Wednesday, 23 January 2013

dia wanita edisi terhad 2 - bab 4


BAB 4

Zamri menunggu Rania hingga benar – benar tenang untuk menerangkan  segala – galanya. Dia perlukan bantuan Jasmin. Rania perlu mendengar segalanya dari mulut Iqram dan Jasmin. Rania memandang wajah Zamri yang sayu. Tangan Rania digenggam erat. Di dalam kamar itu, Zamri tidak mampu untuk melakukan semuanya. Rania berkerut melihat Jasmin dan Iqram masuk ke dalam kamarnya.

“nanti... dengar apa yang Kak min nak kata” cepat – cepat Jasmin memegang tangan Rania. Tidak mahu hati Rania makin berkecamuk.

“Rania tak adil pada kami, sayang” kata Jasmin. Rania masih mahu mendengar. Dia yang masih duduk di atas katil memandang wajah Zamri pula.

“Rania dengar kata Zue tapi tak mahu dengar kata kami yang terlalu sayangkan Rania. Pernah kami singkirkan Rania walaupun Rania berperangai begini?” soal Jasmin.

“Dengar sini, Zue memang dah lama bencikan akak jadi Ranialah satu – satunya jalan untuk memisahkan akak dengan abang Iq. Mengapa Rania percayakan Zue yang bukan siapa – siapa dalam hidup Rania berbanding lelaki yang sudah pun menyayangi dan mencintai Rania sepenuh jiwanya?. Lelaki yang juga ayah kepada Junior?. Rania juga kejam pada Kak Min yang sudah pun menganggap Rania seperti Yaya dan Zana. Tak pernah sekalipun Kak Min mencintai lelaki milik Rania. Lelaki ini yang Kak Min cintakan” Jasmin memegang tangan Iqram.

“Benar Rania. Zue mahukan Abang Iq dari dulu lagi. Cuba rania fikir betul – betul. Rania dah cukup matang untuk fikir yang mana baik dan buruk. Rania juga boleh lihat dengan mata kepala Rania sendiri bagaimana Kak Min mencintai abang... bukan Zam” ujar Iqram. Rania tunduk. Ada benar juga kata – kata mereka tetapi hatinya masih ada sedikit rasa pedih.

Zamri duduk di sebelah Rania dan mengelus lembut jari jemari runcing itu.

“Sejujurnya, dahulu bucuk memang selalu menganggap cinta itu satu mainan yang menyeronokkan. Memang ramai gadis yang pernah ada di hati bucuk tetapi tiada satu pun yang lekat. Sejak sayang hadir di dalam hidup bucuk, semuanya berubah. Hati, cinta, hidup dan mati bucuk hanya bersama sayang. Apa salah bucuk hingga sayang hukum bucuk begini?” Zamri memejam matanya. Iqram menarik tangan Jasmin keluar dari bilik Zamri dan Rania. Biar mereka melepaskan apa yang terbuku di hati.

“Kalau bucuk cintakan Kak Jay, dari dulu lagi bucuk sudah pikat dia tapi sayang sendiri lihat bagaimana bucuk berusaha untuk menyatukan mereka bukan?. Bucuk kecewa sayang menganggap bucuk sehina itu” Zamri tidak mahu memandang Rania. Rasa bersalah mula menyelubungi hati Rania. Dia terus memeluk Zamri dengan erat.

“Maafkan sayang ya bucuk. Tapi hati ini masih ada rasa sakit. Maklong Zue dah ikat hati Zue dengan kuat agar membenci Kak Jay” ujar Rania.

“Dahlah sayang... kasihankan Kak Jay yang sedang hamil tu. Tadi sayang baling dengan sudu tau!. Kalau kena dia tadi?. Dah lah sudu tu berat” Zamri mengusap rambut Rania.

“Rania sendiri pernah melalui pengalaman mengandungkan Junior kan?. Rania nak Kak Jay tertekan dan sakit sebab perbuatan Rania?” pujuk Zamri. Rania menggeleng kepalanya. Dia masih ingat lagi bagaimana Jasmin memasak untuknya hampir setiap hari sewaktu mengandungkan Junior gara – gara dia yang tidak mahu makan masakan dari air tangan Kak Kasma. Bukan itu sahaja, Jasmin sanggup berjaga malam  bersama – sama menjaga Junior yang asyik meragam hinggakan Jasmin tidak cukup tidur dan demam tidak berapa lama selepas itu. Rania mengingati kembali semua kebaikan yang telah Jasmin lakukan kerana menyayanginya. Dia mula sedar, hanya kerana hasutan Zue dia melupakan semua kebaikan Jasmin sekelip mata. Rania menggenggam tangan Zamri.

