Monday, 14 January 2013

PUISI KASIH UTK KEKASIH - bab 2


Bab 2

Zarin melintasi kawasan kebun bunga milik Khusyairi. Tiada kelibat Khusyairi yang dapat dilihatnya. Zarin duduk di atas kerusi bersendirian. Suri tidak mahu keluar petang – petang begini kerana katanya suasana di kebun bunga itu agak menyeramkan. Ketawa besar Zarin mendengarnya. Dia termenung seketika. Hembusan bayu petang yang menyapa pipinya itu membuatkan Zarin seperti mahu terlena. Terdapat pokok – pokok besar di tepi jalan besar itu. Peliknya, tidak ramai orang yang lalu di situ. Lantaklah.. perlukah aku fikir, Zarin tersenyum sendiri. Matahari hampir terbenam. Angin semakin kuat dan tiba – tiba Zarin seperti merasakan sesuatu yang aneh. Dia cepat – cepat menoleh ke sebelah kiri.
Pokok bunga mawar putih yang ditanam di dalam satu kawasan yang telah dipagarkan itu bergoyang perlahan seperti di tiup angin. Zari memerhatikan sekeliling pokok di kawasan itu. Tiada yang bergerak sekuat itu. Kaki kanannya mula melangkah pergi tetapi sekali lagi angin kuat yang dingin menyapa pipinya. Zarin memejam matanya. Menarik nafas dalam – dalam. kedua belah tangannya digenggam dengan kuat untuk mengumpul kekuatannya sendiri.

Dengan sedikit keberanian, Zarin cuba melihat kawasan pokok mawar putih itu sekali lagi. Dada Zarin berdegup kencang. Pokok – pokok itu beralun ke kiri dan ke kanan. Zarin terus membuka pintu keretanya. Dengan cepat dia meninggalkan kebun bunga milik Khusyairi.


                           *******************

Zarin  cuba mendapatkan Khusyairi yang sedang duduk di buaian rumahnya. Niat Zarin hanya mahu bercerita mengenai perkara semalam yang masih menghantui dirinya.

“Khusyairi” panggil Zarin dengan lembut. Khusyari mendongak. Tiada reaksi pada pandangan matanya. Zarin terus masuk ke halaman rumah Khusyairi yang tidak berkunci pagarnya. Khusyari kelihatan bingung dan terus berdiri seperti ketakutan.

“Awak kenapa?” soal Zarin. Dia cuba menyentuh lengan Khusyairi tetapi terus ditepis dengan kasar. Khusyairi terus masuk ke dalam rumah dan menutup pintunya dengan kuat sehingga membuatkan Zarin terkedu di situ. Zarin semakin bingung. Mana perginya Khusyairi yang pandai berkata – kata itu. Zarin mengeluh dan terus masuk ke dalam rumahnya. kakinya terpijak sekeping kertas yang dicorakkan seperti kertas lama dengan serangkap puisi.

Kali pertama dia memandang
Aku juga terpandang
Kali kedua dia tersenyum
Aku juga tersenyum tetapi...
Hanya dibelakang
Aku seperti dia yang juga seperti aku...
Selamat datang puteri kasih seindah mawar putih

Zarin memegang kertas itu agak lama. Suri dan rakan serumah baru mereka, Masliza  Mat yang baru sahaja menyertai mereka dua hari lalu memandang Zari kehairanan.

“Kenapa?” soal Masliza dengan kerutan yang masih ada di dahi.

“Tiada apa – apa” jawab Zarin dan terus masuk ke dalam kamarnya. Dia menyimpan kertas puisi itu ke dalam kotak yang dihias cantik. Zarin termenung lagi.

Suri mengetuk pintu bilik Zarin yang sudah lama tertutup rapat.

“Zarin.. Khusyairi  bagi kita kuih ni!” jerit Suri. Zarin keluar. Cepat – cepat dia berlari ke muka pintu. Khusyairi yang masih berada di luar terus menghadiahkan sekuntum senyuman buat Zarin.

