HANTU 3 perisa....
Joyah Jaclyn menari zapin sambil menggosok baju di hadapan
bilik air. Suaminya, carl hensem mahu pergi kerja tidak lama lagi. Selepas
masak ketupat berperisa kari, Joyah Jaclyn baru tersedar bahawa baju angkasawan
suaminya itu belum digosok. Sebagai anak ketua kampung, Carl hensem perlu
kelihatan segak sentiasa. Topi keledar gaya pelumba ternama juga telah
disediakan di bawah tangga rumah mereka.
“JJ nak pergi mana petang nanti?” soal Carl hensem.
“JJ” jawab Joyah Jaclyn.
“Iyalah .. nama Joyah tu JJ tapi JJ nak pergi mana?” soal Carl
Hensem lagi.
“JJ lah.. itu pun tak pepaham “ marah Joyah . Amboi... bukan
main garang lagi.
“nak kena cepuk ke?. Kanda tanya nak kemana?”
“JJ.. jaya jusco!” marah Joyah.
“ohhh... cakaplah...” sengih Carl Hensem.
“Kalau abang pulang lewat tak jadi pergilah” sengih Carl
hensem. Dengan gaya ala penari ballet, Joyah Jaclyn berpusing ala swan dan
memaut lengan suaminya. Kain batiknya diikat hingga ke dada.
“Ala... dah lama joyah tak jenjalan. Kalau jadi, Joyah takkan
suruh abang hafal sifir lagi” cuba memujuk.
Carl hensem memakai baju dan terus keluar. Dia akan ke jeti berhampiran untuk
menangkap ikan. Joyah gelak..... nak gi tangkap ikan pun pakai macam tu. Laki
saper ler tu!!!...
Joyah Jaclyn awal – awal lagi sudah bersiap dan duduk menunggu
Carl Hensem di hadapan pintu dengan seluar legging warna merah dan baju kebaya
labuh berwarna jingga. Colour blocking lah katakan.. sehingga membuat Pak Gaos
yang sedang melintasi hadapan rumahnya terjatuh ke dalam parit bersama- sama
basikalnya yang diimport dari Paraguay. Kelam kabut Joyan Jaclyn turun ke bawah
menyelamatkan Pak Gous dari di gigit oleh semut merah. Tiba – tiba wajah Pak
Gous bertukar kebiru – biruan. Dia berdiri tegak sambil memandang tajam ke
wajah Joyah Jaclyn.
“Tiga warna...tiga warna...” itu yang Pak Gous katakana dan kemudian
lelaki tua itu menaiki basikal secara terbalik malah bergerak juga secara
terbalik menuju rumahnya. Joyah Jaclyn menggaru kepalanya. Dia senyum melihat ustazah Syarmilla datang
menghampirinya dengan senyuman.
“Assalamualaikum” sapa Ustazah Syarmila. Joyah Jaclyn menjawab
tenang.
“Lepas A apa?” soal Ustazah Syarmilla.
“B” jawab Jaclyn penuh yakin. Ustazah Syarmila mengangguk
dengan wajah kagum.
“Betul. Saya balik dulu” ustazah Syarmila menghulurkan salam
dan kemmudiannya pergi. Joyah Jaclyn terus ke rumahnya. matanya terbeliak
apabila melihat Ustazah Syarmilla baru sahaja pulang dengan menaiki keretanya.
Tadi siapa?. Joyah Jaclyn menekan dadanya...... hantu tadika ke?. Tanya A B
C?..
Hampir malam tetapi Carl hensem masih belum pulang. Hati joyah
Jaclyn menjadi panas. Baru sahaja dia bercita – cita mahu membeli pencungkil
gigi alaf baru yang ditayangkan di kaca tv. Nampaknya keinginannya tidak dapat
dipenuhi.
Sudah hampir pukul 12 malam namun begitu kelibat Carl Hensem
masih belum di lihat. Baju angkasawan warna biru muda yang tergantung di
tingkap rumah di pandang kosong. Tiba – tiba pintu diketuk. Joyah Jaclyn yang
masih angin dengan suaminya membuka pintu itu dengan wajah muram ala – ala siti
tanjong perak.
“Kenapa lambat balik?” soal Joyah Jaclyn dengan nada merajuk. Hilang
segala tarian ballet dan zapinnya. Carl Hensem tidak bersuara. Dia membuka topi
keledarnya dan hanya memandang Joyah Jaclyn.
“Lepas C apa?” soal
Carl Hensem.
“D lah. Hari ni memang hari abc sedunia ke?” soal Joyah Jaclyn.
Tiada jawapan. Carl Hensem berlalu dengan gaya kuak dada sambil kakinya berlari
– lari anak walaupun masih berwajah ketat.
