BAB 16
Amy terkejut.lelaki yang baru lalu di hadapan rumah
Encik Johan itu seperti Luqman. Amy melepaskan majalah di tangannya. Walaupun
lelaki itu memakai topi tetapi dia amat yakin, itu adalah Luqman. Amy berlari
keluar. Mengejar lelaki yang sudah pun berlari agak laju darinya.
“Kenapa Amy?” soal Dalina. Turut sama berlari. Dia
menarik tangan Amy dengan kuat hingga terjatuh di tepi jalan. Pokok yang
merimbun itu melindungi wajahnya dari panahan mentari.
“Itu Luqman!” Amy menangis. Dalina memerhati
sekeliling. Puluhan pokok rendang di situ di teliti dengan matanya yang agak
sepet itu. Dalina terlihat Luqman yang memberi isyarat kepadanya agar membawa
Amy pulang.
“Mana ada Luqman. Kau salah orang” Dalina cuba
berdalih. Amy yang masih duduk di atas jalan itu mendongak memandang Dalina.
“Saya kenal suami saya, Lina!. Itu dia!!!” jerit Amy
seperti orang yang kena hysteria. Dalina menjadi panik. Dia menelefon nora,
kaka iparnya yang kebetulan ada di rumahnya ketika ini. Luqman mengintai Amy. hatinya
sayu melihat Amy yang menangis tersedu –sedan. Tangannya yang lembut itu
mencabut rumput liar dengan perasaan yang tidak tentu arah.
Luqman memegang dadanya. Ada rasa sakit di situ.
Kesakitan yang merebak ke hatinya. Sakit apabila melihat Amy yang sudah hilang
pertimbangan. Kali ini dia begitu yakin Amy memang amat merinduinya.
kalau bisa dia mendakap dan memujuk Amy, pasti itu akan dilakukannya bagi meredakan rasa derita yang makin mencengkam di lubuk hati Amy.
Tidak sampai
15 minit, Nora sampai dengan membawa keretanya, seperti yang disuruh Dalina.
Nora memujuk Amy masuk ke dalam kereta. Setelah agak lama menangis akhirnya Amy
akur. Dia masuk ke dalam kereta. air matanya masih mengalir seperti tadi.
Dalina memeluk Amy agar dapat mententeramkan jiwanya. Dalina dan Nora membawa
Amy masuk ke dalam biliknya. Menyelimutkannya agar lebih tenang. Amy menangis
lagi. Dalina turut sama mengalirkan air mata. Tidak tahan melihat penderitaan
Amy yang dikenalinya sejak kecil lagi.
Hari sudah lewat petang. Amy masih belum bangun.
Dalina merenung Amy. rasa sangat bersalah kerana membuatkannya menangis
sedangkan Luqman yang dikejarnya itu sememangnya ‘Luqman’ di hatinya. Dalina menggenggam
jari jemarinya. Sesekali menggosok – gosok pipinya. Rasa serba salah.
“patutkah aku menceritakan semuanya pada Amy?’
bicaranya sendiri.
Amy membuka matanya. Dia memandang Dalina dengan
pandangan yang sayu. Seperti tidak mahu hidup lagi. Dalina bangun dari kerusi
dan duduk di sisi Amy yang masih terbaring lemah.
“Kau benar – benar rindukan Luqman?” soal Dalina.
Cuma air matanya yang memberi jawapan.
“Aku yakin dia Luqman” kata Amy dengan nada yang
cukup perlahan. Hampir tidak kedengaran. Dalina bangun dan jalan mundar mandir.
Di garunya kepala yang tidak gatal.
Akhirnya dia membuat keputusan. Dia duduk
mencangkung merenung mata Amy dalam – dalam. Amy hanya membalas pandangan
matanya tanpa mengerti apa – apa.
“Ya.. dia Luqman!” beritahu Dalina. Amy bingkas
bbangun. Menggenggam bahu Dalina dengan kuat.
“Kau cakap betul – betul!” Amy semakin teruja.
Dalina hanya mengangguk. Amy bangun dan terus menangis. Wajahnya mengukir
senyum.
“Aku mahu jumpa dia. Tentu dia baru datang sini” Amy
ketawa. Dia mengesat air matanya.
“Kau dah jumpa, dah peluk, dah cium dan dah picit
badan dia pun” kata Dalina. Duduk di katil Amy sambil membelek majalah. Amy
terkejut. Dia lekas – lekas memegang pipi Dalina.
“Jangan – jangan .....” Amy cuba meneka.
“Ya... bai roti dan Makcik Kasma tu dia lah” jawab
Dalina selamba. Amy ketawa besar dan dia menepuk – nepuk katil.
“Padanlah.. dia tak mahu buka topeng” fikir Amy.
Dalina menggigit bibirnya. Takut di marahi Amy. dia tahu apa yang dilakukannya
agak kejam buat Amy tetapi dia sendiri tidak pasti dengan keputusannya
sekarang. Kalau Gibran tahu, mampus dia dikerjakan. Fikri pula akan mencubit
dengan kuat hidungnya seperti dahulu. Takut juga Dalina dibuatnya.
“Lina jangan risau, Amy takkan bocorkna rahsia ni
tapi Amy nak buat Luqman mengaku sendiri. Rahsia kita selamat!” Amy memegang
erat tangan Dalina. Lega hati Dalina mendengarnya. Dia tidak perlu risau akan
akibatnya. Malam itu Amy sentiasa tersenyum. Dia mahu bertemu dengan Luqman
esok. Tidak sabar rasanya!.
“Makcik! Makcik!” panggil Amy. Luqman yang sedang
mandi kelam kabut keluar dari bilik mandi. Mencari pakaiannya sebagai ‘makcik
Kasma’. Dia menepuk dahi.bagaimana pula Amy boleh datang pagi – pagi ni...
bebelnya. Dia memakai ikut sempat. Tidak tentu hala. Mencari topengnya di tepi
katil.
Dalam keadaan termengah – mengah Luqman membuka
pintu. Amy tersenyum. Mahu saja dia memeluk tubuh lelaki di hadapannya itu.
Hatinya berdebar – debar. Tidak keruan. Amy memegang pipi Luqman. Merenung mata
yang dirinduinya. Amy tidak peduli. Dia terus memeluk Luqman. Agak tergamam
Luqman dibuatnya.
“Amy rindukan makcik!” bisik Amy.
“Kan baru semalam kita berjumpa” kata Luqman. Amy
melepaskan pelukannya. Amy ketawa tak henti – henti melihat Luqman memakai baju
terbalik. Dia pasti, ini tentu kerana dia kelam kabut tadi. Diterjah sebegitu
rupa.
Amy memegang bahu Luqman. Kemudian dia ketawa lagi.
Luqman agak pelik. Sikap Amy benar – benar lain dari biasa.
“Kenapa pakai baju terbalik?” soal Amy. Luqman
memandang bajunya. Alamak! Kenapalah aku tak perasan tadi ni.... bisik hati
kecilnya.
“Hari ini Amy mahu tinggal dengan Makcik kasma!”
ujar Amy. Luqman menelan air liur. Sedangkan memakai pakaian itu selama lima
minit pun , dia dah rimas.... inikan pula sepanjang hari.
“Tapi... makcik nak keluar” Luqman berdalih. Amy
memuncungkan bibirnya.
“Tak apalah, Amy balik dulu ya!. Kalau Makcik Kasma
jumpa bai, beritahu dia saya nak jumpa di rumah. Sehari tak nampak dia rasa
rindu pula” kata Amy . dia terus pergi. Sengaja mengundang resah di hati
Luqman. Terduduk Luqman dibuatnya mendengar kata – kata Amy tadi.
“Dia rindu bai?.... dia dah lupakan aku ke?.. eh,
bai tu aku le!!!. Tapi itu lain, kalau dia rindu bai, dia mesti sudah mula
melupakan Luqman” bebelnya sendiri.
Luqman termenung. Hatinya agak resah. Juga agak sedih.
“Bagaimana kalau dia jatuh cinta dengan bai....
habis aku macam mana?... aku pun bai... eh! Nanti, aku Luqman bukannya bai!”
sambungnya lagi. Luqman termenung.
Amy pulang dan terus mendapatkan Dalina. Amy
menceritakan semuanya. Berderai tawa mereka berdua.
“Mesti Luqman cemburu dengan bai sedangkan bai itu
pun dia juga. Luqman cemburu pada diri dia sendiri” kata Dalina. Amy mengangguk
setuju. Dia terus turut sama bermain PS3 bersama – sama Dalina. Melihat
keceriaan di wajah Amy, meyakinkan Dalina bahawa tindakannya itu tidak salah.
**********************
“Dia jatuh cinta pada bai?” soal Gibran sewaktu
Luqman berjumpanya di sebuah kafe di Bandar Kuching. Luqman mengangguk.
Sesekali dia meraup wajahnya. Nampak benar dia agak bingung. Gibran ketawa
berdekah – dekah.
“Habis kau cemburu dengan bai?” soal Gibran. Luqman
mengangkat kening.
“Wei... bai itu pun engkau!” balas Gibran. Dia
menyuap roti bakar ke mulutnya dengan senyuman yang masih berbaki.
“Tapi aku lebih suka dia rindukan Luqman dari Bai
roti!” ujar Luqman setelah lama membisu. Gibran ketawa lagi.
“Konflik dalaman ni. Tak mengapa, mungkin dia
bergurau saja tu” Gibran cuba memujuk hati Luqman. Tiada respon diterima.
Luqman Cuma meneguk kopi tanpa memandang Gibran.
“Jadi, bai nak pergi jumpa tak?’ soal Gibran terus
menerus.
“Mestilah! Aku nak tengok dia nak buat apa” jawab
Luqman. Gibra ketawa.
“Kan aku dah cakap, sejak kau datang sini, hidup aku
ceria... asyik ketawa. Kalau aku tension dengan Nora yang kuat membebel tu, aku
pergi rumah kau ye” usik Gibran.
“Isteri kau membebel mesti ada sebab!. Entah – entah
kau ada perempuan lain” duga Luqman. Gibran mencebik.
“Dia kata aku malas jaga anak. Asyik keluar saja”
mukanya sedikit monyok. Kali ini Luqman pula mentertawakannya. Gibran
menjeling.
“kau apa tahu, bukannya aku malas jaga anak!. Aku
Cuma nak relax sekejap”
“Sesekali kena juga jaga anak Gib!. Kasihan isteri
kau tu. Siang bekerja, malam nak masak lagi, jaga anak lagi, jaga kau yang
mengalahkan anak kau lagi. Penat!” bebel Luqman.
“Amboi mak! Membebel dah macam bini aku dah!” Gibran
sudah hilang tawanya.
“Aku cakap saja. Jangan esok Nora cari bai sudah!”
usik Luqman pula. Gibran menunjuk penumbuk ke muka Luqman.
“Aku ni 10 kali ganda kacak dari kau. Cuma hidung
saja yang penyek!” jawab Gibran.
“Aku bukan cakap aku, tapi bai yang selalu ulang
alik kat rumah kau tu!” ketawa Luqman. Gibran turut sama ketawa. Dia yakin
Luqman kawan yang baik. Sentiasa mahu rumahtangganya gembira dan bahagia.
Setelah agak lama berbual, Luqman ke motornya. Memakai serban dan jambang.
Misainya lupa dilekatkan. Dia terus ke rumah Encik Johan membawa makanan buat
Amy.
Dia atas motor, fikirannya menerawang. Sedihkah aku
apabila mendengar kata - katanya tadi?.. fikirnya. Dari jauh dia melihat Amy
tersenyum – senyum memandangnya.
“Kan bagus senyuman itu untuk Luqman bukannya untuk
bai!” katanya sendiri.
Luqman turun dari motornya. Mengambil mangkuk
tingkat dan menghampiri Amy di kerusi taman. Amy melepaskan ikatan rambutnya.
Membuat gaya ala seorang model. Dalina yang berpura – pura mencabut rumput
di pasu bunganya menekan perut. Menahan
ketawa. Luqman menelan air liur melihat gaya menggoda Amy. sengaja diliuk
lentokkan kepala dan gerak badannya. Muka Dalina merah padam menaham ketawa.
“Kenapa Cik Amy ada lentok sana dan sini juga?.
