Thursday, 30 August 2012

TERIMA KASIH BEB - bab 18


BAB 18

                                               
Hari Ahad adalah hari cuti bagi Amy. dia dan Dalina pergi ke pasaraya. Mahu membeli barang dapur yang semakin sikit. Cili kering dan bawang sudah habis. Sedang Amy membelek – belek syampoo di hadapannya, bahunya ditepuk perlahan. Dalam keadaan sedikit terkejut Amy menoleh. Yang pasti hatinya sayu. Hady yang semakin kurus memandangnya dengan penuh harapan.

“Apa awak buat di sini?” soal Amy.

“Beli barang tapi tuhan temukan kita di sini. Jodoh kita” tuturnya lembut. Amy menggeleng kepala. Menyampah dengan kata – kata manis yang keluar dari mulut lelaki yang pernah menjadi suaminya dahulu.

“jangan cerita pasal jodoh lagi. Awak yang memutuskannya dulu” kata Amy. dalina menghampiri. Dia senyum mesra memandang hady.

“Sudahlah hady. Kalau isteri awak nampak mati kita!” Amy memberi alasan dan mahu pergi.

Hady menarik lengannya. Amy terpana dengan keberanian hady. Dalina cepat – cepat melepaskan genggaman tangan Hady.

“Saya dan dia akan berpisah. Kembali pada abang, sayang!” rayu Hady. Melutut di hadapan Amy. wajahnya tunduk memandang lantai. Amy memerhati kiri dan kanan. Malu apabila dipandang orang ramai yang sedang membeli belah di situ.

“Bangun Hady!. Jangan nak buat drama swasta di sini” Amy berundur ke belakang dan terus pergi. Hady masih melutut di ditu.

“Takkan nak biarkan hady di situ?” soal Dalina.

“Kalau Lina nak, Lina saja pergi. Amy mahu pulang” tegas Amy. dalina membisu dan terus mengikut Amy pulang. Bagi Amy, Hady adalah sejarah silam yang tidak patut untuk di kenang. Kalau boleh dia tidak mahu melihat wajah hady lagi. Dia benci mahu bertentang mata dengan lelaki dayus seperti Hady.

Lulu mengambil cuti pada hari Isnin atas permintaan Puan Kalsom. Ada perkara yang penting untuk di bincangkan. Puan kalsom memanggil Luqman dan Lulu duduk untuk berbincang. Wajah puan Kalsom agak serius. Lulu dan Luqman tertanya – tanya sendiri. Amy memotong kuih seri muka yang di masak oleh Puan Kalsom pagi tadi. Setelah mengambil masa yang agak lama akhirnya Puan Klasom bersuara juga.

“Maman ceraikan Amy dan kahwin dengan Ayu. Mak Nona sudah setuju untuk berbesan dengan ibu. Ini keputusan muktamad dari ibu. Tiada bantahan!”

Luqman dan Lulu berpandangan. Pinggan yang dipegang oleh Amy terhempas apabila mendengar kata – kata Puan kalsom tadi. Lulu memgang tangan Amy yang sudah pun berdarah akibat terkena serpihan kaca. Lulu memandang tepat ke dalam anak mata Amy yang sudah pun berkaca.


“Kak...” panggilnya perlahan. Amy memejam matanya. Luqman amat kecewa dengan permintaan ibunya yang sememangnya tidak boleh diturutinya. Amy memandang Luqman yang dari tadi merenungnya.

“Ibu tak mahu wang ringgit Maman. Ibu Cuma mahu Maman berkahwin dengan wanita pilihan ibu. Ayu sempurna serba serbi. Amy itu anak jutawan yang teralalu dimanjakan. Hady pernah bercerita dengan ibu bagaimana Amy itu terlalu dimewahkan. Dia telah membeli Hady untuk dijadikan suaminya! Dia janda!” suara Puan Kalsom agak tinggi.

“Ibu mahu Maman balik hanya kerana mahu lihat rumahtangga Maman hancur berkecai?” soal Luqman.

“Apa yang Maman mahu lagi?. Maman dan dia pun bukannya tinggal sebumbung. Dah berpisah pun. Alang – alang ceraikan terus”

“Kasihankanlah Maman ibu. Amy itu seperti nyawa Maman” rayu Luqman. Air mata Amy menaglir. Dia cepat – cepat ke tandas. Tidak mahu dilihat oleh Puan Kalsom.
Luqman memandang Amy. Lulu memegang kepalanya. Dugaan abangnya terlalu berat. Terpaksa memilih antara cinta dan ibunya sendiri. Dia tahu, Luqman tidak akan membantah kata – kata ibunya tetapi dia takkan bahagia hidup bersama Ayu.

