Tuesday 21 May 2013

KISAH KITA JB-JAKARTA - bab 3


BAB 3

Aizat Hakimi memandu masuk ke taman perumahan di mana Hanim tinggal. Dia menunggu hampir setengah jam sebelum Hanim keluar dari rumah dengan wajah yang dirias cantik. Berkasut tumit tinggi dan berbaju ketat. Terbuntang biji mata Aizat melihatnya. Sebaik sahaja Hanim masuk ke dalam kereta. wangiannya yang kuat itu menusuk lubang hidung Aizat Hakimi.

“mak aih!!!! Kuatnya bau minyak wangi!. Nak culik macam mana ni?. Baru je keluar kereta, Pak Gunawan dah perasan” bebel Aizat Hakimi. Hanim termalu. Niatnya mahu menggoda Aizat Hakimi tidak menjadi.

“Pergilah tukar baju” arah Aizat Hakimi dan Hanim hanya menurutinya.

Kereta mereka tiba di belakang banglo milik Paman Mansur. Di hadapan, pengawal keselamatan mengawal kediaman itu dengan ketat. Aizat Hakimi dan hanim keluar dan menyorok di sebalik pokok rendang di belakang rumah Paman Mansur. Terdengar bunyi pinggan berlaga. Mungkin pembantu rumah Paman mansur ada di dapur.

Sedang Aizat terbongkok – bongkok, kepalanya di baling sebiji batu kecil. Aizat menoleh ke belakang. Kelihatan Kurnia terlompat – lompat gembira sambil melambai ke arahnya.

“Apa ke bangang benar kawan awak ni?. Buatnya Bapak Mansur nampak?” marah benar Aizat Hakimi pada  waktu itu. Hanim tidak terkejut. Kawannya itu memang begitu. Tak sabar kena culik!. Aizat membuat isyarat agar Kurnia duduk. Belum pun sempat dia menghampiri Kurnia, Paman Mansur sudah pun berdehem.

“Paman?” soal Kurnia. Wajahnya sudah monyok. Tahu sahaja!.

“Mahu lari?” soal Paman Mansur.

“ya” jeling Kurnia.

“papa kamu ada di dalam” bisik Paman Mansur.

“Pleaseeee... Nia dah tak sanggup lagi. Paman mahu lihat Nia macam mayat hidup. Jadi tengkorak sebab kerja sama Papa?. Berdarah sana sini” soal Kurnia. Nak menipu pun agak – agaklah. Kulit sehalus dan selicin itu didera ibubapa?. Tak baik betul buat cerita.

“Awak!. Awak saya lantik jadi penyiasat saya tapi awak belot” marah Paman Mansur. Aizat terkelu lidahnya. Cepat – cepat Kurnia memaut lengan Aizat.

“NIa dan Aizat mahu menikah  Paman. Kami mencintai satu sama lain” muka Kurnia bersungguh  sungguh. Aizat Hakimi menggoyangkan tangannya berkali – kali. Cuak benar dia waktu itu.

“Oh sayang... Nia terpaksa akui hubungan kita. Nia tahu Paman merestuinya kerana kalau tidak, rahsianya kahwin dua juga akan terbongkar dan isterinya akan mengamuk dan buat macam – macaam. Malahan sanggup tetak tangan Paman juga” Kurnia menekup wajahnya. Kononnya menangis. Paman Mansur menelan air liur. Terbayang di hadapan matanya setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Kurnia tadi.

“Ya ..udah..udah... pergi saja! Jaga dia baik – baik” Paman Mansur menolak badan Kurnia keluar dari kawasan rumahnya. Kurinia sempat memeluk dan mencium dahi Paman Mansur.

“Nia sayang paman sebesar bumi”

Paman Mansur terdiam seketika. Setelah Kurnia hilang dari pandangan matanya, bibirnya mula tersenyum. Ya, memang pada dia sahaja Kurnia boleh bergelak tawa. Adik lelakinya itu sangat serius orangnya dan terlalu mementingkan kesempurnaan. Dia seolah – olah tidak dapat menerima hakikat yang Kurnia tidak sehebat dan sebijak Mas Indah tetapi dia tidak sedar Kurnialah yang menyinari rumah mereka dengan gelak tawanya. Hatinya luhur dan sentiasa ikhlas.

“Semoga berbahagia Nia.....”


