BAB
11
Seri
bertemu dengan sahabat lamanya, Ina Hashim di sebuah restoran makanan segera.
Ina Hashim memberikan kejutan kepada Seri apabila membawa sahabat lama Seri
sewaktu di sekolah menengah dahulu, Aida Zulkifli. Terjerit – jerit mereka
berpelukan. Sedang Seri bersorak gembira, tiba – tiba dia terdiam. Aida dan Ina
berpandangan sesama sendiri.
Rupa
– rupanya fuad sedang berjalan dengan seseorang di seberang jalan. Seri terus
menekapkan kedua belah tangannya di dinding kaca restoran itu.
“Sejak
bila jadi bini cicak ni?’ soal Aida. Dia juga turut terintai – intai.
“Kau
tengok siapa?” Aida masih menyoal.
“Itu
bukan Fuad ke?” soal Ina pula. Seri mengangguk.
“Dah
curang ke?” soal Ina pula. Kali ini ketiga – tiga mereka terlekap di dinding
kaca restoran. Fuad dan wanita tadi melangkah menghampiri dinding kaca itu. Dia
menoleh. Terkejut besar apabila melihat Seri sedang memandangnya dengan tangan
yang telekap di dinding sambil memandangnya dengan hidung yang mengembang. Fuad
terus melihat Seri dengan cara yang sama.
Melihatkan
jelingan pada wajah Seri, Fuad terus masuk ke dalam restoran sambil diikuti
seorang wanita yang lemah lembut dan sopan pemakaiannya.
“Ha...
ini Seri” sengih Fuad. Seri mengangguk tanda perkenalan.
“Ini
Bayu, negeri di bawah bayu hheheheh” sengih Fuad. Bayu menghulurkan salam dan
Seri menyambutnya dengan senyuman. Aida dan Ina juga kelam kabut bersalaman
dengan Bayu.
“Spare
part ke?” soal Ina. Sedikit berbisik ke telinga Fuad.
“Hishhh.....
mana boleh buat anak sedara sendiri jadi spare part” balas Fuad.
“Ha!!!!”
Seri terperanjat.
“Apahal
pula. Kan saya dah beritahu awak dulu yang anak sedara saya akan datang
berkurus di sini dua bulan. Itulah, kalau terpegun dengan saya pun sekurang –
kurangnya teoinga tu mendengarlah sikit” jeling Fuad.
“Apa
masalah pakwe kau ni, perasan betul” bisik Aida.
“Ni
Si manis !7 ni siapa pula?” soal Fuad. Dia memandang Aida agak lama.
“Saya
bukan si manis 17, saya si manis 24” jawab Aida.
“khkihkih...
dah kertu rupannya” usik Fuad. Seri
menarik tangan Fuad menghampirinya.
“Awak
ni.. dengan Lya nak gaduh, sekarang nak usik Aida pula” marah Seri. Uad mencebik.
“Sanggup
awak marah saya sebab Aida tu ya?. Awak tak kasi saya usik jadi saya
nguratlah.. cun beb” sengih Fuad. Seri menampar lengan Fuad dengan kuat. Bayu
menghampiri mereka berdua.
“Tak
apalah Paklong, Bayu balik dengan teksi saja. Selamat berkenalan ya maklong”
usik bayu. Seri tersipu – sipu malu. Gelak besar Fuad dibuatnya.
“Gatal!”
kata Fuad.
“Suka
hati aku lah” jeling Seri. Fuad makan bersama tengahari itu. Aida dan Ina
sengaja memesan makanan yang agak banyak. Biar kopak poket mamat poyo depan
mereka itu.
“alah..
ingat aku tak tahu kau nak kikis duit aku?. Sorrylah, aku lupa bawa dompet. Tadi
isi minyak pun Nayu yang sponsor. Oklah, aku dah kenyang.. chow dulu. Seri, kau
tetap di hatiku, sayang” Fuad ketawa dan sebelum pergi sempat dia mengambil potato
wedges milik Aida.
