Monday, 23 July 2012

TERIMA KASIH BEB! - BAB 1


                                                    BAB 1

     Wajah tampan lelaki di hadapannya direnung sepuas – puasnya. Wajah lelaki itu apabila tidur amat menarik perhatiannya. Suami. Hanya pada kertas sahaja. Dia tahu mengapa dia mahu hidup bersama lelaki di hadapannya tetapi dia tidak pasti mengapa lelaki yang bernama Ahmad Hady Bin Ahmad Tarmizi itu menerimanya sebagai isteri sedangkaan dia tahu lelaki itu sejak dari dulu tidak menyenanginya. Gedik! Mengada dan Manja sangat!. Itulah perkataan pertama yang didengarinya daripada mulut Hady apabila ditanya mengapa dia tidak menyintai perempuan cantik bernama Amy Hanissa Bt Datuk Kamal. Perkahwinan yang direlakan oleh Amy tetapi tidak direlakan oleh Hady. Sebuah mahligai indah yang punya banyak bilik sehinggakan mereka berdua juga mempunyai bilik sendiri. Tidak pernah disentuh?.... Amy tidak peduli asalkan dapat melihat wajah tenang itu di hadapan matanya. Kejam?..... adakah kejam menyintai seorang lelaki yang tidak menyintainya?. Amy yakin akan dapat melihat Hady tersenyum manis bersama – sama menikmati rasa cinta antara mereka berdua. Bagi Hady, itu mustahil sama sekali.

   Hady terjaga dari lenanya. Amy kelam kabut keluar dari bilik yang menjadi larangan keras baginya. Hady tidak memberi kebenaran kepada orang lain selain Mak Biah masuk ke dalam kamarnya. Amy?.... dilarang sekeras – kerasnya. Haruman yang disembur ke badannya membuatkan Hady tahu siapa yang masuk kedalam kamarnya sebentar tadi. Hady menuruni anak tangga dan memandang Amy yang berpura – pura membaca suratkhabar.
“Saya dah kata jangan masuk bilik saya. Tak jelas lagi?” soal Hady serius. Amy buat – buat tidak mengerti.
“Mana ada?” soal Amy.
“Habis, macam mana selipar biru saya boleh terkeluar dari bilik saya?’ soal Hady. Amy cuba mengingati kembali. Ya, dia ada tersepak selipar milik hady semasa dia kelam kabut mahu menyelamatkan dirinya sebentar tadi.
“Eh... bukan selipar biru, selipar awak warna hitam!” jawab Amy selamba.
“Ha... nampak!” kata Hady. Amy menekup mulutnya. Dia terlepas cakap.
“Kalau saya kata awak masuk, awak tak mengaku. Kalau awak tak masuk, macam mana awak tahu selipar saya warna hitam?.” Soal Hady lagi.
“Itu....itu... itu kucing yang langgar” jawab Amy penuh yakin.
“Kita tak bela kucing” bantah Hady.
“Kita?... alahai.. indahnya bila awak sebut perkataan kita tu” sengih Amy.
“Mengada, menggedik!” kata Hady dengan nada geram dan terus naik ke atas. Amy menepuk – nepuk bibirnya berulang kali. Dia terus ke dapur dengan muka yang monyok. Mak Biah ketawa.
“Amy masuk dalam bilik Hady lagi ya?” soal Mak Biah.
“Terukkan?. Dia suami Amy tapi langsung tak beri Amy masuk dalam bilik dia” rungut Amy.
“Sabarlah... berdoa sahaja agar suatu hari nanti Hady menyintai Amy. Kita tak boleh salahkan dia. Papa Amy dan ayahnya memisahkan dia dengan kekasih hatinya sendiri. Dia dipaksa berkahwin dengan wanita yang langsung tidak dicintainya” pujuk Mak Biah.
“Mak Biah ni pun, tak payahlah bagi keterangan terperinci macam tu... sedih tau” muka Amy mula berubah. Mak Biah duduk di sebelah Amy.
“Amy, disebalik perempuan yang menggedik dan mengada – ngada ni, ada sesuatu yang akan membuatkan Hady jatuh cinta dengan Amy” tambah Mak Biah. Amy memeluk Mak Biah yang sudah di anggap seperti ibunya sendiri. Sejak ibunya Arwah Datin Salmi meninggal 3 tahun yang lepas dia tidak punya sesiapa selain ayah dan abangnya yang selalu memanjakan dirinya dengan kasih sayang dan wang ringgit. Apa sahaja keinginan Amy akan dituruti. Amy langsung tidak tahu bahawa Dato Kamal memberi beberapa projek besar kepada ayah Hady sebagai perjanjian agar Hady dan Amy disatukan setelah dia tahu Amy menyintai Hady. Amy memang anak yang manja. Dia tidak tamatkan pengajiannya kerana jatuh cinta dengan pensyarahnya sendiri. Dia tidak minat untuk belajar. Keputusan SPM yang cemerlang sudah cukup buatnya. Dia dengan selamba berkata kepada Dato Kamal cita – citanya mahu menjadi isteri yang baik dengan menguruskan rumahtangga sepenuhnya. Empayar perniagaan milik Dato Kamal diuruskan oleh Fikri, satu – satunya abang Amy. Sudah berbuih mulut Fikri menasihati adiknya itu supaya menjadi wanita yang berkerjaya dan berjaya. Dia kini berjaya mengahwini pensyarahnya itu tetapi tidak dapat memiliki walau seguris pun hati lelaki idamannya. Amy hanya mencuba dan terus mencuba. Dia baru dapat tahu pada malam perkahwinannya bahawa Hady sudah hampir berrtunang Cik Nafisah, pensyarah yang bekerja di tempat yang sama dengan Hady.

