BAB 6
Wajah Sutera berseri – seri hari ini. dia sentiasa
tersenyum. Sengaja diletakkan keratan akhbar hari ini di atas meja Darren.
Tajuk yang sangat menggembirakan hatinya.
PENARI DARREN MENDAPAT PERHATIAN RAMAI
Dia ketawa besar. Dia pasti Darren akan sakit hati.
Kebanyakkan laporan akhbar berkisah tentang kehebatan dia menari semalam
berbanding lontaran suara Darren.
Agak lama dia menunggu tetapi Darren tidak hadir. Rupa
– rupanya Darren tidak datang ke pejabat hari itu. Berehat untuk sehari dua. Sutera
fikir mungkin dia akan sakit hati apabila terbayangkan wajah Sutera yang
tersengih dengan penuh rasa bongkak. Akhbar yang diterima pagi tadi sudah pun
dihumban ke dalam tong sampah.
Sutera akhirnya sedar yang dia perlu juga menjaga
hati Darren. Dia masuk semula ke dalam pejabat dan membuang terus keratan akhbar
itu. Dia tidak akan mengungkit mengenainya lagi. Yang pasti, dia sendiri tahu
bahawa dia mampu membuatkan Darren sakit hati. Sutera mengambil keputusan untuk
pergi sahaja ke rumah Darren. Lagipun dia perlu menghantar smoothy, kucing
gemuk itu ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan. Malas dia nak tanya mengapa
smoothy perlukan semua itu. Sepatutnya dia bawa aku periksa ke klinik sebab
otak aku ni naik berulat dok melayan kerenah dia. Hmm... tak mengapa, kerana
terlalu sibuk akhirnya Darren mengupah seorang pembantu rumah. Mak Jiha
namanya. Orangnya sebatang kara. Dia hanya perlu memasak dan menguruskan rumah
untuk Darren. Selepas jam 5 petang, dia akan pulang ke rumah.
Setibanya Sutera di Kondo Darren, dia tersengih sendiri
apabila melihat Darren sedang meletak kasutnya di lantai. Mata Darren terbeliak
memandang Sutera yang tersengih – sengih macam kerang busuk.
“Nak ke mana?. Bukan hari ni tak ada apa – apa
program ke?’ soal Sutera. Darren diam. Dia masuk ke dalam semula.
“Tak payah ambil smoothy. Dia dah balik Perlis”
terang Darren.
“Aikk.. kucing gemuk tu pun tau balik kampung?”
ketawa Sutera. Darren hanya merenungnya. Orang gaji Darren keluar mendapatkan
Sutera.
“Dia ke yang menari semalam?” soal Mak Jiha. Darren
hanya mengangguk. Sutera ketawa.
“Best tak makcik?’ soal Sutera tanpa segan silu.
“Best sangat sampai Darren ni dah macam jatuh cinta
pula” jujur Makcik Jiha. Terbeliak mata Darren mendengarnya. Sutera mengenyit
mata.
“Hmm.. dia memang tergoda dengan saya makcik. Sehari
tak jumpa mahu hysteria dia “ usik Sutera.
“Jangan nak perasanlah Sutera. Awak tak tahu betapa
nak muntahnya saya tengok awak malam tu” cebik Darren. Sutera terus masuk dan
duduk di sofa. Darren juga masuk sekali.
“Hei... siapa suruh masuk ni. Dah keluar” marah
darren. Sutera menjuihkan bibirnya sambil melangkah keluar.
“Encik Darren, saya dah lama nak pergi Bukit Cahaya
Sri Alam kat Shah Alam tu. Nak jalan – jalan. Lepas tu naik basikal. Jom!” ajak
Sutera.
“Awak nak mengurat saya ke?. Kalau ada niat tu baik
hentikan” tegas Darren. Sutera terus bersalaman dengan Makcik Jiha dan terus
pergi. Darren tersentak. Dia akhirnya mengejar Sutera dari belakang.
“Nak apa?”
soal Sutera setelah mendapati Darren menghampirinya.
“Cepat masuk kereta” arah Darren.
“Naik bas nak?” sengih Sutera.
“Awak jangan cari nahas” jeling Darren.
“Eleh.. manja sangat” cebik Sutera.
“Kalau orang kenal?” soal Darren.
“Biarlah. Ambillah topi tu, pakai cermin mata hitam.
Tak adalah orang nampak”Sutera memberi cadangan. Darren tidak tahu mengapa dia
ikut sahaja kata – kata Sutera hari ini.
