Friday, 10 August 2012

TERIMA KASIH BEB - bab 14


 BAB 14

Luqman terjingkit – jingkit mengahmpiri pintu belakang rumah Encik Johan. Dia mahu berjumpa Dalina untuk menyerahkan makanan pada hari itu. Sedang dia berdiri di hadapan pintu, mukanya pucat apabila Encik Johan yang membukanya.

“Bai... apa awak buat belakang rumah saya?’ soal Encik Johan. Sedikit marah. Luqman kehilangan kata – kata. Mujurlah Gibran sampai awal.

“Ayah.. bai ni, makcik Kasma punya orang suruhan. Makcik Kasma masak, dia minta tolong bai ni hantarkan. Diakan dah tua. Kalau tidak, Amy tak mahu makan” terang Gibran. Encik Johan mengangguk dan terus masuk semula ke dalam. Luqman menepuk bahu Gibran.

“Terima kasih Gib! Kalau tidak mati aku” kata Luqman. Gibran terus mengambil mangkuk tingkat dari tangan Luqman. Hari ini dia masakkan masak lemak ayam dan sayur petola buat Amy. Luqman memandang ke tingkap bilik Amy sebelum pergi. Tertutup!. Luqman sedikit hampa. Dia berpatah balik.

“Mana Amy?” soalnya.

“Dia ke pekan dengan Dalina. Beli barang agaknya. Malam tadi dia menangis lagi. Memanggil – manggil nama jantan poyo!” kata Gibran. Luqman sedikit terkejut.

“Jantan poyo tu kaulah!” usik Gibran. Luqman ketawa. Di harus ke Bandar. Mahu melihat Amy. Dia menyimpan semua roti dan kek di rumah. Menyalin pakaian. Memakai topi hitam dan cermin mata hitam. Tidak mahu dikenali Amy.

Setelah puas mencari akhirnya dia bertemau dengan Amy dan Dalina yang berdiri menghadap sungai di kuching waterfront. Cuaca agak panas. Amy mengipas – ngipas lehernya dengan tangan kanannya. Luqman terus masuk ke dalam kedai. Memebeli dua batang paying. Dia memberi upah pada seorang budak lelaki agar menyerahkannya pada Amy dan Dalina.

“Kak, ada orang beri payung” kata budak lelaki dalam  lingkungan umur 12 tahun itu. Amy memerhati sekeliling. Tiada siapa yang dikenalinya di situ. Dengan senyuman manis, dia mengambil payung itu dan terus menggunakannya. Dalina menoleh ke belakang. Tersenyum ke arah Luqman yang mengenyitkan mata kepadanya.


“Amy, tunggu sini dulu. Lina nak beli air” kata Dalina memberi alasan. Amy hanya tersenyum. Dalina cepat – cepat mendapatkan Luqman.

“kau buat apa di sini?” soal Dalina.

“tengok isteri aku” jawab Luqman. Dalina ketawa.

“kau buat apa dengan dia?’ soal Luqman pula.

“kau tak tahu ke, Amy akan ke sini setiap bulan. Memberi sedekah pada orang yang memerlukan dengan harapan sedekahnya itu akan mengembalikan kau kepadanya” terang Dalina. Luqman kehilangan kata – kata. Dia merenung Amy dari jauh.

“Dia masih rindukan aku?” soal Luqman. Dalina mengangguk.

“Setiap kali selepas jumpa kau sebagai Makcik Kasma, dia akan masuk bilik dan menangis. Katanya, tangan Makcik Kasma seperti Luqman. Mata kau juga. Malah tahi lalat di kaki kiri kau juga seperti Luqman” tambah Dalina. Luqman tunduk. Ada titik jernih yang bergenang di dalam kelopak matanya.

“Aku pergi dulu. Nak beli air kerana itu alasan yang aku berikan tadi” Dalina terus pergi. Luqman masih memandang Amy. dia cuba melangkah menghampiri Amy. semakin hampir. Amy menoleh. Dengan segera Luqman terus berlalu.

“Sayang!” panggil Amy. Luqman terus berjalan dengan laju. Dia tidak mahu Amy tahu. Dalina berlari mendapatkan Amy.

“Kenapa?” soal Dalina. Menghulurkan air tin ke tangan Amy.

