BAB 2
Paman Mansur dipandang
agak lama. Tergelak Paman Mansur memandang Kurnia yang dari tadi asyik mengumat
– ngamitkan bibirnya. Bukannya dia tidak tahu Kurina sedang membebel. Anak bongsu
adik lelakinya selalu sahaja buat hal. Tidak seperti Mas Indah yang lebih
matang dan tenang.
“Kamu enggak apa –
apa?’ soal Paman Mansur.
“Tak ada pa. Ok je”
jawab Kurnia
“Wahhh... bisa
tutur gaya orang Malaysia ya?” gelak Paman Mansur.
“Ye le... sebab tu
orang tak dapat tangkap Nia. Ni semua Paman punya pasal”
“Waduh...waduh...
suda enggak mahu bilang insonesia lagi?”
“Ala... Paman
kalau pergi London pun cakap English gak. Ada Paman cakap Bahasa kita?”
Paman Mansur
terdiam. Hilang tawanya ketika itu. Dia masih seperti dulu... fikir Paman
Mansur. Di renungnya wajah anak buahnya yang masih cantik seperti dahulu. Tidak
mengenakan solekan tebal. Hanya sedikit lip balm tercalit di bibirnya.
“Tak nak balik
Indonesia lagi ke?” soal Paman Mansur. Kurnia sedikit tegak. Dia ketawa besar. Pandai
juga Pamannya bertutur bahasa Malaysia. Malah lebih baik daripadanya.
“Apa gelak-
gelak?. Lupa ke yang isteri baru Paman orang Malaysia” sengih Paman Mansur. Dia
menekup mulutnya. Tidak mahu didengari oleh Tanter Rona di dapur.
“Belum tahu lagi?”
bisik Kurnia. Aizat Hakimi yang duduk di hadapan mereka berdua agak tercengang –
cengang. Tadi bukan main tegang tapi sekarang boleh pula mereka buat komplot. Baru
Aizat tahu yang duta Indonesia itu sudah punya dua orang isteri.
“Makcik Killa apa
khabar?. Seronok kan Paman masa kita semua balik kampung dia di Kedah?. Sampai Nia
pun terikut – ikut hang hong segala” gelak Kurnia. Paman Mansur berdekit –
dekit ketawa.
“Cantik isteri
Paman kan?” gelak Paman Mansur lagi.
“Kahkahakhakhaka...”
gelak Kurnia.
Ish.. apa hal
dengan diorang ni, dia buat aku ni macam tak wujud je. Walhal aku yang bawa
anak saudara dia balik rumah. Masalah keturunan kot!, fikir Aizat Hakimi.
Kurnia mencuit
bahu Paman Mansurnya.
“Apa?”
“Ganteng enggak?”
Kurnia memuncungkan bibirnya sambil anak matanya beralih ke arah Aizat Hakimi.
Paman Mansur mengangguk. Dan pecah berderai tawa mereka.
“Sudah enggak
bisa, kamu akan pulang “
“Bagilah Nia
lari....” pujuk Kurnia. Terbeliak mata Paman Mansur.
“Ehemm..” Aizat
berdiri. Tidak mahu membuang masanya melihat sinetron yang menyakitkan mata. Selama
ini pun dia tidak menonton sinetron.
“Saya pulang dulu ya
Bapak Mansur?” permisi Aizat Hakimi.
“Saya ikut boleh?.
Awak hantar dekat rumah saya” sengih Kurnia.
“Kamu!!” terus
Paman Mansur berdiri.
“Paman mahu Nia
beritahu tanter yang Paman sudah kahwin lagi satu. Paman lupa yang Nia pernah
ambil gambar Paman nikah di Kedah?” keningnya dijungkit berkali – kali. Paman
Mansur menepuk dahi. Tak guna punya budak!.
“Tanter,....”
jerit Kurnia.
“EEeeehhhhhh..eeehhh....
jangan gitu dong” pujuk Paman Mansur.
“Ala.. Nia malas
kerja dengan papa di Jakarta. Nia mahu bebas Paman. Bantuin Nia ya?..”
Paman Mansur
terduduk.
“Aku mahu bicara
apa sama Gunawan?.”
“Ala ,.. paman
katalah yang Nia lari semula” sengih Nia.
“Kamu ini.....”
keluh Paman Mansur. Dia sudah terjerat. Aizat memandang Kurnia. Berani betul
dia merancang kesalahan di hadapan pegawai polis. Rasa nak cekup je minah ni.
Nia mencapai beg silangnya. Pipi Paman Mansur dicium di sebelah kiri.
“paman jaga diri
baik – baik ya?” Kurnia terus berlari keluar. Aizat terpinga – pinga. Sepatutnya
dia harus memastikan Nia pulang ke pangkuan keluarganya. Dia memandang Paman Mansur
dan begitu juga sebaliknya.
“Bukan salah kamu.
