Monday 3 June 2013

CINTA AKU , KAU & KAMBING (CAKK) - bab 8

BAB 8

Izhar menghampiri Hidayu yang sedang mengangkat kain jemuran. Rajin pula dia hari ini. selalunya kalau tak ditempik oleh Hajah Ani, jangan harap kain yang dijemur itu di angkat dengan rela hati. Biarlah dia mengemas rumah atau mencuci tandas asalkan jangan di suruh mengangkat kain jemuran dan kemudian melipatnya. Mulutnya akan jadi seperti tikus mondok. Sebab itu kesemua baju dan seluarnya disangkut sahaja.

Termalu – malu Hidayu dibuatnya apabila melihat Izhar duduk di tepinya. Tunggul kayu besar yang tidak berapa jauh dari Hidayu itu membolehkan Izhar melihat wajah Hidayu yang sedikit kemerahan kerana dipanah mentari petang.

“Awak nak apa?.. Aaaaa.. rindu saya ke?” Hidayu senyum malu. Kemudian dia berpaling ke sisi lain. Haji Seman yang baru pulang dari menebas kebun pisangnya itu terus berhenti melangkah. Dia menyorok di sebalik pokok nangkanya yang sedang berbuah. Dia tersengih.

“Macam mana dengan pertunangan kita lagi empat hari ni?” soal Hidayu. Malas nak control ayu segala... dia perlu tahu semuanya itu dari mulut Izhar sendiri.

“Apa?.. tunang?. Bila masa pula kita nak tunang.. ish... saja je” berkerut – kerut dahi Izhar. Macam nak meletup hati Hidayu mendengarnya. Kelmarin dia yang beriya – iya sangat. Senyuman pula macam sengaja mengejek soalan Hidayu tadi.

“kau ingat aku hairan sangat nak tunang dengan kau?" herdik Hidayu yang melempiaskan kesakitan di hatinya. Izhar tersenyum. orang marah yang dia asyik tersenyum tu kenapa?. memang cari nahas betul!. dia tak tahu lagi puting beliung Si Hidayu.

"La.... saya kata tunang... tunang kan Dayu saya tu. nak jemput awak jadi mak andam je"tawanya mula meleret seperti selalu.

"Nak aku andamkan kambing kau tu?. memang melampau betul!!" tergigil - gigil Hidayu menahan marah. kain pelikat milik Haji Seman yang baru diangkat dari jemuran itu terus dilemparkannya ke lopak. terbeliak mata Haji Seman memandangnya. Suka hati dia saja.... ingat murah kain pelikat gajah aku tu!!!!
“Yang marah sangat ni kenapa sayang" soal Izhar lembut. Sayang..... terdiam dan terkunci kata - kata Hidayu. dia berdehem beberapa kali.
"Tadi kau kata aku ni mak andam kambing kau, sekarang panggil aku sayang, kau ni dah kenapa?." soal Hidayu. kali ini nadanya tidak tinggi seperti tadi. Haji Seman yang sedang menyorok di sebalik pokok nangka itu tersenyum - senyum sendiri. Yes!!!!!... Haji Seman menumbuk telapak tangan kirinya. Izhar mendekati Hidayu...

Jari – jemari Izhar menyentuh hujung rambut Hidayu yang terkeluar dari kain tuala yang membaluti kepalanya.

“Ya... kita bertunang sayang...” kata Izhar. Mata Hidayu direnung. Serta merta Hidayu menjatuhkan pandangan matanya ke tanah. Degupan jantungnya tak payah nak cerita... kalah pesta dalam filem hindustan.

“kenapa tak marah – marah?” soal Izhar. Matanya masih tertancap di wajah Hidayu.

“Macam mana nak marah...” jawab Hidayu dengan nada agak manja. Terlerai tawa Izhar kali ini. dia tunduk sebentar seblum mengangkat kepalanya dengan senyuman yang masih menguntum.

“Ala... manjanya.... macam tak percaya” usik Izhar lagi. Hidayu sudah tidak tentu hala. Dia cuba untuk menjadi wanita anggun seperti di dalam filem. Dia berlari dengan gaya yang sangat mempenokan sebelum...

GEDEBUK!!!!

Hidayu jatuh tertiarap dengan wajah yang tersembam di dalam lopak yang airnya mengalahkan kopi susu. Haji Seman menekup wajahnya. Malunya!!!!

Izhar tergamam di situ. Belum pun sampai beberapa  saat, tawa Izhar pecah lagi dan kali ini lebih kuat. Hidayu malu besar. Dia tidak pasti apa yang harus dia lakukan untuk berhadapan dengan situasi yang sangat memalukan ini. itulah!!! Kalau tak ada gaya ala Kareena Kapoor jangan cuba buat gaya sebegitu. Tawa Izhar bagai menggelegak deria pendengarannya. Hidayu senyum sedikit. Dia tidak bangun dan terpaksa menahan nafas buat seketika.

“Hidayu,...” panggil Izhar. Dia terus mendapatkan Hidayu yang pada anggapannya masih belum sedarkan diri atau lebih tepat... dah pengsan,

“Ya Allah... Hidayu..” badan Hidayu diribanya. Pipi yang sudah berlumuran air lopak itu ditepuk – tepuk perlahan. Haji Seman juga sedikit cuak. Dia melangkah setapak sebelum berhenti semula. Kaki Hidayu yang bergerak kiri dan kanan meyakinkan haji Seman yang anaknya itu dalam perancangan tak berapa nak bermoral.

Nak biar.. berdoa... amboi bukan main sedap kau kena pangku dengan Izhar ye..... Haji Seman mengecilkan matanya, dia terus berpura – pura seperti baru tiba,

“Hidayu!!!.. la.. kenapa anak ayah ni!!” Haji Seman memang pandai berlakon. Dia yang kelihatan panik itu tidak menimbulkan syak walau sedikit pun pada pandangan mata Izhar.

“Dia berlari lepas tu terjatuh tadi Pak Haji..” Izhar menerangkan dan Haji Seman menyuruh Izhar mengambil air di dalam rumah. Dengan pantas Izhar berlari.

“Daddy kacau lah!!!!!” Hidayu membuka matanya.

“Kamu ni memang nak kena lepuk dengan aku. Bukan main lagi nak si Izhar tu riba kamu” jegil Haji Seman.

“Dia wangi!” sengih Hidayu.

Pipi Hidayu ditampar manja oleh Haji Seman. Mahu tergelak Hidayu. Sebaik sahaja menyedari Izhar mula hampir. Dia berpura – pura pengsan sekali lagi.

Haji Seman berpura – pura membaca sesuatu di dalam air. Dia mengumurnya. Aduh!!!!!!!... Hidayu dah agak dari bunyi kumuran yang kuat itu. Dia perlu bangkit cepat. Tak mahu dia disembur oleh Haji Seman depan Izhar!.

“Arghhhh... aduhhhh” Hidayu berpura – pura memicit kepalanya. Izhar benar – benar lega tetapi Haji Seman sedikit hampa. Baru sahaja nak sembur anaknya yang miang keladi itu...dah terlepas!.

Izhar pulang selepas Hidayu masuk ke dalam rumahnya. masuk sahaja ke dalam kereta dia termenung seketika.

“Kenapa pula nak pengsan kalau setakat jatuh tertiarap kat lopak?. Cepat pula sedar pula tu?” Izhar menjungkit bahunya dan terus pulang ke rumah.


                                            *****************

Berdekah – dekah Pian ketawa mendengar cerita Haji Seman mengenai peristiwa tempoh hari sewaktu Pian datang menolongnya di kebun.

“Biarlah pakcik. Yang pakcik sibuk tu kenapa?” soal Pian.

“Ish... nanti jadi maksiat. Dah macam siput timba dah aku tengok masa tu. Tak sangka pula anak kau tu pandai” sengih Haji Seman. Pian bantai gelak lagi.

“Pandai apa?. Pandai auta???”

“Itu bukan auta tapi mencari peluang” jawab haji Seman. Air teh diteguknya laju. Pian tepuk dahi. Memang padanlah dua beranak ni ditakdirkan menjadi ayah dan anak tapi kesian kepala Hajah Ani.....pening senantiasa,

“Macam mana pula boleh tunang ni?” Pian masih menyoal.

“Sebenarnya bapak si Izhar dengan Si Izhar ni memang sukakan anak aku dari dulu lagi. Orang lain kata Dayu ni nakal, dia kata cute. Orang kata Dayu tu kecoh dia kata peramah. Dayu bukannya tahu . Pakcik pun tak beritahu sebab pakcik yakin sangatlah yang mereka ni akan bersatu” terangguk – angguk Haji Seman bercerita.

“Hek eleh.. macam yakin benar je yang anak pakcik tu kahwin dengan si Izhar. Mana tahu dia kahwin dengan Uncle Wong tu ke setelah memeluk islam” sengih Pian. Terjegil mata Haji seman mendengarnya.

“Tak. Izhar tu sebenarnya dah minat dengan Dayu masa dia balik kampung dulu. Masa tu dia tinggal di KL dengan ayah dia. Macam mana ayah dia suka, macam tu lah juga dia. Kau tahu sebab apa dia balik kampung jadi penternak moden?” soal Haji Seman.

“Tak. Pakcik tahu?” soal Pian semula.

“Tak.. aku pun tak tahu hahahhahahaha” Haji Seman menekan – nekan perutnya. Suka betul dia mengenakan Pian.