“Wow!!! hebat gaya larian suamiku itu” Joyah Jaclyn sengih
panjang. Dia menghidangkan nasi dengan telur unta masak empat suku. Sambal belacan
juga dihidangkan namun begitu Carl Hensem tidak mahu makan. Dia terus baring di
katil sambil mengeja dar A sampai Z dengan lagunya sekali. Setiap kali habis,
dia akan bertepuk tangan. Joyah turut sama menepuk tangan kerana disangkanya
itu adalah senaman bagi menguatkan limpa dan anak tekak. Apabila semakin kerap
di nyanyikan Joyah Jaclyn menjadi bosan dan akhirnya dia tidur di luar. Tidak mahu
mengganggu Carl Hensem yang kali ini menghafal sifir satu pula.
Joyah Jaclyn bermimpi.....
Carl Hensem datang menemuinya.... dia hanya menyebut tiga
perkataan... hijau, putih dan kuning sahaja. Kemudian dia terus menghilang di
sebalik kabus yang tebal. Joyah Jaclyn terjaga. Dia terus ke biliknya. Tiada Carl
Hensem di situ. Dadanya mulai berdebar – debar. Dia perlu berjumpa dengan
Ustazah Syarmila keesokan hari untuk mendapatkan penjelasan.
***********
“Kenapa Joyah Jaclyn binti Jon Johanson jonet?” soal Ustazah
Syarmilla sambil tangannya memimpin tangan Joyah Jaclyn yang semakin sejuk.
Joyah menceritakan segalanya kepada Ustazah Syarmila.
“Kita lihat dulu. Kalau masih begitu, kita usahakan “ kata
Ustazah Syarmila.
Joyah semakin runsing. Dia terus menuju ke jeti di kampung
sempang pantai untuk membeli ice blanded dari IR ice blenz milik Ai dan Ros. Mereka
berdua sedikit terkejut melihat wajah Joyah Jaclyn yang sememangnya pucat. Ai
menarik telinga Joyah Jaclyn setelah hampir 322 kali dia memanggil Jaclyn. Akibat
kesakitan, Jaclyn mula tersedar.
“Nak perisa apa? Semua ada.. jangan minta perisa anak keli
dengan jambu udah ler” sengih Ai. Joyah gelak. Dia memesan perisa apple, mangga
dan vanilla. Dia mahu membelinya buat Carl hensem yang merupakan pelanggan tiga
kali sehari kedai IR ice blenz sebelum menjala ikan. Ros membuatnya dengan
tekun dan amanah. Ai pula mengurut – ngurut jari tangan kanan Joyah Jaclyn
dengan penuh kasih sayang.
Setelah siap, Joyah Jaclyn pulang ke rumahnya. apabila pintu
terbuka didapati semua barang di dalam rumahnya bersepah dan titisan minyak
gamat mula meleleh sana sini. Hati Joyah
Jaclyn semakin tidak menentu. Ketakutan mula menguasai dirinya. Dia terus
berlari ke rumah Ustazah Syarmila yang kebetulan pergi ke Kuala Lumpur atasa
urusan pembelian tanahnya di Wangsa Maju berhampiran dengan kedai ayam Hassan
Dinding. Tiba – tiba Susana menjadi gelap sewaktu Joyah Jaclyn tiba di
rumahnya. pintunya tertutup rapat. Carl hensem yang lemah longlai menghulurkan
tangannya tetapi di tepis oleh Joyah Jaclyn. Muka Joyah Jaclyn semakin pucat
apabila menoleh ke kiri. Seorang lagi Carl Hensem ada di situ tetapi wajahnya
bersih dan kelihatan tegap.
“Mari pada abang..sayang” pinta Carl hensem yang bertubuh
sasa.
“Jangan sayang... itu hantu bukan abang. Dia mahukan sayang...
dia saka ibu sayang “ jerit Carl Hensem.
“Tak.. sayang... abanglah suami sayang” mereka berdua mula
membuatkan Joyah Jaclyn semakin takut. Tiba – tiba dia teringatkan ice blenz
yang baru sahaja dibelinya tadi, walaupun cair namun begitu tetap sedap.
“Minum ni” arah Joyah
Jaclyn. Mereka berdua minum dengan berselera sekali. Perisa mangga itu tidak
mampu membezakan yang mana benar atau tidak. Lalu Joyah Jaclyn menghulurkan
pula ice blenz berperisa vanilla ke mulut mereka berdua. Dua dua minum !. JOyah
Jaclyn menghulurkannya pula kepada mereka perisa vanilla. Habis juga! Joyah
Jacylyn mencengkam rambutnya hingga botak sebelah. Nasib baik ada gam uhu... di
sambungnya semula. Dia merenung ketiga – tiga bekas ice blenz itu agak lama. Dia
cuba meneleon Ai tetapi tidak berjawab kerana dia menelefon rumahnya sendiri. Dia mendail nombor Ai yang sebenar. Belum sempat
dia bertanya, Ai sudah memberikan jawapan.
