Sunday, 14 April 2013

CINTA AKU, KAU & KAMBING (CAKK) - bab 4


BAB 4

“Haji Seman tu macam terdesak sangat sampai cuma ada telur dua biji tu pun dia nak panggil kita makan” gelak  Pian. Dia yang sedang memberi Dayu makan itu memandang Izhar yang hanya tersenyum manis. Sesekali kepala Dayu diusap lembut.

“Kau ni, usap kepala Dayu pun sengih...ke kau bayangkan kepala Dayu ni kepala si Hidayu?” teka Pian. Keningnya diangkat berkali – kali.

“Ishhhh... ada pula. Kalau dengarlah Si Hidayu tu mahu lumat mulut kau, Pian”

“Tapi kau tak minat ke dengan dia?” soal Pian lagi. Kali ini dia berdiri sambil menepuk – nepuk belakang seluarnya.

“Kalau nak kerja sambilan kau datang sajalah. Aku bagi gaji hari. Kalau sebulan selalunya untuk pekerja tetap aku” terang Izhar. Cuba mengelak daripada disoal lagi. Mana mungkin dia akan menjawab sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Kadangkala dia suka dengan Hidayu dan kadang kala menyampah pun ada. Selalu sangat Hidayu itu cari pasal dengan dirinya.

Kecomelan wajah Hidayu akan bertukar menjadi gans apabila dia mula marah. Senyuman yang manis itu pula akan bertukar menjadi masin dan pahit apabila Izhar mengusiknya. Entahlah... semuanya terserah pada jodoh. Jika Hidayu itu jodohnya, Izhar terima sahaja walaupun dia tahu akan kekecohan di dalam keluarga itu terutamanya haji Seman.

                           **********

Langkah kaki Hidayu terhenti. Dia dan Dayu bertembung di sebatang jalan. tiada kenderaan atau pun manusia di situ. Yang ada hanyalah seekor kambing dan seorang manusia yang mempunyai nama panggilan yang sama.

MBEEEKKK...

Mata Hidayu mengecil. Dulu, dia suka juga dengan si  Dayu ni tetapi sejak dua menjak ini, rasa sukanya itu bertukar. Lebih – lebih lagi apabila Izhar tidak mahu memandangnya walaupun sebelah mata.

“Apa mmbeekkkkk mbeeekkkk...? nak kena lepuk?” jerit Hidayu. Macam bodoh pun ada! Hidayu menghampirinya. Mata Dayu tertumpu pada beg plastik yang dipegang oleh Hidayu.

“Haa.... kau jangan nak makan beg plastik aku lagi” Hidayu menggoyang – goyangkan jari telunjuknya. Kakinya berundur setapak demi setapak, Dayu juga menghampirinya setapak demi setapak.

“Kau jangan buat hal.. aku sembelih kau buat masak kicap kang” suara Hidayu sedikit meninggi. Dayu mengembek lagi dan kali ini Hidayu terus berlari. Yang menyakitkan hatinya itu, Dayu masih mengejarnya. Hidayu kelam kabut. Kalau terus, dia akan masuk parit. Kalau belok ke kiri dia akan ke rumah Bedah galah, musuh ketatnya dari zaman sekolah dahulu. Mesti kena gelak teruk dengan Bedah galah punya!. Kalau ke kiri pula akan ke ladang penternakan kambing milik Izhar atau lebih tepat dipanggil banglo milik Si Dayu tu. Jeritan Hidayu itu membuatkan semua pekerja termasuk Izhar terkejut. Izhar menanggalkan sarung tangannya. Dayu berhenti dan terus masuk ke dalam kandangnya. Mata Hidayu terbeliak.

“Dia nak balik kandang yang awak lari berteriak ni kenapa?” soal Izhar.

“Tadi dia nak gigit beg plastik saya” terang Hidayu. Izhar menggeleng kepala. Diambilnya bungkusan di tangan Hidayu. Dihulurkannya ke muka Dayu. Serta merta Dayu mengelak dan menggeleng – geleng.

Tak guna punya kambing! Kau pandai berlakon ye.... kau masuk kelas lakonan ke?. Tadi bukan main beria – ia kau pandang plastik tu kan... mata Hidayu mengecil. Dia menggetap bibir.

“Dengan kambing pun nak cari pasal. Tak baik fitnah kambing tu. Bukannya dia buat dosa dengan awak tu... ke awak saja suruh dia kejar awak sebab nak datang jumpa saya?” Izhar memandang tepat ke wajah Hidayu yang sudah pun merah padam.

“Sedap betul mulut kau kan. Kambing dengan tuannya sama je” Hidayu mengehentak kaki untuk pulang tetapi namanya dipanggil. Hidayu senyum.

“Tak nak ke hmmm... tisu tebal yang warna biru. Lepas tu ada sayap kiri kanan ni.?. Hmmm... siap ada...”

