BAB 22
Luqman termenung di mejanya. Semua pelanggan sudah
pulang. Dia membuka apron dan diletakkannya di atas meja. Dia merenung menu di
hadapannya. Nama Amy itu membuatkannya menangis di dalam hati. Rindunya tidak
tertanggung.
“Kau rindukan dia?” soal Jiji. Luqman menoleh. Hanya
tersenyum sedikit.
“Dia isteri aku, Jiji. Aku tak pernah cintakan
wanita lain selain dia” tutur Luqman. Jiji mengangguk.
“Jangan kata kau, aku juga rindukan dia” Jiji duduk
bersama – sama Luqman.
“Majikan mana bawa pekerja dia main funfair?” senyum
Amy. luqman ketawa kecil.
“Kita berdoa. Kau ingat aku tak berdoa untuk kau
berdua. Setiap malam aku berdoa agar kau berdua ditemukan kembali” ujar jiji
ikhlas.
“Terima kasih Ji, esok aku naikkan gaji kau” seloroh
Luqman. Jiji memukul belakang Luqman dengan kain lap meja.
“Ni... pukul bos kena potong gaji” usik Luqman lagi.
“Kadangkala aku rasa seperti dia dekat dengan
aku.hmm... aku masih tergilakan dia” senyum Luqman. Jiji termenung.
“Mungkin ini satu ujian ..... juga satu jambatan
untuk kau menuju bahagia. Ilmu Allah luas. Kita tak dapat mengagak” ujar Jiji.
Luqman mengangguk setuju.
Ya.. dugaan yang terlalu berat. Perginya insane
kesayangan tanpa rela. Pergi ketika cinta sedang mekar...
Luqman menutup restorannya. Dia masuk ke dalam
kereta. Kereta proton saga warna merah itu menarik perhatiannya. Dia keluar
semula. Cuba menghampiri kereta itu tetapi dengan cepat pemandunya pergi jauh
darinya. Seperti mahu mengelak dari bertemunya. Luqman menggeleng kepala dan
terus pulang untuk tidur. Seharian di dapur memang meletihkannya.
Fikri menghampiri seseorang yang kelihatan seperti
adiknya. Wanita itu sedang asyik membelek buku masakan yang di tulis oleh
Luqman. Fikri terus menepuk bahu wanita itu tanpa berfikir dua kali. Wanita itu
menoleh.
“ABang...” terpacul perkataan itu dari bibir Amy.
“Ya Allah.. adik aku dah ada di KL!” Fikri terus
memeluk Amy. sudah setahun lebih dia tidak bertemu dengan Amy. buku ditangan
Amy di ambil.
“Dia berjaya Amy” ujar Fikri. Amy mengangguk.
“Abang berjaya membuatkan dia seperti ini”
“Apa saja demi insane yang menjadi kesayangan adik
abang” Fikri mencubit pipi Amy.
Fikri mempelawa Amy makan tengahari bersama agr
terubat akan rasa rindunya terhadap adiknya itu. Direnungnya wajah Amy dalam –
dalam. Agak cengkung tetapi tetap manis dipandang. Rambut Amy sudah panjang
melepasi bahu.
Amy mengacau minuman kemudian menggigit donut yang
disaluti coklat ke dalam mulutnya. Dia ketawa memandang Fikri yang dari tadi
asyik merenungnya.
“Abang kenapa?” soal Amy.
“Luqman tahu?” soal Fikri.
“Tak dan abang jangan beritahu dia” Amy menggoyang –
goyangkan jari telunjuk beberapa kali. Fikri mengangguk faham.
“Amy nak pulang dulu. Amy duduk dengan Mak Biah.
Bimbang jadi apa -apa pula nanti” Amy
mengerling jam di tangan. Bangun dan menghampiri Fikri. Tangan Fikri dikucup.
Fikri bingkas bangun dan memeluk Amy agak lama.
“Abang sayangkan Amy”
“Amy juga!” Amy menepuk – nepuk pipi Fikri sebelum
beredar.
