Monday, 2 April 2012

MENERJAH LUBUK HATI

                                                     BAB 1

    Buat pertama kali ku jejakkan kakiku di sebuah rumah indah. Tanpa riuh kanak - kanak. Tanpa riuh kicauan burung. Segalanya sepi. Mataku menerjah segenap ruang. Mewah tetapi suram. Tiada hilaian tawa kanak - kanak. Segalanya sepi seolah - olah tiada berpenghuni. Beg sandangku ku letak di sebelahku. Ku kira sofa ini mahal harganya. Diperbuat daripada kulit bewarna hitam. Bunyi tapak kaki seseorang menyentap lamunanku.
  "Cik mahu minum apa ya?," pembantu rumah berusia kira - kira 40 tahun itu menyoalku dengan senyuman manis. Ramah.
   "Apa sahaja," jawabku ringkas. Tidak ada yang perlu aku pinta. Siapalah aku mahu di layan bagai puteri di dalam sebuah istana yang terlalu mewah buatku. Hujan sebentar tadi membuatkan rambut ku basah kuyup. Kalaulah pembantu rumah tadi memberi aku air sejuk mahu beku lidahku di buatnya. Cuaca sejuk begitu lebih baik jika aku di hidangkan secawan kopi panas. Ah! mengarut sahaja aku ini...
  "Puan Sri telefon, katanya dia akan pulang lewat. Cik ini diminta berehat di dalam bilik tetamu sehingga beliau balik," terang pembantu rumah tadi sebelum secawan teh di letak betu - betul di hadapanku. Ku hirup perlahan. Agak manis. mungkin orang kaya ni suka makan manis - manis.Banyak duitlah katakan. Hampir 20 minit aku duduk terperap di situ. Punggungku mula rasa panas. Bosan dan takut. Semuanya bercampur baur. Bagaimanalah agaknya Puan Sri Normah itu. Garangkah dia?. Cantikkah dia?....
   "Amelia bolehlah berehat di atas," pelawa pembantu rumah tadi. Aku hanya menuruti tanpa sebarang bantahan. Pintu bilik bewarna putih itu ku kuak perlahan. Maklumlah rumah orang.
Susun atur perabotnya cukup kemas. Cat bilik bewarna biru laut itu amat mendamaikan. Sejuk mata memandang. Sebuah katil lama bercadarkan cadar kuning cair itu di letak bersebelahan dengan tingkap bilik. Aku meletakkan beg pakaian di atas meja dan mula melabuhkan punggungku di atas katil. Empuk. Kutersenyum sendiri. kalaulah katil aku di kampung sebegini, tentu opah akan terjerit - jerit hingga anak tekaknya tercabut mengejutkan aku dari lena. Mataku mula rasa layu. Aku bersandar di hujung kati dan aku mula... tertidur.
   Entah berapa lama aku tertidur. sedar - sedar sahaja aku melihat sesusuk tubuh di hadapanku. cantik dan mempesonakan. Mungkinkan dia Puan Sri Normah. Senyumannya menghilangkan getar di hatiku. Sekelip mata rasa bimbangku hilang. Dia kelihatan sangat baik. Sangat menyenangkan.
  "Maafkan maklong ya. Amelia terpaksa menunggu lama," ujarnya memula bicara. mak long?. Setahu aku arwah ibu dan ayahku tiada saudara yang lain. Aku mula keliru. Kepalaku di usap perlahan. Kulihat matanya bergenang. Alamak... takkan aku tidur pun dia nak menangis?... tak faham aku!. Puan Sri Normah bingkas bangun dan terus membuka pintu almari bersebelahan pintu bilik. Dikeluarkan sekeping foto lama. Aku hanya menanti. Dia kembali ke arah ku dan menghulurkan foto lama tersebut kepadaku. aku mengambilnya. Kulihat ibuku sewaktu muda dan di sebelahnya seorang wanita dan wajahnya seiras Puan Sri Normah. Aku mendongak. Menanti jawapan daripadanya.
  "Saya kakak kepada ibu Amelia, Nina, Satu - satunya saudara kandung ibu Amelia,". Aku masih mendengar. Ku ketepikan segala kebingungan yang menerjah. Aku mengangguk. Keliru dan tidak pasti. Aku tidak perlu emosi kerana sememangnya aku perlu mendengar segala - galanya.
  "Sekarang bukannya untuk maklong ungkitkan segala kisah pahit. cukuplah hanya ini yang Amelia perlu tahu. Maklong mahu Amelia tinggal bersama maklong dan anak maklong Fareez selama yang boleh. Maklong akan pujuk opah Amelia agar tingggal bersama kita," kata Puan Sri Normah. Matanya masih ditakungi air. Kukira air mata itu sudah lama dipendam. Aku tahu Puan Sri Normah dan sudah tentu aku mengenali opahku yang telah membesarkanku selama 21 tahun kehidupanku. Aku tahu semuanya tetapi Fareez?. Ah!.. biar masa yang mengawal segalanya.

3 comments:

  1. Replies
    1. hai baby mio :)
      terima kasih ya sudi baca menerjah lubuk hati ni.
      selalunya orang akan baca terima kasih beb dan cinta sos dan kicap jer...
      terima kasih banyak - banyak sudi baca karya saya..
      cayang awak banyak2 :))

      Delete
  2. Permulaan Yg OK :)

    ReplyDelete