SEPINGGAN
kek minyak yang baru dipotong diletak dihadapan Tuan Danial dengan perasaan
bangga. Tuan Danial meletak alat kawalan jauh televisyen di atas meja dan
tersenyum memandang Is. Kepala Is dilurutnya. Is tergamam.
“Terima kasih” ucap Tuan Danial dan Is
masih lagi tergamam. Tak mampu untuk membalas ucapan terima kasih Tuan Danial
kerana sewaktu tangan lelaki itu singgah di kepala dan melurut lembut akan
rambutnya, ada satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata – kata. Waktu itu Is rasa dia adalah
wanita paling istimewa di mata Tuan Danial.
“Is yang buat kek ni?” Tuan Danial menyuap
kek itu ke dalam mulutnya. Is mengangguk. Menunggu reaksi selanjutnya daripada
Tuan Danial.
“Sedap” mata Tuan Danial tertancap terus
ke dalam anak mata Is dan segera Is menundukkan pandangannya. Tuan Danial
senyum mengulum dan mendekatkan bibirnya ke telinga Is.
“Terasa macam air tangan seorang isteri
buat suaminya”
“Mengada – ngada” balas Is
Tuan Danial senyum panjang. Dia berdiri dan
meninggalkan Is di situ dalam keadaan tidak tahu nak buat apa. Nak melompat
ketara benar gatal dan terujanya. Lebih baik Is duduk diam-diam. Hanya senyuman
yang menghiasi bibirnya.
NELL
memberhentikan keretanya di hadapan rumah Tuan Hashim. Kak Hasnah yang menyedarinya
terus mencuit bahu Is yang sedang leka memotong bawang di atas meja. Kakinya
mengekori langkah Kak Hasnah ke bingkai tingkap. Membesar bola matanya saat
Nell menyerahkan satu bungkusan buat Tuan Danial yang turut berada di situ.
“Kak Hasnah, Is pergi intai kat balik
jemuranlah ye?”
“Jangan sampai jatuh longkang sudah. Besar
longkang tu, Is” peringatan buatnya dibalas dengan anggukan tanda faham.
Perlahan-lahan kakinya menghampiri tembok rumah. Tubuhnya yang tidak besar mana
itu disandarkan ke dinding tembok dengan kaki yang menahan tubuhnya di tepi
longkang.
“Susah-susah sahaja. Saya dah makan
sarapan pun” Tuan Danial nampaknya menolak pemberian Nell. Lebar senyuman Is.
“Tapi ini sandwich sambal tumis ikan bilis
yang awak suka dulu tu” terang Nell dan
masih lagi menghulurkan bungkusan itu pada Tuan Danial. Entah mengapa mudah sekali tangan Tuan Danial
menyambutnya. Sudah lama dia tidak makan sandwich sambal tumis ikan bilis
daripada air tangan Nell yang sememangnya lazat itu. Is menghentak kakinya
tetapi sebaik sahaja dia ingin berlalu, kakinya tidak mampu melepasi longkang
besar itu dan dia terjatuh ke dalamnya. Nell sudah pun pergi tetapi Tuan Danial
masih di situ. Dia mengamati satu suara meminta tolong dari dalam kawasan
rumahnya.
“Is!” Kak Hasnah menjerit dan berlari
mendapatkan Is yang mengaduh kesakitan di dalam longkang. Tuan Danial berlari
hingga sandwich di tangannya terjatuh tanpa dia sedari. Tuan Danial melutut.
Tidak kisah seluarnya kotor asalkan dapat membantu Is keluar daripada situ.
“Ni kerja dengan indah water pulak ke?”
soal Tuan Danial. Is berang. Dengan bau busuk begini boleh pula dia buat main.
Tangan Is dipegang dan ditarik dengan kuat hingga tubuh Is terjatuh ke atas
tubuhnya. Is tergamam.
“Is...” panggil Tuan Danial.