Amy memotong sayur lobak untuk dibuat sayur campur. Hady amat suka makan sayur campur yang digoreng bersama sos tiram. Sudah 2 bulan mereka berkahwin. Tidak sekali pun Hady menyentuh masakan dari air tangan isterinya. Sesudah memsak, Amy masuk ke dalam biliknya yang bersebelahan dengan kamar Hady. Selesai solat Zuhur, Amy mengetuk pintu bilik Hady berkali – kali. Hady membuka pintu.
“Mari makan” senyum Amy.
“Siapa yang masak?’ soal Hady. Amy terdiam.
“Mak Biah” jawabnya. Hady terus turun tanpa memandang Amy yang terpaku di situ. Hady tersenyum memandang makanan yang terhidang di hadapannya.
“Makanlah Hady” pelawa Mak Biah. Dia duduk sambil mencedokkan makanan ke pinggan Hady. Amy hanya memandang dari tangga. Dia turun perlahan – lahan dan duduk di sebelah Hady. Hady mencedok kari ikan dan tangannya mahu mengambil sayur campur yang terletak betul – betul dihadapan matanya.
“Itu Amy yang masak” akui Amy. Hady meletak semula sudu di pinggan sayur campur, air tangan Amy.
“Sedap tu Hady. Penat Amy masak tadi” kata Mak Biah.
“Taka pa Mak Biah. Hari ini Hady tak teringin makan sayur campur. Kari mak Biah ni pun dah cukup sedap” jawab Hady. Hati Amy sedikit terguris. Dia bangun dan terus naik ke atas. Hady berhenti menyuap. Dia menoleh ke belakang. Kelibat Amy sudah tiada. Mak Biah dan hady berpandangan sesama sendiri.
“Perlukah Hady layan dia begitu?” soal Mak Biah. Hady senyum tawar.
“Ayah dia memisahkan Hady dengan Fisa. Mak Biah tahukan bagaimana Hady cintakan Fisa” kata hady. Mak Biah mengangguk.
“Mak Biah juga sukakan Fisa bukan?. Antara Amy dan Fisa bagai langit dan bumi.” Kata Hady. Mak Biah termenung. Memang tidak dinafikan Nafisah sempurna sebagai seorang wanita tetapi tidak bermakna Hady boleh melukakan hati isterinya sendiri walaupun tiada rasa cinta di hatinya. Amy memeluk lututnya. Dia sendiri tidak tahu mengapa Hady begitu payah mahu menerimanya.

