Saturday, 5 January 2013

puisi kasih untuk kekasih - bab 1


Salam.. sebelum apa2 ni nak habaq sikit. ini sebenarnya percubaan saya untuk buat satu karya romantis. kiranya lari sikit dari kebiasaan yang selalu buat watak gila2 dan suasana haru biru dalam karya seperti sebelumnya. agak susah.. tapi saja nak mencabar diri!. kalau karya PKUK ni macam boring saya minta maaf awal2.. maafkanlah saya yang baru nak belajar ni yek... selamat membaca!

******************************************************************************************




 BAB 1

Buku lama di hadapannya disentuh. Belum teringin untuk dia membukanya. Zarin menguntum senyum. dia pasti itu milik arwah ayahnya yang sememangnya gemar berkarya. Puisi cinta itu ibarat makanan harian buat arwah ayahnya, Haji Husin. Dia dulu pernah terkenal sebagai seorang penulis novel dan puisi cinta. Zarin masih ingat lagi bagaimana ayahnya menaip di komputer sambil memangkunya di ribaan sewaktu berusia enam tahun.

Sahabatnya, Suri yang sedang mengemas ruang tamu terjerit – jerit ketakutan apabila melihat beberapa ekor lipas berterbangan. Zarin ketawa. Dia membuka jendela. Terdapat sebuah rumah yang sederhana besarnya berhadapan dengan rumah mereka. Rumah itu kelihatan seperti  baru sahaja dibina. Kayu cengal yang sememangnya kukuh menjadi pelindung untuk penghuni rumah itu mendapatkan perlindungan. Rumah yang dikekelilingi tumbuhan berbunga indah itu mencantikkan lagi permandangan rumah itu. Kosong... masih tiada sesiapa yang dapat dilihat oleh Zarin. Dia menutup matanya. Suasana sejuk dan tenang di atas bukit itu amat mendamaikan..... itulah yang sering diungkapkan oleh ayahnya. Persekitaran yang indah itu, tanda sebuah kedamaian.

“Zarin.. kita jalan – jalan nak lepas ni?” usul Suri. Zarin senyum. bersetuju sahaja. Dia melangkah menghampiri kamar lamanya. Sudah 15 tahun rumah ini ditinggalkan. Mengikut ibunya ke Singapura membuatkan dia sentiasa merindui suasana damai yang amat dirinduinya. Zarin terus membantu Suri menghabiskan kerja – kerja mengemas.

                              ****************************

Bejalan – jalan sambil menikmati panorama indah di sekelilingnya membuatkan hatinya menjadi tenang. Dia duduk di atas bangku. Berhampiran dengan taman yang dia sendiri tidak pasti akan pemiliknya. Seorang lelaki lebih kurang sebaya dengannya menghampri.

“Assalamualaikum... maaf ya saudari, bangku ni baru saja di cat. Habis baju saudari” kata lelaki itu. Zarin terus bangun. Cat putih mengotori pakaiannya.

“Saya minta maaf” pinta Zarin. Lelaki tadi hanya mengangguk.

“Saya yang perlu meminta maaf sebab dah kotorkan pakaian saudari” ujarnya. Zarin mengangguk. Suri memperkenalkan diri.

“Saya Khusyairi... panggil saja saya Airi” menyambut salam perkenalan.

“Saya Farah Zarin.. boleh saja panggil Zarin” masih tersenyum.

“Tak kerja ke?. Selalunya waktu begini semua bekerja?” soal Suri.

“Inilah kerja saya” memandang taman bunganya.

“Oh.. jual bunga?” soal Zarin.

“kenapa jual bunga?” soal Suri pula.

“Sebab bunga lambang keindahan cinta” jawabnya dengan jujur. Tanpa rasa terlalu berbunga – bunga bahasanya.

“Keindahan cinta?. Apa itu cinta?” soal Zarin semula. Khusyairi tunduk. Menguntum senyum dan kemudian memandang wajah Zarin. Direnungnya. Dia tahu Zarun mahu mengujinya.