Dia masih belum bersedia membertahu segalanya pada
Fikri. Biarlah segalanya dirahsiakan dahulu. Amy pulang dengan senyuman. Rasa
rindunya pada Fikri sedikit terubat.
Ana dan bekas teman sekolahnya berjalan – jalan di
Kuala Lumpur. Mahu meluangkan masa bersama. Sudah lama dia dan beberapa orang
temannya tidak keluar bersama. Setelah menonton wayang perutnya mula
berkeroncong.
“Kita makan di restoran che Luqman nak?” cadang Ana.
Restoran seorang chef yang terkenal sudah pasti harganya agak mahal jadi teman
– temannya mengelak.
“Makan saja, kakak angkat aku beri aku dua ratus ni”
sengih Ana.
“kalau duit tak cukup, aku tambah”
Dia dan teman – temannya masuk ke dalam resoran
milik Luqman. Restorannya sudah penuh. Ana agak kecewa kerana terpaksa
menunggu. Mujurlah Luqma n keluar dan ternampak dia dan teman – temannya
berdiri di satu sudut di dalam restoran.
“Ana datang dengan kawan?” sapa Luqman. Ana
bersalaman dengan Luqman. Senyumannya meleret. Rasa bangga di hadapan teman –
temannya.
“Dia kenal kau lah!” bisik salah seorang dari
mereka.
“Tak ada tempat. Perut Ana dah bunyi lagu heavy
metal dah ni” adu Ana. Luqman terus membawa Ana masuk ke dalam satu ruang untuk
vip. Ruangan yang selalunya ditempah oleh mereka yang mahukan privasi.
“Ana tak banyak duit nak sewa ruang ni”
“bayar makan sahaja. Air dan ruang ni free” senyum
Luqman.
Bertambah kembanglah hidung Ana yang sememangnya
kembang itu. Luqman terus ke dapur dan menyediakan hidangn untuk mereka.
Pembantu – pembantunya hanya melihat Luqman tersenyum – senyum menyediakan
makanan untuk Ana dan teman – temannya.
Ana dan merreka yang lain makan dengan berselera
sekali. Luqman yang sememangnya agak lapang ketika itu mendekati Ana.
“Tak bawa pulang utnuk kakak angkat Anan tu?” soal
Luqman.
“Oh.. dia tak tahu Ana datang KL. Tapi abang tahu
tak, dia tu fanatic gila dengan abang tau!” adu Ana. Luqman mengerut dahinya.
“Abang tahu tak, duit dalam dompet Ana ni hasil dari
jual bandana abang tu lah”
“Ana jual?. Kata minta kat abang” usik Luqman.
“Ana tak mahu jual. Ana pergi ke rumah dia untuk
tunjuk bandana abang tu. Nak berlagak sikit. Tiba – tiba dia rampas dan terus
menangis. Pulak tu, sampai diciumnya bandana abang tu.. pelik betul!” sengih
Ana. Luqma ketawa.
“Siapa nama kakak angkat Ana tu?”
“Nama dia..”
“Luqman, ada panggilan telefon!” jerit Jiji. Luqman
menoleh. Ana tidak dapat meneruskan perbualan. Luqman terus meminya izin untuk
keluar dari situ. Mahu menajwab panggilan telefon. Ana terus menyambung makan.
Luqman pula terpaksa memasak di dapur. Pelanggan
baru tiba agak ramai. Dia agak sibuk. Ana sendiri tidak dapat bertemu dengan
Luqman ketika mahu pulang. Tetapi dia suka aabila wangnya hanya luak sedikit.
Luqman mengarahkan Jiji memberinya hampir 30% diskaun.
***********************
Encik Johan ketawa besar apabila Pakcik Latiff yang
mahu menggatal dengan makcik Kasma itu hampir jadi pitam apabila mendnegar
cerita sebenar dari Encik Johan.
