BAB 4
Bukan
menjadi kebiasaan Rat untuk mengintai lelaki selama ini. memang benar dia
menggoda tetapi tidak sampai naik angau dengan setiap lelaki yang pernah
menjadi mangsa godaannya. Tapi kali ini Rat menjadi parah apabila sanggup
mengintai dari luar sekolah semata – mata mahu melihat Ahmad.
Kecewa!.
Sudah tentu...
Macamlah
senang sangat nak tengok lelaki idamannya dengan bangunan yang mempunyai enam
blok itu. Padang bola senanglah lihat!. Tukang kebun bernama Pak Teh itu
sedikit pelik apabila melihat wanita secantik Rat terhendap – hendap begitu.
“Anak nak
cari siapa?” soala Pak Teh menyebabkan Rat
terperanjat. Dia membetulkan topi di kepalanya.
“Hmmm....
nak nak..hmmm.....” mati idea.
“Intai
cikgu Ahmad ye?” Pak teh tersengih – sengih. Plastik hitam ditangannya disimpul
mati.
“Haishhh....
bukanlah pakcik” sangkal Rat. Malulah dia...pakcik ni pun tak tahu nak jaga air
muka dia langsung.
“Hmm... dah
selalu sangat orang nak ngurat Cikgu Ahmad. Dari cikgu, murid sampailah model
macam anak ni” Pak Teh geleng kepala.
Model?.....
heheheh..cantik rupanya aku ni, Rat tersengih.
Pak Teh
duduk sambil meneguk air masak. Dia mahu rehat sebentar. Rat juga duduk di
situ. Lagak macam dah lama kenal.
“Pakcik
kenal dengan Cikgu Ahmad?” soal Rat. Matanya seolah –olah mengharapkan jawapan
dengan segera. Pak Teh gelak.
“Panggil
Pak teh sudah” ketawa Pak Teh. Kali ini dia menutup semula botol air mineral
itu.
“Kenal kat
sini sahaja. Tapi dia memang ramah dengan semua orang. Pandai jadi imam dan
baca doa tahlil pun pandai. Maklumlah.. anak pak Imam”
Gulp....
Pak
Imam?.......... sah – sah ditolak permohonan!. Rat menghela nafasnya. Pak teh
bukannya budak untuk tidak memahami Rat. Raut wajahnya sahaja sudah cukup
meyakinkan betapa hampanya dia. Rat membuka topi dan meletakkannya dengan
perlahan – lahan di kepala.
“Dah... nak
balik lah Pak Teh. Assalamualaikum” senyum rat dan terus keluar dari pagar
sekolah.
****************
Yazid
memandang rat yang sibuk membelek dokumen di sebelahnya. Dia memberanikan diri
untuk bertanya sesuatu pada Rat. Dengan mata yang sedikit berkerut, soalannya
di utarakan juga.
“Tak keluar
dengan Halil lagi ke?”
Rat
berhenti menyelak helaian kertas. Dia mendongak sedikit.
“Putus” dia
menyambung semula kerjanya.
“Ada ruang
lah nampaknya” nampaknya Yazid masih mahu meneruskan perbualan.
“Ruang
apa?’ berkerut dahi Rat buat beberapa ketika.
“Tak ada
apa. Saya pergi dululah Cik rat” permisi Yazid dan berlalu.mata itu masih lagi
tidak mahu meninggalkan rat. Masih memandang walaupun sudah jauh dari wanita
yang menjadi idamannnya di dalam diam.
Encik Adib
keluar dari biliknya dan terus mendapatkan Rat. Rambut rat dicuit dengan usikan
manja.
“Wah...
rajin anak ayah ni sejak berkawan dengan Ahmad”
“Ish...
tetiba pula nama Si Ahmad tu keluar” jeling Rat. Berdekah – dekah Encik Adib
ketawa. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah rat.
“Tapi ayah
suka kalau dia jadi menantu ayah”
Rat
tersenyum. Pen ditangannya diletak perlahan. Dia menghadap Encik Adib yang
masih lagi ketawa.
“Betul?
Ayah suka?” soalan rat meyakinkan Encik Adib yang anaknya memang menaruh hati
dengan lelaki yang turut menjadi pilihanya.
“Ya.. dia
boleh membimbing anak ayah di jalan yang benar. Apa yang ayah tak mampu lakukan
, dia akan lakukan” terang Encik Adib.
Rat
termenung seketika sebaik sahaja ayahnya pergi darinya. Mengubah aku?.. Rat
menarik nafas dalam – dalam. dia memandang Yazid seketika sebelum keluar untuk
makan tengahari.
*******************
“Saya
bukannya seorang ustaz. Saya Cuma guru sains sekolah menengah” jawab Ahmad
sebaik sahaja soalan itu keluar dari mulut comel Rat.
“Yang Pak
Imam tu ayah saya” sambung Ahmad lagi.
Naik takut
juga Rat mendengarnya. Dengan dirinya yang begitu galak, mahukah ‘Pak Imam’ itu
menerimanya sebagai ahli keluarga yang baru?
“Teringin
nak jadi menantu Imam Hussin ke?” usik Ahmad.
“Cikgu!!!”
teriak Mona. Ketua kem itu berlari mendapatkan Ahmad dan Rat. Perkhemahan yang
di adakan di sebuah hutan lipur mendamaikan jiwa Ahmad. Ini bukanlah aktiviti
sekolah tetapi para pelajarnya yang beriya – iya benar mahu mengikut Ahmad
berkhemah. Ahmad, Cikgu Badrul, Cikgu Yat dan Rat terpaksa menjaga lima orang
pelajar Ahmad yang terdiri daripada 2 lelaki dan 3 orang perempuan.
“Cikgu nak
kami cari kayu api ke?” soal Mona.
“Tak perlu.
Saya bawa semuanya. Risau saya kalau awak semua pergi cari kayu api” jawab
Ahmad dan jawapan itu seolah – olah melegakan Mona. Min yang hanya memerhatikan
guru mereka dari jauh kelihatan tidak sennag dengan kehadiran Rat yang dianggap
tidak diperlukan langsung .
“Pakai
seluar panjang nanti... banyak nyamuk” nasihat Ahmad kepada Rat yang hanya
memaai seluar paras lutut.
“Sejuk
sikit” sengih Rat.
“Ha?..
sejuk?..macam – macamlah” gelak Ahmad. Cikgu Yat dan Cikgu Badrul yang
merupakan tunangan masing – masing itu
menghampiri mereka berdua. Yat menghulurkan teh panas kepada Rat.
“Minum
Rat... nanti sejuk” sengih Yat. Walaupun guru sejarah itu bertudung tetapi
untuk memandang hina kepada Rat jauh sekali. Malah pandangan matanya
menyenangkan Rat. Tidak seperti orang lain yang sering memandangnya dari atas
ke bawah.
Ahmad
perasan akan renungan Ijat pada Rat. Dia tahu budak lelaki yang sudah berusia
16 tahun itu punya rasa untuk memikat wanita meskipun wanita itu lebih tua
daripanya. Malah mengejutkan apabila Ijat langsung tidak mahu memanggil Rat
dengan panggilan kakak. Dia hanya memang rat dengan panggilan ‘Miss Rat’.
Tergelak juga Rat waktu itu. Ahmad memandang Rat.
“Apa?. Mana
nampak dada kan?. Tengok!” Rat menepuk dadanya yang tertutup dengan baju yang
di zip hingga ke atas.
“Ish.. tak
payahlah sampai suruh tengok” kata Ahmad. Dia berlalu dengan meninggalkan Rat
yang tersipu – sipu malu... itulah!dah biasa begitu...
********************
Rat
memerhatikan Ahmad yang sedang berbual dengan pelajar – pelajarnya. Nampak
sifat pengasih dalam dirinya. Rat yang sedang
duduk berdiri lutut itu mengangkat kening apabila melihat Ahmad
memandangnya sambil membuatk isyarat tangan. Rat tidak mengerti.
Ahmad
mengeluarkan handphone nya dah terus menghantar smsm kepada Rat.