Setelah selesai makan, Hady masuk semula ke dalam biliknya. Bersiap – siap mahu keluar. Amy mengetuk pintu bilik Hady lagi. Kali ini dengan cepat Hady membukanya.
“Mari kita pergi jalan – jalan” senyum Amy. Hady mengeluh.
“Awak langsung tiada perasaankan?” soal Hady. Amy mengangkat kening. Dia tidak mengerti. Hady menggaru – garu keningnya.
“Awak tak rasa kecewa masa saya tak mahu menjamah makanan awak?” soal Hady. Amy menggeleng.
“Suka hati awaklah nak makan atau tidak” jawab Suraya selamba.
“Awak nak ke mana ni?” soal Amy.
“Jumpa Nafisah. Nak teman dia beli barang untuk kenduri rumah ibunya di Klang” jawab Hady dengan jujur.
“Nak ikut juga” jawab Amy tegas.
“Suka hatilah. Nak ikut atau tak. Tapi jangan buat benda bukan – bukan” kata Hady dan terus menuruni anak tangga. Amy yang memang sentiasa berpakaian cantik itu terus mengikut Hady dari belakang. Mak Biah memandang gelagat mereka berdua. Amy duduk di sebelah Hady.
“Awak tak sakit hati ke?” soal Hady.
“Sakit hati kenapa?” soal Amy pula.
“Saya jumpa Nafisah?” soal Hady lagi. Amy terdiam. Dia hanya memandang ke luar tingkap. Menikmati permandangan hutan batu dan konkrit di sepanjang jalan Kuala Lumpur. Setelah setengah jam memandu. Kereta Hady membelok ke arah sebuah pasar borong. Kelihatan Nafisah sudah bersedia menunggu Hady. Amy keluar dari kereta. Wajah Nafisah merah padam. Dia agak terkejut melihat Amy bersama – sama dengan Hady. Amy memegang tangan Hady. Agak terkejut dengan tindakan Amy itu, Hady berhenti melangkah.
“Saya dah kata jangan buat benda bukan – bukan” kata Hady dengan nada yang perlahan.
“Tapi awak suami saya” jawab Amy.
“Hanya pada kertas tetapi tidak di hati” kata Hady pula.
“Bukan pada kertas sahaja tapi pada akadnya juga.” Bidas Amy lagi.
“Lepaskan saya.” Hady menarik tangannya. Amy memegangnya semula.
“Lepaskan!. Saya tak mahu Nafisah fikir bukan – bukan” jeling Hady. Amy sengaja menguatkan genggaman tangannya. Nafisah memandang genggaman mereka berdua yang kelihatan begitu erat. Hady mengalah. Nafisah menjeling memandang Amy.
“Sayang...mari pergi” ajak Nafisah. Dada Amy berdegup kencang. Dia pasti rasa geramnya itu kerana cemburu. Hady mengerutkan keningnya. Selama ini Nafisah tidak pernah memanggilnya dengan panggilan manja sebegitu. Dia pasti semuanya kerana Amy.
“Setakat nak beli bawang, kentang dan beberapa barang ni pun nak ajak Hady teman?” soal Amy selamba.
“Kalau begitu, yang kau ikut kenapa? Menyibuk!” balas Nafisah.
“Suami aku, suka hati aku lah!”
“Suami.. aku kekasih dia!” balas Nafisah. Hady yang berdiri jauh dari mereka tidak tahu apa – apa langsung.
“Kekasih cuma boleh jumpa – jumpa saja tapi aku boleh peluk dia tiap – tiap malam” Amy mengerling. Nafisah berang dan terus keluar dari pasar borong itu tanpa mempedulikan Hady yang terpinga – pinga memandangnya. Hady berlari mendapatkan Nafisah.
“Kenapa awak peluk dia?. Awak kata awak takkan sentuh dia langsung” Nafisah meluahkan rasa geramnya.
“Awak pun saya tak pernah sentuh inikan pula dia, wanita yang saya tak suka” Hady mempertahankan dirinya.
“Lelaki semua sama!” jerit Nafisah dah terus berlalu. Hady buntu. Amy mendapatkannya.
“Apa ni?” soal Hady.
“Apa?”