“Ibu haramkan air susu ibu kalau Maman tak mahu ceraikan Amy dan berkahwin dengan Ayu!” tegasnya dan terus keluar dari rumah. Mahu Luqman berfikir tentang kata – katanya tadi. Lulu memegang tangan Luqman.

“Perlukah abang dengar kata ibu. Kak Amy terlalu cintakan abang. Kalaulah abang tahu pengorbanannya, sudah tentu abang tidak sanggup menceraikannya” pujuk Lulu. Luqman mencengkam rambutnya. Dia benar – benar tertekan.

Amy keluar dari tandas. Mengelap air matanya agar tidak dilihat oleh Luqman yang sedang termenung di sofa.

“Saya pulang dulu pak. Badan saya tidak enak” kata Amy dan berjalan melintasi Luqman yang masih duduk di situ.

“Abang cintakan Amy...” tutur Luqman.

Langkah Amy terhenti dan degupan jantungnya semakin laju. Air matanya sudah pun mengalir membasahi pipinya. Cuma dia tidak mampu menoleh memandang Luqman yang semakin hampir dengannya.

Luqman memegang bahunya dan memusingkan tubuh Amy mengahadapnya.

“Abang cintakan Amy walaupun sebagai Titi...” senyum Luqman. Ada duka di sebalik senyumannya itu. Bibir Amy terketar – ketar menahan sebak. Luqman membuka kain yang menutupi sebahagian wajah Amy.

“Walaupun wajah ini ditutupi, abang kenal isteri abang sejak kali pertama Amy berdiri di hadapan abang sebagai Titi. Cuma waktu itu abang belum pasti, sayang. Abanglah lelaki paling kejam jika membiarkan sayang menangis sendiri. Jangan risau sayang... Cuma Allah yang boleh memisahkan kita jadi berdoalah padanya agar kita tidak pernah akan berpisah” Luqman mengucup dahi Amy. dengan hati yang sebak dan tubuh yang semakin lemah, Amy memeluk suaminya....

“Amy cintakan abang...”

“Abang tahu sayang...”

“Amy mahu hidup bersama abang...”

“Abang juga sayang...”

“Jangan lepaskan Amy ....”

“Tidak sayang... kerana Amy adalah amanah dari Allah untuk abang. Anugerah terindah buat abang” jawab Luqman. Masih memeluk Amy yang menangis tidak henti – henti. Lulu yang mengintai mereka dari tangga menangis teresak – esak. Mengapa terlalu sukar untuk melihat abangnya bahagia begitu.... Ibu memang tidak patut!.. bisik Lulu.

“Baik abang ikut Kak Amy pulang ke rumah. Fikir bagaimana mahu menyelesaikan perkara ini. Lulu akan kata abang ke rumah Pak Ngah Leman. Amy memandang Luqman. Meminta simpati. Luqman mengangguk. Di saat ini dia harus menemani isterinya. Luqman dan Amy terus keluar dengan segera sebelum Puan kalsom pulang.

Jam sudah pukul 9 malam. Puan Kalsom pulang ke rumah. Dia menjerit – jerit memanggil Luqman. Mahu mendengar keputusan Luqman dengan segera. Lulu turun ke bawah.

“Abang Maman pergi rumah Pak Ngah Leman. Mungkin bermalam di sana, ibu” beritahu Lulu. Puan Kalsom merengus.

“Kalau ada masalah saja pergi rumah orang tua tu!” marah Puan Kalsom. Dia duduk mengipas – ngipas mukanya. Dia tidak peduli. Kali ini Luqman tidak boleh membantah!.



Luqman memandang wajah Amy yang sudah pun tidur nyenyak. Dibelainya rambut Amy dengan penuh kasih sayang. Dia tidak sanggup melihat air mata Amy lagi. Kalau ia mengalir pun, biarlah air mata kegembiraan. Amy terjaga. Membuka matanya dan terus memeluk Luqman.

“Kenapa bangun?” soal luqman.

“Tak biasalah tidur dengan lelaki” senyum Amy. luqman ketawa kecil.

“Macam tu abang pulang ya?” usik Luqman. Berpura – pura mahu turun dari katil. Amy cepat – cepat menarik Luqman. Dia ketawa. Sudah lama dia tidak melihat Amy ketawa begitu.

“Terima kasih beb!” bisik Amy.