TURUNKAN LUTUT..... TAK
MANIS SANGAT :)
Cepat –
cepat Rat menurunkan kakinya sambil tersengih – sengih. Ahmad melambainya agar
Rat duduk menyertai perbualan mereka semua.
“Kak Ainun
boleh join kita kan” kata Ahmad. Semua mengangguk. Min ternyata tidak selesa.
Ijat pula gembiranya bukan kepalang. Rat duduk berhadapan dengan Ahmad dalam
satu bulatan. Yat menepuk – nepuk paha Rat.
“Padan
macam ada tak cukup. Kawan baru saya ni tak ada tadi” sengih Yat.
“Rindu ler
tu” usik Rat kembali.
“Cikgu Yat
sebelum bertunang ada ikut Cikgu Badrul ke hutan begini tak?” soal Min. Yat
mula mengesyai sesuatu.
“Janganlah
bincang hal – hal begini... mari kita cerita kisah lucu nak?” cadang Cikgu Yat.
“Jawab
sajalah” pinta Min.
Yat
menggeleng kepala menandakan tidak bagi soalan Min tadi.
“Cikgu
Ahmad kalau ada adik, bagi tak ikut lelaki lain berkhemah dalam hutan begini.
Bukan ada apa pun, Cuma sekadar suka – suka.” Makin galak pertanyaan Min itu.
Tudungnya dibetulkan sedikit.
Ahmad
terdiam. Dia memandang Rat seketika. Riak wajah Rat biasa sahaja. Masih tidak memberi
jawapan.
“Jawab
cikgu... bukan ke cikgu memang di amanahkan untuk menjawab semua soalan anak
muridnya” Ijat menjeling Min. Mona pula menggeleng kepala.
“Tidak.
Saya tak akan benarkan” jawab Ahmad. Rat senyum.
“Kenapa Min
tanya Cikgu Ahmad begitu?” soal Cikgu Badrul . sedikit serius.
“Saja. Ya
lah.... wanita perlu menjaga kehormatan diri bukannya senang – senang ikut
lelaki camping dalam hutan. Baru kenal pula tu. Macam tak elok kan” makin
lancing mulutnya.
“kepala
otak kau! Ada ke Miss Rat ni datang berdua?. Dia datang dengan kita semua kan?”
Ijat pula meninggikan suara.
“Aku cakap
nak sedarkan orang tu sebab Cikgu Ahmad kata sebagai wanita kena menjaga maruah
dan sebagai wanita jaga aurat kerana itu maruah kita. Bukannya menayang semua
benda. Cikgu ahmad pernah pesan pada kami jangan ikut mana – mana lelaki. Itu sahaja
yang aku nak kata. Bukannya aku soalkan tentang maruah Miss rat ni!”
“Sudahlah..
Min... Kak rat tak salah..” bisik Mona.
“Kau
diamlah.. salahkah aku nak sedarkan dia kekurangan dia?. Aku nak ajar dia
sebagaimana cikgu Ahmad ajar kita mengenai apa itu ‘maruah’” suaranya semakin
lantang. Cikgu Badrul menggeleng kepala. Walaupun dalam samar – samar, Ahmad
boleh lihat wajah Rat.
“Kau tu
maruah sangat ke?” Ijat berdiri. Suasana semakin tegang.
“Jangan
tukar cerita” tegas Min lagi.
Rat bangun
dan berlalu dari situ. Buat pertama kali air matanya mengalir kerana
dipersoalkan tentang maruah dan cara pemakaiannya. Selama ini katalah apa
sahaja, dia peduli apa!. Tetapi kata – kata Min itu seolah – olah menjatuhkan
air mukanya di hadapan Ahmad. Pengakuan Ahmad tadi juga sedikit mengguris
perasaannya. Ahmad meraup wajahnya. Dia bingkas bangun untuk mendapatkan Rat
yang sudah pun masuk ke dalam khemahnya.
