Sunday 26 May 2013

PENGEMBARAAN MAT TEMPE - part2

PENGEMBARAAN MAT TEMPE – PART 2

Selepas bertemu dengan wanita merah, mat tempe meneruskan langkah kakinya. Hatinya sedikit berdebar – debar dan entah mengapa rasa curiga itu mula hadir. Dia tidak jadi melangkah sebaliknya mahu berpatah balik. Tiba – tiba satu suara mula bergema lagi.

“yang pergi tidak pernah akan berpaling lagi....”

Kutupat memegang lengan Mat tempe. Dia faham akan maksud suara itu. Mat tempe memacakkan ranting tajam ke atas tanah yang sedikit lembut. Perlahan – lahan tanah itu meyusur ke bawah. Pemandangan hutan mulai biru...

“Ni yang aku menyampah ni!. Main water colour segala. Merahlah, birulah!” rungut kutupat. Sebaik sahaja perkataan terakhirnya itu diungkap, bibir Kutupat terus terkunci. Tidak mampu dibuka walau sekuat mana pun. Sesuatu menyusur dari bawah dan tanah mula merekah.

“Hati tulus tidak bermakna jika hanya satu hala..”

Mereka berdua terus memandang lelaki yang masih berdiri di atas batu besar, Mat tempe menghampiri Kutupat.

“Aku rasa ni tentu bapak minah  merah tadi. Tapi apasal warna biru pula?” soal Mat tempe. Kutupat tidak boleh menjawab. Mat tempe memejam matanya dan sekali hembusan sahaja Kutupat mampu membuka mulutnya semula. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri.

“Kau ada kuasa ajaiblah!” kutupat sedikit kagum. Mat tempe berfikir sejenak dan setelah setengah jam berfikir, Mat tempe ketawa terbahak – bahak.

“Ye la....” Mat tempe mendabik dada dan menghadiahkan senyuman sinis buat lelaki tua berwarna biru itu tadi. Mat tempe merenung lelaki tua itu. Dia memandang jari telunjuknya sendiri. Kutupat dan lelaki tua biru itu tadi menunggu apa yang mahu mat tempe lakukan.

“Kurik..kurik...jeng..jeng..kelepuk” jampi Mat tempe. Dia kemudiannya menggeletek jari telunjuknya sendiri. Lelaki tua biru itu tadi ketawa terkekek – kekek bagai digeletek. Kutupat dan Mat Tempe sedikit kagum.

“Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh” Mat tempe menggeleng kepalanya. Bagai tidak percaya.

“Gigit..mat..gigit!!” arah kutupat.

“Nak gigit bahagian mana?” Mat tempe semakin teruja. Mereka berdua terlompat – lompat.

“Wei...apa ni wei... tak acilah geletek cara remote control!!!!” jerit lelaki tua biru itu tadi.

“Gigit atas?. Kalau atas macam kau gigit kepala dia” sengih kutupat. Mat Tempe tidak berlengah lagi, dia terus menggigitnya berkali – kali.. akhirnya lelaki tua itu terus hilang. Mereka berdua gelak besar.

Dengan perasaan lega, Mat tempe meneruskan pengembaraannya untuk mencari tempe. Tiba – tiba dia teringatkan neelofa. Selalunya pada waktu petang begini, neelofa gemar mengapur kasut sekolah anak jiran – jirannya. Selepas itu dia akan bermain ting ting bersama – sama Mat tempe.... ting ting itulah pelengkap kebahagiaan mereka. Mat tempe akan berpura – pura kalah supaya Neeloa gembira. Sebenarnya Mat tempe tak pandai main pun... saja je mengaku pura- pura depan Neelofa. Nak cari simpatilah katakan...

                                  **********************

Kutupat mula bermimpi agar dia menjauhi Mat tempe dengan segera. Mengikut mimpi itu, jika kutupat masih bersama Mat tempe, satu demi satu anggotanya akan hilang. Kutupat terjaga. Dia mengusap mukanya. Dia sedikit sukar untuk bernafas dengan lancar. Dia memegang hidung mancung yang menjadi trademarknya selama ini. tiada satu lubang!!!!!!..... Kutupat menjerit – jerit.  Mencari lubang hidungnya yang jatuh entah di mana. Lubang hidung boleh jatuh?... fikirnya sendiri. Dia menangis. Apalah kacaknya dia jika tidak punya dua lubang hidung?...

