Tuesday 9 April 2013

KASIH TUNGGANG CINTA TERBALIK (KTCT) BAB 7


BAB 7


“Hani dah buat macam – macam untuk menjadi tunang yang sempurna” luah Hani.

“Kesempurnaan....” itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut Abang Zaharuddin bagi menenangkan perasaan Hani setelah panggilannya tidak dijawab oleh Azan. Hadiah yang belambak di atas meja  itu sedikit pun tidak mampu membuatkan dia ceria kembali.

Azan tidak pernah begitu. Sama sekali tidak!.

Kekecewaan yang di lihat tadi jelas mengusik jiwanya. Dia lebih terluka apabila melihat Azan terluka kerana dirinya sendiri.

“Maksud abang...”

“Azan dan Hani terlalu mengharapkan kesempurnaan untuk mengindahkan cinta kamu berdua sedangkan kekurangan itu yang sebnenranya membuatkan cinta itu indah. Kekurangan itu juga mampu buat kita tesenyum kerana mampu saling lengkap melengkapi. Jika segalanya sempurna, apa tugas kta untuk melengkapai dan memenuhi setiap ruang kosong yang dipanggil ketidaksempunaan itu. Kami berdua dulu begitu. Selalu mahu lakukan yang terbaik sedangkan daalam hati kami punya rasa terteakn. “ Abang Zaharuddin memandang kak Rozaih yang sedikit tunduk.

“Perlukah abang ceritakan untuk mereka ?” Abang Zaharuddin merenung wajah Kak Roziah...

“Ya , sayang” jawab kak Roziah. Rafika, Jeeta dan Kurnia meningkat dagu. Mahu mendengar semunya yang akan keluar dari mulut Abang Zaharuddin.

“Dulu...” Abang Zahrauddin gelak sedikit sambil memandang wajah Kak Rozizah yang agak malu kisah lamanya diungkit kembai. Abang Zaharuddin ketawa. Tidak data meneruskan isahnya.

“Ok... dulu...” Abang Zaharuddin gelak lagi

“Abang ni..” rajuk Kak Roziah.

“Ok.. sayang. Jangan merajuk ya..” pujuk Abang Zaharuddin. Dagu Kak Roziah dicuit perlahan. Kurnia dan Jeeta menggoncang tangan sesama sendiri. Hani membulatkan matanya. Kacau saja! Aik pergi basuh pinggan daripada dengar orang bercerita.

‘Tak nak” jawab mereka berdua seolah – olah tahu apa yang terlintas di fikiran Hani.

“Abang kenal Kak Roziah kerana Abang duduk di rumah ibu saudara abang semnetara waktu sebelum dapat kerja lepas abang tamatkan degree. Kak Roziah sedang belajar di salahs sebuah kolej di situ.  Satu benda yang buat Kak roziah nampak comel di mata abang bila .....” abang Zaharuddin senyum. dia merenung wajah Kak Roziah yang sudah pun merah padam.

“Ala. Kesian isteri abang ni... nak abang stop” Abang Zaharuddin. Memegang pipi Kak Roziah.

“Ala.. cerita sajalah” jelingan manja itu membuatkan mereka semua ketawa.

“Yang membuatkan dia comel bila setiap kali nampak abang, kakinya mesti tersadung” Abang Zaharuddi tunduk menahan tawa. Satu tamparan manja hinggap ke lengannya.

“Hinggakan sewaktu kami dah mula berkenalan pun, dia masih selalu tersadung. Dia malu dengan abang sampai tak nak jumpa lagi. Dia malu pada kekurangannya yang sedikit gelabah bila nampak abang. Tu belum tengok muka dia merah padam lagi. Bila dia tidak lagi ikut bakal kakak ipar, abangnya dan abang berjalan lagi, abang sedikit kecewa. Abang tertanya – tanya juga kenapa ?.sebab abang tak rasa pun ianya satu kekurangan pada dirinya tetapi satu kelebihan untuknya kerana berjaya membuat abang yang sedikit serius orangnya ni, tersenyum selalu. Kak Roziah tak sedar, abang suka bila dia tersadung begitu sebab abang akan menyambutnya dari jatuh ke tanah. Wajahnya yang merah itu buat hati abang jadi mekar. Itu tanda dia sukakan abang. Jika pipinya merah, abanglah yang akan menyentuh pipi itu hingga kemerahan pipi itu beransur hilang. Bagi kak roziah itu kekurangan tetapi hakikatnya itulah yang buat abang makin sayang padanya. Comel sangat. Kadang – kadang saja je abang jalan rapat – rapat. Bila tak tentu hala kerana gabra, dia akan tersadung dan abang sentiasa bersedia menyambutnya..” senyum Abang Zaharuddin.

“Abang juga sering mahukan kesempurnaan buat Kak Roziah. Mahu berhabis wang ringgit semata – mata mahu membuktikan rasa cinta ini untuknya tetapi abang silap....” Abang Zaharuddin memandang Kak Roziah.

Kak Roziah ketawa kecil dan menyambung pula kisah mereka berdua.