“Hmm” jawab Is
“Berat, busuk dan sakit” sengih Tuan
Danial. Cepat-cepat dia berdiri. Rambut yang sudah lencun dek air longkang itu
disentuh. Dia sendiri naik geli-geleman.
“Awak tolong saya buat apa?” jeling Is.
Kak Hasnah sudah ketawa terbahak-bahak.
“Sayang” jawapan ringkas itu tidak
mendapat hadiah sekuntum senyuman sebaliknya hanya jelingan tajam.
“Sebab sayang?” nampak benar curiga Is
pada Tuan Danial.
“Habis, sebab apa? Kalau tak sayang,
memang saya biarkan saja awak dalam longkang tu. Peram jadi pekasam. Kejap, apa
yang awak buat sampai terjatuh dalam longkang tu Is?”
“Erk...”
nak jawab apa?. Takkan nak beritahu Tuan Danial yang dia mengintai Tuan Danial
dan Nell di sebalik tembok itu dan seterusnya terjatuh ke dalam longkang tanpa
rela? Habislah saham dia.
“Kenapa?” Tuan Danial masih lagi menyoal.
“Tak ada apa, memang hobi saya lepak
dalam longkang. Ada masalah? Kalau tak ada masalah, diam saja” Is menapak pergi
tetapi terhenti pula di hadapan pintu dapur.
“Kalau setakat sandwich sambal tumis tu,
cicit saya pun tahu buat”
“ Cicit kita, sayang” Tuan Danial kenyit
mata.
“ Lain kali teruskanlah hobi berfaedah ni
ya, sayang?. Habis baju Abang Danial kena air longkang. Rasa macam nak potong
gaji sayang tu saja” perli Tuan Danial terus menerus.
“Cicit ayam!” Is masuk ke dalam rumah
untuk mandi dan menyental kulitnya sehingga wangi. Tak berbaloi sungguh kerja
intai-mengintai ni. Kak Hasnah dan Tuan Danial berbalas tawa. Memang kelakar
rupa Is terjelepok dalam longkang itu tadi.
ANAK
buah Tuan Hashim yang bernama Zaryn nak Fika datang ke rumah mereka pada hari
itu. Mereka hanya bermalam selama sehari sahaja sebelum ke Shah Alam melawat
keluarga mereka yang lain. Cuti semester begini memang menjadi aktiviti mereka
berdua melawat ayah dan ibu saudara yang masih ada. Mereka berdua yang
merupakan pasangan kembar pada adik Tuan Hashim sememangnya tidak sombong
biarpun berpendidikan tinggi. Is tetap
menjaga karaktornya sebagai pembantu rumah di hadapan mereka berdua. Sedang dia
menuang air ke dalam cawan untuk diminum, terdengar nama Tengku Hatta
disebut-sebut. Is berminat untuk terus mendengarnya.
“Ala,
memang Tengku Hatta tu penyayang orangnya tau. Aku macam dah minat pada dia.
Bayangkan dia boleh usap kepala kucing liar. Katanya, nasib baik tangannya
sakit, kalau tak memang dia dukung kucing tu” jelas Zaryn pada Fika. Macam nak
tersembur keluar sahaja air masak yang baru Is teguk. Kak Hasnah menepuk –
nepuk belakang badan Is.
Sepupu Tuan Danial jatuh hati pada Tengku Hatta? Penyayang? Pegang
kucing? Propa sungguh kau Hatta! Nak sahaja aku tempeleng kau laju-laju’ Is
menggeleng kepalanya.
“Aku
kagum tau bila dengar dia sayangkan kakak dia yang sakit mental tu” penjelasan
Zaryn membuatkan mata Is membulat.
“Mana kau tahu kakak dia mental?” Fika pula menyoal.
“Entah, dia yang cakap. Dia kata dia tetap sayangkan kakak dia walaupun
otak kakak dia sedikit terjejas lepas kemalangan. Kalau kakak dia sakit, dia
yang tolong suapkan makanan dan yang paling aku kagum bila dengar dia kata yang
dia pertahankan kakak dia masa di sekolah dulu. Habis ditumbuknya lelaki yang
nak kacau kakak dia. Itu yang aku dapat serba sedikit selama aku duduk dalam
flight minggu lepas. Untung aku duduk sebelah dia” tersenyum-senyum Zaryn.