“Tambang saya belanja. Nanti balik, suruhlah Abang
Rashid ambil” senyum Sutera. Darren mengangguk. Mereka berdua sudah tiba di
perhentian bas yang penuh dengan pelajar – pelajar kolej serta mereka yang mahu
pergi kerja. Darren tunduk ke bawah. Ada beberapa wanita yang kelihatan seperti
mengenali Darren. Wanita itu menghampiri Sutera.
“Macam Darren kan?’ soal wanita yang berambut perang
itu. Sutera menoleh ke arah Darren dan kemudiannya tersengih – sengih.
“Memamg Darren pun!” sengaja dikuatkan suaranya. Apalagi....
Darren terus dikerumun. Gambar Darren diambil tidak henti – henti. Hinggakan ada
yang memeluk Darren. Sutera turut sama menjerit bersama pelajr – pelajar kolej
itu. Darren sudah berang. Matanya berbulu apabila melihat Sutera yang sama –
sama melonpat menjerit – jerit namanya. Malahan suaranya lebih kuat.
“I love u Darren. You seksi sangat!!!!” jerit
Sutera. Bas sudah tiba. Darren masih dikerumuni. Akibat terlalu rimas, Darren
terus masuk ke dalam tandas awam sebaik sahaja turun dari bas.
“Jangan ikut” marah Darren. Sutera mengangguk.
Tidak lama selepas itu Abang Rashid sampai untuk
mengambil Darren pulang. Sutera buat muka kasihan.
“Ala... jomlah.. janganlah marah saya” sengaja
diserak – serakkan suaranya. Tidak sampai hati pula Darren apabila melihat
Sutera begitu. Mahu atau tidak, dia terpaksa mengikut Sutera.
Setelah menyewa basikal mereka berdua memulakan
kayuhan. Mujurlah hari biasa begini tiada ramai orang. Darren tersenyum. Agak tenang
dengan suasana hijau begitu. Sutera sengaja mahu melanggar basikal Darren. Malas
Darren mahu melayan Sutera. Sampai sahaja di rumah empat musim. Sutera terus
menarik tangan Darren.
“Jom... kita tengok salji” jeritnya.
“Batak betul” sindir Darren. Sutera berhenti
berlari. Dia berpaling semula. Berhadapan dengan Darren.
“Encik Darren selalu pergi luar negara, bolehlah
cakap. Saya ni tak pernah tengok salji memanglah batak” rajuk Sutera. Hmmm...
sejak akhir – akhir ni asyik merajuik saja... bisik hati kecil Darren. Mereka berdua
masuk ke dalam. suhu sejuk itu mula membuatkan Sutera menghampiri Darren.
“Apasal ni?” soal Darren
“Sejuk” jawab Sutera.
“Jom keluar”
”tak nak”
“Tadi kata sejuk”
“Sejuk – sejuk macam ni bestlah. Nanti kalau Encik Darren
honeymoon pergilah tempat salji. Ajak saya ya?” senyum
Sutera.
“Buat apa ajak awak?” soal Darren. Sutera diam.
“Tak nak bawa sudahlah” jawab Sutera setelah agak
lama membisu.
Mereka berdua kemudiannya pergi ke taman kaktus,
Sutera beriringan dengan Darren.
“Encik Darren nak terapi tak?’ soal Sutera
“Terapi apa pula awak ni?” berkerut dahi Darren.
“Bukan..bukan terapi tapi macam kajian saintifiklah”
sengih Sutera.
“Kalau lelaki kena duri kaktus, dia tak sakit
maknanya dia tak cemburu buta orangnya. Kalau sakit, cemburu” Sutera kenyit
mata.
“Mengarut”
“Betul. Tak caya meh sini” Sutera menunjukkan duri
kaktus ditangannya yang baru sahaja dipatahkan dari pokok kaktus sebentar tadi,
Darren jalan cepat – cepat. Sutera mengejar
Darren hingga ke basikal mereka berdua. Darren menahan mukanya dari dicucuk
Sutera.
“Awak jangan cari pasal, kalau kena duri ni nanti
saya pengsan. Saya alah pada duri kaktus” beritahu Darren.
“Eleh.. tipu” Sutera terus mencucuk tangan Darren
sedikit. Sengaja mengusik. Serta merta Darren rebah.
“Eleh.. Encik Darren jangan nak tipulah” Sutera
mencucuk – cucuk tangan Darren dengan jari telunjuknya. Tiada respon. Sutera
menelan air liur. Mungkin kata – kata Darren tadi benar. Dia sudah pun terlepok
di tanah. Menggerak – gerakkan badan Darren.