“Apa yang awak cakap pada dia ni?”
“Apa?”
“Kenapa dia marah sangat begitu?. Saya tak pernah nampak dia angin begitu” tambah Hady.
“Apa?” soal Amy berpura – pura tidak tahu.
“Nanti dulu... dia marah saya peluk awak. Awak beritahu dia yang saya peluk awak?” soal Hady. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Amy.
“Apa?”
“Sudah. Balik sekarang. Awak buat saya marah ni” kata Hady. Amy hanya mengikutnya dari belakang.
“Awak buat dia cemburu bukan?” soal Hady. Dia memutar stering kereta. Amy terdiam.
“Padan muka dia. Siapa suruh berlagak sangat” cebik Amy. Hady menekan brek keretanya. Dia memandang Amy.
“Awak dah hancurkan kebahagiaan saya dan dia , Amy. Adakah saya tiada hak untuk hidup bahagia bersama orang yang saya cintai?” soalan Hady membuatkan lidah Amy kelu.
“Kenapa begitu cepat menidakkan kebahagiaan yang awak boleh nikmati bersama saya?” soal Amy.
“Cinta saya hanya pada dia” jawab Hady. Amy mengeluh.
“Itu kisah silam awak. Mulakan cinta kita beerdua. Awak dan saya boleh saling menyintai malah cinta kita boleh lebih hebat daripada cinta awak berdua” Amy memegang tangan Hady.
“Kita berkahwin kerana terpaksa” jawab Hady.
“Saya berkahwin dengan awak atas dasar cinta” balas Amy.
“Itu awak tetapi bukan saya. Sedangkan masakan awak pun saya tak jamah, inikan pula cinta awak” Hady memandang jauh ke hadapan.
“Kita cuba ya, sayang” Amy masih memegang jari jemari Hady.
“Apa yang awak dan ayah awak nak buat dengan saya lagi?. Saya dah berhenti menjadi pensyarah dan bekerja dengan syarikat ayah saya atas desakan ayah awak. Saya ikut. Ayah awak mahu saya buat apa saja saya dah ikut. Boleh awak ikut permintaan saya?” soal Hady.
“Apa dia?” soal Amy.
“Lepaskan saya dari semua benda mengarut ini. Saya memang tak boleh hidup tanpa dia dan yang pasti saya tidak boleh hidup dengan awak” terang Hady. Amy terdiam. Begitu kuatnya cinta Hady pada Nafisah.
“Berikan saya masa. Jika suatu hari nanti saya sudah berputus asa untuk memiliki cinta awak, saya akan melepaskannya sendiri walaupun tanpa awak pinta” kata Amy.
“Awak boleh berusaha tapi saya tak janji sama ada saya boleh terima awak atau tidak” ujar Hady tanpa menoleh sedikit pun memandang wajah isteri tanpa relanya itu.
“Terima kasih, beb!” ucap Amy. Hady serta merta menoleh.
“Beb?... saya suami awak tau” kata Hady. Amy tersenyum.
“Suami?” soal Amy. Hady terdiam. Mulutnya terkunci. Setelah beberapa ketika dia bersuara.
“Walau tanpa rela, sebagai isteri tak elok menggunakan bahasa begitu. Saya bukan beb, saya Hady” tegas Hady dan terus masuk ke dalam kereta Audi miliknya. Amy ketawa. Dia hanya membiarkan rasa tidak senang di dalam sanubari Hady itu terpendam begitu sahaja. Dia tidak mahu kemarahan terhadapnya berlarutan. Dia perlu memasang strategi untuk memiliki cinta Hady yang tidak pernah menjadi miliknya. Bukannya dia tidak rasa bersalah. Setelah tahu rasa cinta Hady terhadap Nafisah, rasa bersalah dan kesal mula bersarang di dalam lubuk hatinya. Dia tidak tahu sama ada perlu melepaskan Hady atau tidak. Akhirnya Amy membuat keputusan untuk melihat respon Hady terhadapnya beberapa bulan lagi. Dia pasti benar, jika tiada cinta, hubungan mereka tidak akan sesekali berjaya.