“Sebab tadi ke?” soal Luqman pula. Amy menampar lembut pipi Luqman.

“Bukanlah! Gatal!. Amy cakap pasal sanggup jadi bai dan makcik kasma tu” senyum Amy. Luqman terkejut.

“Mana Amy tau?”

“Mana ada makcik – makcik suara macam doraemon?. Uncle Johan pun tahu tau. Abang tak pandai berlakon. Tapi bai ok!. Amy hampir tertipu”

“Uncle Johan pun tahu?” soal Luqman. Amy mengangguk. Luqman ketawa besar.

“Terima kasih sayang!” bisik Luqman di telinga Amy.

“Pasal jadi Titi tu?. Tak apa” senyum Amy.

“Bukan pasal Titi”

“Habis”

“Pasal tadi” Luqman tersenyum lagi. Kali ini dengan senyuman menggoda.

“Abang ni buat malu tau!!!” Amy terus menarik selimut. Menyelubung seluruh badan dan mukanya. Kali ini Luqman benar – benar ketawa besar. Hilang dukanya buat seketika apabila melihat telatah Amy. dia benar – benar bersyukur tuhan memberikan kebahagian di sebalik duka nya.



                                          *************************

                                                    

Cawan ditangan Dalina hampir terlepas apabila melihat Luqman keluar dari bilik Amy. dia yang baru bangun tidur itu terpinga – pinga. Luqman ketawa.

“Mana kau tahu...eh.. bila kau ada di sini?” soal Dalina.

“Malam tadi aku datang tapi kau dah tidur. Nak kejutkan takut kena pancut dengan air paip pula” usik Luqman. Dalina senyum.

“Alhamdulillah.. semuanya makin baik” Dalina menadah tangan. Amy keluar dan terus duduk di samping Luqman.

“Tadaaaa.....” sengih Amy. dalina menggeleng kepalanya. Apapun, dia juga menumpang rasa gembira Amy setelah melihat dua sahabatnya itu tersenyum bahagia. Dalina duduk di sebelah Amy. dia masih lagi menguntum senyum.

“Jadi Lina kena balik Sarawak lah ni?. Semuanya dah selesai bukan?’ soal Dalina.

“Belum selesai. Ibu Luqman masih belum terima aku. Dia masih mahu menjodohkan Luqman dengan Ayu” cerita Amy dengan nada agak sedih. Luqman menggosok – gosok belakang badan Amy. Amy bersyukur kerana Luqman tetap bersamanya walaupun cinta mereka ditentang habis – hhabisan. Lulu datang ke rumah Amy dan Dalina untuk berbincang dengan Luqman. Menurutnya perkara yang bakal disampaikan ini amat penting. Lulu mengambil masa untuk menerangkannya kepada Luqman dan semua yang ada di situ. Dia memandang tepat ke dalam anak mata luqman.

“Ayu sudah ada di rumah kita!” tutur Lulu dengan cepat. Amy dan Luqman mengeluh. Mereka pasti keadaan lebih sukar sekarang. Amy memeluk lengan Luqman. Hatinya tidak tentu arah. Luqman yang sentiasa menggenggam jari jemari Amy hanya tersenyum kelat.

“Ibu tak bercerita lebih dengan Lulu apa rancangannya sekarang. Sebab dia tahu Lulu berada di pihak abang!” Lulu bersungguh – sungguh.

“Dah macam perang teluk!” Dalina mencelah.

“Ini bukan perang teluk lagi kak!, ini dah perang dunia” balas Lulu. Dalina ketawa.

“Lina rasa baik Amy dan Luqman berlakon seperti biasa. Di belakang ibu Luqman, Amy dan Luqman bermesra di hadapan ayu tetapi di hadapan ibu Luqman, awak berdua seolah – olah tidak berapa mesra.. seperti selalu. Buat Ayu benci pada Luqman. Atau buat Ayu fikir yang Luqman ini playboy!” Dalina mengangguk beberapa kali. Amat yakin cadangannya itu akan membuahkan hasil.

“Mari kita pulang. Abang katakan abang tidur di rumah pak ngah tau!. Malam tadi abag tidur di sini ke?” soal Lulu. Luqman megangguk. Lulu senyum. mengusik!.

“Nampaknya kak Dalina, kita dapat anak buah” ketawa Lulu.

Muka Amy merah padam. Dia menyorok di belakang Luqman. Ketawa Luqman melihat Amy yang tersipu – sipu.

