Amri tiba di rumah Ayah Man. Dia memerhati
sekeliling mencari kelibat Suraya. Ayah Man menyambut kehadiran Amri dengan
senyuman.
“Suraya ada ayah?” soal Amri. Ayah Man masih tersenyum Dia memandang wajah
Amri dalam –dalam
“Masuk
dulu. Dah maghrib ni. Kita solat berjemaah dulu ya?” cadang Ayah Man. Amri mengangguk
setuju. Dia juga perlu berbicara dengan Ayah Man. Dia tahu sedikit sebanyak
Ayah Man mampu membantunya mendapatkan cintanya semula. Setelah makan malam,
Amri duduk menghadap Ayah Man.
“Ayah dah tahu tentang masalah saya dan
Suraya?” soalan Amri itu membuatkan Ayah Man termenung jauh. Seketika dia
memandang wajah Amri sedalam – dalamnya.
“Ayah mahu tanya Amri buat kali yang terakhir”
kata Ayah Man.
“Tanyalah ayah” jawab Amri. Dia bersedia
menjawab segala persoalan yang bakal Ayah Man utarakan. Ayah Man memandang jauh ke hadapan.
“Adakah Amri begitu cintakan anak
ayah?” soal Ayah Man. Amri mengangguk.
“Benar – benar saya mencintai dia
ayah” jawab Amri tanpa ragu – ragu.
“Amri mampu bahagiakan dia?”
“Insya Allah... tapi Amri berjanji
akan berusaha membahagiakan dia, ayah” jawab Amri.
Ayah Man mengangguk. Dia menepuk –
nepuk bahu Amri.
“Amri, Suraya ada di Cameron Highland.
Dia mahu menenangkan jiwanya di sana. Esok Amri pergi ke sana. Ayah doakan agar
Amri menjadi suami kepada Suraya. Ayah sedar, cuma Amri yang mampu
membahagiakan Suraya” jujur Ayah Man. Amri agak terharu mendengar kata – kata
Ayah Man.
“Doakan Amri, ayah” kata Amri. Ayah
Man tersenyum dan menepuk lembut bahu lelaki yang dicintai Suraya. Dia menyukai
Amri bukan kerana hartanya tetapi dia amat yakin Amri mampu membimbing Suraya
selain daripada membahagiakan anak yang disayanginya itu.
Pagi – pagi lagi Amri bergegas ke Cameron Highland. Dia mahu menatap
wajah Suraya sepuas – puasnya. Amri menyewa sebuah rumah di kawasan
berhampiran. Dia tahu, memujuk Suraya kali ini akan mengambil masa yang agak
lama. Dia sentiasa berharap agar Suraya masih mahu mendengar isi hatinya. Amri
memandu ke sana kemari mencari kelibat Suraya. Matanya terpandangkan kereta
milik Ayah Man yang diletak betul – betul di hadapan ladang strawberry. Amri
turun. Dia menghampiri seorang pekerja di situ.
“Minta maaf, ada tak awak Nampak
perempuan yang naik kereta di sana tu?” soal Amri.
“Oh, itu milik Cik Suraya. Dia ada di atas
sana” jawab pekerja tersebut . Setelah berterima kasih, Amri terus mengatur
langkah menuju ke arah Suraya. Hatinya gembira tidak terkata apabila melihat
Suraya yang sedang sibuk menyusun buah strawberry ke dalam bekas plastik.
“Sayang..” panggil Amri. Suraya
menoleh. Hatinya berdegup kencang. Dia tidak sangka Amri boleh mencarinya
sampai di sini. Suraya lekas – lekas mahu pergi. Hatinya sakit sekali. Dia
tidak mahu memandang Amri walaupun pada hakikatnya di amat merindui lelaki di
hadapannya itu. Amri menarik lembut lengannya.
“Sayang.. jangan buat abang begini”
rayu Amri. Suraya masih membisu. Seorang lelaki dalam usia 30 an datang
menghampiri mereka berdua.
“Siapa ni Su?” soalnya. Suraya
menggeleng.
“Awak jangan nak buat kecoh ya” lelaki
itu member amaran.
“Maafkan saya. Saya perlu bercakap
dengan Suraya” jelas Amri.
“Saya tak kenal dia, Abang Shah” kata
Suraya. Amri mengerutkan keningnya.
“Sampai hati Su” kata Amri.
“Kau dengarkan dia tak kenal kau.
Jadi, kau pergi dari sini” suara Shah agak keras. Amri tidak mahu menimbulkan
kekecohan. Dia terus pergi. Suraya menahan air matanya daripada mengalir.
Sebelum pergi Amri mendapatkan pekerja tadi untuk mendapatkan kepastian.
“Cik Suraya buat apa di sini?” soal
Amri.
“Dia pekerja baru. Dia baru mula
bekerja semalam. Setahu saya dia dulu bekerja di KL” terang pekerja tadi. Amri
mengangguk. Dia terus pulang ke rumah penginapan. Dia faham mengapa Suraya melayannya
sebegitu rupa.
ala...tak cukup buat pelepas rindu kat Amri..heheh..
ReplyDelete