                                                                ***************


 “Kadangkala Hady kena faham perasaan Amy. Dia baru 22 tahun. Tengah nakal. Muda remaja lagi. Hady dah 29 tahun jadi Hady  perlu lebih beralah dengan dia” nasihat Mak Biah. Hady tunduk. Mengacau kopi kurang manis di hadapannya.
“Nafisah tu sejarah dulu” sambung Mak Biah. Kerusi meja makan ditarik perlahan  lahan. Mak Biah melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
“Hady tak ada perasaan pada Amy langsung. Lagi pula cuba Mak Biah tengok dia tu, tergedik – gedik” rungut Hady. Mak Biah ketawa.
“Tapi dia catik bukan?” soal Mak Biah lagi. Cuba memujuk perasaan Hady.
“Memanglah cantik tapi kalau hati tak suka nak buat macam mana?” bantah Hady.
“Itu sebabnya Hady langsung tak beri dia peluang. Cuba buka luas – luas hati Hady tu.. mustahil dia tak boleh menambat hati Hady” tambah Mak Biah. Hady menggaru kepalanya berulang kali. Dia benar – benar buntu. Mahu sahaja dia lari dari situasi yang tidak dipintanya ini. Kedengaran tapak kaki Amy melangkah ke arah mereka berdua.
“Abang Hady sayang....” panggil Amy dengan manja. Hady menepuk dahi. Tanpa perasaan segan silu Amy terus mencium pipi Hady di hadapan Mak Biah. Sepantas kilat Hady bangun dari kerusinya.
“Awak ni kenapa?. Merenyam?” soal Hady. Amy mencebik.
“Kitakan suami isteri, kenalah bermesra” senyum Amy.
“Kalau nak bermesra jangan depan Mak Biah, kesian Mak Biah ni tau, dah lah lama menjanda” senyum Mak Biah.
“Kalau nak bermesra pergi dalam bilik” saran Mak Biah. Amy mencebik lagi. Hady mengerutkan keningnya. Menjeling Amy dengan marah.
“Kami bukan sebilik” kata Amy dengan selamba. Mak Biah terdiam. Dia dan Hady berpandangan sesama sendiri.
“Malas saya nak layan awak ni tau!” ujar Hady. Dia terus meninggalkan Amy dan Mak Biah. Hady mengatur langkah menaiki anak tangga menuju ke atas. Ke kamarnya sendiri.
Amy naik ke atas. Dia mahu mencuba sedaya upaya agar dapat membuatkan Hady menerimanya. Pintu bilik Hady di ketuk. Hady membukanya. Melihat Amy dihadapannya, Hady merengus.
“Awak ni kenapa?. Boleh tak jangan kacau hidup saya?” soal Hady. Amy senyum. Kali ini dia tersenyum nakal.
“Hari ini saya nak pergi main layang – layang di padang. Nak ikut?” soal Amy.
“Main layang – layang?”
“Ya lah... habis tu ingat saya ajak awak siang ikan ke?” soal Amy kembali.
“Tak ada masa” jawab Hady. Amy terus merempuh masuk ke dalam biliknya. Hady membulatkan matanya.
“Awak ni dah macam budak – budak. Saya kata tak mahu, tak mahulah!” marah Hady.
“Saya kata jom, jomlah!” jawab Amy.
“Tak mahu!. Tak suka buang masa dengan budak mentah macam awak. Tak ada kualiti langsung” kata Hady. Dia duduk di sofa. Amy yang duduk di katil Hady terus baring tanpa rasa bersalah.
“Awak ni!” marah Hady.
“Jom pergi main, kalau awak tak nak, saya tak nak keluar. Saya terus tidur di sini” ugut Amy. Hady menggeleng kepala.
“Budak hingusan!” cebik Hady.
“Tak kisahlah, hingusan ke, ciritan ke.... marilah pergi. Saya dah lama tak main layang – layang. Dulu masa arwah mama ada, kami selalu main bersama” kali ini suara Amy agak mendatar. Hady terdiam. Dia sedia maklum Amy sangat manja dengan ibunya. Hady tunduk sebentar. Kalau aku tak bawa, kasihan pula... lagi pun dia memang budak manja. Tak mengapa, kali ini saja. Lagipun Nafisah tak tahu.... fikir Hady.
“Cepatlah siap!” kata Hady. Amy terus bangun dan melompat gembira. Dia terus memeluk Hady dan mencium pipinya. Hady tergamam. Amy keluar dan terus turun ke bawah. Hady menyentuh pipi yang baru dicium oleh Amy sebentar tadi. Bibirnya mengukir sedikit senyuman. Hish.... kenapa aku senyum!.. Hady menampar pippinya sendiri. Dia terus turun ke bawah.
“Nak pergi mana?” soal Mak Biah.
“Bawa budak hingusan tu pergi main layang – layang” jawab Hady.