“Kutupat!” Mat tempe menelek lubang hidung Kutupat yang hanya tinggal satu.

“Aku bermimpi jika kau tidak menjauhi aku.. kau akan sengsara. Mungkin inilah yang dia maksudkan.” Kata mat tempe.

“Aku nak bersama kau” kutupat menggenggam jari jemari Mat tempe.

“Walaupun kau sakit?” sedikit terharu Mat tempe dengan keikhlasan kutupat...

“HANYA ADA SATU CARA....”

Mereka berdua terkejut. Suara itu muncul lagi.

“carilah wanita merah dan dia akan membantumu....”

Mat temped dan kutupat terduduk. Kalau mereka tahu wanita merah tak semenggah itu boleh membantu, tidaklah mereka melepuk kepala wanita itu tempoh hari. Mereka yakin yang wanita merah itu pasti tidak mahu membantu setelah apa yang telah mereka lakukan.

“Tapi perjalanan kami sudah jauh..” ujat mat tempe..

“Serulah namanya... wanita merah sakti... dia akan tiba” arah suara itu. Setelah beberapa ketika, suara itu menghilang. Kutupat dan mat tempe berpandangan sesama sendiri.

“Malulah pulak..” mat tempe mencengkam rambutnya.

“Aku perlu demi sahabatku” Mat tempe tekad. Dengan wajah yang tebal dia menyeru nama wanita merah... guruh berdentum dentam. Angin sekuat ribut. Wanita merah turun dengan wajah monyok. Dia berpeluk tubuh.

“Huh!.. nak apa?” soal wanita merah. Dia memandang sinis hidung Kutupat yang hanya punya satu lubang,

“Takde lubang?. Kahakhakhahakhakhakhakhakhakahka...cacat lubang hidung!!!!” gelak wanita merah itu sepuas – puasnya. Kutupat menahan sabar. Tak boleh buat apa... terima sajalah....

“buruk bebenor dah rupanya.....” gelak wanita merah itu lagi,

“Tak payahlah gelak secara extrme sangat!. Cakap je lah. Nak buat apa ni?” soal Kutupat sedikit sengau.

“Senang.... kahwin dengan aku” pinta wanita merah. Terkejut benar kutupat dan mat tempe mendengarnya. Kahwin dengan wanita entah dari mana asalnya. Dah lah mencurigakan...

“Aku tak nak!!! Kau tak cantik!!” bantah kutupat.

“Habis.. kekurangan lubang hidung tu cantik sangatlah!. Sekarang pun dah kurang cuping telinga” selamba sahaja wajah wanita merah itu berkata - kata. Kutupat meraba – raba cuping telinga kanannya. Hilang!!!!. Mat tempe menggigit bibirnya. Dia sendiri cuak. Kali ini Kutupat meraung agak lama. Dia tidak tahu selepas ini apa lagi yang akan hilang.

“Tapi aku tak nak!!!!” Kutupat meraung hiba.

Wanita merah itu menjungkit bahu dan ingin pergi tetapi di halang oleh mat tempe.

“Baiklah... kalau kau nak kahwin boleh... tapi bantu kami lalui segala dugaan sepanjang kami berada di sini” Mat tempe cuba bermain politik.

“Kemudian....” soal wanita merah.

“kau akan berkahwin dengan dia...” senyum Mat tempe.. kali ini kutupat meraung dengan lebih kuat lagi. Semakin kuat apabila wanita merah itu mengenyit mata ke arahnya setiap kali mereka berpandangan.

Wanita merah sudah pun berada di samping mereka.

“Nanti dulu...” wanita merah bersuara. Dia terus berpusing sebanyak 10 kali. Sebaik sahaja pusingan itu tamat, air liur Kutupat meleleh keluar. Mata Mat tempe pula terbeliak.

“Ini rupa sebenar saya” senyum wanita merah dengan begitu manis sekali. Rambutnya merah tadi sudah pun bertukar menjadi ikal dan hitam. Matanya yang berdarah tadi sudah bertukar menjadi galak dan cantik. Senyumannya sangat menggoda.

“Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh” jerit mereka berdua. Kutupat tidak kisah lagi akan kekurangan lubang hidungnya. Yang dia tahu, matanya tidak mampu beralih dari terus memandang wanita merah.....


3 comments: