Thursday, 2 May 2013

SERI CINTA DARI SARAWAK - bab 23


BAB 23

Setibanya Fuad, Seri, Siti Sulaiha, Zalina, Aman, Lya, Kak hijab dan Ina hashim di lapangan terbang, Arjuna datang menjemput mereka dengan MPV yang baru dibelinya. Fuad hanya tersenyum tanpa banyak bicara. Aman nampaknya sudah mesra dengan Arjuna. Terkejut juga Fuad bagaimana dengan mudah Aman dapat menawan hati Arjuna sebegitu cepat sedangkan sampai sekarang pun dia dan Arjuna tidak berapa akrab.

“kau duduk mana?” soal Arjuna. Tangannya memutar stering kereta ke jalan besar.

“Duduk dengan Abang Fuad” jawab Aman ringkas. Arjuna gelak besar.

“Mesti malang hidup kau” tambah Arjuna lagi. Fuad menjeling. Lya di belakang sedikit simpati dengan Fuad. Dari dulu Arjuna asyik mengenakannya sahaja. Irna memandang Ina Hashim di sebelahnya.

“Kesian Fuad” bisik Ina Hashim. Seri yang terdengar akan kata – kata Ina Hashim itu hanya mampu membisu. Benar, kadangkala layanan Arjuna agak kasar terhadap Fuad. Terus lengan Fuad dipaut mesra.

Mereka tiba di rumah batu dua tingkat milik Pak Shahid. Mak Zira datang menghampiri menantunya. Dahi Fuad dikucup dan pipinya ditepuk – tepuk mesra. Pak Shahid yang sedang menggunting daun pokok bunga kertasnya juga menghampiri Fuad.

“hmmm sampei juak miak lembik tu (sampai juga budak lembik tu)” kata Pak Shahid. Arjuna ketawa. Fuad tersenyum. Aman yang faham loghat negeri Sarawak itu turut ketawa. Seri memandang wajah Arjuna dengan serius.

“Nya laki kamek, hormat ngan nya. Ima tuk nya dah jaga kamek gan baik sekali. Sian gan nya ( dia suami aku, hormatkannya. Dia dah jaga aku dengan baik sekali. Kesian dengannya)” tegas Seri.


Arjuna terdiam. Memang Fuad menjaga Seri dengan baik dan dia sepatutnya berterima kasih. Aman berbisik sesuatu ke telinga Arjuna. Gelak Arjuna yang besar itu membuatkan semua mata tertumpu ke arahnya.

“Nas..” belum pun sempat Arjuna menjawabnya, Seri sudah pun menampar belakang badannya. Zalina yang mendengar umpatan Aman mengenai Fuad tadi terus menarik tangan Aman keluar dari rumah itu. Mereka berdua berdiri dibelakang MPv .

“Dia abang Lina tau. Abang jangan terlalu melebih – lebih nak kenakan Abang Fuad. Dunia akhirat dia abang Lina. Kalau tak nak hormat dia pun, sekurang – kurangnya hargai dia sebagai tanda terima kasih atas bantuan dia selama ini. abang melebih – lebih, lagi sekali Lina dengar abang ketawakan Abang Fuad... jangan salahkan Lina kalau sepanjang kita di sini abang akan rasa terbeban” Lina terus berlalu. Aman terdiam.

Fuad banyak membisu dari tadi. Seri agak mungkin dia terasa dengan kata – kata papanya sebentar tadi. Sebaik sahaja Pak Shahid masuk ke dalam biliknya, Mak Zira terus mendapatkan Seri dan Fuad yang sedang mengemas kain baju di dalam biliknya.

“Maafkan papa ya Fuad” pinta Mak Zira. Fuad hanya tersenyum dan mengangguk.  Sebaik sahaja Mak Zira berlalu, Seri menutup pintu biliknya. Dia memeluk Fuad ynag sedang baring di katil.

“Seri akan sokong abang” bisik Seri.

“Sokong apa, sayang?” Fuad memandang wajah Seri.

“Seri dan anak kita akan berkomplot mengenakan Arjuna” sengih Seri. Fuad senyum.

