Monday 7 May 2012

bab 11 (cinta sos dan kicap)

    Amri masuk jauh ke dalam lagi melepasi kampung di hadapan tadi. Kelihatan sebatang anak sungai yang mengalir. Sangat jernih. Amri naik pula ke kawasan berbukit bukau.
   "kau nak culik aku ke?," soal Suraya. Amri menunjukkan air sungai yang mengalir. Sangat jernih dan cantik. Tidak berapa lama kemudian Amri memberhentikan motornya. Suraya turun dan berjalan ke hadapan sedikit. Suraya melompat - lompat kegembiraan.
   "Seronoknya air terjun!" jerit Suraya. Amri hanya ketawa. Mereka berdua turun bersama dan Amri membuka begnya.
   "Wah... ada semuanya. Ada plastik untuk duduk, makanan dan minuman. bagus lah engkau ni" puji Suraya. Amri buat tidak peduli.
    "Aku terjun dulu ya?," Suraya bersungguh - sungguh.
    "jangan mengada!," larang Amri.
    "kau tu pakai baju putih, kalau basah macam mana?," soal Amri. Suraya memandang bajunya.
    "Kau jangan pandang aku" Suraya berdalih.
    "Tak payah aku cakap. Kau ni perempuan tapi sifat malu kau tu kurang daripada lelaki" bebel Amri. Suraya mencebik. Dia duduk di atas batu besar. Merajuk kerana tidak dapat mandi air terjun.
    "mari lah makan" ajak Amri. Suraya buat tidak tahu. Niat hatinya tidak kesampaian. Sudah lama dia tidak mandi air terjun.
   "Ok, kau boleh mandi tapi tukar baju kau tu dulu" Amri memberi syarat. Suraya tersenyum dan terus menjamah makanan di hadapannya.
    "kau masak ya kicap. Pandai kau masak ayam masak kicap. Sesuai dengan nama kau" usik Suraya.
    "nama apa?. Nama kicap tu kau yang bagi. Orang lain tak panggil aku kicap" ujar Amri. Suraya ketawa. Amri meletakkan sos di hadapannya. Suraya membuka botol sos dan makan bersama telur dadar. Amri tersenyum melihat kerenah Suraya yang keanak - anakkan. Sesudah makan Suraya menukar baju di dalam pondok yang ada di situ. Dia terjun dan mandi sepuas - puasnya. Amri hanya memerhatikannya dari jauh.
    "marilah mandi!" jerit Suraya. Amri hanya menggelengkan kepalanya. Amri mengambil wuduk dan bersolat di atas tikar sembahyang yang dilapik dengan plastik. Suraya tergamam. Rasa malu yang amat sangat. Aku mandi macam orang gila dekat sini, dia pula solat.... malunya aku!!!.Suraya duduk di atas batu sambil memandang Amri yang sedang sujud. Suraya terus menyalin pakaian. Dia duduk di belakang Amri yang sedang berdoa. Amri menoleh.
    "kenapa sos?. kata nak mandi?" soal Amri.
   "Aku rasa aku dah jadi geng syaitan je tadi," suara Suraya perlahan.
   "Kenapa?," soal Amri. Dia tidak mengerti.
   "Ya lah... kau solat, aku mandi terjerit - jerit" kata Suraya pula. Amri ketawa.
   "kalau kau tu geng syaitan mesti sekarang ni kau tengah mandi lagi". Amri ketawa. Suraya diam.
    "kenapa kau layan aku?. Aku rasa aku ni bukan citarasa kau kan?," soal Suraya.
    "memang pun. Sekuman pun tak macam citarasa aku" ketawa Amri. Suraya diam dan terus memasukkan baju yang sudah basah tadi ke dalam plastik. Amri hanya memandang. Dia tahu Suraya terasa dengan kata - katanya tadi.
    "sos.. sos.." Amri memanggil lembut. Suraya memandang.
    "Kita balik ya. Dah nak petang sangat ni"lembut sahaja suara Amri. Mereka berdua berkemas. Suraya membonceng di belakang Amri.