Kali ini Zarin lebih bingung. Siapa yang duduk di halaman rumah dia tadi kalau betul kata Suri yang dia baru pulang dari pekan?.. Zarin terus membelek kuih lapis di atas meja. Masliza dan Suri sudah pun merasa kelazatan kuih itu. Zarin hanya merasa kuih lapis itu sedikit sahaja sebelum di habiskan oleh mereka berdua.  Zarin mahu pergi mandi. Mungkin orang yang dia jumpa tadi hanya halusinasinya sahaja.

                       **************************


“Kita pergi kebun bunga Khusyairi” ajak Zarin. Masliza hanya bersetuju sahaja. Suri awal – awal lagi menolak pelawaan Zarin itu. Dia seperti ketakutan apabila mendengar mengenai kebun bunga Khusyairi. Masliza dan Zarin terus keluar. Suri menutup pintu rapat – rapat. Surah Yassin di mainkan dengan kuat di dvd playernya.

Zarin mendapatkan Khusyairi yang sedang menyiram bunga – bunganya. Tersenyum lebar Khusyairi apabila melihat kehadiran mereka berdua.

“Hmmm... memang pantas wanita secantik kalian melihat bunga – bunga yang indahnya tidak lebih dan tidak kurang dari wanita secantik kalian” ujar Khusyairi. Masliza tersenyum lebar mendengar kata – kata indah yang keluar dari bibir Khusyairi itu.

“Suka puisi?” soal Zarin. Sengaja mahu mendapatkan kepastian.

“Santapan saya. Namun tidaklah sehebat ayah awak” senyumnya. Zarin ketawa. Dia menoleh ke arah mawar putih itu. Dia menarik tangan Masliza.

“Cantikkan mawar putih tu?” soal Zarin. Dia membetulkan tudungnya yang sedikit senget. Masliza mencari – cari.

“Mana ada bunga mawar putih di sini?” soal Masliza pula. Berderau darah Zarin mendengarnya. Dia menarik lengan Masliza lebih dekat dengannya.

“yang tu apa?” soal Zarin lagi. Dia merenung mawar putih itu.

“Ohhh.. itu white rose” jawab Masliza sambil ketawa. Sengaja mahu mengusik Zarin. Jelingan tajam yang Masliza dapat di atas jawapan yang menyakitkan hati itu.

“Tapi satu saja. Yang lain warna merah” kata Masliza. Cepat – cepat Zarin menoleh lagi. Apa yang dilihat semua pokok mawar itu berwarna putih. Ah... nak tipu aku lagi lah tu!...

Zarin leka memerhatikan Khusyairi membelai mawar putih itu dengan lemah lembut. Masliza memegang tengkuknya berkali – kali. Dia berbisik ke telinga Zarin.

“Jom balik, aku macam nak demamlah!” kata Masliza dan terus berjalan ke hadapan meninggalan Zarin. Zarin bersetuju dan sebelum dia meninggalkan  Khusyairi, Zarin sempat menoleh ke arah sepohon pokok rendang yang betul – betul berada di belakang pagar mawar – mawar putih itu. Zarin tergamam. Seorang wanita cantik yang berpakaian putih bersih tersenyum ke arahnya. Khusyairi memandang Zarin kemudian menoleh ke belakang. Dengan senyuman Khusyairi berkata kepada Zarin.

“Dia suka kalian datang ke sini sebab kalian sebersih mawar putih ini” Khusyairi memandang semula wanita itu dan mengangguk lembut. Zarin senyum dan terus pulang.

                                        *************************


“Pandai awak jaga kebun bunga ya” ujar Zarin ketika bertembung dengan Khusyairi di pekan.

“Itu pun dah semak banyak. Saya sibuk sekarang ni kan” Khusyairi menjawab. Telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

“Eh.. cantiklah!” jawab Zarin. Khusyari ketawa.

