BAB 5
TENGKU
Hatta menemani Tuan Danial pergi mendapatkan Nell yang
kebetulan sedang makan tengahari bersamanya. Panggilan Nell membuatkan Tuan
Danial perlu bergegas pergi. Sampai sahaja di Jalan Mahameru, Tuan Danial memberhentikan
keretanya. Tengku Hatta yang duduk di dalam kereta tidak mahu keluar dan hanya
mahu melihat dari dalam kereta sahaja. Nell sedang berdiri sambil memeluk tubuh
di hadapan kereta Honda CRZ berwarna ungu gelap miliknya. Tuan Danial
menghampiri Nell yang kelihatan merah wajahnya.
“Danial, tolonglah jangan tinggalkan Nell” rayuan itu sedikit
mengejutkan Tuan Danial. Tinggal? Siapa yang tinggalkan siapa sebenarnya?
“Kenapa dengan awak ni?” soalan tunggal itu membuatkan Nell terus
menerpa ke arah Tuan Danial dan memaut lengannya. Tengku Hatta menggaru-garu
kepalanya. Kalaulah Is nampak!
“Nell
tahu Danial dalam hubungan dengan Tengku Ismahanim. Fikirkan Danial, kalau dia
sanggup menipu tentang dirinya sendiri, tak mustahil lain kali pun dia tipu
awak” nampak terdesak benar Nell pada waktu itu. Tuan Danial menarik tangannya
kembali.
“Kalau Danial tak mahu bersama dengan Nell, baik Nell mati sahaja!” Nell
ke belakang dan menghampiri kawasan jalan raya.
“Apa
masalah awak ni? Panggil saya ke sini semata-mata mahu ugut saya? Nak bunuh
diri? Silakanlah, saya tak tanggung apa-apa dosa pun. Itu keputusan awak.
Rasanya baik mengucap dulu kot sebelum bunuh diri” Tuan Danial menggeleng kepala
dan hanya tersenyum sinis.
Nell
kali ini seolah-olah sudah nekad. Dia terus berundur dan apabila melihat sebuah
kereta Toyota Harrier menghampiri, mahu atau tidak Tuan Danial terpaksa
menyelamatkan Nell.Tubuh Nell ditarik ke belakang dan dalam keadaan kaki yang
tidak teguh menahan tubuhnya, Tuan Danial jatuh dan tergesel pada jalan tar
yang baru diturap. Nell menjerit dan Tengku Hatta cepat-cepat keluar untuk
menyelamatkan Tuan Danial. seluar pada lututnya terkoyak. Begitu juga pada
lengan sebelah kirinya. Nell berlari mendapatkan Tuan Danial tetapi tangannya
ditepis Tengku Hatta.
“Kau
ni bodoh!” ayat itu benar-benar membuatkan hati Nell terguris. Siapa Tengku
Hatta untuk membodohkannya sebegitu?. Tengku Hatta membantu Tuan Danial bangkit
dan membawanya ke klinik tanpa mempedulikan Nell lagi.
DENGAN wajah
yang puat Is bergegas masuk ke dalam klinik. Melihatkan tangan Tuan Danial yang
luka pada lengan membuatkan Is bertambah
risau. Itu belum lagi dengan lutut seluar Tuan Danial yang koyak. Tengku Hatta
serba salah. Dia memandang Tuan Danial dan Is silih berganti.
“Awak kenapa Danial?” soalan itu tidak dijawabnya. Tuan Danial hanya
memejam matanya menahan pedih.
“Terima kasih selamatkan saya tadi. Ingatkan awak akan biarkan saya
begitu sahaja. Tak sangka masih punya rasa cinta kerana sanggup menyelamatkan
saya tanpa mengira nyawa awak yang mungkin akan turut melayang pada waktu itu” tiba-tiba sahaja Nell menghampiri mereka dan duduk di sebelah Is. Sengaja memandang wajah
Is yang ternyata berubah. Tuan Danial mengeluh. Dia mulai sedar permainan Nell.
Tengku Hatta memegang bahu kakaknya yang terdiam tanpa kata. Nell rasa dia
sudah pun menawan rasa ego Is yang meninggi itu dan terus pergi. Tidak jauh,
sekadar cukup untuk mendengar perbalahan mereka berdua. Itu sudah cukup.
“Is,
kalau awak pun saya...”
“Hatta, akak akan terus pulang ke rumah. Hatta uruskan meeting petang
nanti” Is bangun dan dengan cepat tangannya ditarik Tuan Danial.