“Rania salah dengan Kak Jay. Maklong Zue jahat!. Kenapa Rania tak nampak semuanya dulu” kata Rania. Zamri senyum.

“Pergi juga syaitan belaan Zue dari fikiran sayang ya” sengih Zamri. Rania ketawa dan terus turun ke bawah. Dia memeluk jasmin sambil teresak – esak menangis. Jasmin lega. Rania sudah sedar juga akhirnya.  Rania memohon maaf kepada semua yang ada di situ. Dia memegang tangan Kak Kasma yang tak habis – habis menggeleng.

“Itulah.. dengar cakap Zue tu sampai aku pun kau buat musuh” jeling  Kak Kasma. Rania terus memeluk Kak Kasma yang sudah pun tersengih. Iqram memanggil Zamri ke dapur.

“Jangan gembira lagi, Zam. Hati Rania tu terlalu lembut. Kau perlu awasi dia dari bertemu dengan Zue tu lagi. Dalam pada masa yang sama kau jaga hati dia baik – baik. Alhamdulillah..sekurang – kurangnya dia dah sedar sesuatu” nasihat Iqram. Zamri mengangguk. Iqram menepuk bahu Zamri dan terus berlalu. Dia mengajak Jasmin pulang.

“Nak ke mana?” soal Kak Kasma.

“Nak makan ais krimlah. Teringin” sengih Jasmin.

“Kak Kasma pun teringin” kata Kak Kasma malu – malu. Iqram dan yang lain ketawa.

“Anak siapa KK?” soal Zamri dengan selamba.

“Anak siapa apa?” berkerut dahi Kak Kasma.

“Ya lah... Kak Jay mengidam aiskrim sebab mengandungkan anak Abang Iq dan KK pula mengidamkan anak siapa?” usik Zamri.

“Anak kau lah!”

“Woishhhhhhh...” cepat – cepat Puan Sri Zaleha menekup mulut Kak Kasma. Mereka memandang Rania yang merenung Kak Kasma. Zamri terus memeluk bahu Rania.

“Bucuk tak selera pun dengan KK. Dia saja je” cuba untuk tersenyum.

“Eleh.. ingat aku selera dengan kau tu?. Muka macam perempuan” cebik Kak Kasma. Rania ketawa besar. Mereka yang lain merasa lega apabila melihat Rania sudah semakin pulih dari tekanan emosi yang dicipta oleh Zue.

Iqram membawa Kak Kasma makan aiskrim bersama Jasmin. Suka benar Kak Kasma apabila dilayan dengan baik sekali. Iqram tidak habis – habis menyendeng – nyendeng Jasmin. Berbulu sahaja mata kak Kasma melihatnya.

“Dah macam ulat bulu saja aku tengok kau ni” marah kak Kasma. Jasmin ketawa. Menolak sedikit badan Iqram agar menjauhinya.

“Eleh..dengki. Kak Kasma tak nak datang rumah kami ke?” soal Iqram.

“Tak naklah. Aku dah biasa tinggal rumah banglo besar. Tak main lah rumah banglo setingkat macam kau. Koman – koman pun tiga tingkat” cebik Kak Kasma. Jasmin ketawa terkekeh – kekeh. Dia menekan – nekan perutnya kerana terlalu geli hati.

“Janganlah gelak kuat – kuat sayang, nanti baby kita terjaga” kata Iqram. Jasmin senyum. lagilah berbulu telinga Kak Kasma mendengarnya.

“Anak kau tu, telinga pun belum ada” marah Kak Kasma.

“Nanti Kak Kasma bayar sendirilah aiskrim tu” ugut Iqram. Kak Kasma terus diam. Mana dia bawa duit waktu itu. Dia ikut Iqram dan Jasmin sehelai sepinggang. Sepuluh sen pun tiada dalam tangannya. Jasmin melentokkan kepalanya di bahu Kak Kasma.

“Tak apa, Jasmin yang baik hati ni belanja” senyum Jasmin. Kak Kasma menjeling ke arah Iqram. Tergelak Iqram dengan telatah Kak Kasma.