“Abang Zahar ingat akak gembira dengan semua hadiahnya yang mahal – mahal tu. Dia sampai ikat perut semata – mata mahu membelikan akak cincin berlian ni...” gelak Kak Roziah.

“Sedangkan dia tidak tahu, sebaik sahaja akak tahu dia berlapar untuk sebentuk cincin berlian itu, air mata akak tumpah, akak sedih, kesedihan itu membuatkan Abang zahar sedar sesuatu. Buat apa menghadiahkan sesuatu yang mahal sedangkan air mata itu akan tumpah juga kerana sayu.. kesayuan itu membuatkan kita akan sentiasa menangis bila memikirkannya. Akak jadi tak gembira apabila memakai cincin yang membuatkan abang zahar berlapar lebih dari tiga bulan. Abang zahar juga silap kerana ingat semua wanita mahukan berlian sebagai penyeri cinta mereka” Kak Roziah ketawa. Mereka berpandangan sesama sendiri.

“Abang jatuh cinta pandang pertama?’ tiba – tiba Kurnia menyampuk. Abang Zaharuddin gelak.

“Silap tu... dari mata turun ke hati..... tak betul pada abang. Mata hanya merenung dan memandang tapi yang merasa ialah hati. Dari hati naik ke mata. Bila hati sudah cinta, mata kita akan memandang insan intimewa itu lain dari mereka yang lain. Bila hati dah cinta, mata tak mungkin lepaskan pandangan dan bila hati sudah merasa, mata itu akan bercahaya...”

Jawapan yang keluar dari mulut Abang Zaharuddin itu sedikit memeningkan kepala Jeeta namun begitu dibiarkannya sahaja.

“Ok.. cinta pada pandangan setiap orang berbeza tapi kesimpulannya cinta itu mamapu buat kita sengsara dan bahagia. Pilih salah satu. Jika Hani mengharap dan memberikan kesempurnaan........ hani akan kecundang. Jika Hani menerima dan memberi seadanya, Insya Allah... ianya milik Hani”

Abang Zaharuddin bangun dan terus meminta diri untuk pulang. Sepanjang mereka  berjalan berdua, Abang Zaharuddin tidak sekalipun melepaskan genggaman tangannya dan Kak Roziah pula akan tersenyum bahagia.

Itu yang aku mahukan......
Hani terus masuk ke dalam bilik. Membiarkan kesemua hadiahnya begitu sahaja.


                                          **********

“Hai sayang” Hani cuba mengambil hati Azan. Satu cd game di hulurkan. Azan mengerling.

“Bola” jawab Hani. Macam tahu – tahu sahaja.

“Original ke yang perompak tarbus punya” soal Azan lagi. Dia masih memegang botol kicap di meja kafe milik Shuada dan rakan - rakannya. Hani mendekatkan bibirnya ke telinga azan.

“I love u, sayang”

Wajah Azan serta merta berubah. Dia tersenyum. Senangnya nak pujuk Azan. Hani mencuit sedikit jari kelingking Azan. Spontan Azan melarikan tangannya.
Nur Fadzli Amira yang baru sahaja tiba bersama Amin itu mengenyit mata ke arah Hani.

“Sayang...” panggil Hani. Manja.

“You belong to me...”

“Malas nak layan” Azan berdiri. Kononnya mahu lari. Tangan Azan ditarik. Hani ketawa manja.

Adeh! Tak tahan tengok dia ketawa manja macam tu, Azam pejam mata rapat – rapat.

“makan dengan Hani ya?” masih memujuk.

Azan buat endah tak endah. Dia hanya merenung Nurul Syahirah yang sedang menyuap laksa ke dalam mulutnya. Naik segan Nurul syahirah di buatnya. Berkerut – kerut dahinya dan untuk mengelakkan Azan merenungnya lagi, Nurul Syahirah berpindah tempat duduk.

“Sayang...” panggil Hani dan kali ini turut berdiri sama. Azan menjuihkan bibirnya. Shuada sudah naik bosan. Mengada – ngada!.

Rafika dan Nor Hasinah memandang Shuada yang mengangkat – angkat keningnya. Mereka yang macam tahu – tahu sahaja maksud Shuada, terus menghampiri Azan.

KELEPUK!

“Jangan ngada – ngada boleh tak?. Orang dah minta maaf tu sudah. Aklau aku, malas aku nak layan jantan budget manja macam ni. Dah pujuk – pujuk tak nak!. Pelempang berganda nak?” soal Rafika.

Azan sengih. Terus ditariknya tangan Hani yang masih tersenyum.

“Aku cinta padamu...” luahnya.

“Ewwwwwwwwwwww” Shuada. Rafika dan Nor Hasinah bertempiaran lari. Geli geleman!

2 comments:

  1. wahhh kak roziah sangatlah tuhhh.. jeles aiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan jeless sbb kak hijab punya turn kat SCDS lagi akan buat akak tercungap2..... romantik gila laki aku niiiiiii hahahahahahha.....lagi dua bab jer.. tunggu yek kak hijab ku sayang.

      Delete