“Dah le tu....” ujar Dalina pula. Berderai tawa mereka semua. Amy mencubit lengan Luqman yang measih terseunyum – senyum. malulah dia ditertawakan begitu. Luqman pula langsung tidak menafikannya.


                                  ********************


Amy masuk ke dalam rumah Luqman dahulu. Kelihatan Ayu sedang duduk berehat di ruang tamu. Puan Kalsom senyum memandang Amy yang berperanan sebagai Titi.

“Titi... inilah Ayu, bakal tunang Luqman” Puan Kalsom memperkenalkan mereka berdua. Amy bersalaman. Mahu sahaja di pelangkung kepala Ayu dengan batang mop. Amy merenung wajah Ayu dalam – dalam. Wajah Ayu yang sememangnya ayu itu membuatkan perut Amy bagai dipulas – pulas. Mahu termuntah melihat gayanya yang tersangatlah ‘ayu’ di hadapan Puan Kalsom.

“Cantik tak?” soal Puan Kalsom.

“Iya cantik! Tetapi mengapa telinganya itu kok kecil sebelah?” soal Amy. Ayu meraba – raba telinganya. Puan Kalsom agak terkejut mendengar soalan yang keluar dari mulut Titi itu.

“Ibu... kurang ajarlah perempuan ni” jeling Ayu.

“Iya..iya.. jangan marah sama saya ya buk. Saya bercanda saja. Itu pun kok bisa ambil hati”

“jaga mulut awak tu. Cuma orang gaji saja di sini” marah Ayu.

“Sudah! Jangan marah sama Titi ni. Dia Cuma bergurau. Titi ni baik, masa Ibu sakit dulu dia yang jaga” Puan Klasom melurut kepala Amy. wajah Puan Kalsom direnung. Bukankah bagus jika ibu menyayangi Amy sebagaimana ibu menyayangi TIti.... bisik hati kecil Amy.

“Titi masakkan masakan sedap – sedap ya?” pujuk Puan Kalsom. Amy hanya mengangguk. Beberapa minit kemusian Luqman dan Lulu masuk ke dalam rumah. Luqman mengenyit mata memandang Amy yang sedang sibuk menyusun buku di ruang tamu. Amy menjeling manja.

“Maman pergi mana?’ soal Puan Kalsom.

“Tidur rumah Pka Ngah” jawab Luqman.

“Abang nak minum?” soal Ayu. Luqman menggeleng. 

Amy geram. Amboi mak aih.,.... sesedap ajinamoto dia panggil suami aku abang!!!!.... jerit hatinya. Lulu mencebik.

“Enggak apa cik kuyu... saya bisa buatkan kopi untuk Pak Luqman” kata Amy. bangun menghampiri Luqman.

“Apa ? Kuyu?. Nama saya Ayu bukan kuyu”

“Bisa aja!. Kuyu bisa, kayu pun bisa.....” jawab Amy selamba. Ayu menggetap bibir. Menahan marah. Dia terpaksa mengawal kemaahannya di hadapan Luqman. Dia harus menjadi wanita selembut mungkin di hadapan Luqman.

“Saya bikin air untuk Pak Luqman ya?” soal Amy manja.

“Ya. Kamu buat yang kaw punya ya...” jawab Luqman.

“Ayu jangan ambil hati dengan Titi. Dia sudah macam keluarga ibu. Dia memang baik dengan Luqman” pujuk Puan Kalsom. Ayu senyum kelat. Dia hanya memerhatikan sahaja gelagat Amy yang tergedik – gedik di hadapan Luqman.

Puan Kalsom keluar sebentar. Ayu tidak senang duduk. Dia turun ke bawah. Matanya terbeliak melihat Luqman sedang ketawa mesra bersama Titi di dapur. Jantungnya lebih berdegup kencang apabila melihat Luqman merangkul pinggang Amy dengan mesra. Dada Ayu berombak. Lulu yang melihat Ayu memandang Luqman dan Amy tersenyum lebar. Nampaknya rancangan Dalina memang menjadi.

Luqman merapatkan bibirnya ke telinga Amy.

“Dia  nampak kita sayang...”

“Nak buat adegan panas tak?’ soal Amy. mata Luqman membulat!.

“Sayang.......Titi kok rindu sama mas. Mas enggak usah bagi Titi rindu lagi ya” Amy terus memeluk Luqman. Ketawa Luqman dibuatnya.

Ayu memegang dadanya. Peluh mengalir ke pipinya. Adegan Amy dan Luqman itu membuatkan hatinya bertambah panas.