“
Awak cuma ada satu nyawa dan awak telah pertaruhkannya demi dia. Tiada apa yang
tinggal untuk saya, Danial. Awak fikir tak masa awak selamatkan dia tadi? Kalau
jadi apa-apa pada awak, saya yang sedih dan saya yang menderita. Awak tak
fikirkan saya tapi hanya fikirkan dia” air mata Is bergenang. Nell tersenyum di
balik dinding.
“Lepaskan tangan saya. Hatta! Kenapa biarkan? Korang berdua ni sama
sahaja. Tak sayangkan ...” Is menarik kuat tangannya dan terus pergi. Tengku
Hatta duduk di tepi katil dan mencebikkan mulutnya.
“Hatta juga yang kena” rungut Tengku Hatta sambil memandang kakaknya
berlalu pergi. Tuan Danial mengeluh. Jangan kata Nell, kalau kucing yang kena
tadi pun, dia tetap akan selamatkan.
“Nell tu Phsyco” bisik Tengku Hatta dan Tuan Danial terdiam. Ya, dulu
pun banyak kali Tuan Danial terpaksa ulang-alik ke hospital kerana
menyelamatkan Nell yang sering sahaja mencederakan dirinya sendiri kalau bertengkar atau
pun merajuk dengan Tuan Danial.
“Tapi lebih kepada gila” tambah Tengku Hatta. Kali ini Tuan Danial
termenung panjang. Kenapalah mudah benar dia melupakan cara Nell menarik
perhatiannya dahulu. Salah sendiri dan kali ini dia terpaksa bekerja lebih untuk
memujuk Is pula.
PAGI-pagi
lagi Tuan Danial sudah ke pejabat TK Sdn Bhd. Dia perlu berjumpa dengan Is.
Keengganan Is untuk menjawab panggilannya begitu menyeksakan. Dalam keadaan
yang masih sakit dia perlu juga berjumpa dengan Is.
“Minta maaf Tuan Danial, Tengku Ismahanim tak
mahu berjumpa. Katanya dia juga akan bawa keluar semua barang-barang miliknya
di rumah Tuan Danial petang ini juga. Tengku Hatta yang akan mengambilnya.
Tengku Ismahanim kata jangan risau, dia takkan simpan nama Tuan Danial di dalam hatinya lama-lama” Yusni
senyum tawar. Tuan Danial tidak peduli. Dia terus melangkah masuk ke dalam
bilik Is tanpa kebenaran. Sebaik sahaja pintu bilik pejabat dibuka, Is yang
sedang berdiri di cermin tingkap menoleh lemah. Matanya masih bengkak. Tuan
Danial yakin yang wanita dihadapannya itu seharian menangis akibat terlalu
kecewa. Dengan tangan yang masih berbalut, Tuan Danial meminta agar Yusni
meninggalkan mereka berdua di situ.
“Benci saya?” soalan itu tidak dijawab sebaliknya air mata Is menitis
lagi.
“Kalau Kak Hasnah berada di tempat yang sama pun, saya akan lakukan
seperti apa yang saya lakukan kelmarin. Itu bukan cinta Is tetapi tanggungjawab
saya sebagai seorang manusia” pipi Is disentuh.
“Tapi hati saya sakit. Saya rasa macam awak serahkan jiwa dan raga awak
untuk dia” nada suara Is sedikit perlahan. Kepalanya masih tunduk memandang
lantai. Tuan Danial senyum. diangkat
sedikit dagu Is dan dikesatnya air mata yang begitu mudah mengalir.
“Awak sanggup buat apa saja untuk dia kan? Kalau saya, awak nak tarik
macam tu?” kali ini tangan Tuan Danial ditepis. Is duduk dikerusinya.
“Buat apa saya nak tarik, kalau awak saya terus bertukar jadi superman.
Terbang tinggi-tinggi berdua” kata-kata
Tuan Danial diakhiri dengan tawa kecil. Makin menyirap hati Is dibuatnya.
Tuan
Danial merendahkan kepalanya selari dengan wajah Is. Dia berbisik lembut.
“Saya cintakan awak, Tengku Ismahanim” kemudiannya Tuan Danial terus
keluar dengan senyuman panjang. Is tergamam. Pertama kali Tuan Danial
meluahkannya. Tak mahu lewat mendapatkan Tuan Danial, Is terus ke pejabat
Tengku Khalil.
“Pa!
Is minta cuti hari ni. Ada hal nak settle” Is berlari keluar daripada pejabat
Tengku Khalil walaupun belum sempat Tengku Khalil membuka mulutnya. Tengku
Hatta menjuihkan bibirnya.
