Tuesday, 19 February 2013

baca novel? tak baca?

baca novel?

sesungguh dan sejujurnya novel terakhir yang saya habiskan dan sekali gus  ..buat pertama kalinya adalah LANGKAH PERTAMA..karya Khadijah Hashim. itulah kali terakhir saya menghabiskan sebuah novel sewaktu berumur..... 13 tahun. bukan tidak pernah mencuba tetapi rasanya batas waktu mungkin sedikit sebanyak menjadi sebab mengapa saya tidak membaca novel selepas itu.

waktu saya sakit dahulu, lagilah saya tak mampu membaca novel. lepas bekerja.. juga begitu. mungkin ada yang kata saya cuma membangkitkan benda yang remeh. sungguh!.. tanyalah pada abang, kakak- ipar dan mak saya... memang tiada satu novel pun di rumah. Tapi baca cerpen di ruangan majalah..ya!. ada.

bila suami menghadiahkan laptop untuk saya. hobi lama yang terpendam dalam sungai bertahun - tahun lamanya timbul kemali. suami, mak, abang, kakak ipar dan kawan2 memberi saya sedikit keyakinan. Saya mulakan dengan mernerjah ke lubuk hati. ok... macam, seronok. waktu ini saya terpaksa memilih antara satu. baca novel atau karang novel. minat saya yang mendalam mendorong saya memilih pilihan ke dua. sebab itu gaya penulisan saya tidak seindah mana. mungkin tidak penuh ilmu untuk menjadi seorang penulis novel yang sepatutnya sentiasa membaca karya indah itu...sebab itu bila group novel yang saya masuk tengah berbual pasal review novel, saya tak join dua kaki. saya cuma masuk campur bila group tu nak di tutup je. sayang sangat group tu walaupun saya bukanlah layak menyertai mereka. macam bersalah sangat2. lagipun member group tu best2 belaka.

tapi sekarang ada juga saya baca blog - blog penulis lain yang rata - ratanya sahabat FB saya. see... bila saya baca saya jadi macam..."Alaaa.... aku punya novel macam kurang sangatlah. diorang punya ayat best aje. kenapalah aku tak boleh tulis macam diorang".. terbit sudah kelemahan diri..

tapi saya ada terbaca komen seorang sahabat FB yang baru saya kenali. Kak Hijab kalbu.. katanya penulis mesti bangga dengan karya sendiri walau seteruk mana pun (lebih kuranglah)... saya tersenyum sendiri. ya... betul. kata - kata itu membuatkan saya berani menulis n3 ni. saya takut nak tulis kebenaran ini.. takut ramai yang tersinggung. saya takut ada yang fikir .. azizah tak beli atau baca karya orang lain buat apa kita nak baca karya dia" .. sangat - sangat takut.

Kak Hijab itu pernah menulis.. seorang penulis ada sisi lain pada dirinya. ya.. ini antara sisi lain yang ada pada saya. abang kesayangan saya pernah cakap. tak apa tak baca novel lain, sekurang - kurangnya yang keluar dari otak kau tu idea asli. saya sengih. ha..ha... dia tak maksud semua penulis idea x asli. dia kata pada saya sahaja sebab nak pujuk hati saya kot. tapi rasanya hujung bulan ni nak grab satu novel. stop menulis seminggu ke.... :)


buat suami (mohamad rizduan) , ibu (Ainon binti sulaiman) , kak junaidah othman (kak ipar) yang banyak sekali memberi sokongan dan komen sbb dia pembaca tegar novel, abang saya anuar bin md isa, semua adik2 yang selalu like karya akak di Facebook, juga kakak - kakak yang sudi menerima karya saya seadanya... terima kasih tidak terhingga. Kak Hijab Kalbu dan Kak Hartini terima kasih selalu beri tunjuk ajar secara tidak langsung, Aida Zulkifli yang buat karya saya seperti dihargai sebab  minta n3 baru (saya suka bila readers minta n3.. cam seronok) Novel melayu kreatif (kaki Novel) yang sentiasa memberi peluang, semua rakan2  FB, Group NMK, Saya minat novel, Tina derika yang selalu ajar akak camner nak selamatkan blog dari dicopy, zarra zuyyin yang sama - sama berbual dan menimba sesuatu bersama. Nurr bayu juga...selalu buat saya hilang tension.

sangat teringin nak senaraikan nama adik2 yang komen di blog dn like di Fb tapi takut tercicir salah seorang. yang akak nak adik2 tahu, akak berterima kasih sangat - sangat!!

minta maaf jika ada yang tersinggung. terimalah azizah md isa seadanya ....