“Kamu ini sangat cantik ya Titi. Aku tak pernah lihat wanita secantik kamu. Walaupun bertutup begini tapi mata kamu itu membuatkan aku tak dapat lena” tambah Luqman. Amy mencium pipi Luqman.

Ayu sudah tidak tahan lagi. Dia terus menarik tangan Titi dengan kasar.

“Apa Ayu buat ni?” soal Luqman.

“Abang tu bakal suami Ayu tau!. Sanggup abang berkelakuan tak senonoh di dalam rumah ni dengan orang gaji sendiri!” marah Ayu. Mukanya nampak begitu serius sekali.

“Oh... usah marah – marah sama kami bu... kami Cuma bercanda” kata Amy.

“Bercanda kepala otak kau!. Ini bakal suami aku.. lagi sekali aku lihat kau kacau dia...” Ayu cuba memberi amaran.

“Kacau untuk bikin apa?... kacau bikin sirap bandung?” soal Amy lagi. Mencabar kesabaran Ayu. Ayu mengambil tepung di atas meja dan terus dilemparkan bungkusan tepung itu ke muka Amy.  Puan Kalsom yang kebetulan masuk ke rumah terkejut melihat tindakan kasar Ayu itu. Lulu cepat – cepat menghampiri ibunya.

“Ya Allah... kenapa Ayu buat Titi macam ni?” soal Puan Kalsom. Ayu terdiam dan terus berlari naik ke atas. Puan Kalsom mengejarnya. Luqman meratakan tepung ke seluruh wajah Amy.

“Sayang.... nampaknya bulan ni abang jimat sikit duit. Tak payah beli bedak sayang sebulan” senyum Luqman. Amy menjuihkan bibirnya. Merajuk.

“Ala comelnya isteri abang ni. Dah macam bini orang salji pun ada. Tak pun macam hantu tepung gomak!” Luqman mencubit pipi Amy.

“ABang kejam!” ujar Amy dan terus masuk ke dalam bilik air.


Ayu menangis. Puan Kalsom menunggu agak lama  sehingga tangisan Ayu reda. Bagai mahu tersembul keluar biji mata Puan Klasom apabila Ayu memberitahunya mengenai Luqman dan Titi yang telah bermesra di dapur. Puan Kalsom menelan air liur.

“Mungkin Ayu salah tengok agaknya. Titi tu budak baik. Berpurdah lagi! Takkan dia nak buat perkara tak senonoh dengan Luqman. Lagipun selama ini tak pernah pun mereka berdua bermesra” berkerut dahi Puan Kalsom.

Ayu megeluh. Agak kecewa apabila kata – katanya langsung tidak dipercayai. Dia hanya membiarkan Puan Kalsom beredar dari biliknya.

Puan Klasom mendapatkan Luqman di ruang tamu. Dia duduk berhadapan dengan Luqman. Wajahnya agak serius.

“Betul Luqman bermesra dengan Titi di dapur?” soal Puan Kalsom. Dia sendiri rasa tidak senang berbicara soal itu di hadapan anak lelakinya. Luqman berpura – pura terkejut besar.

“Astaghfirullah... kenapa Ayu fitnah kami sebegitu rupa?’ soal Luqman. Puan Kalsom menggigit bibirnya sendiri. Agak lama untuk dia mula bersuara kembali.

“Mungkin Ayu tu kuat berangan kot” teka Puan Kalsom.

“Betul tu Ibu. Hari tu Lulu nampak Kak Ayu cakap seorang diri depan cermin” Lulu pula mula mereka cerita. Luqman memandang Lulu. Puan Kalsom menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal.

“Ibu sayang pada Titi tu. Dia yang banyak jaga ibu masa ibu sakit dulu. Tapi ibu juga sayangkan Ayu” kata Puan Kalsom. Luqman membiarkan ibunya bingung sendirian. Biarlah Puan Kalsom pening memikirkan masalah yang mereka cipta bersama. Amy yang mengintai Luqman dari dapur tersenyum puas.

Ayu masih belum turun – turun lagi. Hatinya tterlalu sakit. Lebih – lebih lagi Puan Kalsom seperti tidak mahu mendengar katanya. Dia mula berkira – kira. Mahu menjodohkan Titi dengan seseorang secepat mungkin. Pada fikirannya, jika Titi sudah berkahwin, masalahnya akan segera selesai. Ayu mula memikirkan strateginya hingga lewat malam.