“Pa!
Hatta pun...”
“Jangan mengada. Kakak kamu tak ada, kamu tak ada, siapa nak tolong
papa?” mata Tengku Khalil membulat.
“Alah, asyik akak saja” Tengku Hatta bangun dan terus keluar daripada
pejabat tengku Khalil. Kalau bagi keluar pun, bukannya dia ada kekasih untuk
dibawa berjalan. Kekasih datang dan pergi. Banyak cengkadak, bak kata Is.
IS berlari
mendapatkan Tuan Danial. Manisnya senyuman Is mengalahkan gula batu. Nampak
benar suka dengan ucapan Tuan Danial tadi. Lengan Tuan Danial dipautnya dan Is
masih belum mampu mengendurkan senyumannya.
Tuan
Danial mengintai sedikit wajah Is dan ketawa.
“Tadi menangis, merajuk segala. Ni tersenyum-senyum ni kenapa?”
“Awak kata awak cinta saya” jujur Is.
“La,
saya salah orang. Ingatkan saya cakap dengan Yusni tadi”
Is
berhenti melangkah dan ingin berpatah balik tetapi cepat-cepat Tuan Danial
menarik tangannya. Muka tikus mondok itu muncul lagi. Mahu sahaja Tuan Danial kunyah
bibir yang muncung sedepa itu. Hari itu Tuan Danial meluangkan masa berdua
dengan Is walaupun cuma pusing-pusing di Alamanda, Putrajaya. Walaupun kaki dan
lengan masih pedih, melihatkan senyuman Is semuanya berbaloi.
DERAPAN
kaki seseorang
daripada belakang serta-merta menghentikan langkah Is. Dia menoleh ke belakang
dan seperti yang difikirkan, Nell mendapatkannya. Rimas tak terkata apabila
dirinya asyik diperhatikan Nell. Sudahlah rahsianya terbongkar pun disebabkan
Nell. Sanggup Si Nell upah penyiasat persendirian untuk menyelidik siapa
dirinya. Tuan Danial yang menceritakannya pada Tengku Hatta.
Is
menggeleng kepala dan kali ini dia memang mahu berhadapan dengan Nell tanpa
ragu-ragu.
“Cukuplah
Nell, tak penat ke? Lagi satu, terima kasihlah susah-susah upah penyiasat
persendirian untuk tahu siapa aku dan kemudiannya beritahu Danial. Kau sebenarnya
memudahkan kerja aku. Tak payah lagi aku cari ayat untuk terangkan pada dia dan
untuk pengetahuan kau kali ini bukan Is sahaja penyaing kau tapi juga Tengku
Ismahanim” senyuman sinis mencalarkan hati Nell dengan mudah. Nafas yang turun
naik itu diperhatikan Is dengan tawa kecil.
“Selamat berperang” sambung Is.
“Angkuh sungguh manusia bernama Tengku Ismahanim ni. Baiklah, kita lihat
cinta yang sudah bersemi suatu ketika dulu yang akan menang atau pun cinta yang
dalamnya tidak sampai sejengkal pun yang akan menang. Kenangan indah itu
senjata yang hebat untuk aku mendapatkan Danial kembali” Nell meragut tenang
pada wajah Is. Ada benar kata Nell dan Is perlu akuinya tetapi sikap Is yang
tak mudah mengalah itu, cantik mencorakkan bicaranya hingga membuatkan Nell
terdiam.
“Ya,
kenangan indah yang telah pun kau palitkan sikap penting diri hingga membuatkan
cinta itu beralih arah pada aku. Benar, dia tak layan aku seperti tadi tapi
kalau kau punya hati kau pasti dapat rasakan sesuatu daripada pandangan matanya
setiap kali dia memandang aku” Nell merengus. Mahu sahaja dia cepuk muka penuh
yakin Is pada waktu itu.
“Battle antara sejarah cinta dan cinta
akan datang” Is memetik jarinya di hadapan wajah Nell dan terus berlalu pergi.
‘Kau jangan ingat utuh sangat cinta Danial pada kau, Is! Kau masih belum
tahu apa yang dia suka, apa yang dia tak suka malah aku lebih banyak mengenali
dia berbanding kau yang hanya cakap besar. Bersedialah untuk menangis sebab aku
takkan pernah melepaskan Danial’ Nell menghentak kakinya dengan geram.