Tengkuk ada sakit ka?’ soal Luqman. Amy memegang dada Luqman. Degupan jantung
Luqman agak laju. Amy juga cuba menahan ketawa.
“Janganlah panggil Cik Amy, panggil saja Amy. kan
lebih mesra!” ujar Amy dengan manja. Luqman terdiam. Hatinya memebebel sendiri.
Muka Luqman mencuka. Langsung tidak gembira mendengarnya.
“mana misai?. Sudah kena curi tikus?” soal Amy.
Luqman meraba – raba atas bibirnya. Dengan tenang dia mengangguk
“Bai... petang ni ikut saya dan Dalina keluar nak?.
Pergi shopping. Saya nak beli baju untuk Makcik Kasma dan bai juga” ujar
Dalina.
“Tak apalah Cik Amy, saya mahu balik juga. Esok saya
hantar itu lauk dekat Cik Amy” Luqman terus pergi. Nampak wajahnya sugul. Agak
terkilan!. Luqman terus pergi tanpa memandang Amy yang dari tadi asyik
memerhatikannya.
Dalina mendapatkan Amy. dia juga turut sama menunggu
hingga kelibat Luqman jauh dari mereka. Dia menyiku pinggang Amy.
“Tak kejam ke?” soal Dalina.
“Dia cemburu. Itu bermakna dia sayangkan aku. Dah
lama aku nak lihat wajah cemburu dia. Dulu, dia tak pernah cemburu tau” senyum
Amy.
“Pelik!” kata Dalina. Amy memeluk bahu Dalina.
“Terima kasih Lina. Aku takkan lupakan jasa kau
dunia dan akhirat” ucap Amy. Dalina tersenyum. Apa saja untuk Amy.....
Encik Johan yang tidak bekerja pada hari itu keluar
melihat Dalina dan Amy yang ketawa besar dari tadi. Dia duduk di sebelah Amy.
memandang wajah Amy yang sudah kembali ceria.
“Uncle suka lihat Amy gembira begini. Siapalah yang
buat anak uncle ceria ni?” soal Encik Johan. Dalina dan Amy berpandangan sesama
sendiri dan terus ketawa.
“Bai roti tu uncle.... Amy dah jatuh cinta pada
dia!” kata Amy dan terus bangun meninggalkan Encik Johan dan Dalina. Tercengang
Encik Johan mendengarnya. Mulutnya terlopong. Tidak sangka Amy boleh berkata
begitu walaupun ianya sekadar gurauan. Encik Johan memandang Dalina.
“Cinta itu buta, ayah!” kata Dalina. Encik Johan
mengeluh. Tidak tahu apa yang boleh dijawab apabila Dato Kamal menyoalnya
nanti. Takkan dia nak kata Amy sudah pulih kerana jatuh cinta dengan seorang
bai roti!. Encik Johan seperti mahu pitam!
Kali ini masalah Amy lebih besar lagi.Encik Johan
rasa dia perlu menyiasat perkara ini. Dia juga tidak mahu Amy yang sudah dianggapnya
sebagai anak itu jatuh cinta dengan orang yang tidak layak dengannya. Encik
Johan rasa, dia perlu menunggu dahulu daripada terus memberitahu Dato kamal
mengenai cinta Amy dan Bai roti...
*********************
Amy yang sedang duduk berbual mesra dengan Encik
Johan agak tidak senang dengan kehadiran Benny dengan jambangan bunganya. Nampaknya Benny sudah ubah gaya rambut. Style
k-pop. Dalina dan Amy menahan tawa. Dia menghampiri Amy.
“Bunga yang cantik untuk awak, Amy” senyumnya dengan
bangga. Amy bersin . yang lebih tepat, berpura – pura bersin.
“Saya alah dengan bunga ros” kata Amy. Benny agak
terkilan.
“Habis tu, Amy suka bunga apa?” soalnya lagi.
“Bunga tahi ayam” senyum Amy.
“Bunga tahi ayam tak ada.dia tak jual” jujur Benny.
Dia memerhati sekeliling kemudian menguntum senyum. dengan selamba Benny pergi
ke taman mini milik Dalina. Tanpa rasa bersalah walaupun sedikit dia terus
memetik beberapa tangkai bunga tahi ayam milik Dalina. Mata Dalina membulat.
Encik Johan ketawa sambil mengurut – ngurut belakang badan anaknya. Dalina
berdiri menghadap Benny.
“Awak tahu tak saya jaga semua pokok saya tu dengan
penuh kasih dan sayang?. Senang – senang saja awak bunuh pokok saya! Kejam
betul!!!” jerit Dalina. Benny tercengang. Dia membetulkan jambulnya yang
terjuntai ke bawah.
“Ambil sepuluh ringgit ni. Saya bayar lebih dari apa
yang patut!” selamba saja wajah Benny. Dia terus menghulurkan beberapa tangkai
bunga tahi ayam ke tangan Amy.
“Saya tak boleh ambil bunga kesayangan kawan saya
ni. Awak nampak tak betapa marahnya dia?” soal Amy dengan tenang. Benny
menoleh. Melihat Dalina sedang memegang getah paip di tangan. Amy dan Encik
Johan sudah pun beredar masuk ke dalam rumah. Dengan muka yang merah menahan
marah, Dalina terus memancutkan air
ke arah benny. Habis basah seluruh badannya. Rambutnya yang tercacak
dibelakang kini sudah layu terkulai.
“Awak ni kenapa?. Gila??” soal Benny dengan marah.
“Awak tahu tak berapa ratus saya bayar untuk rambut
saya ni?” soal Benny pula. Dalina bercekak pinggang menghampiri Benny. Di
ambilnya bunga tahi ayam di tangan Benny.
“Nah!!! Rasakan bau bunga tahi ayam jantan!” Dalina
terus menonyoh dengan kuat bunga tahi ayam itu ke muka benny. Dia terus masuk
ke dalam rumah dengan mulut yang tidak henti – henti mengomel.
Encik Johan keluar bersama – sama Amy.
“Benny tak tahu angin puting beliung Dalina!. Benny
boleh usik dia atau rosakkan handphone dia tapi jangan sesekali petik bunga –
bunga dia di taman tu” Encik Johan ketawa tak henti – henti.
