Suraya dan Syasya pergi ke pasar tani bersama. Mereka mahu memasak untuk Fatin, Saiful dan Amri yang akan datang makan tengahari bersama mereka. Sedang Suraya sibuk memilih sayur - sayuran untuk di buat tom yam, Darwin datang menghampiri mereka berdua. Suraya agak terkejut melihat Darwin sedang tersenyum di hadapannya.
"Banyak beli barang?"soal Darwin. Senyuman masih terukir di bibirnya. Suraya tersenyum kelat. Masih masih boleh menghormati Darwin selagi tidak melampaui batas.
"Senyum saja?. Lokek suara kot awak ni?" usik Darwin. Syasya mencuit pinggang Suraya.
"Siapa?" soal Syasya inginkan kepastian.
"Kawan Am" jawab Suraya. Syasya mengangguk.
"Nak saya hantar awak pulang nanti?" soal Darwin.
"Tak mengapa. Saya pandu kereta saya sendiri" jawab Suraya tanpa memandang wajah Darwin.
"Sombong juga bakal isteri Amri ni ya" kata Darwin. Suraya mula berasa rimas dengan Darwin.
"Maafkan saya.Saya nak pulang sekarang" Suraya meminta diri untuk pulang. Dia melintasi Darwin yang kelihatan agak hampa. Darwin masih mengekori Suraya. Kali ini Suraya agak berang. Dia menoleh ke arah Darwin dengan wajah yang agak bengis.
"Awak,boleh tak jangan ikut saya.Awak tak takut kalau Amri tahu?" soal Suraya.Syasya mengangguk geram. Darwin hanya ketawa.
"Saya takut apa?. Ada saya sentuh awak?"soal Darwin semula.Suraya terdiam. Dia berjalan selaju yang boleh. Darwin tidak mengekori Suraya tetapi hanya memandang Suraya dari jauh. Sesekali dia tersenyum sendiri. Suraya masuk ke dalam kereta.
"Kata kawan Am,tapi kenapa macam nak ngurat kau saja"kata Syasya.
"Jantan tu gila meroyan" jawab Suraya dan mula mengidupkan enjin keretanya. Mereka tersus pulang ke rumah. Suraya dan Syasya terus memasak tom yam,ikan bakar dan tidak lupalauk kegemaran Amri, asam pedas ikan pari. Makanan yang sudah siap di masak di atur kemas di atas makan. Suraya naik mandi.Dia tidak mahu Amri melihat dia dalam keadaan yang selekeh. Jam sudah menuju ke pukul 1 tengahari. Saiful dan Fatin tiba terlebih dahulu. Syasya dan Suraya menyambut kedatangan Fatin dengan hati yang gembira.Sudah lama dia tidak bertemu dengan Fatin.Mereka berdua berpelukan.
"Dah lama aku tak datang sini"kata Fatin.Suraya hanya ketawa.
"Kau masak apa Su. Fatin tak masak hari ni.Asyik muntah dari kelmarin" adu Saiful. Syasya mengerutkan keningnya. Dia tidak faham. Suraya ketawa besar.
" Wah...tahniah ya!.Berapa bulan ni?. Cepatnya" kata Suraya.Saiful dan Fatin ketawa.
"Baru 2 minggu lah." jawab Fatin. Suraya amat gembira mendengar berita kehamilan Fatin. Mereka semua duduk di ruang tamu menunggu Amri tiba. Beberapa minit kemudian Amri tiba dengan motor besarnya. Suraya menyambut Amri di luar.
"Lambatnya sayang.Da lapar ni. Kasihan anak Fatin" ujar Suraya.
"Apa?.Anak Fatin?.Fatin hamil?"soal Amri. Suraya mengangguk. Amri terus masuk ke dalam rumah. Dia tersengih - sengi memandang Saiful.
"Hebat kau ya!" usik Amri.Saiful menggaru - garu kepalanya yang tidak gatal.
"Biasalah bos!"jawab Amri.
"Bos?... wah tak pernah - pernah panggil bos ni... nak minta naik gaji lah tu"kata Amri.Mereka semua ketawa. Telefon bimbit Amri berdering. Amri mengangkatnya.