“Tak baik kenakan abang sendiri. Dah lah.. lagi empat hari saja pun. Abang boleh tahan” jawab Fuad,

“seri nak balas dendam sebab dulu dia pernah tolak Seri jatuh dalam sungai dengan kawan Seri sebab keluar tanpa pengetahuan dia” terang Seri bersungguh – sungguh.

“Padan muka” ejek Fuad.

Seri gelak. Dia tahu kelemahan Arjuna dan dia tahu Fuad akan turut sama mengenakan abangnya yang tak habis – habis mahu menyakat Fuad. Kasihan Fuad!.

                              *******************

Fuad dan Seri keluar berdua. Teringin benar Fuad makan malam di luar berdua – duaan. Tangan Seri digenggam mesra dan sesekali wajah comel itu di intainya dengan gelak yang pendek. Seri geram!. Intai – intai pula...

“Nak tengok cakap je lah” kata Seri.

“Tengok apa?”

“Tengok muka Seri ni..” tersengih memandang Fuad.

“Eeeee.. perasannya. Abang tak tengok Seri pun” Fuad berdalih. Seri menjeling. Terus pinggang Seri dirangkul mesra dan ia berjaya membuatkan bibir Seri mengukir senyum. Fuad menepuk – nepuk pinggang Seri.

“Dah tak ada shape..hahhahaha” besar betul gelak Fuad waktu itu. Isteri mana yang tak sakit hati. Suka –suka sahaja mengutuk bentuk tubuh isteri walhal dia yang menjadi penyebabnya. Muncung Seri panjangnya tak mampu diukur lagi. Kadangkala patah perkataan yang keluar dari mulut Fuad itu menyakitkan hati juga.

“Ala... itu pun nak merajuk. Kalau sayang abang ni gemuk macam tong dram pun abang sayang tau” kepala Seri digosok -  gosok tetapi matanya masih memandang pinggang Seri sambil menggeleng – geleng.

Seri geram dan terus dicubitnya perut Fuad.

“Sakit?” soal Seri. Fuad yang sedang menggeliat kesakitan itu mengangguk-angguk. Rasakan!. Dia mendongak ke atas dan memandang langit. Seri senyum. dia yang sedang duduk di kerusi taman itu menarik Fuad agar lebih hampir dengannya.

“Jom kira bintang” ajaknya.

“Tak naklah. Baik kira anak” gelak Fuad.

“Seri tak sukalah. Abang ni tak tahu romantik langsung”

“Eh... abang romantik!” Fuad duduk bersila sambil menyuap kacang ke dalam mulutnya. Seri memandang ke sisi.

“Ada ke masa dating makan kacang” cebik Seri.

“Habis orang dating makan apa?. Makan tomyam kat taman macam ni?” ada saja alasan yang diberinya. Kadangkala Seri angin juga dengan sikap Fuad yang tidak mahu langsung menawan hatinya dengan cara yang lain.

“Kalau tak romatink, taklah sayang buncit” tambah Fuad dengan nada perlahan. Dia  fikir Seri tak dengar tetapi nasibnya malang malam itu. Sangat malang!.

“itik kalau buat depan kita pun boleh jadi telur” Seri terus bangkit. Suasana romantik yang diharapkannya langsung tidak berlaku. Tidak merasa...

“Abang bukan itik!.. kuwekkk..kuwekk... abang Fuad yang kacak” jawab Fuad. Dia terus bangun dan berlari anak mendapatkan Seri yang sudah pun sampai di kereta milik Pak Shahid.

Sampai sahaja di rumah Seri langsung tidak mahu bercakap dengan Fuad. Zalina dan Aman yang sedang berbual dengan Pak Shahid dan Kak Hijab mengangkat kening memandang Fuad yang sedang mengeluh.

“Kau buat apa dengan dengan anak papa?. Kalau muncungnya begitu maknanya dia merajuk” soal Pak Shahid.

Alamak!!! Nak jawab apa?. Muka Arjuna pula bukan main garang lagi kat muka pintu tu. Kau gelak ye Aman.....Fuad menggaru – garu kepalanya.

“Seri nak itik tapi saya tak belikan” jawab Fuad.

“Itik?!!!!” serentak mereka menyoal.

“Dia nak makan nasi itik ke?” Kak Hijab menyoal. Dia yang sedang leka membelek manic itu tadi pun turut ketawa.