“Garang sangat anak pakcik tu!” Benny menggeleng
kepala.
“Nasib baik dia pancut dengan air je. Kalau tidak,
mesti kepala awak kena cangkul” amy juga ketawa. Benny merenung Amy.
“Awak sangat manis bila ketawa begini” senyum Benny.
Amy terdiam. Terus masuk ke dalam rumah. Benny bukannya boleh di layan. Pasti
gatal seperti bapanya juga. Benny pergi
ke keretanya. Kebetulan berselisih dengan Luqman yang baru pulang menjaja kek
dan roti.
“Aiyo adik! Mana ada hujan?. Apa pasal basah?. Mandi
percuma ka?. Itu kalo, abang bai juga mahu mandi juga lah!. Itu rambut juga
sudah hilang gaya la, adik! Balik kasi touch up balik ok” jerit Luqman . benny
menghentak bumbung keretanya. Nasib Dalina baik kerana di adalah anak Encik
Johan.... kalau tidak, nahas kau!!!! Jerit hati kecil Benny.
Luqman menhantar makanan ke dapur. Muka Dalina
monyok. Luqman mengangkat kening. Dalina mencebik.
“Benny k-pop sesat tu lah! Dia cabutnya pokok
aku!... aku pancutlah dia dengan air. Rasakan!!!” marah betul Dalina. Luqman
ketawa.
“Oooo.... padanlah tadi dia basah kuyup” Luqman
tersenyum. Dia tahu Dalina memang garang tetapi hatinya sangat baik.
Amy pergi ke dapur. Matanya terbeliak melihat bai di
hadapannya. Luqman mahu pergi tetapi ditahan oleh Amy.
“Bai sayang.... janganlah balik dulu. Teman Amy
boleh. Kita sembang – sembang di luar” Amy mengenyit mata. Luqman terkejut.
Bukan main miang lagi dia bila dengan bai ya..... geram Luqman.
“Tak apalah Cik Amy, saya ada banyak kerja juga.
Mahu hantar itu kek” dalih Luqman. Amy terus menarik lengan Luqman.
“Cik Amy ni kenapa banyak gatal?. Tak ada rindu sama
suami ka?” soal Luqman. Amy menggeleng. Luqman tergamam. Tidak sangka Amy boleh
melupakannya begitu sahaja.
“Dia bukannya ingat pada saya. Abang bai juga sayang
sama saya. Beri makanan pada saya, ambil berat pasal saya. Suami saya tak
risaukan saya pun” Amy memandang Dalina.
“Dia bukannya tak risau sama Cik Amy. dia sayang
juga!”
“Mana Abang bai tahu? Bukannya abang bai kenal sama
dia?”
“Saya tahulah!” suara Luqman sudah lain macam.
“Ala.... kita kahwin nak?” usik Amy. terbeliak biji
mata Luqman. Dia sedih mendengar kata – kata itu keluar dari mulut Amy. Luqman
terus melangkah keluar dari pagar rumah. Dia benci mendengarnya. Amy terdiam.
“Itu sudah lebih, kawan! Kalau aku pun marah. Kau
nak kena pancut air macam Benny juga ke?” soal Dalina. Amy menampar bibirnya.
“Tampar kuat sikit. Sekarang Amy carilah cara nak
pujuk Luqman. Rasanya dia terluka” kata Dalina. Amy termenung di meja dapur.
Dia akui kadangkala sikapnya agak keterlaluan. Dia memang patut memikirkan
cara untuk memujuk Luqman semula.
**************************
Amy mendapatkan Luqman yang sedang menyusun roti –
rotinya setelah memberi 2 buku roti kepada Dalina. Dia langsung tidak menegur
Amy. dengan rasa bersalah Amy memanggil Luqman.
“Boleh kita bincang sebentar?” pinta Amy. Luqman
memandang. Dia mengikut Amy duduk di bangku taman. Dalina membiarkan mereka
berdua berbincang.
“Sayang terlalu cinta dan sayangkan suami saya.
Sayalah wanita paling bodoh di dunia ni kalau melupakan suami sehebat dia. Awak
tak tahu bagaimana rasa bercinta dan berkahwin tetapi tidak dapat merasai
kebahagiaan itu bersama – sama. Bai, untuk melupakan dia itu adalah perkara
paling mustahil. Saya cakap begitu semalam sekadar gurauan. Jangan bimbang.
Tiada cinta untuk awak di hati saya. Saya Cuma rindukan dia. Sangat – sangat
rindu. Awak mengingatkan saya kepada Luqman. Sampai satu ketika saya fikir cinta
saya ini akan berkubur terus dalam hati saya. Dia tak datang kepada saya. Apa
yang boleh saya buat?. Awak mungkin rasa saya banyak main dalam hal – hal
begini tetapi percayalah mencintai Luqman bukan perkara main – main” luah Amy
tanpa memandang Luqman yang sudah pun tersentuh hatinya.
“Saya hanya cintakan awak jika awak ialah Luqman”
Amy memandang Luqman yang sedikit terkejut. Luqman berdehem. Mencari ayat yang
sesuai.
“Saya bukan itu Luqman, Cik Amy” senyum Luqman.
Berpura – pura.
“Ya, tahu! Habis tu siapa Luqman?. Makcik kasma?”
duga Amy. Luqman terbatu – batuk.
“Kenapa cakap itu macam?” soal Luqman.
“Saya tak pernah tengok muka dia. Mungkin juga dia
Luqman kan” senyum Amy.
“Bukan – bukan!. Itu Makcik Kasma perempuan juga!”
Luqman cuba sedaya upaya. Amy ketawa.
“Saya bergurau saja. Kalau awak jumpa Luqman di mana
– mana, katakana padanya saya sangat cintakan dia”. Amy bangun dan pergi.
Luqman menekup mukanya.
Alangkah baiknya jika aku boleh mengaku yang aku
adalah lelaki kesayanganmu. Lelaki yang sentiasa ada di hatimu , sayang!.
Sabarlah sayang, apabila tiba ketikanya kau akan tahu betapa aku sanggup
lakukan apa saja demi bersamamu..... Luqman bangun dan berlalu.