“Jadi, yang aku gilakan tu budak jantan?” soal
Pakcik Latiff. Meremang bulu romanya. Tidak sangka dia boleh jatuh hati dengan
kaum sejenisnya. Benny kehilangan kata – kata.
“Habis mereka berbaik semula?” soal Pakcik Latiff.
Encik Johan mengangkat bahu. Pandangan matanya dilempar ke kebun bunga Dalina.
Harapannya biarlah Luqman dan Amy bersatu dengan aman. Tanpa gangguan dari dato
kamal. Dia amat yakin Luqman adalah lelaki terbaik buat Amy.
‘kamal masih tak berubah. Ikut kepala otak sendiri.
Kau masih ingat bagaimana dia mahu dapatkan Som Sammy tu?. Sanggup berhujan
berpanas nak ambil hati Som Sammy?. Bila dah ditebuknya, dibiarkannya sahaja
begitu. Kemudian pergi mengurat pula anak jutawan kayu balak” Pakcik Latiff
menggeleng kepala.
“Hitam katanya, hitamlah!. Amy tak boleh buat apa –
apa. Kata Gib, Amy langsung tak jumpa dengan kamal. Dia tinggalkan dua – duanya
sekali”
Pakcik Latiff menghela nafasnya. Kasihan dengan
nasib yang menimpa Amy. dia juga kesal kerana pernah mencintai lelaki milik
Amy. mahu ketawa pun ada!.
Amy menanam membelek daun kaduk di tepi rumah. Pokok
cilinya juga sudah berbuah. Gembira Amy melihatnya. Hilang sebentar rasa duka
yang me nyelubungi jiwanya.Ana tiba dengan senyuman yang meleret.
“Jomlah masuk dalam. Tengok rancangan masak che
Luqman yang buat kat kampung kita hari tu” Ana menarik lengan Amy. tanpa
berlengah Amy terus masuk ke dalam rumah. Membuka siaran kegemarannya. Juga
siaran kegemaran Ana. Ketawa terkekeh – kekeh Ana melihatkan wajahnya yang
muncul di kaca tv. Amy mencebik.
“Poyo!” ejek Amy. Ana menjeling.
“Cemburulah tu!” Ana menjelir lidah. Amy ketawa. Dia
merenung kaca televisyen itu. Wajah Luqman memang kacak tetapi lebih kacak di
luar. Dia masih sentiasa memikirkan Luqman. Setiap masa. Kadangkala hingga bawa
ke dalam mimpi.
“Akak tahu tak yang che Luqman akan buat shooting
lagi di sini. Tak salah dua minggu lagi”
“Pandai saja!. Mana tahu?” soal Amy.
“Semalam Ana pergi restoran dia”
“Tak cakap pun!” rajuk Amy.
“Dengan bekas kawan sekolah Analah. Kak Amy dah
dewasa, tak layak!” sengih Ana.
Amy mengalihkan pandangan matanya ke kaca televisyen
semula. Mahu melepaskan rindu yang tak berkesudahan. Mak Biah tidak berapa
sihat. Amy tidak dapat ke restoran Luqman untuk mencuri pandang suaminya itu
lagi. Ana menemaninya hingga ke petang. Kalau diikutkan hati mahu saja Amy
pergi mendapatkan Luqman.
Puan Kalsom mahu mengikut Luqman ke restoran.
Katanya bosan berada di rumah. Luqman membenarkannya dengan syarat jangan
mengganggu pekerja – pekerjanya. Sebelum ini Puan Klasom pernah membebel kepada
pekerja – pekerja Luqman kerana hal remeh temeh. Jiji dan Lela juga banyak kali
ditegur kerana lambat membuat kerja. Merungut – rungut mereka semua. Luqman
hanya mampu tersenyum kelat. Puan Kalsom bersetuju.
“Ibu nak pergi bersiar – siar ya?” pinta Puan
Kalsom.
“Jaga diri baik – baik, ibu. Kalau ada apa – apa ibu
telefon Maman ya” pesan luqman. Puan Klasom mengangguk.