                                   **********************

Dalina tersenyum sendiri melihat Luqman dan Amy bergurau senda di dapur. Amy yang tidak mahu makan sayur merengek – rengek apabila Luqman memaksanya untuk menjamah sedikit juadah yang langsung dia tidak suka.

“Tak mahu abang... tak sedap!” Amy menekup mulutnya. Luqman ketawa. Sengaja didekatkan sudu ke mulut Amy.

“Peria ni pahit!!” jerit Amy.

“Nanti Amy kena juga makan benda – benda pahit ni” pujuk Luqman.

“Kenapa pula?”

“Kalau Amy bersalin nanti, Amy kena makan herba – herba. Minum apa yang patut. Lagi tak sedap dari ni” ujar Luqman.

“gatal!” Amy mencubit pipi Luqman. Dalina menjenguk dapur.

“Sedapnya Luqman masak peria dengan udang ni. Rugi tak makan tau” Dalina menyebelahi Luqman. Amy mencebik.

“Macam tu Amy tak mahu makan lah malam ni” rajuknya. Luqman tersenyum. Berbisik ke telinganya.

“Sayang nak makan apa?” soal Luqman.

“Nak makan bihun tomyam... boleh ya abang” pinta Amy.

“Berapa kali nak buat?. Itu... bihun tomyam kau ada di atas meja. Luqman masak peria ni untuk aku lah!” ketawa Dalina. Amy mengurut – ngurut dadanya. Dia terus memeluk belakang badan Luqman.

“Terima kasih abang!. Ini yang buat Amy sayang pada abang. Malam ni tidur sini?” soal Amy. Luqman menghadap Amy. dibelainya rambut Amy dengan rasa cinta.

“Tak boleh sayang. Nanti ibu akan curiga. Kita tak boleh kejutkan dia begini. Esok abang datang dan tidur sini ya” pujuk Luqman.

“Amy dah penat jadi orang Indonesia. Lidah Amy dah terpeleot!”. Luqman ketawa lagi.

“Tapi Amy memang tak pandai cakap macam orang sana. Nasib baik ibu tu tak perasan. Keja deh, kejap kok kejap sih... kelakar isteri abang ni” gurau Luqman.

“Aku pun dah naik menyampah dengar dia cakap macam tu.” Dalina menyampuk.

Luqman makan bersama – sama Amy dan Dalina. Sempat juga dia menemani Amy menonton dvd hingga tertidur di sofa. Selepas mengangkat Amy ke katilnya, Luqman terus keluar. Mahu pulang ke rumah.

Dia amat pasti Ayu dan ibunya sedang menunggunya di rumah. Dia bernasib baik kerana Lulu sentiasa mencari helah untuknya. Luqman melangkah masuk ke dalam rumah.

“Isteri kawan Maman dapat anak apa?” soal Puan Kalsom. Luqman terpinga – pinga. Dia terpnadangkan Lulu yang beberapa kali mengenyit mata kepadanya. Luqman faham.

“Anak kembar, ibu. Luqman masuk bilik dulu ya” Luqman meminta diri. Puan Klasom terus menonton drama bersiri kegemarannya hingga habis. Luqman tersenyum sendiri. Kadang kala alasan yang diberikan Lulu agak memeningkan kepalanya.

Luqman termenung memandang siling. Masih kecewa dengan sikap Puan Kalsom yang sentiasa mahu mengawal semua aturan hidupnya. Kadangkala terasa mahu lari saja meninggalkan rumah itu... tetapi tidak mungkin. Ibunya adalah amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Dia perlu akur tetapi tidak perlu terlalu menurut.

Kemudian Luqman tersenyum pula. Terbayangkan wajah manja Amy yang sengaju merajuk mahu dipujuk. Anak jutawan yang manja!... fikir Luqman. Satu sikap Amy yang menyenangkan hati Luqman adalah dia langsung tidak berasa bangga di atas segala kemewahan yang dimilikinya itu.

Amy itu cuma mahukan perhatian dari Luqman bukannya wang ringit namun begitu Luqman tetap memberikannya nafkah setiap bulan. Tidak terlepas walaupun sekali.

                        

2 comments:

  1. Terima kasih kak hehehehe
    Lame jgk lya tunggu next n3 hari2 jeguk blog akk hehehe
    nk mntk next n3 lya malu tkut gnggu akk
    so lya tggu sndry je la pape pon kak the best la huhuhu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 lya...
      mintak ajer.. akak suka jer kalau lya mintak.
      rasa cam dihargai hehehhe...
      k, untuk lya, akak masukkan n3 baru jap lagi..
      selamat membaca yek :)

      Delete