Saturday 5 May 2012

bab 6 (cinta sos dan kicap)

   Hari ini semua pekerja berkumpul di bilik mesyuarat. Seorang pengurus baru akan menggantikan puan Maznah Bahari yang bersara awal kerana faktor kesihatan. Dengarnya pengurus baru itu seorang lelaki lulusan dari luar negara. Pintu bilik mesyurat di buka. Kelihatan seorang lelaki yang berkulit sawo matang muncul dengan bergaya. Pekerja wanita memandang sesama sendiri.
   "Perkenalkan ini Encik Azhar," umum Suraya. AZhar tersenyum manis. memang kacak orangnya. Tinggi lampai dan punya gaya yang tersendiri.
   "Hai... macam nak menggatal nampak," bbisik Amri ke telinga Syasya.
   "Aku masih bujang tau. Berhak mencari," senyum Syasya. Amri tersenyum. Azhar di perkenalkan kepada semua pekerja. Setelah memberi sedikit ucapan, mereka semua bersurai.
   "Suraya, saya masih baru. nanti boleh temankan saya makan tengahari. Tunjukkan di mana kamu selalu makan," kata Azhar memandang suraya yang hanya mengangguk tanda setuju. Suraya kembali ke meja dan meneruskan tugasnya. Amri datang untuk mengambil beberapa dokumen dan invoice untuk di hantar.
  "Susu.. mana dokumen?," soal Amri. Suraya memandangnya.
  "Ish... aku tak sukalah kau panggil aku dengan nama tu. Boleh tak kau layan aku baik sikit. nama aku suraya tau... suraya!," marah Suraya.
   "Aku tak nak panggil Suraya. Terlalu lembut untuk perempuan macam kau. Aku panggil kau sos!.. sebab kau suka makan sos!," kata Amri selamba dan terus pergi bersama kesemua dokumen di atas meja.
   "Aku panggil kau KICAP!!!" jerit Suraya. Amri buat tak dengar dan terus keluar.

  Suraya membawa Azhar ke restoran yang selalu dikunjunginya. Azhar asyik memerhatikan Suraya. kadangkala Suraya malu apabila di renung sebegitu.
  "Awak cantik," puji Azhar. Suraya ketawa.
  "Saya tahu," jawabnya. Sedang leka mereka bersembang, Suraya mula menyedari Amri memandangnya dari jauh. Suraya mengangkat kening. Amri hanya mencebik.
  "Awak pandang siapa?. Despatch syarikat kita tu," pertanyaan Azhar itu membuatkan Suraya tersentak. Suraya hanya menggeleng.
  "Cepatlah makan Encik Azhar. Waktu makan tengahari sudah habis ni,"
  "Ala.. saya bos awak kan," jawab Azhar dan Suraya terdiam.

    Suraya tergopoh gapah menyiapkan kerjanya. Amri mendekati mejanya.
    "Ni, bagi bos kau tu. Dokumen dari Syarikat Paradigm," Amri meletakkan beberapa dokumen di hadapan Suraya.
    "Kau tak marah?," soal Suraya. Amri memandangnya.
    "kenapa aku nak marah?," soal Amri pula.
    "Tak marah aku makan dengan Encik Azhar?,"
    "jangan kata makan, kalau kau dating dengan dia pun aku tak marah. kau bukan adik aku pun," jawab Amri selamba. Suraya meembaling pen ke arahnya.
     "Hei... sos!... kau ni. kalau kotor baju aku ni," ngomel Amri.
     "pergilah kicap!. Menyampah aku cakap dengan kau," marah Suraya. Amri terus pergi.
     "Kau nak ke mana?" jerit Suraya.
     "Tadi kau suruh aku pergi, aku pergilah!!," jawab Amri.  Suraya geram. Di hentaknya semua dokumen di atas meja. Nak kata bodoh, tak juga!!!!!....jerit Suraya di dalam hati.
 

No comments:

Post a Comment