                             ****************************


“Gilalah!!!” jerit Kurnia. Dia menghadap laut di hadapannya. Aizat Hakimi duduk di atas jalan. begitu juga dengan Hanim. Burger di tangan terus di suap ke dalam mulut. Perut Hanim sudah lapar. Aizat Hakimi mendongak dan tersenyum memandang Kurnia yang tersengih – sengih dari tadi. Inilah mangsa penculikan paling gembira kerana diculik. Kurnia memandang Aizat. Dia terus duduk bersila di sebelah Aizat. Terus dilentokkan kepalanya ke bahu Aizat Hakimi yang sudah pun mula tidak tentu arah. Tangannya menjadi sejuk dan terus terlepas burger yang masih belum dibuka dari tangannya. Jantungnya berdegup kencang. Kurnia mengangkat semula kepalanya.

“kenapa muka macam tu?. Merah semacam?. Tak pernah ke perempuan letak kepala kat bahu macam tadi?” soal Kurnia. Aizat Hakimi tidak menjawab sebaliknya dia terus bangun dan meneguk air mineral. Hanim gelak sakan.

“Nampaknya kau pula dah culik hati dia” perli Hanim. Kurnia ketawa.

“Mana ada!” sangkal Aizat Hakimi.

Kurnia pula berdiri. Dia menghadap Aizat Hakimi dengan renungan tajam.

“Awak nak cakap yang awak tak tergoda dengan saya ke?. Saya ni kurang daya tarikan?” soalan Kurnia mula membuat Aizat Hakimi lebih terseksa.

“Apa pula!”

“Kalau tak nak pun janganlah nak.....”

Tudung Kurnia terangkat ke atas sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya kerana angin yang terlalu kuat. Bukan itu sahaja. Skirt labuhnya juga seakan mahu terangkat. Kelam kabut Kurnia membetulkannya. Aizat Hakimi bantai gelak!

“Dah macam iklan payung.... gunakanlah payung ini.. senang terbuka dan terangkat!!!”

Kurnia duduk semula dan bersandar pada pintu kereta.  kalau berdiri lagi, mahu terbang semuanya. Aizat hakimi masih belum mahu berhenti gelak. Hati Kurnia panas. Terus ditariknya tudung kebelakang. Diikat di leher dengan kemas. Dia berdiri. Mata Aizat hanya memandang akan Kurnia yang seakan – akan mahu menanggalkan skirt labuhnya. Makin menggeletar Aizat di buatnya. Kurnia yang memakai legging  di dalamnya terus mencampak skrit labuhnya ke dalam kereta. Mata Aizat Hakimi terbeliak.

“Siap kau!!!!” jerit Kurnia dah terus mengejar Aizat Hakimi yang sudah pun berlari terlebih dahulu. Kurnia yang merupakan atlit di universitinya dahulu dengan mudah dapat menarik leher baju Aizat Hakimi.

“Ok...ok... maaf” pinta Aizat Hakimi. Kurnia mengangkat kening berkali – kali. Belum pun sempat dia meluku Aizat Hakimi sekali dua, seseorang membuatkan Kurnia terpaku di situ. Koperal Hamdan menghampirinya.

“Ha.. awak lagi!” tegur Koperal Hamdan. Kurnia mati langkah tak tahu mahu buat apa.

“Dah dapat kerja?” soal Koperal Hamdan.

“tak.. belum dapat. Ni tengah cari kerja ler ni” sengih Kurnia.

“Aik... hilang loghat utara?. Inilah budak sekarang, tak berbangga dengan loghat negeri kelahiran. Semua nak cakap cara orang KL” bebel Koperal Hamdan. Tanpa banyak soal lagi, dia terus berlalu....

“Orang utara?” pelik benar Aizat Hakimi.

“Awat?” soal Kurnia semula...

“Perghhhhh...poyo!!!!” Aizat Hakimi berlari lagi dan kali ini Kurnia membiarkannya sahaja. Dah lama tak bersenam. Kurang stamina nak kejar lelaki di hadapannya itu.

5 comments:

  1. Replies
    1. saja buat garang je tu kak,
      walhal nak usha hhheheheh
      terima kasih kak...
      sudi baca :)

      Delete
  2. Tkasih kak azizah...
    Kurnia sayang akak

    ReplyDelete
  3. Alaaaa....knp semua cerita best nie..nak tunggu n3 mana nie....takpeah yg penting ada update....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk SJ -sab...
      hari ni akak masukkan 2 cerita yek :)
      selamat hujung minggu!!!
      (tapi lepas basuh baju, masak dlll heheh)
      <3

      Delete