                                          ***********************


“Kau jangan naikkan darah aku, Zue!!” suara Dato Hashim mula meninggi.  Zue menjeling kerana tidak puas hati.

“abang dengar saja kata Iqram dan Zam tu” balas Zue. Pinggan kaca dilemparkan terus ke dalam sinki.

“Kalau aku tahu perangai kau begini, aku tak kahwin dengan kau” tengking dato Hashim.

“Dah tu?.. pergi dekat bini tua abang yang dah kerepot tu!” Zue menghentak kakinya dan terus ke ruang tamu.

“Sudah.. aku tak mahu apa – apa alasan. Ikut aku pergi rumah Zainal. Minta maaf pada mereka” arah Dato Hashim. Zue tidak berganjak.

“Kau jangan ingat kau hebat sangat, Zue. Walaupun bini tua aku tu kerepot tapi dia lebih hebat dari kamu” dato Hashim senyum sinis. Zue geram. Dia tidak suka dibandingkan dengan Datin Intan dan madu – madunya yang lain. Anak mereka di hantar ke rumah Mak Habsah, ibu Zue di kampung. Dato Hashim banyak kali menyuruhnya membawa kembali anak – anaknya tetapi Zue tetap berdegil. Dia mahu mengusahakan butik yang lebih hebat dan maju daripada Jasmin.

“Kau ni dah macam dalam cerita Hindustan. Dendam tak sudah – sudah. Hei, jangan ingat aku tak tahu yang kau tu masih tergila – gilakan Iqram!. Jangan mimpi Zue.. aku takkan ceraikan kau. Bukan kerana kau tapi kerana anak – anak aku. Aku mahu ke kampung. Ambil semula anak aku. Kalau kau tak mahu jaga, Ila, bini baru aku tu boleh jaga. Malah lebih baik daripada kau jaga anak – anak kau sendiri” Dato Hashim mengambil kunci kereta dan terus keluar. Zue membaling kusyen kecil ke arah Dato Hashim. Hatinya membengkak melihat wajah tua berkepala botak yang sering saja menyakitkan hatinya.


                                       ***************

Jasmin mendapatkan Makcik Khadija di dalam biliknya. Makcik Khadija melurut rambut Jasmin sambil tersenyum.

“ibu dah makan?” soal Jasmin. Dia yang datang bersendirian singgah sebentar di rumah ibunya sebelum ke hospital untuk berjumpa dengan Iqram.

“Dah. Anak ibu ni sihat?” soal Makcik Khadija. Jasmin mengangguk. Mereka berbual agak lama dan sebelum keluar, Jasmin menghulurkan wang belanja buat Makcik Khadija.

“Min jangan beri wang pada ibu sebab..” Makcik Khadija terdiam.

“Kenapa?. Kalau ibu nak makan atau beli apa – apa, gunakanlah duit ni” Jasmin menggosok belakang badan ibunya.

“Nanti Zana ambil” suara Makcik Khadija mendatar. Jasmin terkejut. Zana sudah berhenti kerja dengannya. Menurut Zana dia sudah dapat tawaran kerja yang lebih baik tapi mengapa masih mengganggu ibu?.. fikir Jasmin.

“Kalau begitu, biar Yaya simpankan” kata Jasmin. Makcik Khadija mengangguk. Jasmin pergi tetapi masih lagi memikirkan masalah Zana.

Waktu bertugas Iqram sudah habis tetapi dia masih belum keluar dari biliknya. Pembantunya tersenyum memandang Jasmin yang tersenyum – senyum sambil memberi isyarat menyuruhnya diam. Pembantu Iqram yang bernama Talia itu mengangguk faham. Jasmin membuka pintu bilik Iqram. Dia terjingkit – jingkit kerana tidak mahu Iqram yang sedang mengemas sesuatu itu perasan akan kehadirannya.

Jasmin terus memeluk Iqram dari belakang. Pipi Iqram dikucupnya. Iqram senyum tetapi masih tidak mahu menoleh.

“Oh.. Kamal.. aku rindukan ciumanmu itu Kamal” kata Iqram dengan mata yang tertutup. Jasmin mengerutkan dahinya.

“Takkan cium pipi je Kamal?” kata Iqram. Jasmin geram. Dicubitnya pipi Iqram.

“abang ni, siapa Kamal?. Min tak sangka dengan lelaki pun abang suka!. Kalau dengan lelaki, Min lebih rela dengan perempuan tau. Tak sukalah!” Jasmin berpusing. Iqram menarik lembut badan Jasmin agar menghadapnya.
Iqram ketawa.

