Saturday 30 March 2013

SECEBIS.. BAWANG PUTIH URBAN :)


ASSALAMUALAIKUM,

haaaaa... comei kan kan kan..
suka sangat ngan cover yang Novel melayu kreatif buat untuk bawang putih urban di website mereka. ini bukan novel tau...yang novel tak keluar lagi malah mss pun belum siap. doakan lulus penilaian ye...

sebenanya rasa bersalah gak sebab dah lama tak masukkan n3 bukan apa.. sangat sibuk. nak siapkan 2 manuskrip... dan bawang putih urban salah satu daripadanya.

kalau ada masa dan... saya akan curi masa sekejap untuk update SCDS dulu ya.. dan sebagai hadiah untuk mereka yang mengikuti SCDS..... novel ini akan ditamatkan di blog..

selepas habis SCDS, saya akan teruskan dengan Kasih tunggang cinta terbalik.. dan seterusnya Izharidayu.. 

habiskan satu2... hihihi.

apapun doakan manuskrip - manuskrip saya lulus penilaian. saya penulis yang seRba kekurangan dan banyak kelemahannya jadi doa kalianlah yang dapat membantu..... melengkapi dan menutup kekurangan itu...

bawang putih urban akan ada di website novel melayu kreatif. sekarang dah bab 4 di situ. untuk pengetahuan anda, bab 5 dan seterusnya adalah bab tambahan yang tak ada dalam blog.. agak banyak tambahannya. ada masa bolehlah gi skodeng kat website NMK dan baca juga karya penulis2 lain yang sudah terkenal dan mereka yang juga baru seperti saya... sokongan amat dihargai..
sayang semua.... di sini ada petikan sedikit bab 5 (bab tambahan)...


Putih juga terdiam. Bukannya dia dengar sangat apa yang tengku Khairudin katakan tadi. Dia menoleh. Kelihatan Tengkuk Tengku Khairudin ada seekor ulat daun. Putih merenungnya hampir – hampir hinggakan Tengku Khairudin perasan akan renungannya itu. Mata Putih benar – benar hampir dengan bahu tengku Khairudin.

“Hish.. tak malu intai?’

“Bukan intai. Ada ulat!” beritahu Putih. Dengan segera Tengku Khairudin memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia mula geli geeleman.

“ambiklah oiii!!!” jerit Tengku Khairudin. Putih sengih.

“Ish termasuk dalam bajulah pulak’ gelak Putih. Tengku Khairudin terus keluar dari dalam kereta. dia terus melompat – lompat agar ulat daun itu terjatuh.

Hek eleh.. ulat tu melekat, lompatlah macam mana pun, takkan jatuh punya!.. Putih masih ketawa. Hari makin gelap.

“Meh sini aku ambilkan..” Putih menawarkan diri. Dia memegang hujung baju Tengku Khiarudin. Sebaik sahaja tangannya menyelak baju Tengku Khairudin, tangannya terkaku di situ...

“Cepatlah...” arah Tengku Khairudin. Dia mengahadap Putih pula. Tangan putih yang sedang memegang hujung bajunya itu membuatkan bajunya tertarik sewaktu Tengku Khairudin memusingkan tubuhnya. Tengku Khairudin memegang tangan Putih dan kemudian pandangannya terus ke anak mata Putih yang sedang terkesima. Tengku Khairudin terkaku matanya di situ.... Tiada lagi tengkingan , tiada lagi mata yang membulat, tiada lagi cebik dan jeling. Tengku Khairudin memegang tangan Putih dan melepaskan tangan Putih daripada terus memegang bajunya.

Tengku Khairudin sudah tidak kisah akan ulat daun yang sudah pun terjatuh ke bawah sewaktu dia menundukkan wajahnya sebentar tadi. Ulat itu dipandang sepintas lalu. Putih terus menjatuhkan pandangannya. Keningnya sedikit berkerut. Dia sedikit gugup.

“Kalau nak pergi baik pergi sekarang. Kalau lambat loma akan mengamuk” kata Putih dan terus berpaling. Tangannya ditarik lembut. Tengku Khairudin merapatkan dirinya. Putih menarik kembali tangannya dari genggaman Tengku Khairudin dan terus masuk ke dalam kereta.

Tengku Khairudin memejamkan matanya. Kenapa perlu hatiku berdebar begini?...


No comments:

Post a Comment