“Aku fikirkan lelaki itu tadi Luqman. Gilakan aku ni” Amy senyum kelat. Dia menggeleng kepala. Dalina menggosok belakang badan Amy. Dia menenangkan Amy dan terus membawa Amy pulang ke rumah.

Amy  baring dan dia masih terfikirkan lelaki tadi. Dia pasti itu Luqman. Badannya, gaya jalannya.... tidak ubah seperti Luqman.Amy buntu... kalau dia Luqman, pasti dia akan mendapatkanku, bukannya mengelak dan pergi begitu sahaja. Amy mengeluh. Adakah, Luqman masih mengingatiku?.. masih mencintaiku?.. ataukah dia kini sudah berkahwin dengan Ayu, wanita pilihan hati ibunya yang membenci aku?.... dia menggenggam rambutnya sendiri. Bingung dan resah...





Luqman yang sedang menjadi ‘bai roti’ menunggu Dalina di luar rumah. Amy yang terpandangkan Luqman dari atas terus berlari mendapatkannya. Amy tersenyum walaupun tawar.

“Bai.. Makcik Kasma sihat?’ soal Amy. BAi menggoyangkan kepalanya... tanda ‘ya’. Amy merenung lesung pipit Luqman yang tidak terlalu jelas kerana ditutupi dengan jambang palsunya. Luqman menghulurkan mangkuk tingkat ke tangan Amy. jari mereka bersentuhan. Ada debarab di hati Amy. sama sewaktu dia pernah menyentuh tangan Luqman dahulu. Cepat – cepat Luqman menarik semula tangannya.

“Hmm sedapnya.. bai tahu. Bau masak kicap ayam ni serupa dengan masakan suami saya” cerita Amy. Luqman menggoyangkan kepalanya lagi.

“Suami cik Amy itu banyak pandai masak ka?’ soal Luqman.  Masih berdiri berhadapan dengan Amy. ingin sekali dia menyentuh rambut Amy yang lembut dan lebat itu. Memang sangat ayu apabila Amy melepaskan kesemua rambutnya.

“Ya... dia memang pandai masak. Dia juga pembersih orangnya. Dia akan bersihkan dapur sampai bersinar” senyum Amy. matanya bercahaya. Nampak sangat ‘suaminya’ itu membahagiakannya.

“Habis tu, kenapa itu suami tak ada mari?. Sudah gaduh ka?” duga Luqman.

“Dia akan datang juga. Saya yakin!. Saya akan tunggu di sini sampai mati. Jika dia benar – benar sayangkan saya, suatu hari nanti dia pasti akan ke sini” kata Amy. kali ini matanya sudah berkaca. Luqman cuba mengalih pandangan matanya. Mengelipkan matanya beberapa kali. Tidak mahu air matanya turut jatuh. Lelaki mesti gagah!.

“Cik Amy kenapa tak mahu telefon itu suami?. Cik Amy lari saja lah. Apa susah?’ soal Luqman lagi.

“Telefon saya, papa saya dah buang dalam longkang agaknya. Uncle Johan, Gibran dan Lina memang baik sangat. Kalau saya lari, papa akan salahkan mereka” Amy muram.

Angin bertiup agak kuat. Rambut Amy menutupi mukanya. Berkali – kali dia cuba menyelitnya tetapi tidak berjaya. Luqman menghampiri. Dia ingin mengikat rambut Amy seperti dia mengikat rambut Lulu dulu. Dia berpatah balik. Tidak mahu segalanya musnah.

“Cik Amy.. masuk rumah! Nanti demam. Itu Dalina akan marah sama saya....” kata Luqman. Amy senyum.

“Awak tahu, awak sama tinggi dengan suami saya” kata Amy dan terus pergi...

“Itu kerana aku adalah ‘dia’ sayang...” ujar Luqman sendiri. Dia terus pergi. Menjual roti dan kek yang sentiasa laku. Luqman tersengih – sengih. Ternyata Amy tidak pernah melupakannya walaupun sesaat. Walaupun Amy tidak tahu mengenainya, melihat Amy dihadapan matanya pun sudah cukup.