Qaseh membuka pintu pagar rumah. Dia yang tidak
mengenali Nafisah terus mempersilakannya masuk. Mak Biah yang baru sahaja
selesai menunaikan solat asar terkejut melihat Nafisah duduk di sofa dengan
wajah yang ketat.
“kamu nak apa Fisa?” soal Mak Biah. Duduk
bertentangan dengan Nafisah. Qaseh yang baru saja masuk ke dapur untuk membancuh
air terus menghentikan langkahnya. Dia berpatah balik.
“Awak ni Nafisah isteri Hady?” soal Qaseh. Nafisah
tidak memberi sebarang respon. Memandang wajah Qaseh pun dia tak sudi.
“Tolong beritahu Amy jangan ganggu Hady” Nafisah
memberi amaran. Mak Biah senyum sinis.
“Kamu masih curiga dengan Hady?. Amy yang tiada di
hadapan mata pun, dicemburui?. Kamu ni ada masalah Fisa.... bermasalah!” ujar
Mak Biah dengan tenang. Nafisah merengus.
“Walaupun Hady pernah musnahkan hidup Amy, aku
mengerti akan perasaannya. Kamu dengar sini, pernah kamu fikir mengapa Hady
mencari isteri lamanya semula?. Kerana dia baru sedar Amy seribu kali lebih
baik dari kamu tapi janganlah kamu risau, sebab Amy takkan hancurkan hidup kamu
sebagaimana kamu hancurkan hidupnya. Kalau hidup kamu hancur pun atas kesalahan
diri kamu sendiri” leter Mak Biah.
“mak Biah tak perlu nak mempertahankan Amy. kalau
dia tak goda suami saya, Hady takkan sampai sekarang tak pulang – pulang!”
bentak Nafisah.
Mak Biah ketawa. Sengaja dikuatkan suaranya. Qaseh
turut tersenyum.
“Pulanglah.... Amy tiada kena mengena dengan hal
rumahtangga awak, Nafisah. Jangan salahkan orang lain di atas kesalahan diri
awak sendiri. Jaga anak awak yang pastinya bukan milik Hady!” kata – kata Qaseh
itu membuatkan Nafisah tersentak. Tidak sangka kisah peribadinya diketahui
umum. Selain dari dia dan suaminya sendiri.
“Sepatutnya awak pohon kemaafan dari Hady dan
mulakan hidup yang baru. Bukannya meroyan tak tentu hala begini. Awak memijak
maruah awak sendiri Nafisah!. Lagi awak cuba menyalahkan Amy, lagilah awak
membuka pekong awak sendiri” tambah Qaseh.
“Kau tak ada hak untuk beritahu aku apa yang patut
atau tidak” keras nada suara Nafisah.
“Kau juga tiada hak untuk ke mari. Kau datang tidak
aku jemput. Jadi jangan sampai aku menghalau kau keluar dari sini” Qaseh
bertegas.
Nafisah bangun. Dia merenung Qaseh dalam – dalam.
Kemarahannya membuak – buak.
“Cuba renung dalam diri kau sendiri. Hady tu dah
cukup baik kerana tidak menceraikan kau. Mungkin juga dia ingin meminta maaf
pada Amy kerana meninggalkan dia kerana seorang perempuan yang sangat hina
dirinya!” Qaseh menghamburkan ayat – ayat yang membuatkan telinga Naisah
berasap.
Nafisah kecewa. Dia perlu bersua muka dengan Amy.
perempuan itu telah memusnahkan cinta Hady terhadapnya. Di hempasnya pintu
kereta sekuat hati. Dia pergi dengan hati yang marah dan kecewa.
Mak Biah menggeleng kepala. Dia memandang Qaseh dan
menepuk – nepuk bahu Qaseh.
“Mujur Amy ada di Sarawak. Kalau tidak, tentu dia
amat tertekan sekarang” ujar Qaseh. Mak Biah mengangguk setuju.
******************************
Luqman resah. Tidak sampai hati membiarkan Amy
menderita sebegitu rupa. Dia sangsi sama ada perlu memberitahu Amy atau tidak mengenai
penyamarannya selama ini. Dia berkira – kira. Kali ini dia telah mengambil
keputusan muktamad. Dia perlu beritahu Amy. dia ingin Amy memeluknya dengan
senyuman.
Luqman bersiap – siap ingin ke rumah Dalina. Tidak
sebagai Kasma ataupun bai tetapi dirinya sendiri .....Luqman!. Baru sahaja dia
ingin melangkah keluar dari rumah, Luqman menerima panggilan dari adiknya,
Lulu. Puan Kalsom dimasukkan ke hospital kerana demam panas. Dia terpaksa
membatalkan niatnya itu begitu sahaja. Hatinya begitu risau akan kesihatan puan
Kalsom. Luqman perlu bergegas pulang ke Kuala Lumpur. Gibran menghantarnya ke
lapangan terbang.
“jagakan Amy untuk aku” pesan Luqman.
“Apa yang aku nak cakap pada dia?” soal Gibran pula.
“pandai – pandai kau sajalah!” jawab Luqman. Dia
sedang kesedihan. Risau jika terjadi apa – apa pada ibunya. Di dalam pesawat,
Luqman tetap memikirkan semuanya. Dia berharap Amy tidak tercari – cari akan
dirinya sebagai seorang ‘bai’. Mungkin dia dan Amy perlu berjauhan buat
sementara waktu. Kadangkala dia fikirkan perjalanan hidupnya ini amat mengarut.
Segalanya dilakukan demi Amy tetapi dia perlu pergi buat sementara waktu. Amy
perlu berfikir dengan waras.
Luqman terus ke hospital. Melawat Puan kalsom yang
dijaga oleh Lulu. Melihatkan wajah ibunya yang tidak bermaya membuatkan
kerisauannya bertambah, menurut Lulu ibunya kebelakangan ini tidak mahu menjaga
pemakanannya. Dia juga amat merindui Luqman yang telah pergi selama 7 bulan
tanpa sebarang khabar berita. Hanya duit sahaja yang dikirim setiap bulan.
Luqman memegang kepala Puan kalsom. Matanya di buka
sedikit. Puan Kalsom terkejut melihat Luqman di hadapan matanya. Luqman
mengucup dahi Puan Kalsom.