“Joyah Jaclyn Johanson Jonet... laki kau suka campur tiga2
lah. Sekarang dia tak minum satu2. Kau campur ketiga perisa yang berlainan
warna tu” kata Aii dengan yakin walaupun tidak nampak dengan mata kepalanya sendiri. selalunya ice blenz itu akan dibungkus dan di bawa masuk ke dalam perahu.
Setelah meletak telefon Joyah Jaclyn ketawa bangga. Dia berjalan
dengan penuh gaya sambil memegang rambut yang baru di gam.
“Kau suka yang mana? Ambik!” dia menyoal Carl hensem yang
tegap. Carl hensem menunjuk ice blanz berperisa mangga.
“itu saja?” cebik Joyah Jaclyn. Tiba – tiba ada seorang bayi
lelaki merangkak ke kakinya. Semua memandang bayi itu kehairanan. Bayi itu
duduk sambil menggaru – garu kepalanya “Salah iklan ye kak?. Saya ingat iklan
pampers tadi” dengan segera bapak bayi yang inginkan upah yang tinggi itu
mendukung anaknya. Cerita bersambung semula. Joyah Jaclyn menghulurkan ice blez perisa vanilla kea rah Carl hensem.
“Abang suka campur tiga-tiga. Hijau, putih dan kuning” jawab
Carl hensem dalam keadaan lemah.
“BINGGO!!!!!” ketawa Joyah Jaclyn. Dengan selamba dia
menendang Carl hensem yang tegap itu keluar dari rumahnya. Carl Hensem yang
lemah tersenyum gembira. Dia menyedut ice blenz yang lazat itu semahunya....
Malam itu selepas dia memberi makan kepada Carl Hensem dia
tertidur. Dia bermimpi lagi..
Kali ini Carl Hensem datang dengan wajah yang bengis.
“Lain kali dengar bagi habis apa aku cakap..... ini belum
habis cakap dah bangun. Aku nak cakap tiga warna hijua, putih dan kuning
itu.... jangan di campur, aku tak suka!. Sesuka hati kau saja tendang aku. Lantak
kau lah! Kau tinggallah dengan hantu raya budget hensem tu”
Joyah Jaclyn terjaga... dia mengintai ke dalam bilik. Kelihatan
hantu raya itu tersengih dengan mata yang merah menyala......
“3 darab 2 berapa?” soal joyah Jaclyn.
“Enam” jawan Hantu raya.
“Kau bukan suamuiku”
“Tapi jawapanku benar”
“Tapi jawapan suamiku selalunya tiga.....”
Kepandaian yang tidak terhingga itu membuatkan hantu raya itu
membungkus kain bajunya dan berpindah dari situ. Sebelum meneruskan perjalanan
dia sempat menoleh dengan wajah muram.
“Katakan pada pemilik IR ice blenz tu... ice blenz dia sedap”
hantu itu terus pergi tak kembali lagi.
Carl Hensem yang ditendang oleh Joyah itu di hantar ke unit
rawatan rapi akibat rusuk kirinya patah seribu seperti shiela amzah.. akhirnya
mereka hidup gembira di kawasan nelayan yang indah itu dan Joyah Jaclyn tidak
memaksa suaminya itu menghafal sifir lagi.
hahaha tgolek2 atas lantai skit peruk gelak
ReplyDeleteheheheheh...
Deletetergolek ye....
meh akak golekkan lagi sekali..
kali ini akak golekkan dengan penuh rasa bertanggungjawab kepada negara hehheehhe..
entahnya na dah berguling2 ni sakit perut terlebih perisa dalam gelak ketawa na tadi...aduiihhh dah mcm mak lampr dah aku gelak sorang2..smpaikan laki aku lari kluar ikut pintu...hehehehehehee ni pun ada lagi ni saki baki..hehehehehe hahahahaha....
ReplyDeleteakak lenkali jgn dah wat cerita cam ni..sekshaaa perut na tau....peace yo....hehehehe
hahahaha...irna. laki keluar ikut belakang tu balik semula ke rumah tak?... kang jenuh cari tak jumpa hihihi.. memang niat nak seksa perut irna pun heheheh
Deletebtl lah kak...len kali katakan tidak pada cerita yg x berapa nak seram ni...kih3x...
ReplyDeleteadeh....adoi..dushumm..dushummmm...... azizah tergolek sebentar.. ye la... lain kali x wat lagi hahhhha... akak sajer je... kehkehkehe... memang x seram kan... satu bulu roma pun x meremang heheheh
Delete