Salah aku” jawab Paman. Aizat ketawa kecil. Dia menggeleng kepala dan terus
beredar dari situ. Sempat juga dia mencari kelibat Kurnia tetapi tidak
berjumpa. Takkan satu JB ni dia nak cari. Sekarang waktu untuk dia merehatkan
tubuhnya. Aizat Hakimi terus pulang dan pada masa yang sama dia tertanya –
tanya.. salahkah aku mendiamkan perkara ini?...
***************
Hanim yang baru
sahaja pulang dari kerja datang ke rumah Kurnia. Dia sedikit hairan apabila ada
seorang pegawai polis sedang tercegat di hadapan rumah Kurnia. Hanim tidak mahu
keluar. Dia mahu meneliti apa yang terjadi.
Hanim benar –
benar terkejut apabila melihat Ibu Halimah sedang memimpin tangan Kurnia keluar
dari rumah. Pak Gunawan pula mengekori mereka dari belakang. Sebelum sempat
Kurnia masuk ke dalam kereta, dia sempat berdiri tegak di hadapan Aizat Hakimi.
“kalau saya boleh
datang sini semula, saya akan pancitkan motor besar awak tu. Dah lah warna
kuning. Macam kunyit!. Ni sekarang sudah habis waktu kamu bertugas kan?.. yang
sibuk – sibuk kenapa?” mata Kurnia dijegilkan.
“Tugas tak mengira
waktu. Selagi ada pesalah yang patut dipersalahkan, saya perlu menjalankan
kewajipan saya” tenang sahaja Aizat Hakimi menjawabnya.
Kurnia terus
ditarik masuk ke dalam kereta. Aizat memandang hingga kereta itu jauh dari
pandangan matanya. Hanim terus keluar dari kereta. dia menghampiri Aizat.
“Dia baru sahaja
nak duduk di sini secara sah. Dia sedang usahakan tetapi belum apa – apa tuan
dah humban dia balik” ujar Hanim.
“Baguslah dia
balik ke rumah dia sendiri” kata Aizat Hakimi.
“Bagus....ya bagus
mendengar dirinya dibandingkan dengan kakaknya yang serba hebat. Bagus apabila
dia arah bekerja sebagai receptionist sedangkan dia punya ijazah. Alasan papanya,
mahu dia bekerja dari bawah. Kalau begitu, kenapa Mas Indah tak pernah kerja
dari bawah?. Kadangkala kita perlu tahu mengapa sesuatu yang salah itu
berlaku... bukan mahu menegakkan apa yang dirasakan itu benar...sahaja!” bebel
Hanim.
“Saya datang sini
pun nak serahkan beberapa dokumen untuk dia duduk di sini dengan cara yang
sepatutnya. Awak polis tapi awak juga manusia” tambah hanim. Aizat Hakimi
terdiam.
“Saya bukan polis”
“Apa!!!!!”
terjerit Hanim dibuatnya.
“Saya penyiasat
persendirian yang diupah oleh Pak Gunawan untuk membawa balik Kurnia. Memang nak
jadi polis tapi belum dapat tawaran lagi” sengih Aizat Hakimi.
“Habis? Yang nia
cakap awak gari peragut tu apa?” soal Hanim. Makin bingung.
“Peragut tu
pegawai akaun syarikat Pak Gunawan yang kebetulan ada di sini. Nia tak kenal
sebab dia tak pernah ambil tahu. Ala.... gari tipu je...’ sengih Aizat Hakimi.
“Dia tak gembira
di sana?” soalnya pula.
“Tak” cebik Hanim.
“Nak saya culik dia
pula ke?” soal Aizat hakimi. Anak mata Hanim bagai mahu jatuh ke jalan
mendengarnya. Macam main police entry le pulak.
“Boleh culik ke?. Bukan
satu jenayah ke?” soal Hanim.
“Nia suka....”
teka Aizat.
“nak culik kat
mana?” soal Hanim.
“Rumah Bapak Mansur.” Sengih Aizat. Berdekah – dekah Hanim
ketawa. Sesekali tangannya seram sejuk juga. Tak pernah buat kerja menculik
seperti ini. menculik orang yang suka di culik. Dengan segera Hanim menghantar
SMS kepada Kurnia. Setelah bberapa ketika hanim mendapat jawapan dari Kurnia.
Hanim ketawa besar. Terus di berinya telefon bimbit itu ke tangan Aizat Hakimi.
SAYA SUKA AWAK CULIK SAYA.CULIK
LAH...CULIKLAH.... MALAM NI SAYA TUNGGU BELAKANG RUMAH PAMAN. SAYA MENYOROK
BELAKANG KERETA LAMANYA. JANGAN LAMA SANGAT. BANYAK NYAMUK..
Aizat memandang
Hanim yang mengangguk – angguk.
“misi bermula!!!!!”
jerit Hanim......
Best.
ReplyDeletetp rasanya mcm dh lama miss KTCT & Izharidayu...
ReplyDeleteHuahahaaaaa sarap ! :p
ReplyDelete