“Kenapa ibu tak mahu jaga kesihatan ibu?” soal
Luqman.
“Ibu rindukan Maman” jawab Puan Kalsom. Hati Luqman
tersentuh. Tidak sangka Puan Kalsom merinduinya sehingga demam bagini.
“Maman jangan pergi lagi” pinta Puan Kalsaom. Tangan
Luqman digenggam walaupun tidak sekuat mana.
Luqman serba salah. Tuntutannya mendapatkan Amy juga
perlu diteruskan tetapi ibunya juga perlu dijaga. Lulu memegang bahu Luqman.
Mengajaknya keluar dari wad sebentar. Luqman menuruti.
“rasanya abang perlu meluangkan masa untuk ibu buat
sementara waktu ni. Setelah semuanya ok, abang ke Sarawak semula. Dapatkan Kak
Amy kembali” cadang Lulu. Luqman mengangguk lemah. Itu ibunya, dia perlu
menjalankan tanggungjawabnya sebaagai seorang anak. Luqman ikhlas mahu
menjaganya sehingga sembuh.
“ibu kata Lulu masak tak sedap. Dia rindukan masakan abang”kata Lulu. Luqman tersenyum.
“itulah, bila abang nak ajar tak mahu. Ini ibu yang
cakap nanti kalau suami cakap macam mana?” Luqman menggosok rambut Lulu.
Tersengih – sengih Lulu apabila diusik Luqman.
Amy mengetuk pintu rumah sewa Luqman berkali – kali.
Hatinya tidak sedap. Dia bimbamg jika hati Luqman terluka dengan teruk
sehinggakan tidak mahu berjumpanya lagi. Air mata Amy seperti mahu menitis. Hampir satu
jam dia di situ. Akhirnya dia pulang ke rumah. Dalina mendapatkannya.
“Luqman sudah ke Kuala Lumpur” kata Dalina. Amy
terduduk. Dia begitu kesal kerana menguji Luqman sebegitu rupa. Kali ini dia
menangis lagi.
“Dia mesti marahkan Amy” kata Amy. mengesat air mata
yang mengalir.
“Tidak!. Abang Gib kata ibu Luqman sakit?” terang
Dalina. Amy terperanjat.
“Sakit apa?’
“Tak tahu. Tapi masuk hospital. Itu saja yang Abang
Gib bertahu Lina”
“Amy nak ke Kuala Lumpur!” tegas Amy. Dalina gusar.
Dia tahu ini akan terjadi juga. Kepalanya sudah pening. Amy tidak boleh ke
kuala Lumpur. Dato kamal akan menyalahkannya jika perkara ini terjadi.
“Maafkan Lina tetapi yang ini Lina tak dapat tolong.
Amy tunggu saja di sini. Mana tahu minggu depan dia pulang ke sini” cadang
Dalina. Amy mengeluh. Dia terpaksa bersetuju walaupun hatinya memberontak untuk
pulang ke Kuala Lumpur. Kini, rasa rindunya terhadap Luqman makin menebal. Dia
tidak pasti sama ada dia boleh melaluinya sekali lagi atau pun tidak.
*******************
Sebaik sahaja tahu Luqman sudah pulang ke Kuala
Lumpur, Fikri terus mahu menemuinya di sebuah restoran. Luqman tiba dengan
wajah yang agak keletihan. Dari jauh lagi Fikri sudah tersengih – sengih.
“Hai... adik ipar aku ni. Dah dapat tengok adik aku
pun macam tak bermaya sahaja” usik Fikri. Luqman ketawa. Fikri masih seperti
dahulu. Kuat mengusik!
“Apa cerita sekarang?. Bila nak kahwin dengan Qaseh,
abang ipar?” soal Luqman.
“Cerita aku tak ada tapi cerita duda Amy ada!”. Agak terkejut Luqman mendengarnya.
Dia duduk tegak. Berminat untuk mendengar.
“Mereka dah nak bercerai” bisik Fikri. Memerhati
sekeliling.
“Rupa macam orang mengumpat saja” senyum Luqman.
“Kalau aku dapat isteri Queen control macam tu pun
aku nak bercerai. Bukan itu sahaja. Boleh pula dia halang si Hady dari pulang
ke rumah mak bapak dia sendiri. Itu belum dia meroyan mengamuk di kolej.” Beritahu
Fikri panjang lebar.
“mana kau tahu ni? Dah macam Minah gossip pula aku
tengok!” ketawa Luqman. Fikri juga ketawa.
“Hady cerita pada kawan dia. Kebetulan kawan sekerja
dia tu member lama aku dan dia juga kenal Amy. kau tahu tak, malam perkahwinan
mereka sebelah Hady, Nafisah tu suruh Hady bermalam di rumah mak dia. Mahu
mengamuk mak hady! Masa itulah keluar segala kebaikkan Amy tapi aku tak
salahkan mak bapak dia. Diorang baik Cuma Hady tu yang sengal!” bebel Fikri.
Luqman terdiam.
“Habis anak mereka?” soal Luqman.
“Ha... itu yang aku nak beritahu. Kau sini sikit.
Aku nak bisik!” kata Fikri. Luqman ketawa besar. Tidak sangka langsung Fikri
amat berbakat untuk bergossip seperti ini.
“Aku tak tahu lah.... tapi dengar – dengar itu bukan
anak Hady”
“Astaghfirullah... kau jangan buat cerita macam ni.
Aku malas nak dengar” Luqman menggeleng kepalanya beberapa kali.
“kalau tak benar, kenapa dia tak mahu buat ujian
DNA?. Kau tahu tak mengapa dia tergesa – gesa suruh Hady bingai tu ceraikan Amy
dengan cepat?” soal Fikri.
“Dah mengandung?” teka Luqman.
“Tahu tak apa! Hady dapat tahu malam perkahwinan
mereka. Aku ingat Hady tu bodoh! Tapi ada cerdiknya juga” sengih Fikri.