Nasib baik warga emas, kalau warga plastik... dah lama Pian cepuk!


                                      **************************

Sofea seperti tidak berpuas hati. Kedatangannya di situ tetap tidak mampu mengubah kesilapan lamanya. Ya, Izhar sudah memaafkannya tetapi dia tidak mahu Izhar menganggapnya seperti adik setelah hubungan cinta mereka terputus dua tahun yang lalu. Kerana di anggap seperti adiklah, Izhar membenarkan Sofea tinggal sebulan dua di rumah atuknya, Penghulu Amin. Tok Amin beberapa kali tidak bersetuju dengan cadangan ibu Izhar iaitu Puan Bariah supaya membenarkan Sofea tinggal bersama mereka. Alasannya, ibu dan ayah Sofea berangkat ke luar negara untuk beberapa bulan. Bukannya Sofea tu budak kecil nak di jaga sebegitu. Kalau di KL boleh pulang lewat sampai pukul 2 pagi takkanlah setakat ayah dan ibunya ke luar negara dia tidak boleh uruskan diri sendiri. Nek Yah sekadar menghulurkan senyuman walaupun kadangkala menantunya itu sedikit menyakitkan hati. Suka hati dia sahaja nak hantar bekas kekasih Izhar tinggal bersamanya. Terjerit – jerit melihat nyamuk besar di bilik itu pun dah cukup merimaskan Nek Yah.

“Sayang..” rengek Sofea sewaktu melihat Izhar mengeluarkan pahar untuk majlis pertunangannya tiga hari sahaja lagi. Izhar menoleh. Air mata Sofea sedikit membuatkan hatinya sayu.

“Yang lepas sudahlah Fea” kata Izhar perlahan. Sesekali dia cuba mengintai Nek Yah yang masih berada di dapur.

“Tapi you tak beri peluang. Nampak! I boleh tinggal di kampung seperti apa yang you idamkan” bersungguh – sungguh benar Sofea.

“Ya ... tapi maafkan i. I dah maafkan you. Bagi i itu sudah cukup, biarlah i cipta bahagia  bersama seseorang yang telah lama i suka sebelum i jumpa you lagi. Seseorang yang membuatkan i mendesak ayah i untuk pulang ke kampung sewaktu cuti sekolah. Seseorang yang membuatkan i ketawa melihat sikap buli yang ada padanya. Dia pandang i kecil sahaja. Macam kuman...siap nak tutuh i lagi tapi pandangan i berbeza, setiap kali dia tunjuk penumbuk dengan ranting di tangan kirinya, i rasa seperti dia memberikan sebiji epal. Sebab tangan dia comel sangat. Walaupun dia tidak kurus sangat tapi tangannya sedikit bulat.” Izhar tersenyum.

“Takkanlah boleh jatuh cinta pada usia semuda itu” sinis kata – kata Sofea.

“Tapi itu yang i rasa. Sampai sekarang dia tak tahu siapa yang tinggalkan brick game di tangga rumahnya. dia tak tahu i sebab masa i di pekan, i nampak dia sibuk mengintai brick game tu dengan pian. Keluarkan duit syiling yang hanya ada 50 sen. Lepas dia pergi, i minta ayah i belikan dan terus letak kat tangga rumah dia. Esoknya i dengar dia heboh yang dia dapat hadiah dari bunian” gelak Izhar. Sofea terus masuk ke dalam biliknya. Sakit pula mendengar cerita mengenai Hidayu....hanya Hidayu!.


12 comments:

  1. ala!!! x sukalah bila sofea gedik masuk line...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkahkaa...
      ala... takkan nak buat mak biah yang masuk line lak...
      sabo jer... jangan risau...
      tu kira sambal belacan jer kihkihih..
      terima kasih Ina...

      Delete
  2. best lh...nak lagik
    tak sabar nk bace bab 9

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...
      terima kasih ye sudi baca
      citer tak berapa nak normal ni..
      ok.... tak esok,. lusa akak masukkan bab 9 k
      <3 :)

      Delete
  3. Hahahahaa anak ngan bpk 2 kali 5 jer. Kamcing abisss ! (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu mak diorang tak nak campur
      parah diorang ni hehehe
      tenkiu sudi baca ye ina
      :) <3

      Delete
  4. mmg best la dayu ni...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh
      terima kasih banyak ya Sarina..
      sudi baca kisah Dayu ni...
      :) <3

      Delete
  5. Replies
    1. baby miooooooo...
      terima kasih banyak2 ya dik!!!
      :) <3

      Delete
  6. lawak..bapak dgn anak sama je
    best...
    nk bab 9..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..
      boleh... nanti akak masukkan bab 9
      diorang sma2 ting tong...
      bapak kuah.... dayu nasi hehehya
      terima kasih sudi baca ya :)

      Delete