Tuesday 28 May 2013

PENGEMBARAAN MAT TEMPE -prt3

PENGEMBARAAN MAT TEMPE –part 3

Sudah hampir 3 jam perjalanan, masih tiada halangan sukar. Setakat kaki terpijak duri, itu sudah biasa bagi mereka. Lagipun penyakit kencing manis masih belum singgah, jadi luka – luka kecil itu diabaikan begitu sahaja. Kutupat sahaja yang bermasalah. Asyik terjatuh dan tergolek. Mana tidaknya!. Jalan tak pandang depan, asyik pandang Wanita merah. Haruman dari tubuh wanita merah itu sentiasa berbeza mengikut putaran jam, setiap sejam harumannya akan bertukar dari haruman jasmin ke lavender dan begitulah seterusnya.

Perut Mat tempe mula berkeroncong. Mulalah segala angin mengusai perutnya yang tidak dijaga sejak kebelakangan ini. Wanita merah tersenyum. Dia memegang buah dari dahan berwarna biru dan terus dihulurkan buah yang berbentuk bulat itu.

“Ambil’ arahnya.sambil tersenyum. Mat tempe dan Kutupat menggigitnya. Rasa buah yang tidak pernah dirasanya itu membuatkan Mat tempe tersenyum puas.

“Sangat lazat” ujarnya.

“apakah nama buah ini?” soalnya.

“Aku pun tak tahu. Entah racun atau tidak. Aku main bedal saja” sengih wanita merah. Mat tempe yang masih mengunyahnya terus meluahkan semua isi buah itu yang masih berada di dalam mulutnya. Air sungai di hadapan di ambil sedikit dan dikumur – kumur. Kutupat berdiri kaku di situ.

“Aku dah telan” katanya sedih. Tiba – tiba rambutnya menjadi lebat dari dulu. Gayanya sangat menarik dan kelihatan stylo pada mata mereka. Kulit Kutupat yang gelap juga sudah berubah menjadi cerah. Wanita merah terpegun. Timbul pula rasa riak pada diri Kutupat. Dengan dada yang bidang dia mula mendekati wanita merah.

“Kau suka aku?” katanya sambil mendongak memandang wanita merah.

Wanita merah mencangkung sambil menepuk bahu Kutupat.

“Kau kacak tapi kau ketot!” bahu Kutupat ditepuk berkali – kali. Mat tempe juga begitu. Dia mengangkat kutupat yang sudah pun meraung hiba.

“Apa salah aku buah tu ketotkan aku!!!!!” jerit kutupat.

“Tak mengapa,, aku dukung kau” senyum mat tempe. Nak tergelak pun ada tetapi perasaan Kutupat harus di jaga.

Wanita merah tahu mengapa...
Kawasan putaran hati yang dikuasai Puteri hati Indah itu bukan boleh sebarangan orang yang masuk ke dalamnya. Semuanya akan bertukar mengikut rasa bangga mereka yang mula masuk ke dalam kawasannya. Wanita merah pasti yang kutupat menjadi ketot kerana dia terlalu bangga dengan ketinggiannya yang menjadi rebutan para wanita. Kulitnya yang bertukar putih itu akan kehijauan tidak berapa lama lagi. Wanita emrah hanya mampu tersenyum,...


Bunyi burung yang agak aneh membuatkan langkah Mat tempe terhenti, laungan burung itu seperti memberitahu seseorang akan kehadiran mereka di situ. Semakin lama semakin riuh  kawasan hutan itu. Suasana semakin dingin.

“Tuan puteri..” wanita merah menegur seseorang. Kakinya direndahkan sedikit. Mat tempe memandang Kutupat yang baru sahaja diturunkan.

“Tak nampak sesiapa pun” bisik Mat tempe.

“Pejam matamu...” suara merdu itu bergema.

Selepas memejamkan mata beberapa ketika, Mat tempe membukanya semula. Dia terkejut besar.

“oprah!!!!” jerit Mat tempe. Wanita merah terkejut. Mana datangnya oprah di situ. Puteri itu tersenyum.

“Memang wajah itu sahaja yang kamu akan lihat. Beta tidak tahu sesuci mana hati kamu untuk melihat beta” ujar Puteri. Mat tempe mencebik.

“hek eleh... macamlah orang nak tengok muka dia sangat!”

Wanita merah terus menendang kaki Mat tempe. Kutupat yang semakin ketot itu menghampiri puteri itu.