“Bangunah Ecnik Darren!. Saya takut ni. Dahlah tak
ada orang ni” kata Sutera. Dia memerhati sekeklilig. Dia cuba mendengar jantung
Darren. Sutera panik.
“Encik Darren nak saya buat CPR ke atau dukung Encik
Darren ni... kalau dukung tak larat”Sutera sudah buntu. Dia menarik nafas. Melakukan
CPR ke atas Darren. Sudah tiga kali tetapi masih tidak berkesan. Sutera
menangis. Dipegangnya tangan Darren.
“Saya bukan nak bunuh Encik Darren tapi saya usik
je. Kalau Encik Darren menjeling dan merenung.. saya suka. Sebab tu saya suka
cari pasal” Sutera menggoncang – goncang tubuh Darren. Dia ingin bangun. Mendapatkan
bantuan. Dia bangun tetapi tangannya di tarik Darren. Sutera terperanjat. Senyuman
nakal Darren membuatkan Sutera keliru.
“Sedap chewing gum yang awak makan tadi” Darren
mengenyit mata. Muka Sutera merah padam. Dia mula rasa malu. Rupa – rupanya Darren
mempermainkannya sahaja.
“Encik Darren mencabul bibir saya!:: jerit Sutera. Darren
bangun. Dia ketawa.
“Awak yang cium saya. Bukannya saya” balas Darren.
Sutera menjeling tajam. Dia memukul tangan Darren sekuat hati. Dia terus meluru
ke arah basikalnya. Darren mengejarnya. Tangan Sutera ditarik sekali lagi.
“Saya nak beritahu tapi awak punya CPR tak bagi
ruang langsung!. Kalau saya betul – betul sakit tadi, terus mati tau” senyum
Darren.
“Diamlah!” Sutera terus mengayuh basikal laju –
laju. Darren mengejarnya.
“Encik Darren jangan cakap dengan saya lagi” marah
Sutera. Darren ketawa kuat – kuat tidak berapa lama kemudian, Sutera berhenti
mengayuh, dia duduk di bawah pondok yang disediakan. Darren duduk disebelahnya.
Sutera bangun dan duduk di atasa simen,
“Ala.. merajuk pula. Hmmm.. sedapnya nasi goreng ni”
kata Darren. Sutera menoleh. Perutnya terasa lapar tetapi egonya juga tinggi. Dia
sebenarnya tertinggal bekalan nasi yang dibelinya tadi. Sengaja Darren menyakitkan
hatu Sutera. Perutnya berbunyi.
“Eh... ada radio rupanya kat hutan ni” perli Darren.
Sutera menjeling. Darren senyum. dia menghampiri Sutera. Tangan Sutera di
pimpin supaya duduk di sebelahnya. Dia menyerahkan bungkusan nasinya di hadapan
Sutera.
“Makanlah.. saya minta maaf pasal tadi tapi saya tak
bermaksud pun” senyum Darren. Sutera menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.
“Tak sedap pun” kata Sutera.
“Nak buat macam mana. Makan sahaja” jawab Darren.
“Saya dah tak larat bawa basikal” adu Sutera. Darren
tidak menjawab sebaliknya hanya ketawa.
Selepas berehat agak lama, Darren mengarahkan Sutera
duduk di palang hadapannya.
“Ish.. malulah” Sutera tunduk.
“Habis tu, awak tinggal sini. Kaki awak yang dah
lembik tu biar tertanggal” ujar Darren.
Sutera terus duduk di hadapan Darren. Mukanya merah
menahan malu. Darren mengayuh basikal sambil menyanyi lagu – lagu lama untuk
menghilangkan rasa penat kakinya.
“Tak nak nyanyi lagu tu. Biar saya nyanyi pula” kata
Sutera.
“Awak berat juga ya” kat Darren. Sutera mencebik.
“Awak jangan nyanyi, nanti hujan” larang Darren.
Sutera tidak peduli. Dia terus menyanyi. Serta – merta hujan turun dengan
lebat. Kelam kabut mereka berdua mencari tempat berteduh. Nasib baik pihak
pengurusan menyediakan banyak pondok untuk keselesaan pengunjung.Darren dan
Sutera duduk dibawah pondok bersama dua orang wanita lain yang turut sama
berbasikal seperti mereka berdua.
“Darren.... you Darren kan?” soal seorang wanita
yang mempeekenalkan dirinya sebagai Haslina. Darren mengangguk. Dia tersenyum.