"Aku di rumah Suraya ni. Kau makan saja di warung hadapan apartment tu." ujar Amri. Syasya memandang Suraya. Amri memandang Suraya.
"Sayang, Darwin nak makan di sini. Boleh?' soal Amri. Suraya hanya mampu tersenyum kelat. Amri meletak telefon. Mereka terpaksa menunggu Darwin tiba. Tidak sampai 15 minit, Darwin sudah pun muncul di hadapan rumah Suraya.Setelah memberi salam, Darwin terus masuk tanpa di pelawa.
"Maaflah Suraya. Saya pun nak rasa air tangan awak" kata Darwin.Suraya buat tidak tahu. Dia tidak suka dengan keadiran Darwin di situ. Suraya tidak selesa.Dia duduk di sebelah Amri. Dia memegang tangan Amri di bawah meja. Amri menoleh ke arahnya.Tangan Suraya di gosok lembut. Dia tahu perasaan Suraya ketika ini. Darwin sengaja duduk di hadapan Suraya.Dia mahu melihat wajah Suraya sepuas - puasnya. Amri sedar. Hatinya mula panas melihat Darwin merenung Suraya begitu. Fatin dan Saiful yang sedar akan sikap Darwin itu memandang sesama sendiri. Suraya mencedokkan makanan ke dalam pinggan Amri.Darwin sudah pun menyuap makanan ke dalam mulutnya.
"Wah... sedap masakan awak. Tapi tak sesedap masakan ibu Amri. Amri pernah kata yang dia hanya akan kahwin dengan wanita yang boleh masak makanan sesedap air tangan ibunya" terang Darwin tanpa dipinta.
"Sedap atau tak, terpulang pada citarasa masing - masing. Bagi aku, bakal isteri aku ni sudah cukup sempurna. Jangan bangkitkan kata - kata dulu, Darwin. Bagi seorang anak,tiada siapa yang dapat mengalahkan kehebatan masakan ibunya walaupun masakan itu tak sesedap mana" kata Amri. Dia merenung wajah Darwin. Suraya memeluk lengan Amri.
"Suraya memang pandai masak. Itu tak boleh dinafikan" Fatin cuba menyelamatkan keadaan yang agak tegang itu. Dia sendiri tidak selesa dengan sikap Darwin yang agak tidak beradab itu. Darwin hanya ketawa sambil matanya memandang Suraya yang menjelingnya.
"Sebab mulut awak yang agak celupar ni, saya rasa isteri awak tak tahan dengan awak sampai bercerai walaupun baru berkawin 6 bulan" kata Suraya. Darwin berhenti menyuap. Dia tidak sangka Suraya mampu menuturkan kata - kata seperti itu.
"Wa... Amri, celupar juga bakal isteri kau ni. Kalaulah kau masih dengan Sofea, tentu kau tak punya bakal isteri sebegini" balas Darwin. Amri menggeleng kepala. Dia tidak sangka Darwin akan mengungkit kisah silamnya di hadapan Suraya.
"Sofea?"soal Suraya.Dia memandang Amri. Saiful yang sedia maklum mengenai Sofea menepuk dahinya.
"Itu kisah lama,sayang"jawab Amri.
"Kisah lama?.Kalau begitu mengapa kau masih mengirim Rm2000 setiap bulan kepadanya?"soal Darwin. Suraya agak keliru.Dia memandang Amri.
"Kau ni kenapa Darwin?.Sengaja nak bagi Amri bergaduh dengan Suraya ke?"soal Fatin. Darwin ketawa sambil membasuh tangannya.Dia terus keluar dan pergi dari rumah Suraya.Mata Suraya masih memandang Amri. Amri menggosok lengan Suraya.Dia cuma mau menenangkan Suraya.Dia tahu Suraya agak terkejut apabila mendengar perkara mengenai Sofea dari mulut Darwin. Amri bangun dan duduk di sofa.Dia mulai buntu. Saiful, Syasya dan Fatin ke dapur. Saiful membantu mereka mengemas meja. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Amri dan Suraya yang sudah pun mula menitiskan air mata.