Bungkusan itu terus direntap. Hidayu yang sudah pun malu itu cuba memberi alasan.

“Itu tisu zaman moden. Letak kat tengah2 bibir.  Jadi bila makan tak lah kotor. Dia tutup bibir kita”

“Tapi tak ada lubang pun. Macammana nak masuk makanan. Tak kata kata kunyah pun. Dia kata menyerap je?” soal Izhar. Sengaja memandang mata Hidayu yang sudah tidak tentu arahnya.

“Memang lah. Tisu ni untuk minum susu. Tak payah teguk. Letak dekat tisu tu dan terus masuk dalam mulut” Hidayu menggaru – garu kepalanya. Apa kau merepek ni Hidayu oiiiii!!! Kalaulah Mak Ani dengar........ hancur.

Hidayu berpaling. Ingin terus pulang.

“kalau tak boleh sembahyang pun, buat – buatlah berzikir. Dah banyak sangat dah tak betulnya tu” jerit Izhar. Pekerja yang lain ketawa.

Hidayu patah balik. Bibir Izhar terkunci. Garang pula anak haji Seman ni. Hidayu terus naik ke atas kandang. Kelam kabut Izhar dibuatnya. Dia berlari ke atas juga. Belum pun sempat Hidayu tiba lebih dekat dengan Dayu, tangannya ditarik oleh Izhar.

“Tak baik dera binatang lah!!!!”  maah Izhar.

“Tau pun. Aku ni manusia tau! Tak payah nak malukan aku sampai semua orang gelakkan aku. Dengan kambing kau pandai simpati tapi dengan aku yang bergelar perempuan ni kau buat main sahaja. Kau ingat aku nak sangat sentuh kambing kau ni... “ Hidayu merentap tangannya semula.

“Aku Cuma..”

“Diamlah bapak kambing!!!” mata Hidayu terjegil. Saat itu mulut Izhar terkunci.

“Tepi!”

Tubuh Izhar di tolak dengan kasar. Izhar mengeluh, tidak terniat langsung di hatinya untuk mengecilkan hati Hidayu seperti tadi. Izhar memandang Dayu. Nasiblah .......


                            **********

“Jom Dayu!!!” jerit Pian dari halaman rumah. Motor buruknya itu di tepuk berkali – kali. Hidayu menuncung,

“Jangan panggil aku dengan nama kambing tu boleh tak. Sekarang aku tukar nama. Kau panggil aku Hid” arah Hidayu dan dia terus membonceng motor buruk itu. Haji Seman mencebik. Hid konon!

Pian membelok ke sungai.

“Kita relaks kat sini. Nanti kawan aku bawa KFC” sengih Pian. Hidayu duduk sambil memeluk lutunya di atas batu besar.

“Dayu..” panggil Pian.

“Hid!” marah Hidayu.

“Tapi aku lagi suka nama Hidayu, nampak lembut dan penuh keayuan” kata satu suara.

Hidayu menoleh ke belakang. Izhar sedang tersenyum. Dia meletakkan beberapa kotak KFC di tepi Pian.

“Aku tetap nak panggi Hidayu” senyum Izhar lagi.

“Jangan sengih – sengih boleh?. Terbayang kambing kau tu tau tak?. Memang dia nak kejar aku semalam. Kau yang tak percaya” jeling Hidayu. Suaranya sedikit mendatar. Macam kecewa sahaja bunyinya.

“Saya yang suruh dia kejar awak ke sana”

Hidayu berdiri. Dia sedikit tersenyum.

“betul ke?” soalnya. Pian menggeleng kepala.

“Tak.. tak betul” kali ini Izhar ketawa besar. Seketul ayam KFC terus disumbat masuk ke dalam mulut Izhar.

“Nah.. lain kali aku sumbat kaki kambing pula. Nak?!!!!” jegil Hidayu. Izhar menggeleng dengan mulut yang masih penuh.

Hidayu terus ke jalan besar. Dia menumpang kereta Siak Borhan yang kebetulan lalu di situ. Hatinya masih lagi panas. Ingat aku hairan sangat dengan ayam kau tu.......

5 comments:

  1. best....susah nk berhenti senyum dgn gelagat hidayu dan izhar...x lupa ada dayu ditengahnya...kih3x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah..
      terima kasih banyak ya ina..
      doakan akak sentiasa ada idea hehehe
      sayang kat ina!!!

      Delete
  2. fullamak.. dayu? hidayu? ishhhh... hahahahhaha tergolek dah ni.. macam2 la iza nehhh

    ReplyDelete
  3. Kak sekali sekala jadi mereng ok gak hehehehe dari selalu layan sedey...

    ReplyDelete
  4. hahaha.. ada2 je mereka berdua ni..

    ReplyDelete