    "Boleh peluk lagi tak?" soal Suraya. Kali ini Amri ketawa besar.
    "Sekejap sangat rasa insaf tu ya" kata Amri. Suraya mencebik.
    "Esok - esok aku akan jadi isteri yang solehah tau" kata Suraya.
    "Isteri siapa?," soal Amri
    "Isteri Encik Amri lah" jawab Suraya malu - malu.
    "Siapalah yang nak kahwin dengan perempuan gatal macam kau ni" usik Amri. Suraya mencubit pinggang Amri.
    "Tapi kau suka" balas Suraya.
    "Aku suka?... hmm geli ada lah" kata Amri kemudian sengaja di kuatkan tawanya. Suraya geram. Setelah beberapa jam perjalanan Amri menghantar Suraya pulang ke rumahnya. Suraya membuka topi keledarnya.
    "Aku ambil ya topi keledar ni?," pinta Suraya.
    "nak buat apa?," soal Amri pula.
    "Nak peluk malam - malam" jawab suraya sambil ketawa.
    "Gatal. Tak payah nak mengada. Bak sini" Amri mengambil semula topi keledarnya.
    "habis tu aku nak ambil apa?" soal Suraya. Amri turun dari motornya. Dibuka beg dan di keluarkan sejadah yang di gunakannya sebentar tadi.
    "Nah, ambil ni. Bila solat ingatkan aku ya. Doakan aku dapat isteri yang baik" Amri mengenyit mata. Suraya mengambilnya.
    "Kenapa nak doakan itu pula. Kan kau dah tahu. Aku doakan lain ya" kata suraya.
    "Dah tahu apa?. Siapa isteri aku?. Pandai saja kau ni..sos"
    "aku lah isteri kau nanti" jawab Suraya. Amri buat - buat batuk.
    "Aku tak nak kahwin dengan kau. Otak kau tak cukup masak. Habis tu kau nak doakan aku apa"soal Amri lagi. Suraya tersenyum memandang Amri. Dia menghampiri Amri.
     "Aku akan berdoa semoga Allah menetapkan engkau sebagai jodohku hingga akhirat. Semoga Allah memberikan kau kebahagiaan yang abadi walaupun tanpa aku di sisi kau nanti" kata Suraya. Air matanya bergenang. Kali ini Amri terdiam. Dia dapat rasakan sesuatu apabila melihat mata Suraya yang sudah berkaca itu. Amri memegang lembut pipi Suraya.
     "Kehadiran dan gelak tawa kau adalah hadiah paling indah yang Allah telah berikan kepada aku. Tiada lagi kebahagiaan lain yang ingin aku panjatkan selagi kau masih bersamaku... suraya". Kata - kata Amri menyebabkan Suraya menangis. pertama kali dia menangis di hadapan lelaki selain ayahnya.
    "Sedap betul mendengar nama 'Suraya' itu apabila keluar dari mulut kau" kata Suraya.
    "Tapi aku tetap nak panggik kau sos" kata Amri dan terus memakai topi keledarnya.
    "Terima kasih sayang" kata Suraya.
    "jangan gatal!. jangan panggil aku sayang. Aku macam nak muntah dah ni" Amri ketawa dan terus pegi. Suraya masuk ke dalam rumah. Fatin dan Syasya tersengih - sengih memandangnya.
     "Amboi... pegang - pegang pipi nampak. Kau ni dah menggatalkan Amri tu yek?" kata Syasya. Suraya menggaru - garu kepala.
     "Yang kau ada kat sini ni kenapa?" soal Suraya kepada Syasya.
     "Temankan fatin. Dia ingat kau tak balik " jawab Syasya.
      "Romantiknya Amri tu. Dah lah kacak, baik, romantik. Aku nak mengurat dia lah" kata Syasya. Fatin dan Suraya mengambil bantal kecil di sofa dan dipukul - pukulnya muka Syasya.
Menjerit - jerit Syasya di kerjakan oleh fatin dan Suraya.
  
    

No comments:

Post a Comment