“Kenapalah
mamat sengal tu juga yang kau suka!!!!” marah Aida. Ina gelak sakan. Seri
terpaksa mendengarnya. Memang Fuad sengal!. Suka cari pasal dengan kawan –
kawannya. Fuad tidak tahu yang Aida lebih nakal dari Lya yang selalu
mengenakannya.
“Aku
nak jumpa lagilah mamat tu. Kali ini biar aku ajar dia” kata Aida.
“Tu
dia.... Aida Zulkifli sudah mariiiii” usik Ina. Mereka berdua ketawa. Aida
tersengih – sengih... kau ambil potato wedges aku ya.... siap kau!.
********************
Hartini
dan Baby Mio sedang sibuk dengan tugas masing – masing. Seri juga begitu. Selepas
pulang dari meeting dengan pelanggan, Fuad
hanya duduk diam di kerusinya. Kebosanan mula melanda!. Dia keluar. Mengendeng
– ngendeng Seri yang sedang menyusun dokumen. Baby Mio mengerling.
“Dah
start dah..” bisik Baby Mio ke telinga Izzatul.
“Ulat
gonggok menggeletik – geletik dekat pasar tadi Tini” jerit Baby Mio. Yatie yang
baru keluar dari biliknya terpinga – pinga.
“Ala...
bakar saja. Meluat aku tengok ulat menggeletik macam tu. Buat rosak sayur aje”
kata Zarra pula.
“dah
menggeletik.. dok melekat – lekat dekat bunga mawar berseri di hujung taman”
baby Mio menambah.
“Belum
tengok ulat gonggok tu sengih lagi.. dah rupa ulat kertu kahwin muda!!” Izzatul
ketawa. Semua ketawa kecuali Yatie yang tak faham apa – apa itu. Hartini
perasan akak kekeliruan Yatie. Dia berdiri dan berbisik. Yatie gelak. Seri
senyum lebar.
“Alah..
mengatalah bos korang ni banyak – banyak. Pahala tak dapat, bonus pun tak
dapat. Kau Hartini.. nama je sepupu aku tapi selalu je bersekongkol dengan
minah – minah ni. Seri juga sayang abang kan...” Fuad mengintai wajah Seri.
“Eeeee..
Abang???!!!” jerit mereka.
“Eleh..
kalau korang nak panggil aku abang pun tak apa, tak kisah. Izzatul je tak
boleh.. nanti Fairus lepuk aku” kata Fuad.
“Bos
takde kerja ke kacau kami di sini?” soal Baby Mio. Fuad gelak.
“Suka
hatilah... dah, nak masuk bilik aku lagi bagus” rajuk Fuad.
“Alhamdulillah..”
jawab mereka serentak. Fuad membulatkan matanya.
“Sampai
hati Seri....” kata Fuad.
“apa?”
Seri berdiri. Dia menggaru – garu kepalanya.
“Awak
pun cakap Alhamdulillah tadi kan?” soal Fuad. Sengaja menjuihkan bibirnya. Seri
ketawa. Dia menghampiri Fuad.
“Nak
saya pujuk awak?” soal Seri.
“Awak
nak pujuk saya ke?” soal Fuad pula.
“Tak
nak!: usik Seri dan terus duduk kembali. Berderai tawa semua yang ada di situ.
Fuad mengangkat tangannya ke hadapan.
“Stop!”
kata Fuad. Semua terdiam.
“Saya
tahu siapa saya, Seri. Bulan di langit tidak mampu kugapai kerana kau telah
menghancurkan hatiku ini. pergilah dikau dengan sendamu.. aku adalah aku..”
Fuad berpaling dan terus masuk ke dalam biliknya. Seri terkedu. Baby Mio dan
Hartini menghampiri Seri.
“kau
jangan teredaya dengan lakonan Nordin Ahmad dia tu. Kalau dia jadi pelakon,
habis semua filem dia yang jadi hero. Poyo sepupu aku tu” kata Hartini.