“Ainun...”
panggil Ahmad perlahan. Dia tahu jiwa itu terluka dan dia adalah salah satu
penyebabnya. Satu mengenai Rat yang membuatkan Ahmad menyenanginya, tidak perah
dia mempersoalkan hal orang lain...apa orang lain pakai, makan, buat dan
semuanya.
“Saya nak
tidur” perlahan sahaja jawapannya.
“Keluar
sekejap ya Ainun...” masih lagi mahu memujuk.
“Tak
apalah.... awak teruskanlah”
Ahmad duduk
sahaja di sebelah khemah rat. Tidak berganjak. Cikgu Yat mengeluh apabila
melihat Ahmad duduk menunggu rat keluar dari khemahnya.
“Tinggi
sangatkah maruah dan nilai kemanusiaan kamu dengan apa yang kamu buat ni, Min?”
soal Cikgu yat. Mereka yang lain menjeling Min yang hanya buat muka ketat. Mereka
yang lain ternyata menyukai Rat yang sentiasa ceria. Dari pagi tadi mereka
ketawa dengan cerita – cerita rat. Hanya Min sahaja yang tidak menyukai wanita
itu.
“Bersyukurlah
kamu kerana bertudung... dibukakan pintu hati untuk menjalankan perintah Allah
tapi bukanlah hak kamu nak merendah – rendahkan mereka yang masih belum ketemu
jalan lurus itu. Bukan menghina sebaliknya kamu mendoakan kak Rat berubah.
Cikgu Ahmad pun sedang menjadikan Kak Rat wanita muslimah yang baik. Dulu, dia
lebih seksi dari ini tapi sekarang, dia beransur menjadi lebih baik. Allah
sahaja yang punya hak bukannya kamu, Min”
Min masih
belum mahu menerima kata – kata Cikgu Yat.
“Tinggikah
peribadi kamu kalau kamu melukakan hati orang lain dengan merendah – rendahkan mereka
di hadapan orang lain?. Buka aurat itu dosa dan menjatuhkan air muka itu juga
satu dosa” Cikgu Yat menggeleng kepala. Min bangun dan terus masuk ke dalam
khemahnya di sebelah Rat. Dia boleh dnegar dengan jelas suara Ahmad memujuk
Rat. Makin sakit hatinya.
“Mungkin
pada Ainun, saya menjatuhkan air muka tetapi saya hanya menjawab soalan yang
perlu saya jawab. Ada sesuatu pada Ainun yang membuatkan Allah menemukan kita
berdua. Maafkan saya Ainun...”
Rat
perlahan – lahan membuka zip khemahnya. Memang mukanya merah akibat menangis
terlalu lama. Luluh pula hati Ahmad apabila melihat air mata Rat yang masih
mengalir. Rat duduk bersila dan tunduk memandang tanah.
“Saya tak
layak kawan dengan awak..” kata Rat dengan nada sedih.
“Saya tetap
mahukan Ainun saya...”
Rat
memandang mata Ahmad. Mahukan Ainun saya.......ayat itu membuatkan Rat sebak.
“Sayang
saya?” soal Rat. Ahmad senyum dan mengangguk.
“Tapi kata
dah tunang” soal Rat pula.
“Tu tipu”
gelak Ahmad.
“kalau kena
pujuk selalunya orang akan peluk. Awak tak nak peluk saya?” Rat mengesat air
matanya. Ahmad menggeleng kepala.
“Tak mau...”
jawapan Ahmad membuatkan bibir Rat terjuih ke hadapan. Merajuk!
“Saya hanya
akan peluk Ainun yang sah sahaja untuk saya sentuh”
“bila nak
sah?” soal Ainun.
“Sekarang
pun boleh...” jawab Ahmad.
“Gatal!!!!”
Rat membaling bantal kecil ke wajah Ahmad dan terus menutup khemahnya. Tergelak
Ahmad seketika.....
Mona Airawanie : so sweet...romantik komidi..tak terlebih tak terkurang...ada pengisian yang bermanfaat...
ReplyDeleteBerhijap bukan sekadar menutup tubuh badan...tp berhijap jugak menutup hati dr berprasangka dan berhijap jugak menutup lidah dari berkata2 yg mampu melukakan hati org....thankss