“Oh.. Kamal, kenapa kau jadi perempuan Kamal?” sengaja membuat Jasmin marah.

“Tak naklah” jeling Jasmin.

“Kamal.. janganlah marah kamal!.. oh...”

“Eee.. gelilah” Jasmin ingin melepaskan pelukan Iqram tetapi tidak mampu. Iqram ketawa.

“Sayang nak makan apa hari ni?. Kita makan nasi beriani nak?. Abang teringinlah sayang” kata Iqram. Jasmin mencebik.

“Pergilah ajak Kamal!” marah Jasmin.

“Kamal?. Kejap lagi abang panggil Kamal” kata Iqram sambil memanggil Talia masuk ke dalam biliknya. Pelukannya dilepaskan.

“Suruh Kamal masuk ya, Talia” arah Iqram. Jasmin sudah mendidih. Tidak berapa selepas itu seorang tukang cuci warga Bangladesh masuk ke dalam bilik Iqram.

“Kamal, nanti you bersihkan bilik ni dulu ya?. Ada kotor sikit dekat sana” arah Iqram. Jasmin menahan mulutnya dari tersenyum. Iqram memimpin tangan Jasmin keluar dari biliknya. Belum pun sempat dia dan Jasmin sampai ke pintu utama, Iqram terus berpusing membawa jasmin pergi. Dia seperti mengelak sesuatu. Jasmin hairan.

“Kenapa?. Kereta Min di sana kan?. Kan abang tak bawa kereta hari ni” kata Jasmin.

“doktor!!! Doktor!!” jerit  seorang wanita. Jasmin berhenti melangkah. Iqram menepuk dahi. Dia mengecilkan matanya. Kyla menghampiri mereka berdua.

“ooo.. ini isteri doktor?” soal Kyla. Cuba mengukir senyuman yang sedikit pun tidak manis pada pandangan Iqram.

“Ya, saya isteri dia” senyum Jasmin.

“Ini anak saya” kata Iqram sambil mengusap perut Jasmin. Dengan cepat Jasmin menepis perlahan tangan Iqram.

“malulah sayang” bisik Jasmin.

“Ini anak saya ni. Tak lama lagi lahir” sengih Iqram dan masih lagi mahu memegang perut Jasmin mujurlah Jasmin sempat menangkap tangan Iqram. Muka Kyla berubah.

“Tak payah cakap banyak kali” Kyla terus pergi. Iqram menggigit bibirnya. Jasmin merenung Iqram yang melontarkan pandangannya jauh ke hadapan. Muka Jasmin berkerut. Iqram memandang Jasmin yang dari tadi merenungnya.

“Ini anak abang” Iqram memegang perut Jasmin lagi.

“Habis tu?. Takkan anak Kamal pula?” kata Jasmin selamba dan terus meninggalkan Iqram yang terkulat – kulat. Iqram mengejar jasmin.

“Itu anak abanglah” kata Iqram. Jasmin memegang dadanya. Seperti sesak nafas rasanya.

“Ya.. ini anak abang, abang!”

“Habis tadi kenapa sebut Kamal?” Iqram seperti mahu merajuk.

“Abang ni. Abang saja selera dengan Kamal. Min tak selera pun” senyum Jasmin.

“Dengan abang selera tak?” tersengih – sengih sambil memimpin tangan Jasmin.

“Yalah...” jawab Jasmin. Malas mahu melayan kerenah Iqram.

“Terima kasih sayang..sebab selera” kata Iqram. Kali ini Jasmin benar – benar tergelak besar. Dia menampar – nampar belakang badan Iqram. Zul dan Zaitie yang sudah pun mahu pulang ketawa sendiri melihat jasmin dan Iqram yang dari tadi macam orang tak betul!.

2 comments:

  1. Padan muka cikgu Zue tu kena marah olh Dato' Hashim :D hmm, kak.. zana tak berubah lagi ke? ish ish ish. Kyla tu takut juga saya dbuatnya :s

    Salam Maulidur Rasul ya kak ;)
    آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam maulidurrasul juga adik!!!
      terima kasih sbb baca ya. cuti panjanglah izzatul ya!!.
      memang patut kena marah. nanti dia balik kampung lagi teruk kena marah dengan maklong Jihan... lama tak ada maklong Jihan kan

      Delete