“Definisi cinta saya dan awak berbeza. Setiap orang juga berbeza. Jika saya katakan cinta itu kebahagiaan, pada orang yang sering terluka hatinya pasti akan kata ianya penderitaan. Jika saya kata cinta itu penguasa hati, bagi orang yang sudah hancur hatinya akan berkata cinta itu pemusnah hati yang bahagia. Untuk saudari Zarin, jawapan itu ada pada awak. Makna cinta bagi saya... biar saya saja yang mengetahuinya. Apapun... cinta itu milik dan anugerah tuhan buat semua makhluknya kerana Dia juga menciptakan kita dari satu perasaan yang dinamakan cinta” senyum

“Kalau dirogol, itu bukan dari rasa cinta namanya!” sangkal Zarin. Khusyairi ketawa kecil.

“Itu bukan rasa cinta dari lelaki itu tapi rasa cinta dari tuhan untuk hambanya. Apabila kita diuji, bermaksud Allah melihat kita. Lebih baik daripada langsung tidak dipandang pencipta kita sendiri bukan?. Siapalah kita yang hanya diciptakan dari tanah untuk mempersoalkan cinta abadi tuhan yang maha esa?. Jangan teruskan soalan itu Saudari, rasanya perbualan ini akan menjadi perbalahan bukan?. Tak manis awal perkenalan kita diakhiri dengan pertelagahan” senyum Khusyairi.

“Assalamualaikum. Oh ya, waktu semakin gelap. Pulanglah. Tak molek wanita seindah awak ini duduk di kawasan seperti ini. Pulanglah ya” kata Khusyairi sambil memandang Zarin dan seterusnya Suri. Zarin terdiam. Dia terus mengatur langkah untuk pulang. Dia menoleh semula ke belakang. Khusyairi mengangkat tangan kanannya sambil mengangguk tanda hormat. Senyuman masih di bibirnya.

Zarin duduk termenung. Lelaki tadi benar – benar mengganggu fikirannya. Dia berbeza sekali tetapi sikapnya yang seolah – olah memperkecilkannya membuatkkan Zarin sedikit tidak senang hati. Suri sudah nyenyak tidur. Kesejukan malam membuatkan Zarin membaluti badannya dengan kain selimut. Dia keluar. Memandang rumah dihadapannya. Kelibat seseorang yang baru sahaja melintasi jendela rumah itu meyakinkan Zarin pemiliknya seorang lelaki. Pintu rumah itu terbuka. Lampu di luar rumah itu dipasang. Zarin terkejut. Khusyairi!!!. Zarin mengatur langkah mendekati pagar kayu rumah itu. Khusyari yang baru sahaja membuka pintu keretanya menoleh. Tidak mendekati tetapi hanya menyapa Zarin dengan senyuman.

“Saudari Zarin, rasanya cuaca terlalu sejuk di luar. Pulanglah. Nanti demam pula. Saya nak keluar sebentar. Sebelum saya pergi, saya mahu lihat saudari Zarin masuk ke dalam rumah dengan selamat. Hanya rumah saya dan awak sahaja di sini. Rumah yang lain jauh!. Masuk dan kunci pintu, ya” arah Khusyairi.

“Hmm... saya bosan. Ikut sekali?’ Zarin sengaja mahu menduga. Khusyairi ketawa kecil.

“Saya tak bawa wanita yang saya tak kenal” jawab Khusyairi.

“Takut?” soal Zarin lagi.

“Ya.. saya takut tak tahan godaan syaitan dari sentiasa melihat awak. Kali pertama, suka. Kali kedua, tertarik dan kali ketiga.... saya akan mula hilang rasa tanggungjawab untuk melindungi awak dari diri saya sendiri” jawab Khusyairi. Zarin menelan air liur. Berani betul lelaki itu berbicara begitu. Zarin masuk ke dalam dan mengunci pintunya. Dia mengintai ke luar. Khusyairi sudah pergi sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah tadi.

“Siapa dia?’ soal Zarin sendiri. Masuk ke dalam bilik dan terus tidur. Dia pasti akan cuba lebih mengenali lelaki itu.... Khusyairi!.

No comments:

Post a Comment