“Eeee..eee.... ada tahi lalat kat betis kiri. Tahi lalat bentuk Patrick spongebob!!” jerit kutupat dan dengan sekali penendang sahaja, kutupat terbang entah ke mana,. Mat tempe mula naik angin. Dia menghampiri puteri itu. Ditolaknya bahu puteri itu dengan kasar,

“Macamlah mahal sangat tahi Patrick tu sampai kau nak terajang kawan aku. Meh sini aku luku kau sekali!” berang benar Mat tempe. Puteri itu ketawa mengilai...persis Pontianak. Meremang pula bulu roma Mat tempe. Dia mula teringat akan filem Pontianak lakonan ziela jalil yang diimport oleh ayahnya dahulu. Dia membuka beg. Dia tersenyum puas. Dia menghampiri Puteri itu perlahan – lahan lalu di pakunya tengkuk Puteri itu dengan paku tajam. Tiada darah yang melelh sebaliknya tuan puteri mencair menjadi cecair hitam. Bumi bergegar. Wanita merah terus menarik tangan Mat tempe agar keluar dari situ.

“Kawan aku?” soal Mat tempe..

“Kutupat ada di sungai luar dari daerah ini. semua makhluk yang tidak lulus kejujurannya akan dicampak di sana” jerit wanita merah. Pokok mula tumbang satu persatu. Akar yang sebelum ini nampak biasa mula membesar dan mula mengejar mereka. Satu persatu lopak berapi di langkah dengan penuh rasa takut.

“Kenapa ni?” jerit mat tempe.

“Kau dah bunuh puteri tu kau tanya kenapa?, memang tak ada otak ke kau ni!!!!!!” jawab Wanita merah.

Dia benar – benar bimbang kerana sangat pasti yang Mat tempe akan berdepan dengan kerajaan air yang sememangnya begitu baik dengan Putei itu tadi. Berita kematian tuan puteri itu tersebar dengan cepat melalui burung – burung besar yang bising di atas awan.

“Aku bunuh Pontianak”

“tapi itu bukan Pontianak” tegas Wanita merah. Mereka melepasi kerajaan itu dengan selamat walaupun badan calar balar. Benar kata wanita merah, Kutupat terbaring di sungai dengan keadaannya yang kembali normal. Wanita merah termenung mengahadap sungai yang tidak besar mana,

“Jomlah seberang” ajak Kutupat.

“Kamu nampak dekat tapi ianya mengambil masa dua tahun untuk ke seberang” ujar Wanita merah. Dia terjelepok, agak penat kerana terpaksa berlari dengan pantas dalam keadaan cemas tadi.

“Lamanya...” rungut Mat tempe..

“Kutip lima batu delima dan setiap satunya mengurangkan tempoh itu sebanyak dua bulan” terang wanita merah.

“Hadoiiiii!!!!” jerit Mat temped dan Kutupat serentak.

“Naik helicopter kan senang” rungut Kutupat.

PELEPUK!!!

“kalau aku banyak duit, tak payah buat kerja gila ni” marah mat tempe. Dia terdiam. Mula memikirkan seseuatu yang kelihatan aneh.

“kenapa aku bukan macam kat zaman aku?. Kau ni ha,,,, apsal pakai macam pahlawan rome?. Berbesi segala?’ soal Mat tempe. Wanita merah tunduk.

“Kau bukan di zaman kau jika bersama aku. Bila kau habis mengembara aku akan hilang begitu sahaja kerana aku hanya diperlukan untuk membantu kau.selagi kau perlukan aku. Aku akan ada tetapi bila aku tidak di perlukan lagi, aku akan pergi dari sisi kau” Suara wanita merah sedikit mendatar.

“Aku saja mengusik kawan kau supaya kahwin dengan aku. Aku menyampah dengan sikapnya”. Wanta merah menjeling kutupat yang buat – buat tak dengar.

“Kenapa kau nak bantu aku kalau kau sendiri bahaya?” soal Mat tempe. Wanita merah tidak bersuara lagi. Dia terus bangun dan mula membuat ungun api di tepi sungai. Mat tempe tidak pernah rasa seperti ini, mendengar sahaja dia akan kehilangan wanita merah, hatinya sedikit sebak. Wanita merah yang duduk termenung sambil memeluk lututnya di atas batu ditenung agak lama.

“Itu awek aku. Kau ada neelofa” bisik Kutupat.

Awek?...........perasan!.


1 comment: