Friday 20 April 2012

bab 27 (menerjah ke lubuk hati)

   Fareez mendapat panggilan telefon daripada seseorang. Aku yang duduk di sisinya hanya memerhati gelagat fareez yang agak tidak senang dengan panggilan telefon yang di terimanya sebentar tadi.
   "Siapa Abang?," soalku yang inginkan  kepastian.
   "Tiada siapa - siapa," jawabnya dan terus bangun meninggalkanku sendirian. Aku mula rasakan Fareez menyembunyikan sesuatu daripadaku. Aku terdengar deruman enjin kereta Fareez keluar dari halaman rumah. Aku mendapatkan Opah yang sedang leka membaca tafsir Al - Quran.
    "Fareez mahu ke mana?," soalku pada Opah.
    "Fareez tu suami siapa ya?," soal Opah kembali. Aku terdiam. Sudah tentu Opah tidak tahu. Mengapa Fareez keluar semula setelah pulang dari pejabat?. Pelbagai persoalan mula menghantui fikiranku, Aku ke bilik Tina. Dia yang sedang sibuk bergayut telefon dengan Halim memandang aku dan mengangkat keningnya.
   "Kenapa Amy?," soalnya setelah meletak telefon bimbitnya di meja solek.
   "Kau tahu apa - apa pasal fareez?," soalku. Amy mengerutkan keningnya.
   "Tadi Fareez dapat panggilan telefon dan dia terus bergegas keluar."
   "Oh ya, tadi Halim ada kata Fareez mengajaknya ke Jelebu," kata Tina.
   "Tanya halim di mana?. Mari kita ikut Fareez," ajakku. Tina tercengang.
   "Fareez tak kasi kau memandu sekarang bukan?. Dia takut kandungan kau...," belum sempat Tina menghabiskan ayat aku sudah menarik tangan Tina keluar dari biliknya. Tina berhenti. Dia menarik tanganku pula.
   "Jauh juga Jelebu tu, Amy. Aku tak berani nanti Fareez marah," kata Tina.
   "Cepat!. Fareez akan ambil Halim bukan?. Aku rasa kita masih sempat ikut mereka dari belakang," kataku bersungguh - sungguh. Aku berjaya menjejaki kereta fareez. Aku hanya mengekorinya dari jauh. Setelah Fareez mengambil Halim di rumahnya, aku terus mengekori mereka berdua. Tina hanya diam sahaja. Dia seolah - olah tahu sesuatu. Hampir 2 jam setengah perjalanan, mereka berhenti di sebuah villa. Aku memberhentikan kereta dan turun bersama Tina.
    "Kita balik ya," Tina menahanku. Aku tidak peduli. Sampai di pintu pagar villa tersebut kelihatan Fareez masuk ke dalam bersama - sama Halim. Kebetulan pintu pagar tidak ditutup jadi aku masuk terus dan bersembunyi di luar kawasan villa tersebut. Aku terdengar suara orang menjerit - jerit. Aku agak kenal akan suara itu. Tina tunduk sekali sekala dia mengerling ke arahku. Aku tahu tina merahsiakan sesuatu daripadaku.
    "You tahu kan. I cinta pada you!," jerit wanita itu lagi. Kali ini aku pasti itu suara Aqila. Aku juga terdengar suara wanita lain yang cuba memujuknya. Kali ini aku bertekad untuk terus masuk ke dalam. Halim terkejut besar apabila melihat aku masuk ke dalam rumah itu.
   'Puan Amy....," suara halim terketar - ketar. Aku mengikuti arah suara tadi dan aku berhenti betul - brtul di hadapan pintu bilik Aqila. Ibu bapa Aqila tercengang - cengang melihat aku di situ. Aku lebih terperanjat apabila melihat Fareez sedang memeluk Aqila sambil memujuknya. Aku hanya memerhati tanpa bersuara. fareez masih tidak sedar kerana membelakangi aku. Aqila yang menangis di bahu Fareez mengangkat kepalanya dan dia memandang tepat di wajahku.
   "Kau merampas dia dari aku!," jeritnya. Fareez menoleh dan dia benar - benar terkejut dengan kehadiran aku di rumah Aqila. Aqila mula meronta - ronta. Fareez memeluk erat tubuh Aqila.Seolah - olah tidak mahu Aqila membuat sesuatu yang tidak baik kepadaku.
   "Anak ini isteri Fareez?," soal wanita yang sudaah berusia itu. Aku mengangguk tetapi mataku masih memandang fareez yang sudah tidak tentu hala.
  "Boleh auntie cakap sedikit?," pintanya. Ditariknya aku ke ruang tamu.
  "Tolonglah kasihankan Aqila. Dia menderita kerana kehilangan Fareez. Jiwanya tertekan. Tolong lepaskan fareez. Saya sanggup bagi apa sahaja yang anak mahu," rayunya. Dipegangnya erat jari jemariku. Kali ini aku kecewa dengan semuanya. Aku kecewa dengan Fareez, Halim dan Tina.
   "Adakah auntie fikir saya tidak kecewa jika kehilangan suami saya?," soalku pula.
  "Aqila dan fareez sudah lama bercinta. Mereka adalah cinta pertama masing - masing. Sejak berpisah dengan Fareez, Aqila tidak pernah mencintai orang lain. Keadaannya akan lebih parah jika Fareez tidak menolong kami. Kalau tidak mahu lepaskannya, izinkanlah Fareez mengahwini Aqila. Auntie berjanji Amy tidak akan sengsara," sambungnya lagi. Wah!... siapa dia yang mahu menentukan kebahagiaan aku. Aku bangun dan pergi semula ke bilik Aqila. Aqila masih memeluk dan menangis di bahu Fareez. Aku lihat lelaki di hadapanku sudah tewas. Tewas mempertahankan segalanya buatku. Aku ingin berlalu. Fareez memanggilku. Aku tidak mengendahkannya. Kali ini Fareez mendapatkanku di luar kawasan villa itu.
   "Sayang kena faham situasi abang," kata Fareez.
   "Abang tidak sampai hati melihat keadaan Aqila. Lebih - lebih lagi Tan Sri yang datang ke pejabat meminta bantuan abang. Bukan niat abang untuk membelakangkan sayang. Keadaan Aqila akan lebih parah jika abang tidak membantunya. Tolong faham sayang," rayunya. Faham?..... mengapa aku perlu memahami mereka yang tidak mahu memahami aku. Tina mendapatkanku. halim juga begitu.
   "Kau tahu semua ini, tina?," soalku. Tina tunduk. Rasa kesal mula menyelubungi jiwanya.
   'Sekarang aku sudah kehilangan suami, teman dan juga sahabat. Bagus bukan?. Bahagiakanlah seorang perempuan bernama Aqila dengan menghancurkan cinta seorang perempuan bernama Amelia. Tina, terima kasih atas sikap kau terhadap aku," kataku dan terus masuk ke dalam kereta. Aku terus memandu pergi meninggalkan mereka yang begitu hebat kerana mengorbankan kebahagiaan aku.

No comments:

Post a Comment