Wednesday 22 May 2013

cerpen seram kot : INTAN

** SORI X LETAK SEBARANG GAMBO.... ISHHHH


Intan

Suasana malam semakin dingin. Kemat sood mengayuh basikal tergoyang – goyang. Sudah lama dia tidak naik basikal. Selama ini dia hanya berjalan kaki ke surau. Angin kuat mula menyapa pipinya. Bulu tengkuknya mula meremang. Diperhatikan sekeliling, Jalan yang salah!. Mengapa boleh aku salah jalan sedangkan rumahku tidaklah jauh mana dari surau?, dia menyoal dirinya sendiri.  Kakinya menggeletar hinggakan dia tidak mampu untuk mengayuhnya lagi. Pokok jejawi yang tumbuh megah di sekitarnya menambah rasa gerun di hati Kemat Sood. Dadanya berombak. Segalanya tidak kena. Tiba – tiba matanya menangkap akan susuk tubuh seorang budak perempuan yang tersenyum manis ke arahnya dari sebalik pokok yang rendang itu. Berbaju putih dan berselendang putih. Lampu suluh tangannya terjatuh. Dia mengambilnya semula dan apabila dia berdiri, kelibat kanak – kanak itu hilang dari pandangan.... kemat terus pergi walaupun menggigil kaki tangannya.

                                    **********

Selepas pulang dari menoreh, hati Kemat beriya – iya mahu pergi ke tempat yang ditujuinya semalam. Anak siapakah itu? Mengapa perlu dia ada di sana pada waktu – waktu malam begitu.

Sebaik sahaja tiba di situ, Kemat tersenyum. Kanak – kanak tadi menghampirinya dan berlari – lari di sekelilingnya.

“Adik ni anak siapa?” soal Kemat. Kanak – kanak tadi tidak menjawab sebaliknya terus berlari semula ke arah pokok jejawi itu. Terdengar hilaian tawa kanak – kanak itu. Dia berlari lagi dan terus pergi meninggalkan Kemat. Selendang putihnya terjatuh dari kepala dan jatuh di kaki kemat yang sedang berlari mengejarnya.

“Orang bunian ke?” Kemat mula berkira – kira.

“Ah... mungkin anak orang asli” fikirnya lagi. Kemat pulang lagi. Dia duduk di sebelah ibunya, Mak Kiah yang terlantar sakit. Sejak setahun lepas, Mak KIah tidak mampu bangun. Makan pun perlu disuap. Kasihnya Kemat pada maknya tidak terhingga.

“Kenapa bawa balik dia?” soal Mak Kiah. Matanya membulat memandang pintu yang terbuka luas.

“Mak ni makan ubat banyak agaknya sampai berfikir bukan – bukan” senyum Kemat.

“Dia selalu datang sini tapi tak masuk” kata Mak KIah lagi. Tidak lama kemudian Mak Kiah menjerit seperti diserang histeria . kelam kabut Kemat dibuatnya. Mujurlah Hani, adiknya yang baru habis belajar ada sekali. Jenuh dia menenangkan Mak Kiah,. Bulu tengkuk Kemat meremang. Dia menoleh ke belakang. Memandang tepat kea rah pintu yang terbuka.

DUM!

Pintu tertutup dengan sendirinya. Kemat dan Hani berpandangan sesama sendiri. Hani tunduk. Dia juga takut. Sudah banyak kali setiap selepas azan Zuhur, pintu itu akan terkatup dengan kuat. Kemat sahaja yang tidak tahu.

                            ****************

Kemat duduk sendirian dibawah pondok selepas selesai menebas lalang di kebun pisangnya.

“Ya Allah!!” Kemat terkejut dan terus berganjak ke tepi. Kanak – kanak itu datang lagi tapi kali ini wajahhnya muram. Ada seoarng wanita yang berpakaian putih sepertinya. Wanita itu menarik tangan kanak – kanak itu agar pergi dari situ. Pelbagai surah yang dibacanya. Kali ini Kemat tidak mahu tunggu lagi. Hari semakin senja dan dia perlu pulang segera.

“Jangan bagi dia masukkkkk!!!!!!” jerit mak Kiah dari tingkat atas. Terkejut kemat yang baru sahaja membasuh kaki di luar dapur. Kelam kabut Hani memegang ibunya.

“Mak! Apa lagi!!!” jerit Hani, dia juga sudah tidak tentu arah. Kebetulan Maksu Zira baru tiba dari Kuala Lumpur. Sebagai seorang pakar sakit jiwa lebih arif menangani situasi begini. Ubat penenang terpaksa di suntik. Mak Kiah lemah di atas tilamnya.

Selepas sahaja solat maghrib, lampu rumah itu terpadam dengan sendirinya. Kemat lantas bangun untuk mencari lilin. Tangannya yang baru mahu membuka laci terasa disentuh seseorang. Sejuk.....

Kemat mengawal perasaannya yang semakin gundah. Terdengar esakan dari hujung bilik air rumah kayu dua tingkat itu. Kemat cuba menggagahkan diri. Semaki lama esakan itu semakin hilang.

Mengapa semua itu berlaku selepas dua bulan dia berpindah ke kampung. Dia meninggalkan kerjanya sebagai eksekutif di bandar hanya kerana mahu menjaga Mak Kiah yang semakin tenat.

“Zul...”

Panggilan itu makin membuatkan Kemat semakin takut. Zulkifli nama sebenarnya. Hanya mereka di bandar sahaja yang memanggilnya dengan nama itu. Siapa pula kawannya yang datang ke rumahnya pada waktu itu?.