“Saya suka dengan lagu – lagu awak. Semuanya best. Suara
awak dan gaya awak juga saya suka” puji Haslina. Adiknya Gina hanya membisu. Mungkin
takutkan guruh yang berdentam – denuam.
“Cantik rambut you. Saya suka wanita yang rambutnya
ada wave atau sedikit ikal macam ni” puji Darren. Sutera mencebik. Dia kemudiannya
memegang hujung rambutnya. Darren perasan. Senyuman terukir di bibir Darren.
“Thanks, you rasa
rambut i okey?. I rasa gembira” senyum Haslina.
“Ini siapa?. Kekasih you?” soal Haslina. Ceh...
berani betul budak ni!.. jeling Sutera. Darren ttidak menjawab. Dia hanya
memandang Sutera yang turut sama memandangnya.
“Siapa?” soal Haslina.
“PA saya” senyum Darren. Tiba – tiba hati Sutera
seperti sedikit tercalar. Semua yang dkatakan Darren itu benar. Dia bukanlah
sesiapa pada Darren selain dari pembantu peribadi yang tidak pernah memberi apa
– apa kebanggaan pun. Sutera terus meredah hujan. Dia mahu pergi. Darren berjalan di
belakangnya. Semakin laju hingga dapat
beriringan dengan Sutera.
“Kenapa awak nak marah?” soal Darren.
“Saya tak marah. Nak balik cepat. Esok nak kerja”
jawab Sutera acuh tak acuh. Darren senyum. dia seperti tahu apa yang terbuku di
hati Sutera. Guruh berdntum. Sutera terperanjat. Dengan cepat dia memeluk
lengan Darren. Mukanya ditunduk ke bawah. Darren berhenti melangkah. Sutera
juga begitu. Dia termalu sendiri. Tangannya dilepaskan.
“Awak cemburu?” soal Darren. Sutera tergamam. Dia sendiri
tidak pasti akan jawapannya. Perasaan itu memang ada tetapi untuk apa?. Memalukan
diri sendiri?.
“Tak.. saya nak balik. Esok nak kerja” jawab Sutera.
“Esok saya tak kerja. Begitu juga dengan awak” jawab
Darren. Sutera terus berjalan. Akhirnya Darren hanya membiarkan sahaja
persoalan itu berlalu tanpa jawapan.
Abang Rashid sudah lama menunggu mereka berdua.
Abang Rashid memang pekerja yang cekap, dia dari awal sudah pulang ke kondo dan
membawakan baju lebih untuk Darren dan juga Sutera setelah di minta oleh Darren
melalui panggilan telefon beberapa jam yang lepas.
“Ini baju Darren. Sutera pakailah.. nanti sejuk
pula. Seluar ni pun seluar track suit Darren. Dia yang suruh ambilkan untuk
Sutera” beritahu Abang Rashid. Sutera memandang Darren. Dia terus ke tandas. Menyalin
pakainnya. Darren membukakan pintu belakang untuk Sutera. Dia kemudiannya masuk
dan duduk bersebelahan dengan Sutera. Abang Rashid mula memandu. Dengan keadaan
hujan yang masih tidak berhenti, mereka bertiga hanya membisu. Hari juga
semakin gelap.
Sutera malu untuk memandang Darren. Kalaulah dia
tidak menunjukkan sifat cemburu itu, sudah tentu dia tidak akan menanggung malu
sedemikian rupa. Darren mendekatkan bibirnya ke telinag Sutera.
“Terima kasih membuatkan saya gembira hari ini”
Sutera menoleh. Darren memberikan senyuman manis
buatnya. Sutera membalasnya.
“Saya minta maaf” kata Sutera pula.
“Saya tak kisah.tapi awak perempuan pertama yang
buat begitu pada saya” sengih Darren.
“Bukan itulah!” jeling Sutera. Darren ketawa dan
terus memnyelimutkan tubuh Sutera dengan kain yang dibawa oleh Abang Rashid
tadi. Sutera mula lega. Dia memandang Darren sehinggalah matanya terlelap
kerana terlalu penat. Darren berganjak ke tepi dan perlahan –lahan menjatuhkan
kepala sutera di atas bantal. Dia kemudiannya mengarahkan Abang Rashid berhenti
untuk dia duduk di hadapan bersama Abang Rasyid. Mahu Sutera selesa untuk tidur
dalam masa yang agak panjang memandangkan kesesakan lalulintas yang teruk
ketika itu.

Best...best..best..naklaggiiii
ReplyDeleteterima kasih kalam..
Deleteok, sementara itu kita minum duluuuuu hihihi :)