Luqman terpaksa berlakon sebagai Makcik Kasma dan datang masak di rumah Encik Johan. Kerana terpikat dengan masakannya, Encik Johan mengarahkan Dalina agar mengupah Luqman masak untuk majlis di rumahnya mala mini. Luqman terpaksa memakai topeng lagi. Dia tahu ianya agak pelik. Dia terpaksa memikirkan alasan lain untuk diberikannya kepada Amy. selepas solat Zuhur, Luqman datang ke rumah Encik Johan. Dengan senyuman lebar Encik Johan menjemput Luqman masuk.

“Hmm... nama awak Kasma bukan?. Saya dah terpikat pada awak.. eh... pada masakan awak. Saya mahu awak masak untuk saya mulai hari ini. Saya akan bayar gaji setiap bulan untuk awak. Tak kisah sama ada mahu tinggal di sini atau datang ke rumah saya setiap hari” terang Encik Johan. Luqman tersenyum lebar. Dia mengangguk setuju.

“Kenapa pakai topeng ni?. Bukannya ada jerebu pun?” soal Encik Johan. Dalina yang ada di sebelah Luqman menyampuk.

“Makcik Kasma memang jaga kebersihan. Dia tak mahu air liur dia masuk ke dalam makanan”

“Pelik pula... tapi tak mengapa. Awak boleh terus masak ya” kata Encik Johan sebelum meninggalkan mereka berdua. Luqman terus ke dapur. Dia mengeluarkan tomato puree, kicap pekat dan beberapa barangan lain dari peti ais. Sedang dia terbongkok – bongkok mencari kuali, Amy terus memeluknya dari belakang.

“Makcik Kasma buat apa tu?” soal Amy. jantung Luqman berdegup kencang seperti berlari 400 meter. Dia menoleh kea rah Amy. dengan senyuman yang manis, Amy mencium pipinya.

“Amy rindulah.. Makcik tak baik lagi selsema?” soal Amy.        Dia memeluk pinggang Luqman pula. Kali ini Luqman hampir mencungap. Tidak dapat mengawal perasaan. Dia buat – buat batuk. Amy melepaskan pelukannya.

“Hmm...makcik tak mahu air liur masuk ke dalam kuali” jawab Luqman. Amy senyum.dia memegang leher Luqman. Ya Allah.... janganlah bagi aku hilang pertimbangan...... kalau tidak, mahu mengandung isteri aku ni.... Luqman berdoa di dalam hati.

“Amy duduk di sana ya. Tengok bagaimana  Makcik potong bawang” kata Luqman. Terus memotong  bawang dengan tangkas. Dia memang cekap menggunakan pisaunya. Amy menghampiri. Dia cuba mengangkat kain baju kurung Luqman.

“Amy buat apa ni?” soal Luqman terkejut.

“Tak ada... tak mahu makcik terpijak kain sendiri” jawab Amy. dalina yang baru masuk ke dalam dapur sudah panik. Dengan cepat dia berdiri di sebelah Luqman. Apabila Amy naik ke biliknya semula, Dalina menarik tangan Luqman ke hujung dapur.

“Luqman.. kau jangan nak menggatal ya?. Jangan kau layan Si Amy tu... kalau rahsia ni pecah, Uncle Kamal akan hantar Amy ke Australia. Kau ada passport ke” Dalina menjegilkan matanya.

“Dia macam goda aku kau tahu tak! Mana aku tahan. Aku dah lah aku tak pernah peluk dia” jawab Luqman. Dalina ketawa terkekeh – kekeh. Dia tahu situasi Luqman agak sukar. Tapi, walaubagaimanapun, Luqman harus bersabar. Belum tiba masanya.

Amy  turun semula ke dapur.  Dia duduk di meja membantu Luqman memotong sayur dan daging. Luqman berkali – kali mencuri pandang wajah Amy. kalau boleh, dia ingin memberitahu Amy tentang dirinya yang sebenar. Mengenangkan amaran Dalina kepadanya tadi, hasratnya itu dipendamkan sahaja.

Amy agak terkial – kial memotong daging. Luqman terdengar Amy mengeluh. Luqman berdiri dibelakang Amy yang sedang duduk. Dia memegang kedua belah tangan Amy dan menunjukkan cara memotong daging dengan betul. Luqman menghidu rambut Amy yang harum. Fikirannya menerawang.