“Siapa?” soal Kemat. Dia terus berlari keluar. Kanak – kanak itu berdiri benar – benar di hadapannya. Merenung tepat ke dalam anak mata Kemat. Dia memegang tangan seorang wanita yang berpaling dari menghadap Kemat.

“Siapa kau?” soal Kemat. Sedar tidak sedar dia kini sudah pun berada di bawah pokok jejawi itu. Kemat masih menanti. Kali ini rasa takutnya sudah hilang. Rasa ingin tahunya pula yang membuak – buak.

Wanita itu berpaling menghadapnya.

“Ya Allah....sayang!!!!!” Kemat terjelepok di atas tanah. Wajahnya pucat lesi. Kanak – kanak itu memandang wanita itu.

“Sayang.. carilah aku di bawah pokok ini. dia terlalu kejam kerana memisahkan kita dengan cara begini. Ini anak kita”

Terus kemat menoleh ke arah tempat kanak – kanak itu berdiri tadi. Tiada!. Ada bungkusan di tangan wanita itu.

“kerana terlalu cintakan ibumu, tanpa kau tahu... kau telah menanam mayat isteri dan anakmu sendiri di pohon ini. tidakkah kau ingat tarikh hari ini setahun yang lepas?. Kau menanam aku...kau tanam anak kita....”

Kemat mencengkam rambutnya. Terus terduduk di tanah sambil meraung.

Dia masih ingat yang mak Kiah kata semua itu daging lembu busuk yang perlu ditanam pada waktu malam. Ya.. sudah tentu dia tidak tahu kerana dia tidak dibenarkan oleh mak Kiah untuk membukanya langsung. Dia mengorek lubang lebih dalam dari kedalaman kubur yang sepatutnya. Mak Kiah katakan padanya yang Intan curang dan sudah lari dari rumah kerana  tidak sanggup menjaganya.

Sebelum kejadian..

Bau kemenyan membuatkan Intan semakin curiga. Sebuah bilik yang tidak dibenarkan uuntuk dia masuk, telah menarik minatnya. Terdengar hilaian tawa seperti orang berkata – kata. Suara itu suara Mak Kiah. Dia yang sedang mengandung enam bulan pada waktu itu cuba juga untuk mengetahui apa yang ada di dalam bilik itu sebenarnya. Di sebalik pintu yang tertutup rapat itu, terdapat lubang kecil yang tidak disedari oleh Mak Kiah.

Muka Intan pucat lesi. Lampu suluh yang tertutup di tangannya terlepas apabila melihat Mak Kiah sedang memberi sesuatu makan di atas dulang yang berisi pulut kuning, ayam dan telur. Lidah yang menjilat darah dari bungkusan di tangan Mak Kiah itu sangat panjang.

Tubuh Intan kaku. Takutnya tidak mampu dibayangkan dengan kata – kata. Sedang dia cuba keluar, tiba – tiba tangannya ditarik kasar masuk ke dalam bilik itu. Terus Mak Kiah menusuk perut Intan dengan pisau panjang di tangannya.
Intan menangis dan sebelum ajalnya tiba, dia sempat berkata walaupun dengan nafas yang semakin menghilang.

“Mak juga akan pergi pada hari kami pergi malah mak akan lebih sakit...lebih sakit..” matanya terpejam buat selamanya. Bukan niat Mak Kiah untuk membunuh Intan tetapi dia terpaksa. Bahkan selepas sebulan peristiwa pembunuhn itu, Mak Kiah terus jatuh sakit dan belakang badannya berulat hingga menampakkan tulang. Matanya kadang kala berdarah tanpa henti.

                                         ********

Kedua – dua jenazah dikebumikan di tanah perkuburan yang sama. Kemat memegang batu nisan Intan.

“Sayang... jika abang dengar kata sayang yang dah lama beritahu mengenai rasa sangsi itu sudah pasti semuanya tidak terjadi. Abang tidak pernah mahu mempercayai sayang.  Tunggu abang di sana sayang... abang pasti akan tiba sangat lewat kerana perlu ke neraka kerana menanam isteri abang begitu ... tapi abang berjanji tidak akan pernah akan mencintai wanita lain” Kemat menangis teresak – esak. Angin lembut menyapa pipinya. Kemat tersenyum. Dia masih ingat kata – kata Intan...

“Abang.. kalau misalnya intan pergi dahulu, ketika abang memegang batu nisan Intan dan sebelum abang menjauhi Intan tujuh langkah...” Intan senyum.

“Jika ada hembusan lembut yang mendamaikan abang, percayalah Intan mencintai dan memaafkan abang. Percayalah...... intan menunggu di sana dengan rasa cinta”.....

11 comments:

  1. ni mcm selangkah ke alam misteri... seram jugak. he..he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehekheke...
      ada rasa hak ke...
      ingatkan orng x paham ler tadi..
      hihihi tenkiu kak Roziah cayang :) <3

      Delete
  2. yg ni baru cerita seram...sy takut sangat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe...
      nak nangis pun ada...
      terima kasih ina...
      <3 uu

      Delete
  3. btull seram....tapi nak lagi....kemat sood ya sooo klasik lah akak nama tu..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAH...
      lain kali akak letak bedul lak k
      hhiihih.. tenkiu Irna.. <3 uu

      Delete
  4. endbie : (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu pada awak yang punya nama sangat comei...hihihi

      Delete
  5. Buleh tahan jgok seram..kna plok bca pkol 2.30 pg sorg2 sambil ditemani suasana hujan renyai2...

    ReplyDelete
  6. Seram dn sedih.....itu jer yg mmpu diungkapkan....hehehe

    ReplyDelete