“betul
tu!” Baby Mio mengiyakannya. Yatie dan Izzatul menggeleng kepala. Semakin tak
betul bos aku tu, segih Izzatul.
**********************
Fuad
melangkah ke gerai burger Diela. Semakin maju perniagaannya. Rynieta pergi
kursus ke Melaka selama tiga hari dan Seri Ayu pula bercuti bersama keluarganya
di Pahang. Adahlah dan Jannah sedang menhadap komputer di tingkat atas. Irna
tersenyum manis memandang Fuad yang duduk di bangku. Dia mengupas pisang
berangan di hadapannya. Baru sahaja dia menyuap pisang ke dalam mulutnya,
namanya dipanggil mesra. Fuad menoleh. Seri sangat cantik pada malam itu
walaupun hanya berseluar jeans dan berbaju biru muda. Senyuman Fuad terhenti
setakat itu sahaja apabil melihat Lya dan Aida melangkah keluar dari dalam
rumah bersama – sama. Fuad menelan air liur.... mamapus aku! Lya seorang pun
macam nak pitam inikan pula dengan Si Aida ni.. masak aku!!!
“Saya
bali dululah” Fuad berdiri. Seri memegang tangannya. Dia disuruh duduk kembali.
Lya tersengih memandang Fuad.
“Dah
kenal siapa ni Aida?” soal Lya. Aida sengih.
“Inilah
gabungan nama dan symbol kesemputan” kata Lya. Fuad mengipas wajahnya dengan
kotak tisu.
“Seperti
apa tu, Lya?” soal Aida.
“Kesemputan..
Fuh..uh...fuh..fuh..ad!” jawab Lya. Aida ketawa.
“Ish..
tak cukup tragic bagi lelaki yang suka kebas potato wedges perempuan lemah”
sengih Aida. Seri menahan gelak. Diurutnya tangan Fuad dengan senyuman yang
meleret.
“Dia
patutnya dah semput hampir pengsan.. macam ni, Fuh..erkkkk..erkk...fuh..uh....fuhfuh
..erk..arghhhhh...arghh...ad!” Aida mencekik lehernya sendiri. Memek mukanya
membuatkan Irna gelak besar.
“Masak
awak, Fuad” kata Irna.
“Kalau
lembut sikit?” Lya menyoal.
Tak
guna, serasi pula minah berdua ni. Mati aku kalau macam ni.. fikir Fuad.
Dia
berdiri. Tersengih – sengih menghampiri Aida dan Lya.
“Kalau
Qai, aku bagi contoh.. kalau tragik ..
Qaiii..qaii..errrkkk..erkk...prooottttttt” gelak Fuad dan terus berlari ke
keretanya. Lya senyum. mahu sahaja di pelangkung kekasih Si seri tu. Aida
mengurut – ngurut belakang badan Lya.
“Takpe
Aida, aku dah biasa. Dia baik Cuma aku je suka kenakan dia sebab poyo sangat”
kata Lya dan Aida ketawa besar. Mereka memandang Seri dan Fuad yang tersenyum –
senyum apabila berbual. Aida dan Lya berpandangan sesama sendiri dan tersenyum
manis.
suka3x...thanks kak iza...dh lama miss SCDS...apa yang penting...nama saya ada dlm senarai...suka gila...hahaha!!!
ReplyDeletehikhikhik..
Deleteterima kasih Ina sebab sudi baca nama sendiri ;)
sukalah tu!!! hikhikhik
<3 u!!
terbaaikkk .sorry dah lama x komen...terkepong dengan kerja yang brtingkat2 mcm KLCC hehehe
ReplyDeletetak apa :)
Deleterindu gak kat irna..
mana tak nampak.. rupaanya kerja banyak..
takpe, settle benda penting. citer ni bila2 pun x per.
kan iza tak tutup blog :)
<3 irna!