“Main layang – layang?” soal Mak Biah lagi sekali. Hady senyum dan terus keluar.
“Cepatlah abang sayang!” jerit Amy. Hady masuk ke dalam kereta. Dia dapat lihat dengan jelas bagaimana Amy begitu teruja sekali.
“Terima kasih beb!” ucap Amy sambil tersenyum manja.
“Beb????” Hady mengangkat kening.
“Maaf.... abang sayang!” sengih Amy.
“Panggil saya Hady saja”
“Eleh... nak jadi mudalah tu. Nak rasa sebaya Amy. Perasan betul!” cebik Amy. Hady menggeleng kepala. Dia terus memandu ke padang, tempat di mana Amy dan mamanya selalu bermain bersama. Keluar saja dari kereta Amy terus menuju kepada seorang lelaki yang berusia lebih kurang 45 tahun. Penjual layang – layang itu tersenyum lebar melihat Amy yang sedang berlari ke arahnya.
“Pak Leman!” jerit Amy. Hady mengikutnya dari belakang. Dia menggeleng kepala melihat perangai Amy yang kebudak – budakan.
“Amy!. Lamanya Pak Leman tak nampak Amy” kata Pak Leman.
“Amy kahwin lah Pak Leman” senyum Amy. Tangannya membelek layang – layang buatan tangan Pak Leman.
“Kahwin?” soal Pak Leman. Sedikit terkejut. Amy mengangguk.
“Budak kecil mana boleh kahwin” usik Pak Leman. Amy ketawa besar. Hady datang bersalaman dengan Pak Leman.
“Inilah suami Amy” senyum  Amy.
“Kacaknya suami Amy” puji Pak Leman. Hady hanya tersenyum.
“Amy nak yang ini!” kata Amy. Dia memegang layang – layang berwarna hijau dan kuning.
“Ok. Abang sayang bayarkan ya?” pinta Amy. Hady mengangguk.
“Terima kasih beb!” kata Amy dan terus pergi. Hady membayar kepada Pak Leman dan duduk di sebelah Pak Leman.
“Dia budak baik” kata Pak Leman. Hady memandang Pak Leman dan kemudian Hady memandang Amy pula. Dia memberikan layang – layang itu kepada seorang budak lelaki yang duduk bersendirian di situ. Kelihatan Amy dan budak lelaki itu ketawa gembira. Bermain bersama. Pak Leman ketawa besar.
“Dia selalu beli layang – layang dari pakcik dan akan berikan layang – layang tu pada budak lain. Dia akan main bersama. Ketawa dengan gembira dan kadang – kadang jatuh tergolek bersama” sengih Pak Leman. Hady mengukir senyuman tanpa disedarinya. Dia memandang Amy dari jauh. Tak dinafikan, kau memang membahagiakan orang yang berada disekilingmu. Gelak tawa, gurau manja memang menjadi pelengkap pada kecantikanmu tapi sayang.... aku tak dapat menerimanya, getus hati Hady.
“Dah lama kenal Amy?” soalan dari Pak Leman itu menyentak lamunan Hady.
“Tak juga. Kami kahwin atas pilihan keluarga” jawab Hady.
“Dia dulu ada minat pada seorang pensyarah. Katanya pensyarah tu baik dan kacak. Kalau dia datang sini dia akan ceritakan pada pakcik mengenai pensyarah tu. Tak sangka pula jodohnya pada orang lain” ujar Pak Leman. Hady mengerutkan keningnya.
“Pensyarah tu namanya siapa?’ soal Hady.
“Tak tahu tapi dia panggil ‘beb’. Bila pakcik kata beb tu macam kasar tapi dia kata ‘beb’ pada dia ialah ‘baby’. Lepas tu dia ketawa. Dia kata nak panggil baby tak sesuai sangat bila didengar, jadi dia panggil beb” jelas Pak Leman. Hady tersentak. Kali ini dia memandang Amy yang sedang memegang tangan budak lelaki itu supaya dapat mengawal layang – layang yang sudah pun tinggi di atas. Hatinya sedikit tersentuh mendengar cerita dari Pak Leman itu tadi. Dia tahu, dialah pensyarah yang diceritakan oleh Pak Leman sebentar tadi
“Bila senang pakcik datang rumah kami” pelawa Hady.
Pak Leman tersenyum dan melihat Hady pergi bersama Amy. Dari pandangan mata Hady terhadap Amy, Pak Leman dapat merasakan sesuatu yang menjadi penghalang antara mereka berdua.

5 comments:

  1. Replies
    1. Shiroe Sherry...
      terima kasih ya sbb mengunjungi blog saya :)
      cayang awak.. muahhhh :)

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih baby mio..
      ni buat cayang kat awak ni :))

      Delete
  3. intro menarik.. novel2 iza ni best2 la.. tahniahh.. teruskan berkarya!

    ReplyDelete