Friday, 4 January 2013

surprise! DWET 2 - bab 1


DIA WANITA EDISI TERHAD  2 - bab 1

Zamri dan Rania dikurniakan seorang putera yang diberi nama Zaid Mirza Yusuf. Terbahak – bahak Iqram ketawa mendengar nama anak buahnya. Nak juga letak ZMY pada nama anak mereka. Rania merajuk hampir seminggu kerana tiada namanya langsung. Iqram memeluk Jasmin yang tersenyum – senyum memandang ZMY junior (panggilan Zamri untuk anaknya).

“Nak ke?” soal Iqram. Jasmin ketawa.

“Bila nak bagi?” soal Jasmin. Iqram terkekeh – kekeh ketawa.

“Kau ingat macam beli anak ikan kat pasar borong ke kak Jay?. Untuk membentuk zuriat memerlukan sentuhan kasih sayang yang..”

“Sudah! Menyampah aku dengar” jerit Kak Kasma. Zamri terdiam. Rania senyum.

“Tahulah Abang Iq kau tu nak buat macam mana. Lagipun baru beberapa bulan kahwin. Nanti kalau cepat sangat pening kepala mama kamu semua tahu tak?” Kak Kasma bercekak pinggang.

“ZMY junior mesti pandai bergaya macam papa ya?” kata Zamri. Mencium bibir ZMY junior dengan penuh kasih sayang. Iqram meminta diri untuk pulang. Dia mahu makan malam berdua dengan Jasmin. Hari ini Jasmin masak sesuatu yang baru buatnya... Pasta!.

Di dalam kereta Iqram sibuk memegang tangan Jasmin.

“Abang... macam mana nak drive kalau asyik pegang tangan Min ni?” soal Jasmin.

“Abang rindu” rengek Iqram.

“Ish.. geli tau, merengek macam ni. Dah nak jadi bapa budak pun ngada – ngada!” Jasmin mencubit pipi Iqram. Enjin dihidupkan. Iqram terus pergi ke stesen minyak untuk membeli air minuman. Terasa haus pula! Iqram masuk semula ke dalam kereta.

“Min sukalah bau abang ni” Jasmin menghidu leher Iqram.

“Ish.. main hidu – hidu pula. Kenapa ni?” berkerut dahi Iqram. Jasmin senyum. melentokkan kepalanya di bahu Iqram. Mereka berdua terus pulang ke rumah.

Jasmin terus ke dapur. Membuka tin sos pasta yang baru dibelinya semalam. Dia memasak pasta itu mengikut resepi yang diambilnya dari majalah keluarga yang dilangganinya setiap bulan. Esok dia perlu ke rumah mertuanya semula. Zamri mahu buat sedikit jamuan untuk mereka sempena rambut ZMY junior yang sudah tumbuh setelah dibotakkan.

Setelah siap, Jasmin membawa sepinggan pasta ke meja ruang tamu. Iqram senyum. nampaknya Jasmin sangat rajin memasak.

“Sedapnya sayang” puji Iqram tetapi mukanya berkerut.

“Sedap ke?. Tapi kenapa muka tu berkerut pula?” soal Jasmin. Mengambil sudu dari tangan Iqram. Dia merasanya pula. Jasmin terbatuk – batuk.

“Masinnya!!!” jerit Jasmin. Dia terus ke tandas. Tidak sanggup menyimpan kemasinan itu lebih lama di dalam perutnya. Iqram masuk ke dalam tandas. Mengurut – ngurut belakang badan Jasmin. Muka Jasmin merah padam. Iqram terus mendukung Jasmin masuk ke dalam bilik dan meletak tubuh isterinya itu di atas katil.

“Abang.. Min ni Cuma muntah sebab makan sajalah” kata Jasmin.

“Abang tak sanggup” jawab Iqram.

“Mengada – ngada” Jasmin menggeletek Iqram sehingga suaminya itu merayunya untuk berhenti menggeletek.

“Walaupun masin, ianya tetap manis bagi abang, sayang” bisik Iqram. Jasmin terus memeluk Iqram. Sayangnya dia pada Iqram hanya Allah sahaja yang tahu.


                         *******************

Yaya dan Makcik Kalsom sibuk mengacau sambal tumis nasi lemak di rumah Tan Sri Zainal. Zana pula membantu Rania menguruskan ZMY junior. Makanan lain sudah tersedia di atas meja yang diletakkan ditengah – tengah halaman rumah.