10 comments:

  1. HUHUHU...Ada namaku di sini... rasa sikit amat sumbangan dan jasaku padamu. sedangkan daku juga sedang merangkak mencari alur yang betul daam lorong penulisan ini. Jom, bersamalah kita mencari jalan kita sendiri.
    zz pun sama juga, bukan pembaca tegar. cuma sekarang baru berjinak nak baca novel kawan-kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumbangan sikit pada zarra tapi besar pd saya
      terima kasih banyak kawan :)

      Delete
  2. tak delah..asalkan jangan padam terus minat dan bakat mcm yg awak buat hari tu dah ler....x sebut nama bukan bermakna lupakan cuma manjaga hati semua yang di sayangi....teruskan menulis..mungkin awak akan mencetuskan lagi seorang penulis seperti dirimu kerana dirimu begitu berharga dan istimewa.....sayang awak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st .. saya lebih sayangkan awak :) <3
      2nd .. yang pasti awak diantaranya. kalau awak x sedrkan saya heri tu.. mungkin BPU tak ada kan... :)
      terima kasih Irna.. awak sangat memahami saya :)

      Delete
  3. saya pun minat sangat baca novel, cuma masa tak ada.. tak apa lah kak, tak semestinya seorang penulis perlu membaca karya penulis yg lain. Setiap manusia ada keunikan dan keupayaan masing-masing dalam menghasilkan sesuatu.. dari itu juga orang lain ingat dekat kita disebabkan kita yang mempunyai daya tarikan tersendiri dalam menghasilkan sesuatu. Lagi satu.. practice makes perfect. Lagi banyak kita berlatih, lagi meningkat itulah.. lupa pula. haha. dah dah.. teruskan menulis ya kak? Hwaiting! ^^ Sayang akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sangat ya adik izzatul :)
      sebab faham akak. akak suka bukannya tak suka baca novel tapi lebih suka tulis novel hihihi....
      dan akak akan terus menulis untuk adik dan mereka yang boleh menerima karya akak.... lega sangat!
      sayang izzatul!!

      Delete
  4. terharu bila iza sebut nama akak.. sebenarnya akak jarang2 je komen kt blog dan like post iza kt fb.. tapi apa yg penting akak mmg x miss bc BPU.. mmg kelakar! buleh ilang tensen..sama la ngan kawan akak yg nama Aida tu.. dia pun follower BPU tau.. kalau dia tahu dulu iza post BPU baru, dia roger akak..begitu lah sebaliknya.. :D..
    akak mintak maaf ye kalau ada komen2 terdahulu atau akan datang yg menyinggung perasaan iza.. citer iza mmg tersendiri.. cuma kalau boleh iza perbaiki lagi bila nak skip dr satu scene ke scene yg lain.. contohnya buat line antara scene gitu..yg lain semua thumbs up! ;D just my two cents..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya iza nak letak nama Aida tu tau, tapi iza takut dia tak selalu baca BPU..kang terkezutlak dia bac..jadi, bolehlh iza edit n3 ni :)...
      terima kasih kak hartini atas tunjuk ajr. ok, next n3 iza akan adakan line setiap habis scene. yelah, nanti orang keliru. see, akak dah ajr satu perkara kan.. terim kasih Kak Hartini..sayang akk!!! juga buat kak Aida..k, nak gi edit.. <3 u!!

      Delete
  5. apapun akk jgn berhenti dari terus berkarya...kami akan sentiasa sokong akk...love kak Iza...muahhhh!!!!!

    ReplyDelete
  6. ina ... terima kasih banyak - banyak sebab ina selalu sokong dan buat diri akak dihargai. ina diantara mereka yang buat akak sayang sangat nak stop dari berkarya walaupun x sememnggah mana. ina dah terima dan baca karya akak pun akak dah gembira. akak lagi sayangkan Ina... lagi lagi lagi sayang. muahhh!!!! terima kasih sangat2 adik Ina :) <3

    ReplyDelete