang tuuuuuu... motor kita ni apalah sangat!!” kening Chinta terjungkit –
jungkit sambil mengintai motor jipang milik Yazid di hadapan rumahnya.
“Takkan awak nak bawa saya?.
nak saya pegang kat mana?” soal Yazid. Dia menggaru – garu keningnya beberapa
kali. Haru biru sungguh anak Tan sri Muhzaini ni..
“Awak pergi dulu.. nanti saya
ikut dari belakang. Rasanya macam nak hujan je ni. Baik awak naik kereta dengan
saya” Yazid mendongak ke arah langit yang sedikit mendung.
“Hek eleh... tak macholah
takutkan hujan. Meh lah” ajah Chinta lagi.
“meh apanya!!.. meh naik
kereta nanti hujan!” kali ini suara Yazid sedikit tegas. Chinta menjuihkan
bibirnya dan terus menghidupkan enjin motornya. Yazid menggeleng kepala melihat
akan kedegilan Chinta. Dia terus
meninggalkan chinta dengan keretanya. Dia tidak peduli dengan muka Chinta yang
monyok macam nangka benyek itu.
Hujan sudah turun dengan
lebatnya dan lampu isyarat berubah ke warna merah. Sedang Yazid membetulkan
duduknya mata redupnya itu tertancap pada wanita yang menunggang motor di
sebelahnya. Habis lencun!. Dengan muka bengang, Chinta langsung tidak mahu
memandang Yazid di sebelahnya. Berderai tawa Yazid pada waktu itu juga.
Yazid menunggu hampir lima
belas minit akan Chinta di dalam pejabatnya. Kasihan juga melihat dia yang
basah kuyup begitu tetapi bukannya tidak diberi nasihat, dia juga yang degil.
Inilah akibatnya kalau tak mahu langsung dengar nasihat orang. Yazid memandang
kosong wajah Chinta yang seolah – olah baru naik dari berenang dipantai. Dia
duduk di hadapan Chinta dengan kaki yang bersilang. Sengaja digoyangkan
kerusinya ke kiri dan ke kanan. Akhirnya tawa yang cuba disembunyikan itu pecah
jua.
“Tak kawan lah! Tak payah nak
belajar dengan awak!!!” topi keledarnya di angkat semula dari meja sudut
pejabat Yazid. Cepat – cepat Yazid menangkap tangan Chinta . tawanya masih lagi
berbaki. Tak mungkin untuk dia hentikan buat saat itu.
“Betul kata Tan Sri Muhzaini...
anaknya itu bukan sahaja haru biru tetapi dan warna tahi kerbau dah” tambah
galak pula Yazid ketawa.
Nafas Chinta turun naik.
Diperhatikannya suit yazid yang kemas dengan mata nakalnya. Dicampaknya topi
keledar ke bawah. Dia membuka jaket kulitnya dengan senyuman yang sama nakal
dengan pandangannya. Yazid menelan air liur.
“Hei.... awak nak buat apa
ni?” berkerut – kerut dahi Yazid memandang wajah Chinta yang seakan – akan mahu
membahamnya. Dengan langkah kaki yang memanjang, terus jaket kulitnya itu
diselubung ke tubuh Yazid. Bukan itu sahaja, siap digonyoh – gonyohnya lagi.
“Hishhhh..... lepaslah!!!”
tengking Yazid.
Kali ini dengan rambut yang
kusut masai dan baju yang hampir basah keseluruhannya, Yazid mencampak jaket
kulit milik Chinta ke lantai.
“Gila?”
“boleh blah.. nak balik!!!”
usai sahaja kata – katanya habis, Tan Sri Muhzaini dan setiausahanya masuk ke
dalam pejabat Yazid. Mata Tan Sri Muhzaini membulat apabila terpandangkan baju
Yazid yang turut sama basah. Setahunya tadi, baju Yazid elok sahaja keadaannya
tidak seperti ini. Lebih – lebih lagi apabila melihat Chinta tersenyum kambing
dengan tubuhnya yang basah lencun.
“Ini memang betul – betul
tangkap basah ni Tan Sri” bisik Alin ke telinga Tan Sri Muhzaini.
“Tak.. tak... uncle... ini
bukan..” Yazid sudah gelabah. Terus dipandangnya wajah Chinta. Pohon agar
kedudukan sebenar diterangkan. Tapi nasibnya benar – benar tidak baik pada
waktu itu kerana boleh pula Chinta tersenyum dan terus beredar meninggalkannya
dengan langkah ala tyra banks.
Tan Sri Muhzaini semakin
merapati yazid yang sudah pun berpeluh dahinya. Nahas!. Tangan kanan Tan Sri
Muhzaini sudah naik ke bahu Yazid. Kali ini jantungnya sedikit laju berbanding
tadi. Renungan tan Sri Muhzaini menggerunkan Yazid sehinggalah tokoh korporat
itu ketawa berdekah – dekah sehingga merah rona pipinya.
“Itu lah yang dia buat pada
uncle masa uncle marah dia main hujan masa kecil dulu. Nasib baik tak
dipeluknya Yazid!!” Tan Sri Muhzaini terus menghenyakkan punggungnya ke sofa.
“Nasib tak baiklah tu...
kalau saya nasib baik tentu dia peluk saya tadi” Yazd berbisik perlahan.
“Apa kamu kata?” mata Tan Sri
Muhzaini terjegil memandang Yazid. Dengan batuk yang dibuat – buat Yazid terus
menukar topik perbualan. Dia sempat mengintai ke luar tingkap. Memandang jalan
raya yang baru sahaja dilintasi awek cun yang menaiki motor Harley Davidson.
tetiba tersuka pulak kt hero jipang ni...
ReplyDeletehehehhee,.... suka tang mana?.kat jipangnya kah?... kat orangnya kah.... kat enjinnya kah....
Deleteterima kasih ye sudi baca Aerine nine!!! <3 uuuuu
Puteri Gunung Semangolekk : (Y) karya yg tidak menghampakan walau dlm keadaan x sihat.... jatuh hati kat abe jipang yg dah comot .... ms smart x jatuh hati....jatuh patah riuk jerr....hihihihi
ReplyDeletehehehehe..best2..jipang vs hearly davidson
ReplyDeletesama sengal dua2 ni
ReplyDeleteHahahahah....alahai yazid. Cakap ajela kuat2. Tau takut
ReplyDelete