“Makcik,... dah sudah” kata Amy. Luqman cepat – cepat mengambilnya dan membasuh daging itu.  Ya Allah... kau bukalah pintu hati Amy untuk naik ke biliknya semula.... aku dah tak mampu ni.... berkali – kali Luqman berrdoa.

“Makcik, Amy naik atas dulu, ya” kata Amy. cepat – cepat Luqman mengangguk. Allah memakbulkan doanya. Luqman mengurut – ngurut dadanya. Lega.....


Semuanya sudah siap terhidang. Semua makanan  yang di  minta oleh Encik Johan telah Luqman siapkan dengan begitu sempurna. Nasi tomato, nasi putih, ayam masak merah, nenas masak Bombay, daging masak kicap dan beberapa juadah lain terhidang di hadapan mata Encik Johan.

“Kita nak tunggu siapam ayah?’ soal Dalina.

“Benny. Anak pakcik Latiff yang tinggal dirumah lama kita dulu. Ayah baru jumpa dia kelmarin. Sebab itu ayah suruh dia datang. Dah lama tak jumpa Pakcik Latiff kamu tu” kata Encik Johan. Luqman ingin pulang tetapi di tahan oleh Encik Johan.

“Kita makan bersama, Kasma!” pinta Encik Johan. Luqman menurut. Hampir 20 minit menunggu, benny dan ayahnya tiba juga di rumah mereka. Encik Johan menyambut mereka dengan mesra. Benny bersalaman dengan semua di situ termasuk Luqman. Dahinya berkerut memandang Luqman yang masih memakai topeng mulut.

“Ada jerebu ke?” soal Benny.

“Bulu hidung terkeluar!” bisik Luqman. Benny mencebik dan duduk di sofa. Amy turun ke bawah setelah dipanggil oleh Encik Johan.

“Ingat tak ini anak siapa?” soal Encik Johan kepada Pakcik Latiff. Orang tua yang masih segak itu menggeleng.

“Anak Kamal!. Kamal sekarang dah jadi jutawan” terang Encik Johan. Pakcik Latiff nampak teruja. Benny tersenyum lebar memandang Amy yang baru sahaja bersalaman dengan Pakcik Latiff.

“Buat apa di sini?’ soal Benny. Luqman menyiku perlahan belakang badan Gibran yang berdiri di sebelah isterinya.

“Bercuti!” Encik Johan cepat – cepat mencelah. Amy terus duduk di sebelah Luqman.

“Handsome sangat ke, lelaki tu?’ soal Luqman.

“Luqman lebih handsome dan manis” bisik Amy. Hidung Luqman seperti mahu mengembang. Luqman agak tidak senang apabila melihat mata Benny tidak lepas – lepas memandang isterinya. Amy buat tidak tahu. Lelaki itu tidak bermakna apa – apa padanya. Setelah berborak agak lama, Encik Johan mempelawa mereka makan malam bersama.

Amy agak resah. Renungan Benny membuatkannya tidak senang duduk. Bukan dia saja malah Luqman juga begitu. Luqman tidak mahu makan sekali. Bagaimana dia mahu makan dengan mulut yang terutup begitu..

Dia terus pulang ke rumah. Kalau lebih lama di rumah Encik Johan, dia takut tidak dapat mengawal perasaannya. Di rumah, Luqman terpaksa mencari idea untuk membuatkan Amy tidak mengenalinya tanpa memakai topeng mulut. Sampai bila dia harus memakai topeng yang menutup sebahagian dari wajahnya. Luqman terus berikir dan akhirnya tertidur di kerusi rotan. Letih kerana memasak di rumah Encik Johan.

“Sedap masakan orang gaji kau, Jo” puji Pakcik Latiff. Encik Johan hanya ketawa. Berjalan beriringan dengan Encik Latiff di kerusi luar. Benny menghampiri Amy yang membantu Nora dan Dalina membasuh pinggan. Anak Nora, Diela sedang nyenyak tidur di atas.

“Tak mengapakah kalau saya masuk ke dapur ni?”soal Benny. Cuba untuk menjadi lebih sopan. Dalina mengerling ke arah Amy yang tidak langsung mahu memandang Benny.

“Awak tak keluar berjalan – jalan?. Susana di Sarawak berbeza dari semenanjung tau” Benny cuba memancing Amy agar berbual dengannya.