Luqman termenung. Timbul juga rasa kasihan terhadap
Hady tetapi apa boleh buat, semuanya ini kehendak Hady sendiri. Tiada sesiapa
yang memaksanya. Dia juga bimbang jika Nafisah menyalahkan Amy di atas semua
perkara buruk yang menimpanya. Dia Cuma
boleh berdoa agar Amy dijauhkan dari segala musibah dari dua insan yang selalu
menyulitkan perjalanan isterinya itu.
Selepas pulang berbual dengan Fikri, Luqman ke kafe
Nice & Delicious yang kini diuruskan oleh Eric setelah di amanahkan oleh
Fikri.
“Luqman!!!” jerit Lela dan Jiji yang kebetulan
berada di luar. Mereka mendapatkan Luqman.
“Wah.... dah lama tak nampak chef kita ni ya” usik
Jiji.
“Macam mana dengan Amy?” soal Lela. Luqman sedikit terkejut. Bagaimana mereka boleh tahu
mengenai Amy. dia yakin ini kerja Fikri.
“Ok, sihat. “ senyum Luqman.
“Tak jual roti ke hari ini?” usik Lela. Luqman
ketawa.
“Mulut tempayan betul abang ipar aku tu!”
“Ala... kami respect la kau buat begitu. Kalau Amy
tak jadi dengan kau, aku pun nak masuk line lah” usik Jiji pula. Ketawa Luqman
mendengarnya. Luqman terus ke dapur mendapatkan Eric. Nampaknya dia sudah
mempunyai dua orang pembantu.
Gembira betul Eric apabila melihat Luqman di hadapan
matanya. Dipeluknya Luqman sekuat hati. Dia menepuk – nepuk belakang badan
Luqman.
“Tak sangka jumpa abang Luqman lagi. Ingtakan dah
tinggal terus di Sarawak!” duga Eric.
“Macam tak mahu tengok muka abang saja”
“Apa lah,.. abangkan sifu saya!” sengih Eric.
Memandangkan semua makanan pelanggan sudah
disediakan, Eric dan Luqman duduk di sudut hujung unrtuk bercerita panjang.
Eric banyak ketawa mendengar cerita Luqman. Baginya, lelaki seperti Luqman
susah untuk dicari pada zaman sekarang ini.
“Kalau saya cari lain saja!. Tapi ya lah, Kak Amy tu
istimewa sebab tu abang sanggup buat apa saja” ujar Eric. Luqman mengangguk.
Mengiyakan kata – kata Eric. Dia memandang sekeliing. Banyak dekorasi yang
sudah berubah. Dia terpandangkan satu bingkai gambar yang tersangkut di
dinding.
“Itu gambar kita semua masa Lela baru beli kamera
kan?” soal Luqman.
“Ya lah. Batak betul dia masa tu!. Tapi kalau Dato
Kamal datang, kami cepat – cepat buka. Dia pernah beri amaran, jika gambar itu
ada lagi kami semua akan dipecat!” cerita Eric.
Luqman termenung. Hati Dato Kamal masih keras
seperti dahulu. Dia sebenarnya agak pelik kerana dulu Dato Kamal yang
bersungguh – sungguh mahu dia bercinta dengan Amy.Kini, dia umpama musuh
ketatnya. Nasib Luqman agak baik kerana Fikri sentiasa menyebelahinya.
Luqman tiba di rumahnya. Masih sama. Cuma agak
sunyi. Dia perlu masak. Ibunya akan pulang bersama Lulu pada petang ini.
Memandangkan dia ada di rumah, semua pemakanan Puan Kalsom akan dijaga dengan
baik. Luqman menyiapkan hidangan buat Lulu dan Puan Kalsom. Setelah penat
memasak, Luqman menyental bilik air pula. Lulu sibu dengan kerjanya. Rumah agak
tidak terurus seperti sewaktu Luqman ada dahulu.
Luqman cuba melelapkan matanya buat seketika tetapi
tidak boleh, wajah Amy sentiasa bermain – main di mindanya. Dia rindukan Amy.
doanya agar perjalanannya di permudahkan Allah. Akhirnya dia tertidur juga
kerana keletihan.
***********************
Benny datang menemui Encik Johan di rumah. Seperti
biasa, kepalanya tidah habis – habis menjengah kelibat Amy. Dia cuba berbicara
dengan Encik Johan. Apa yang terbuku di hatinya perlu diluahkannya sekarang
juga.
“Saya cintakan Amy. saya mahu meminang dia “ tutur
Benny dengan lancar sekali. Encik johan sedikit terkejut. Dia tidak tahu
bagaimana mahu menjawabnya.
“Tapi Amy itu masih dalam perkahwinan walaupun dia
tidak bersama dengan suaminya lagi” terang Encik Johan. Tidak mahu
berselindung. Benny sedikit pun tidak terkejut malah dia boleh tersenyum
simpul.
“Siapa yang tak tahu cerita anak jutawan seperti
Dato Kamal. Walaupun orang tak kenal wajah Amy tetapi ceritanya semua orang
tahu” kata Benny. Encik Johan menarik nafas dalam – dalam.
“Beri saya ruang dan peluang. Saya akan
membahagiakan Amy dan membuatkan dia jatuh cinta dengan saya” pinta Benny
bersungguh – sugguh.
“Uncle tak mahu memandai – mandai dalam hal ini.
Uncle akan tanyakan pada Amy dan Dato Kamal. Kalau dia boleh memberi peluang
kepada kamu, silakanlah tapi kalau tidak, uncle harap Benny faham”
“Saya faham. Tapi saya yakin jika diberi peluang,
dia akan menjadi wanita paling bahagia” janji Benny.
Encik Johan termenung panjang setelah Benny beredar.
Dia yakin Dato Kamal akan merestui niat Benny tetapi Amy tidak mungkin dia akan
memberi peluang kepada lelaki yang langsung tidak dii kenalinya itu. Encik
Johan bukannya tidak mengerti akan perasaan Amy tetapi dia takut pada Dato
Kamal. Kalaulah Amy itu anaknya, sudah pasti dia akan melepaskan Amy ke tangan
lelaki yang dcintainya, Luqman. Segalanya berat bagi Encik Johan. Kadang kala
dia rasa seolah – olah dia lebih mengerti akan Amy berbanding ayah kandungnya
sendiri.
*******************
“Abang... Amy mahu ke Kuala Lumpur. Tolonglah Amy!.