“Ajar saya tanam bunga. Nak tanam dekat depat rumah nil ah. Nanti petang saya pergi kebun” kata Zarin dan terus berlalu tanpa mendengar jawapan dari Khusyairi dulu. Hanya keluhan yangKhusyairi mampu berikan.

Zarin pergi ke kebun sendirian. Masliza juga tidak mahu ikut sekali. Banyak benar alasan yang dia berikan untuk mengelak daripada pergi ke kebun Khusyairi.  Zarin tiba dahulu. Dia terpandang satu kertas yang ditindan dengan sebiji batu kecil di atas kerusi taman. Zarin mengambilnya. Masih corak  dan tulisan yang sama. Zarin membaca tiga rangkap puisi yang tertulis dengan tulisan yang cantik sekali.

Ada kala cinta itu membutakan hati dan mata
Jiwa terseksa tetapi tetap merindui
Hati meruntun tetapi tetap didakapi
Seluas lautan itu kasihmu
Seluruh alam fana ini kasihku.

Jika dipandang akan keindahan
Akan terselah kemegahan si mawar merah
Tetapi jika dipandang akan kesucian
Akan terlihat kemurnian si mawar putih

Kau berlalu seketika dariku
Membuatkan aku kerinduan seusia hidupku
Jangan pergi jangan pergi
Sayangnya kau tetap pergi...

Zarin terduduk di situ. Dengan pagar yang sudah tidak berkunci, Zarin menghampiri mawar – mawar putih itu. Disentuhnya mawar putih itu dengan penuh tanda tanya.

“Seperti ada sesuatu di antara kita. Kau hanya bunga tetapi aku dapat merasakan yang kau lebih dari itu. Aku takut, seram dengan semua ini tetapi aku juga tak dapat mengawal langkahku dari bertemu denganmu, Mawar putih. Kenapa aku?” soal Zarin. Seperti orang tak betul sahaja fikirnya. Angin bertiup kencang dan kertas itu terlepas dari tangannya. Zarin bangun dan mengejar kertas itu sehinggalah kertas itu berhenti di bawah sebatang pokok besar . Zarin terkejut. Rupa – rupanya ada lagi puisi dibelakang kertas itu.


Hanya dikau pengikat kasih
Hanya dikau untuknya.. untukku
Ketulusan itu hakmu dan juga hakku
Bukan hak mereka untuk melempar kau, aku dan dia
Dari bersatu menyemai cinta.

Kau celik tapi sering leka..
Kembali semula, lihat semula
Akan puisi seperti di sini kerana jawapan sering tertinggal
di belakang...

“Makk......” Zarin menjerit dan terus menghindupkan enjin kereta. dia benar – benar mahu menangis. Matanya masih mencuri pandang kertas lama itu dengan degupan jantung yang kuat. Dia perlu pulang.....

8 comments:

  1. seramnya.. :s ada cerita disebalik kebun tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum akak jawab soalan izzatul, ... tada!!!! blog dah kurang bunga - bunga hihii
      ok, jawapannya : ada.. sejarah Zarin juga ada di situ.

      Delete
    2. Baru je nak kutip. haha.. Saya main2 je hari tu tau kak.. saya suka bunga sbenarnya. hihihi Ekk.. tak, bunga suka saya. hahha.. kidding. Hmmm, mcm tu rupanya.. patutlah seram smacam je kebun tu. tak apa, kita tunggu next entry. hehe..

      Delete
    3. bunga sebelum ni nampak cam blog orang tua sangatlah hahahha... nasib baik Izzatul hint benda tu. tq. nak gak rasa cam orang muda hihihiih..

      *bukan bunga je suka Izzatul, F..R.. pun suka Izzatul juga ;)

      Delete
    4. akak lagi sukaaaaaaaaaa :)

      Delete
  2. yeyeyeyeyyyy cerita baru hahahaha.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha..
      kalam, cerita baru ni cuma boleh dikarang waktu t/hari jer.. kalau x, mimpi macam2 hihihiih

      Delete
    2. AAaaalaaa mimpilah dakuuuuu hehehehe

      Delete