"Kenapa sayang?" soal Suraya. Amri menarik nafas dalam -dalam. Dia memegang tangan Suraya.
"Sayang,percayakan abang."pujuk Amri.
"Kalau abang dah putus dengan dia,mengapa perlu abang beri dia duit tiap -tiap bulan?"soal Suraya.
"sayang tak faham" kata Amri perlahan.
"kalau begitu, beri Su faham"kata Suraya.
"Abang cuma mahu Sayang percayakan abang.Dia tiada apa -apa lagi makna dalam hidup abang"kata Amri.
"Kalau begitu,jangan beri dia duit lagi.Mengapa perlu abang ambil berat pasal dia?" soal Suraya.Amri membisu.
"Tinggalkan dia kalau abang mencintai Su"
"Abang amat mencintai Su tetapi untuk membiarkan dia adalah mustahil. Abang perlu membantu dia, sayang" kata Amri.Suraya mengeluh.
"Bantu apa?. Su dah penat abang. Su tak nak hidup Su menjadi tanda tanya. Su tak nak berkongsi dengan orang lain. Abang milik Su" tegas Suraya.
"Abang memang milik sayang. Abang hanya membantu dia sebagai seorang kawan"jelas Amri.
"Kawan mana yang sanggup beri nafkah sampai RM2000?.Tiap -tiap bulan pula tu. Dia bukannya perempuan simpanan abang!" suara Suraya agak tinggi. Amri menoleh ke arah Suraya. Dia tidak sangka Suraya akan berkata begitu.
"Jaga mulut Suraya... itu seperti menghina abang sebagai bakal suami Su. Teruk sangatkah abang pada mata Su sampai sanggup berkata begitu?" soal Amri.
"Tentu dia begitu istimewa sebab abang sanggup mempertahankan dia sebegini rupa" kata Suraya.
Amri agak hilang sabar.Dia terus keluar.Dia tidak mahu pertelingkahan ini semakin besar.Dia perlu pergi. Dia tidak mahu terus berperang mulut dengan Suraya.Dia tahu Suraya cepat panas hati. Dia terus menunggang motosikal berkuasa besarnya keluar dari kawasan perumahan Suraya.Suraya terus berlari masuk ke dalam biliknya. Dia menangis semahu - mahunya. Syasya dan Fatin memandang sesama sendiri. Saiful termenung. Dia juga rasa bersalah kerana tidak menceritakan hal yang sebenar kepada Suraya.
Amri membuka pintu apartmentnya. Dia mendapatkan Darwin yang sedang baring di sofa.
"Kenapa mesti kau bercerita tentang Sofea di hadapan Suraya" soal Amri. Darwin bangun.
"Kalau kau jujur,kenapa kau tak ceritakan saja tentang percintaan kau yang hebat dengan Sofea dulu?,." kata Darwin.
"Perlukah kau menghancurkan hidup aku, Darwin?' soal Amri.
"Aku cintakan Suraya. Aku juga berhak memilikinya selagi kau tak menjadi suaminya yang sah!" terang Darwin. Telinga Amri sudah panas.
"Dengan cara menipu?"soal Amri.
"Aku tak menipu Am. Memang benarkan?" kata Darwin.
"Kau keluar dari rumah aku sekarang. Aku tak perlukan kawan seperti kau" suara Amri makin tinggi. Darwin ketawa. Rupa - rupanya dia sudah pun siap mengemas barangnya.
"Kita tengok, siapa yang berjaya memiliki Suraya"katanya sebelum pergi meninggalkan Amri yang sudah pun merah padam wajahnya menahan marah. Amri terduduk. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya lagi. Suraya tidak mampu dipujuk di saat di masih dalam keadaan yang tegang. Amri keluar dari apartmentnya dengan hati yang panas. Dia perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.Dia hanya mampu berdoa agar hati Suraya dapat dilembutkan. Dia tidak mampu membiarkan Sofea sendirian.
No comments:
Post a Comment