Ham[ir sejam dia di kedai kasut. Perutnya
berkeroncong. Mahu pulang ke restoran Luqman. Dia berjalan perlahan – lahan di
kaki lima menuju ke arah restoran anaknya. Matanya mula terpandangkan sesusuk
tubuh wanita yang agak dikenalinya. Puan Kalsom merenungnya agak lama.
“Amy...” jerit Puan Kalsom.
Tanpa menoleh ke belakang Amy terus masuk ke dalam
kereta dan memecut laju. Puan kalsom cuba berlari tetapi kudratnya tidak sekuat
mana. Puan Kalsom terus masuk ke dalam restoran yang sentiasa dipenuhi
pelanggan. Puan Kalsom menarik tangan Luqman ke belakang restoran.
“Ibu nampak Amy” bisiknya.
Luqman terkejut tetapi dia inginkan kepastian.
Berkali – kali menyoal ibunya.
“Betul! Ibu masih kenal dia. Cuma rambutnya panjang
sedikit dari dulu. Mukanya sedikit cengkung “ terang Puan Kalsom.
Luqman termenung seketika. Terus mencapai kunci
keretanya. Apron di buka dan disangkut.
“Maman nak kemana?” soal Puan Kalsom. Luqman terus
masuk ke dalam keretanta. Cuba untuk mencari Amy walaupun tidak pasti di mana
dan bagaimana. Setelah hampir 3 jam mencari akhirnya Luqman memberhentikan
keretanya. Menarik nafas dalam – dalam. Matanya sudah berkaca. Kedua telapak
tangannya menekup keseluruhan wajahnya.
Geram! Kesal!... semuanya bercampur baur.....
Amy memegang dadanya yang masih berombak kencang.
Tidak sangka Puan Kalsom dapat mengecamnya dengan mudah. Dia pasti Luqman akan
diberitahu. Amy mengetuk perlahan kepalanya sendiri.
“Macam mana boleh cuai begini.. Luqman pasti tahu
aku dah pulang Malaysia” bebelnya sendiri. Amy menggosok wajahnya dengan tisu
muka. Dia menghidupkan enjin kerretanya dan terus pulang ke Hulu Langat.
Mak Biah menghampiri Amy dengan segelas air di
tangan. Amy memperbetulkan duduknya. Memandang Mak Biah dengan sekuntum
senyuman. Air sirap limau diambil dan diteguk perlahan.
“Pergi intai Luqman lagi?” soalan mak Biah membuatkan Amy terserdak. Cepat –
cepat Mak Biah mengurut belakang badan Amy.
“kan bagus kalau Amy terus pergi dan hidup dengan
Luqman seperti dulu” duga Mak Biah lagi. Amy senyum kelat.
“kalau suatu hari nanti Luqman jumpa seseorang macam
mana?” tambah mak Biah. Kali ini Amy menelan air liur. Teringat akan kata –
katanya dulu. Dia terpaksa pasrah jika Luqman menemui seseorang walaupun dia
pasti hatinya akan hancur lebur.
“Amy dah mungkir janji kalau Amy buat begitu” jawab
Amy ringkas.
“jangan berlengah lagi. Mak Biah jika akan hadir
seseorang dalam hidup Luqman”
Mak Biah bangun dari kerusi rotan itu. Dia ke dapur.
Meninggalkan Amy sendirian agar dia boleh berikir dengan lebih dalam. Amy
mengeluh. Itu bukan yang diharapkan dari Luqman tetapi agak kejam jika
menghalang Luqman dari mengecap bahagia sedangkan dia sendiri yang membuka
ruang itu. Itu pilihannya. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan. Begitu juga
Luqman.
wah thanks Wani coz sudi post new entry...lama jugalah saya merindui Amy dan Lukman....hope your health getting better and better each day so that you can post the new entry...hehehe..thanks again wani.
ReplyDeletewani dah xnak post new entry dah ke??? lama dah ni...
ReplyDeletek... jap lagi post tapi banyak spelling berterabur heheh...
Delete