“Apa yang lainnya?. Sama sahaja. Tetap di dalam satu negara” jawab Nora. Dia yang mengetahui segala – galanya mengenai Luqman tidak akan membenarkan Benny cuba merapati Amy. Benny agak tidak senang dengan cara percakapan Nora yang seolah – olah menyindirnya. Dengan muka yang berang, Benny terus keluar. Duduk bersama – sama Encik Johan dan ayahnya.

Mereka bertiga ketawa. Geli hati melihat muka Benny yang muncung begitu. Dalina menghampiri Amy.

“Amy tak mahu jalinkan hubungan lain ke?” duga Dalina. Amy menggeleng.

“Hanya Luqman” jawab Amy. dalina dan Nora berpandangan sesama sendiri. Ya.. mereka tahu memang sukar untuk melupakan lelaki sebaik dan sehebat Luqman. Kalau mereka sendiri pun, tidak akan pernah melupakannya.

Setelah membantu mengemas dapur, Amy naik ke biliknya. Seperti biasa, termenung dan menangis. Itu sahaja yang mampu dia lakukan untuk mengingati Luqman. Kadangkala perasaannya itu hampir mati mengenangkan Luqman dan dirinya tidak akan bersatu. Buat Amy, Luqman adalah satu – satunya suami sebenar – benar suami yang pernah hadir di dalam hidupnya. Amy membuka tingkap bilik dan merenung bulan yang penug pada malam itu. Amy tersenyum.

“Mungkin Luqman juga merenung bulan yang sama sepertiku...”



                             *****************************


 Hady mendapatkan Mak Biah yang sedang duduk di buaian halaman rumah. Tempat kegemaran dia dan Amy meluangkan masa bersama. Pagar yang tidak berkunci itu dtolak oleh Hady. Mak Biah berdiri. Wajahnya masam kelat. Benci melihat lelaki yang pernah di belanya sejak kecil lagi. Hady duduk di buaian itu tanpa dipelawa.

“Lama Hady tak datang sini” kata Hady. Matanya memerhatikan suasana kawasan rumah itu. Tetap sama seperti dahulu.

“Mak Biah tentu tahu di mana Amy bukan?” soal Hady. Terus terang tanpa berselindung. Mak biah merengus. Dia memandang Hady dengan ekor matanya yang tajam.

“Buat apa Hady nak tahu?” soal Mak Biah pula.

“Hady tak mahu cakap apa – apa. Hady Cuma nak tahu di mana Amy. mak Biah tentu tahu” soal Hady.

“Bukankah Hady yang beritahu Dato pasal perkahwinan mereka?. Takkan Dato tak beritahu hady pasal Amy?. atau... kamu ni Cuma jadi orang suruhan tak bergaji oleh dato?. Bila matlamatnya terlaksana, kamu dibuang ketepi?” sinis kata – kata Mak Biah.

Luqman bangun. Hatinya sedikit terguris dengan kata – kata Mak biah. Dia mengeluh.

“Kenapa mengeluh?. Isteri kamu tu dah bersalin bukan?. Balik! Jaga anak kamu tu baik – baik. Jangan sibuk hal Amy” kata Mak Biah. Hady mengalah dan terus keluar dari situ.

Dia sedar Mak BIah tidak berpihak kepadanya. Harapannya musnah. Dia tidak berputus asa. Dia akan cuba mencari Amy walau di mana sahaja dia berada. Hady terus memecut keretanya tanda protes terhadap layanan Mak Biah terhadapnya tadi. Mak biah benci melihat Hady yang semakin melampaui batas.

Qaseh turun mendapatkan Mak Biah. Mendengar deruman enjin yang kuat membuatkan dia terjaga dari lena.

“Kenapa Mak Biah?’ soal Qaseh.

“Hady cari Amy” jawab Mak Biah. Qaseh mengeluh. Cepat – cepat dia mengunci pintu pagar. Tidak mustahil Hady akan mencari Mak Biah lagi. Qaseh kemudiannya mengajak Mak Biah masuk ke dalam rumah. Wajah tua Mak Biah berkerut – kerut mengenangkan sikap Hady yang tidak berubah – ubah malah makin menjadi – jadi.

No comments:

Post a Comment