“yaya.. panggilkan Kak Min, dik” jerit Iqram yang sedang menyediakan tempat untuk membakar ikan. Yaya terus naik ke bilik Iqram. Tidak lama selepas itu yaya turun terjerit – jerit memanggil Iqram.

“Abang Iq.. Kak Min pengsan!!!” jerit Yaya. Semua berlari ke atas. Tubuh jasmin yang longlai di atas lantai diangkat dan diletakkan di atas katil. Iqram memanggil Jasmin dengan lembut sekali. Zamri hilang sabar.

“Bang.. kau panggil Kak Jay tu macam ajak masuk bilik aje!. Aku panggil Rania masuk bilik pun tak lembut macam tu. Dia pengsanlah! Kuat sikit” arah Zamri. Rania menyiku pinggang Zamri. Zana tersenyum.

“Sayang...” pipi Jasmin disentuh lembut. Iqram mengambil tangan Jasmin. Memeriksa nadi Jasmin. Iqram membisu dan seperti mengira sesuati. Denyutan jantung Jasmin juga diperiksa. Iqram senyum. dahi Jasmin terus dikucup dengan penuh kasih sayang. Iqram yang masih tersenyum terus menyelimuti Jasmin.

“kenapa?” soal Puan Sri Zaleha.

Iqram senyum.

“Kenapa?” soal Tan Sri Zainal pula.

Masih tersenyum.

“Cakap sajalah mengandung!” jeling Zamri. Iqram mengangguk. Riuh bilik itu dengan sorakan gembira.

“Habis min macam mana?” soal Makcik Khadija.

“Biar Iq jaga, ibu” kata Iqram. Mereka semua turun ke bawah. Iqram membelai rambut Jasmin.

“Selamat datang anak papa” ucapnya di perut Jasmin.

Tan Sri Zainal ketawa tak henti - henti. dia gembira rumahnya akan riuh dengan cucu - cucunya. Iqram turun ke bawah. Jasmin sudah sedar tetapi diminta oleh Iqram supaya berehat.

"ZMY junior... nanti kita lawan bola dengan anak Paklong!" usik Zamri. 

"Jangan nak ajar anak kita bukan - bukan, bucuk!" marah Rania.

"Yaya tak akan benarkan ZMY junior membelasah anak buah Yaya. ini maksu dia tau!!!" kata Yaya. Zamri mencebik.

"Badan macam lempeng kelapa tak cukup garam nak lawan anak ZMY yang kacak ni" kata Zamri. Yaya menjeling. dah tua dah punnn..... bisik Yaya.

Iqram masuk semula ke dalam biliknya. tidak sampai hati mahu membiarkan Jasmin bersendirian. dia yakin yang Jasmin belum tahu akan berita kehamilannya. dia akan memberi kejutan yang istimewa buat Jasmin.

** sebenarnya cam kosong la plak hari saya bila tak taip dwet ni. macam ada yang x kena saja. jadi saya sambung sajalah ye. jangan marah ye ;)*

13 comments:

  1. Tak marah..suka lagi ada..ngee

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah....
      x marah heheheh
      cayang zarra :)

      Delete
  2. Okay sis xde nye nk marh mne taw buat bab bru nie nnt bole disekalikn dgn cite yg first tu bole jdik novel yg tbal sis..
    kompem klw jdik nvel tbl cam mne pon msty rmai yg bli sebab setiap bab yg sis tulis msty ade gelak ketawe kireny x jemu la klw bce berulang-ulng kali hehehehe....menunggu n3 SCDS pulak hehehehe...go..go chayok sis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih lya...
      jangan boring baca dwet yek
      cayang lya :)

      Delete
  3. tabik spring kat iza toinnngg...tooinnggg..ttooinggg...hehehe you mmg best le dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cayang kalam a.k.a Irna!!!!! :)
      terima kasih kalam. sebab ada pembaca macam korang semualah yang buat iza tak kisah malah suka nak menggembirakan kalian..

      Delete
  4. Wah! Ini betul ke? Tak sangka tak sangka! Suka sangat.. tak marah pun kak, gembira adalah. haha. Happynya.. hehehe. Akak mmg best! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. terima kasih izzatul.
    seronok bila tahu izzatul suka.
    sayanggggg adik izzatul!
    nanti leh ler jenguk jasmin lagi hehehe

    ReplyDelete
  6. terima kasih banyak-2 kak special n3 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama - sama Baby mio :)
      terima kasih banyk2 gak untuk baby mio sbb baca DWET 2 juga ya..
      saaayannngg baby mio !!!

      Delete