UNTUK
makan percuma, sanggup Tengku Hatta menemani Is membeli kasutnya. Tak kisah
lama mana pun menunggu asalkan dapat makan percuma. Masa inilah dia nak kapur
duit is habis-habisan. Memang dia minta segala macam jenis makanan lagipun Is
buaknlah kedekut orangnya. Asalkan Tengku Hatta menjadi bodyguard, dia akan
diberi segala macam imbuhan. Banyak sekali rekaan kasut yang baru malah menarik
perhatian Is tetapi semuanya menjadi hambar apabila seorang hamba Allah yang
paling is meluat muncul di hadapannya. Tengku Hatta tepuk dahi. ‘perempuan ni
dah macam hantu raya. Mana akak aku pergi mesti dia ada’.
“Aku pernah peluk Danial” Nell memandang
seketika kasut yang sedang dibelek Is.
“Hek eleh, kau ni dah kenapa? Bagi salam
pun tidak tiba-tiba bagi pengakuan yang kau pernah peluk Danial. Tak apalah,
aku jawab juga. Aku pula akan dan lebih lama memeluk dia berbanding kau” jawab
Is
“Danial pernah suap aku dengan tangannya
sendiri” Nell mula merenung tajam.
“Selama ni dia suap kau pakai kaki ke? Ish,
Nampak sangat tak sayangkan kau. Danial suap aku gunakan bibirnya” sengih Is.
Tengku Hatta yang mendengarnya menggeleng kepala. Nampak sangat tipu! Is peduli
apa asalkan hati Nell sakit, itu sudah cukup.
“Nampak sangat menipu” keras nada suara Nell.
“Terpulang. Ada rasa strawberry dan
kadang-kadang rasa timun”kali ini Is mengekek ketawa. memang sengaja dia
mempermainkan Nell.
“Tak sangka Danial boleh berkawan dengan
perempuan gatal macam kau. Gila!” amboi, bukan main lagi mulut Si Nell ni. Dia
yang cari pasal dulu kata Is macam-macam. Dia belum jumpa rupa sebenar Is
agaknya. Kalaulah dia tahu...
“Tapi aku rasa aku tak gila sampai nak
bunuh diri tepi Jalan Mahameru tu. Hello, kalau nak bunuh diri, pergi terjun
bangunan tingkat 20 tu lagi ekstrem. Baru nampak hebat. Ini setakat nak ugut bunuh
diri undur-undur ke jalan raya dah macam budak tadika ugut mak diorang tak beli
gula-gula saja. Nampak sangat nakkan perhatian Si Danial. Ish, malu sungguh” senyuman
sinis Is mengundang rasa benci yang bertimpa-timpa pada diri Nell.
“Dah lah. Jangan ikut aku, tak dapat pahala mana
pun. Pssttt...bibir Danial tu kan, selain
perisa strawberry kadang-kadang rasa blueberry pun ada. Yummy... aummm” kali ini
Is terus meletak kasut itu ditempatnya semula dan menarik tangan Tengku Hatta meninggalkan
Nell. Lantaklah Nell nak meroyan satu mall tu ke tidak. Bukannya Is yang cari pasal
dulu. Tengku Hatta menoleh ke belakang. Renungan Nell yang tajam itu sedikit sebanyak
menimbulkan rasa seram pada dirinya.
TUAN
Danial yang sedang meneguk air masak itu hampir tersedak. Cerita yang baru didengarinya
daripada bibir is itu membuatkan nyawanya bagai tersejat di kerongkong.
“Bila masa pula saya suapkan awak guna bibir, Is?”
“Ala, siapa suruh dia over sangat” is mengopek
buah rambutan. Kak Hasnah gelak besar. Lantak dioranglah, dia pun dah naik pening
dengan Is.
“Awak fitnah saya tau? Bibir saya ni, tak pernah
singgah kat mana-mana bahagaian tubuh awak tau? Tangan awak tu pun tak pernah” menggeleng
Tuan Danial. gelas diletak kembali di atas meja.
“Ala, esok-esok...” sengih Is
“Tak ada maknanya esok-esok. Tak malu ke?” Tuan
Danial mengintai wajah Is yang merah padam menahan tawa. Kelakar benar wajah Tuan
Danial terperanjat begitu. ... bersambung
AMI.....I LAP U....tq. takpe is...tak malu pun tuan danial tu cintakan awak...
ReplyDeletenak gak. nak gak.
ReplyDeleteNak gak la perasa stroberi tu... hehehhe
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeleteAnnoying Si Nell nie...
ReplyDeleteSaya suka dngn is and tuan danial kalian brduab romantis sngt smga sukses Klian berdua...
ReplyDelete