Thursday, 13 December 2012

CINTA POPULAR D&S- bab 3








 BAB 3

Kerja Zie adalah menerima sebarang undangan nyanyian dan mengatur jadual Darren dengan sempurna sedangkan Sutera lebih tepat dipanggil ‘gam’ yang melekat di mana saja Darren patut berada. Sebab itu Sutera selalu menganggapnya sebagai orang gaji bergerak. Kadang kala dia juga diarahkan untuk membeli makanan atau keperluan Darren yang lain.

Darren mahu berjogging di sebuah bukit berhampiran. Jogging pada Sutera pula ialah menyeksa kaki dan tangan serta membazir peluh yang patut disimpan untuk menurut perintah Darren yang bukan – bukan. Dia dipaksa oleh Darren menemaninya berjogging tepat jam 7 pagi. Darren menarik nafas dan melakukan regangan sebelum berjogging. Sutera Cuma bercangkung dan memerhatikan Darren yang bersungguh – sungguh mencari stamina.

“Jom!” ajak Darren. Sutera hanya berjalan. Mata yang mengantuk akibat bermain playstation malam tadi  membuatkan dia langsung tiada hati untuk berjogging.

“Cepat Sutera! Janganlah lembik macam nama awak tu” jerit Darren yang sudah berada jauh dihadapan.

Termengah – mengah Sutera mengikut Darren dari belakang. Dia sudah tidak sanggup. Dia terduduk di tepi bukit. Mahu mencuri nafas yang hilang. Darren berpatah balik, bimbang jika Sutera pitam atau apa – apa. Baru 15 minit dia berpatah balik, mata Darren terbeliak apabila melihat Sutera yang menjerit – jerit berlari menghampirinya.

“Lari Encik Darren... lari!!!!” jerit Sutera lantas ditariknya tangan Darren dan berlari selaju mungkin.

“Kenapa?” soal Darren, turut sama memecut.

“Lari...larilah cepat!!!” jerit Sutera.

“Buka kereta .. buka kereta” arah Sutera sebelum sampai ke kereta Darren. Dengan cepat Darren memicit alat kawalan keretanya.

DUMMMMM...
Pintu Darren dihempas dengan kuat.

“Jangan hempas kereta saya!!” marah Darren. Sutera tercungap – cungap. Kalau begini, stamina pun lari entah ke mana. Sutera merampas botol air mineral dari tangan Darren dan diteguk laju. Setelah beberapa minit, Darren memandang Sutera yang masih mengurut – ngurut dadanya.

“Siapa kejar dan kenapa kena kejar?” soal Darren. Sutera menggigit bibirnya.

“Cakap cepat!” marah Darren.

“Tadi masa Encik Darren tinggalkan saya, saya duduklah kat tepi bukit tu. Lepas tu saya nampak semak tu bergerak – gerak. Saya nak tahu juga. Lepas tu saya ambil batu dan saya terus baling” cerita Sutera.

“Awak baling dengan batu?” soal Darren. Sutera mengangguk.

“Apa yang awak baling tu?”

Sutera buat buat memandang sekeliling. Darren hilang sabar.

“Cakap Sutera!. Siapa dah awak baling tu?”

“Anak kucing dan yang kejar tu mak dia kot” sengih Sutera.

“Kucing?”

“Ye la. Takkan itik kot?”

“Kucing meow...meow?” soal Darren lagi.

“Habis takkan kuek kuek kot” jawab Sutera selamba. Darren keluar dari kereta. dia membuka pintu kereta di sebelah Sutera. Tergamam Sutera dibuatnya.

“Awak dah aniaya saudara mara Smoothy. Keluar. Balik naik bas!” Darren menarik tangan Sutera keluar dari kereta.


“Mana Encik Darren tau yang dia tu mak sedara smoothy?. Entah – entah lain mak bapak” cebik Sutera. Darren tidak mahu dengar.

“Ini bukit tau Encik Darren, dah lah tengah tak ada orang. Kalau saya jadi apa – apa?” soal Sutera. Darren masuk ke dalam kereta. menghidupkan enjin dan terus meninggalkan dia sendirian di situ. Sutera benar – benar marah. Diambilnya batu dan di campaknya ke hadapan. Mujur tidak kena pada kereta Darren. Sutera menjerit. Darren benar – benar meninggallkan dia di situ. Sutera duduk di batu besar sambil mengomel sendiri.

“Tahulah, kalau aku mati di sini, jadi hantu memang dialah orang yang aku cekik dulu. Sebelum cekik tu, aku rebus dengan kentang!. Dia yang bawa aku ke sini lepas tu tinggalkan aku seorang diri. Jantan apa entah!. Kalaulah Pak Kudus tahu, nahas otak tersentot tu. Macam mana aku nak balik ni?. Jalan kaki sajalah. Memang aku tak pergi kerja nanti. Biar dia terkebil – kebil angkat baju dia yang tak semenggah mana tu!” geram Sutera. Dia berjalan menuruni anak bukit. Dia sudah sampai ke jalan besar. Sutera menekan perutnya kerana keletihan.

Bunyi hon kereta Darren membuatkan telinganya menjadi lebih panas. Darren memperlahankan keretanya mengikut Sutera di sebelah kiri yang langsung tidak mahu memandangnya.

“Masuklah cepat” panggil Darren. Sutera terus berjalan. Bodoh! Dah tinggal datang balik... gumam Sutera. Darren berhenti di hadapan Sutera. Dia keluar dan terus merapati Sutera.

“Mari saya hantar balik. Kita pergi makan dulu” pujuk Darren. Kasihan pula apabila melihat peluh yang menitis di dahi Sutera.

“Ishh.. pergilah Encik Dareen tak payah sibuk pasal saya. Pergilah makan nasi lemak dengan saudara mara Smoothy tu” perli Sutera. Darren senyum lebar.

“Jomlah..” masih memujuk.

“Tak Nak!” marah Sutera. Darren menarik nafas dalam – dalam. Dia terus mengangkat tubuh Sutera dan terus dihumbannya ke dalam kereta. terkejut beruk Sutera.

“Siapa suruh Encik Darren dukung saya?”

‘Itu bukan dukung. Itu tangkap namanya. Tangkap perempuan kepala batu konkrit” sengih Darren. Sutera diam sepanjang perjalanan pulang. Perutnya berbunyi. Dengan suasana sunyi tanpa bunyi muzik di dalam kereta, bunyi keroncong perut Sutera dapat didengari oleh Darren.

“Hmm.... perut pun nak makan dengan smoothy juga” usik Darren.

“Saya nak makan nasi lemak paru goreng bercili” sengih Sutera. Darren hanya ketawa dan terus membelok ke sebuah gerai tidak jauh dari situ.  Sutera yang senang marah tetapi cepat sejuk itu terkekeh – kekeh ketawa dengan Darren yang malas mahu mendengar cerita kartun yang ditonton oleh Sutera semalam.


No comments:

Post a Comment