Amy tak mampu hidup tanpa Luqman” jerit Amy di dalam talian telefon. Fikri
menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal. Di dalam dilema. Sama ada mahu
mendengar kata adik atau papanya. Bukannya dia tidak kasihankan Amy tetapi
papanya akan memarahinya jika tahu dia membantu Amy.
“Tolong ambil Amy. abang berilah apa – apa alasan!.
Amy mahu Luqman!” rayu Amy.
“Adik, abang tak boleh....”
Belum sempat Fikri meneruskan kata – katanya, Amy
sudah pun meletak telefon. Agak kecewa!. Dia sudah buntu. Kali ini dia tekad.
Tidak mahu memeikirkan tentang orang lain. Dia perlu mementingkan dirinya
sendiri dahulu. Seorang isteri wajib berada di sampung suaminya...
“Amy akan ke Kuala Lumpur walau apa pun yang
terjadi....” kata Amy. dalina juga bingung.
“Kalau Uncle Kamal tahu, habis ayah Lina!” rayu
Dalina pula. Kali ini Amy tewas. Terbayangkan wajah Encik Johan membuatkannya
tidak sampai hati. Dia pasti papanya akan menyalahkan Encik Johan jika dia
pergi dari situ.
“Lina, jika Amy mati kerinduan di sini, khabarkan
pada Luqman... menjadi isteri kepadanya adalah kenangan terindah dalam hidup
Amy” bicara Amy dengan lemah. Terbaring lemah di atas katilnya.
“Amy... takkan sampai mati kot!” Dalina memandang
lemah.
“Lina pernah dengar orang mati kerinduan?” soal Amy
tanpa memandang wajah Dalina.
“Tak pernah” jawab Dalina. Amy tersenyum tawar.
“Lina akan dengar dan lihat juga tak lama lagi”
jawab Amy. Dalina terduduk. Hatinya sebak. Dia faham perasaan Amy tetapi apalah
yang boleh dia lakukan selain daripada mendengar keluhan Amy yang tidak
berkesudahan itu. Amy memejam matanya. Bukan mahu tidur tetapi tidak mahu
menangis lagi. Menyekat air mata seperti yang di ajar oleh Luqman suatu ketika
dahulu.
Pintu bilik Amy di ketuk. Dalina membukanya. Encik
Johan melurut rambut Amy. dia duduk di sisi katil. Memandang Amy yang masih
belum mahu membuka matanya.
“Pergilah Amy... kejar suami Amy demi tuntutan
perasaan kasih dan cinta Amy terhadapnya. Uncle tahu semuanya. Jika dia sanggup
datang ke sini menyamar sebagai Kasma dan bai, kenapa Amy tak boleh ke sana dan
menyamar sebagai orang lain?” senyum Encik Johan. Terbeliak biji mata Dalina
dan Amy mendengarnya.
“Ayah tahu?” soal Dalina. Terus duduk di sisi Encik
Johan.
“Ayah bukan budak darjah 4 sayang. Buruk sangat
suara Luqman tu. Mana ada wanita suara kecil begitu. Dah rupa doraemon dah ayah
dengar. Lagi satu, ayah pernah lihat dia tersadung batu dan dia sebagai bai
terus beristighfar!. Mengarut betul” Encik Johan tergelak. Amy dan Dalina turut
sama ketawa.
“Ambil semua dokumen milik Amy. Dalina akan temankan
Amy di sana. Tapi tolong jangan sampai terserempak dengan papa Amy. sampai di
sana, Amy harus melaporkan setiap hari perkembangan Amy dan Lina. Tapi ingat!
Bila Kasma dan bai datang semula ke Sarawak, Amy dan Dalina perlu pulang juga
ke sini” terang Encik Johan.
“Ayah beri Lina pergi KL?” soal Dalina pula. Encik
Johan mengangguk.
“Tapi, Amy kena berjanji yang Amy perlu dapatkan
semula cinta Amy”
“Terima kasih uncle, jasa uncle Amy tidak akan
sesekali lupakan. Bila Amy boleh pergi?” soal Amy bersungguh – sungguh.
“Besok!” . Jawapan Encik Johan itu membuatkan Amy
dan Dalina bersorak gembira.
Encik Johan ketawa dan terus keluar dari bilik yang
riuh dengan jeritan Dalina dan Amy. hatinya lega melihat ukiran senyuman di
bibir Amy. dia nekad. Dato Kamal tidak perlu terlalu ditakuti. Dia buat
segalanya demi Amy kerana dia tahu itulah kebahagiaan sebenar pada Amy. rasa
berdosa mendengar kata – kata Dato kamal. Memisahkan pasangan suami isteri yang
berhak bahagia bersama.
Pagi – pagi lagi Amy dan Dalina sudah bersiap untuk
ke Lapangan terbang. Gibran menghantar mereka bersama isterinya, nora.
Sementara menunggu Amy dan adiknya berlepas Gibran sempat berpesan banyak
perkara.
“Abang Gib akan rindukan Luqman, kek dan roti dia.
Lepas Amy pergi nampaknya abang Gib dah tak boleh makan sedap – sedap” rungut
Gibran.
“Kak Nora kan boleh masakkan” pujuk Dalina.
“Kak Nora masak telur pun tak bulat!” jeling Gibran.
Nora mencubit pinggang Gibran dengan kuat.
“Dah... sampai sana tolong sampaikan salam manja
abang Gib pada Luqman” perli Nora. Amy dan Dalina ketawa besar. Dia sebenarnya
memang benar – benar mahu pergi dengan segera.
Dia bersalaman dengan Gibran dan nora. Ucapan terima kasih tidak lekang
dari bibirnya. Dia mahu mereka berdua tahu yang semua jasa mereka terhadapnya
tidak sesekali dia lupakan.
Yuhuuu kak masuk nie ade lebih 10 kali plus2 lya jeguk blog nie huhuhu nape x de n3 baru??? Rinduuu kat luqman gan amy pleaseee kak n3 baru huhuhu exited da nie hohohoho erkk sblom 2 selamat hari raye kak hehehe peacee =)
ReplyDeletehahahaha...
Deletek lya, tunggu 5 minit, akak masukkan.
bz ckit lah...
tunggu yek :)