Rambutnya yang ikal mayang dilepaskan dan sesekali diusap. Fika
menganggauk-angguk. ‘Kau kata aku mental? Tolong aku tumbuk orang kacau aku ye
Hatta? Bukan aku ke yang selamatkan kau dari kena buli masa kat sekolah dulu? Kalau
bukan sebab tumbukan padu aku ni, jangan harap kau tu boleh selesa kat sekolah
tu. Kurang asam punya adik!’ Is menumbuk telapak tangan kirinya. Geram sungguh!
Ni mesti masa Tengku Hatta ke Kuching, Sarawak minggu lepas atas urusan
perniagaan. ‘Siap kau Hatta!’.
Dengan hati yang geram Is terus ke dapur. Dia membantu Kak Hasnah
memasak pajeri nenas. Mulutnya terkumat-kamit membebelkan Tengku Hatta
hinggakan tidak perasan akan kehadiran Tuan Danial dibelakangnya. Dengan
senyuman nakal, Tuan Danial menyergah Is hingga terkejut pembantu rumahnya yang
tengah angin satu badan itu.
“Pernah dengar anak majikan kena tempeleng laju-laju sampai tersungkur
di lantai dapur tak?” senduk disuakan ke wajah Tuan Danial yang hanya
menggeleng. Kaki Is mula merapati dan begitu juga dengan senduk yang semakin
hampir dengan hidung Tuan Danial.
“Pernah dengar pembantu rumah kena cium dengan anak majikan sebab hulur senduk kat hidung anak
majikan tu tak?” soal Tuan Danial pula. Tangan sebelah kirinya dimasukkan ke dalam
kocek.
“Pernah dengar pembantu rumah rela tak?” senyuman Is tak tertahan lagi.
Terlepas juga tawanya.
“Gatal!”
“Dah, pergi main jauh – jauh. Sibuk saja kacau orang buat kerja kat
dapur. Dah, pergi!” marah Is. Keningnya berkerut-kerut. Tuan Danial menarik
kerusi dan terus duduk di situ.
“Macam mana nak buat kerja kalau Tuan Danial asyik pandang saya?”
“Siapa pandang awak?”
“Habis tu?”
“Saya pandang tv kecil tu saja. Nak tengok tv pun nak marah orang”
“Pergilah tengok kat ruang tamu tu, lagi besar!” kali ini Is bercekak
pinggang.
“Suka hati sayalah. Cik Isketambola, senduk kat tangan awak pun saya
yang beli” Tuan Danial masih lagi di situ. Is tak mampu buat apa-apa. Rumah
Tuan Danial, takkan Is nak halau pula. Lantaklah nak tengok tv ke, nak tolong
bawang ke, Is dah tak mahu ambil kisah. Yang dia tahu Tengku Hatta perlu
diajar. Memandangkan mood Is tidak
seceria selalu, Tuan Danial terus beredar. Mahu berbual dengan dua orang
sepupunya yang sudah lama tidak berjumpa. Is mengintai dari dapur. Satu keluhan
dilepaskan. Rindu pula pada Tuan Danial walaupun jaraknya hanya beberapa
langkah.
NELL tiba bersama seorang rakannya dan bersalaman
dengan Zaryn dan Fika. Is yang baru sahaja keluar dari biliknya selepas solat
Asar sedikit terkejut. Zaryn dan Fika kelihatan mesra dengan Nell yang sudah
lama mereka kenali. Tuan Danial yang baru pulang dari pejabat juga turut sama
terkejut sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Memang berani Nell kali ini.
“Danial,
saya dah lama tak jumpa diorang. Tadi nampak di facebook yang mereka berdua di rumah awak. Awak tak marahkan?”
lenggok suaranya bukan main manja lagi. Tuan Danial menganggul dan naik ke
atas. Kak Hasnah memegang belakang badan Is.
“Is, walau apapun Is kena yakin pada Danial. Hubungan mereka dah lama
berakhir. Walau kuat mana pun Nell datang memujuk, Is kena lebih kuat
mempertahankan Danial” kata-kata Kak Hasnah membuatkan mata Is berkaca.
“Kak Hasnah tahu soal hati Is?” soalnya dan anggukan Kak Hasnah memetik
rasa terharu dalam dirinya lantas tubuh Kak Hasnah dipeluknya.
Selepas makan malam, Is dan semua yang ada di dalam rumah itu diajak
menonton cd yang berada ditangannya. Tuan Danial tak banyak bicara. Dia
memandang Is yang hanya berdiri di belakang.
“Is...” panggil Tuan Danial dan terus menepuk-nepuk sofa disebelahnya.
Is dalam keadaan ragu-ragu menurutinya. Sengaja Tuan Danial duduk menyenget
sedikit agar kelihatan rapat dengan Is. Nell mencuri pandang dan mengeluh. Tuan
Hashim tidak mahu menontonnya. Dia terus naik ke atas. Meluat dengan Nell. Cd
sudah dipasang dan kelihatan kenangan mereka berempat sewaktu di Ireland
menggamit senyum pada wajah Zaryn dan Fika. Waktu itu mereka berempat
bersama-sama ke sana untuk meraikan ulangtahun kelahiran Nell yang ke 24. Nell
yang berlari manja terus memeluk belakang tubuh Tuan Danial yang sedang berbual
dengan Fika. Senyuman Tuan Danial pada waktu itu sangat manis. Seolah-olah
terlalu bahagia disamping Nell. Is memejamkan matanya. Dikuatkan hatinya untuk
terus melihat. Tidak mahu dikatakan cemburu buta atau terhegeh-hegeh dengan
majikan sendiri. Kali ini jelas kelihatan Tuan Danial membawa sebiji kek ke
arah Nell yang bertepuk gembira. Pipi Tuan Danial dicubitnya. Sungguh! Is tidak
mampu untuk terus melihatnya. Kakinya yang bersilang tadi diluruskan dan dia
cuba untuk bangun tetapi tangannya digenggam kemas oleh Tuan Danial yang masih
memandang kaca televisyen.. Is merenung wajah tenang Tuan Danial dan
benar-benar berharap agar Tuan Danial membalas pandangannya. Setelah beberapa
ketika Tuan Danial memandang Is.
“Saya tak sanggup melihatnya, Tuan Danial” bisik Is jujur. Untuk apa dia
berdusta sedangkan dia sendiri tahu Tuan Danial juga mencintainya? Tuan Danial
senyum lagi. Tuan Danial berdiri dengan tangannya yang masih bercantum dengan
tangan Is.
“Kak
Hasnah, Danial nak bawa Is keluar. sebelum pukul 12 kami balik” ujar Tuan
Danial dan terus memimpin tangan Is keluar menuju ke keretanya. Tidak sampai
beberapa minit kereta Tuan Danial meluncur laju keluar daripada perkarangan rumah
Tuan Hashim. Wajah Nell yang seolah-olah bangga tadi terus jadi asam kecut. Kak
Hasnah senyum lebar. Zaryn dan Fika memandang Kak Hasnah dan turut sama
tersenyum.
“Saya tak suka” luah Is
“Kenapa?” soal Tuan Danial dan terus memutar steringnya. Dia masih
menunggu jawapan daripada mulut Is. Keretanya diberhentikan di bahu jalan. Mereka
berdua duduk bersandar dan memandang ke hadapan.
“Tak
ada apa” jawapan yang tertangguh selama sepuluh minit itu sedikit pun tidak
dapat memuaskan hati Tuan Danial.
“Dengar, jangan pedulikan Nell. Dia sejarah silam yang tak ingin pun
saya ulanginya. Itu sahaja” Tuan Danial menoleh.
“Itu sahaja Tuan Danial nak cakap pada saya?” Is meramas-ramas
jemarinya.
“Awak nak saya kata apa, Is?”
“Tuan
Danial sayangkan...” terbantut ayat yang keluar daripada bibir Is.
“Jujur,
jawab soalan saya. Siapa awak sebenarnya?” soalan Tuan Danial terus menampal
mulut Is daripada terus berbicara. Is
menekup wajahnya. Semakin serabut kepalanya waktu itu. Jawapan yang benar mampu
memutuskan ikatan yang hampir sahaja terjalin.
“Tuan Danial, saya cuma seorang perempuan biasa. Tak punya harta benda
yang mampu dibanggakan” jawapan itu nampak teragak – agak. Tuan Danial senyum
tetapi ada sinis di situ.
“Tengku Ismahanim tak punya apa-apa?” Tuan
Danial menyoal tanpa memandang Is yang kelihatan terkejut.
“Tuan Danial, saya tak... saya tak...” Is menggoncang lengan Tuan
Danial.
“Saya cintakan Is yang jujur mencintai saya tetapi tidak Tengku Ismahanim
yang saya sendiri tidak kenali” Tuan Danial memandang Is. Ada getaran pada dada
Is.
“Tapi Is dan Tengku Ismahanim adalah orang yang sama” air mata Is gugur
juga. Kalau bukan kerana Nell, Tuan Danial sampai sekarang tak tahu siapa Is
yang menjadi pembantu rumahnya selama ini.
“Maafkan saya yang tak mampu untuk mencintai Tengku Ismahanim” Tuan
Danial menghidupkan enjin keretanya dan
terus membawa Is pulang ke rumah. Is tidak mahu keluar biarpun sudah tiba dan
pintunya dibuka oleh Tuan Danial.
“Tuan Danial hanya nampak satu kesilapan dalam cinta saya tetapi Tuan
Danial tak mampu memandang betapa luasnya cinta yang saya sediakan untuk Tuan
Danial” Is tunduk. dia masih tidak mahu keluar dari kereta.
“Kalau Tuan Danial mahu saya pergi, saya akan pergi tetapi takkan
kembali lagi di rumah ini” Is keluar juga akhirnya. Tuan Danial mengeluh.
PAGINYA Tuan
Danial tercari-cari Is yang telah pun keluar dari rumah itu. Zaryn dan Fika
yang sudah pun ke rumah ibu saudara mereka yang lain turut bersimpati dengan
Is. Sejujurnya, mereka lebih menyukai Is berbanding Nell yang mementingkan diri
itu.
Tuan Danial masuk ke dalam pejabat tanpa
bersarapan dahulu. Walaupun cuma beberapa jam tidak bertemu dengan Is, hatinya
sudah bagai dihenyak-henyak rasa rindu. Pintu biliknya diketuk.
“Tuan Danial, wakil dari TK Sdn
Bhd datang untuk berjumpa dengan Tuan Danial” Wani yang bersuara agak kasar itu
terus keluar sebaik sahaja melihat anggukan lemah majikannya. Pintu dikuak dan
Tuan Danial membetulkan duduknya.
“Assalamualaikum Tuan Danial, Saya Tengku Ismahanim” senyuman manis dan
wajah yang dirias cantik memandang Tuan Danial dengan pandangan memikat. Tuan
Danial tergamam. Dia gembira tetapi perlukah dia pamerkan kegembiraan itu? Dia
pasti Is akan ketawa terbahak-bahak kalau lihat betapa dia menyukai kehadiran
is di pejabatnya waktu Is. ‘Oh Is, kau buat aku gila’.
Ami.....den sukala. Syg diorg
ReplyDeleteidarohaina
ida..... den suka nama mama ida tuuuuuuuuuuuuuu..... tenkiu sudi baca tau... auwwwwwwwwwwwwwwwww (nampak malu2 tak den ni?) kikiki
Deletebest.
ReplyDeleteWahh best la citenye
ReplyDeletewoii senyum senyum aku bace cite nih woii !!!
ReplyDelete