“Tak.. dia nak itik yang berenang kat tasik tadi” sengih Fuad dan terus naik ke atas. Siti Sulaiha menyiku perlahan lengan Zalina.

“Abang tipu” gelak mereka berdua.

Irna dan Lya pula belum pulang ke rumah. Katanya mahu membeli cenderahati buat kawan – kawan mereka di Kuala Lumpur nanti.

                                       ****************




Mak Zira ketawa apabila Fuad berbual berdua bersamanya. Dia memang serasi dengan menantu lelakinya itu. Fuad sangat rendah diri tetapi sangat pandai mengambil hati Mak Zira.

“Betul ke mama?” soal Fuad di saat Mak Zira bercerita tentang tabiat Arjuna yang masih hisap jari sewaktu tidur.

“Ganas mcam tu tidur hisap jari?” Fuad soal berkali – kali. Bukan itu sahaja, Fuad juga sangat takutkan kucing. Mungkin kerana geli agaknya.. Fuad senyum lebar. Sesekali dia ketawa kecil. Mak Zira keluar dari dapur untuk menghidangkan sarapan pagi buat tetamu – tetamu istimewanya.

Mata Fuad mengerling Arjuna yang sedang menghirup teh. Renungan fuad itu membuatkan Arjuna sedikit tidak selesa.

Nak apa?” soal Arjuna. Fuad tersenyum.....

                              *******************

Seri membelek – belek pokok bunga orkid yang di tanam Mak Zira. Wajah Seri kelihatan berseri – seri sekali hingga membuatkan Fuad yang mencuri pandang ke arahnya tersenyum – senyum dari tadi. Bukannya Seri tidak perasan tapi malas mahu layan..

Fuad bangun dan berdiri di belakang Seri.

“Fewiiitttt..ada awek cun lah!!!” usik Fuad.

Dia menghampiri Seri dan memegang kedua belah bahu isterinya itu. Kali ini Seri hanya membiarkannya sahaja. Biarlah dia merepek seorang diri..

“Wah... bahu awak ni sangat cantik. Begitu mempesonakan. Eh, lihat leher ni.. mulusnya” Fuad menyentuh perlahan tengkuk Seri. Dia tahu Seri memang akan merasa gli jika tengkuknya di sentuh begitu.
Disentuhnya lagi dan Seri mengerutkan wajahnya menahan kegelian. Lagi galak pula dia menggerakkan jarinya ke tengkuk Seri.

“Hmm... dah geli – geli pun tak nak tegur suami” ujar Fuad.

“Meh nak tengok sikit muka wanita yang merajuk dengan suaminya sebab tak tengok bintang tu” Fuad memusingkan tubuh Seri agar menghadapnya. Seri tidak mahu menetang mata Fuad. Dia tahu dia akan tewas kerana renungan Fuad boleh membuatkannya tewas dalam sekelip mata.

“Pandanglah abang, sayang” pujuk Fuad. Seri menggeleng.

“Pandanglah...”

“Tak naklah abang...” geleng Seri lagi,

“Kata nak jaga abang di sini tapi pandang abang pun tak nak” ujar Fuad. Kali ini suarany sedikit mendatar tangannya di bahu Seri diturunkan tetapi cepat – cepat Seri menarik tangan Fuad . Pipi Fuad dicubit manja. Kali ini Seri pula mengintai wajah Fuad.

“Dahlah... abang nak pergi tolong mama masak”

Seri ketawa besar melihat wajah Fuad yang sedang mengada – ngada begitu. Pipi Fuad disentuh perlahan.

“Manja – manja sangat ni, nanti anak kita siapa nak manjakan?. Ayahnya manja sangat dengan mamanya. Nanti anak cemburu” usik Seri.  Tersenyum lebar Fuad mendengar pujukan Seri itu.

“Seri sayang abang?” soalan Fuad itu dijawab dengan anggukan. Seri ketawa lagi.

“Walaupun abang tak romantik?” Fuad masih menyoal.

“Seri cinta Encik Fuad sayang ni, seadanya. Sekarang pun dah mengada – ngada, kalau romantik lagilah mengada!. Rimas nanti!. Biarlah tak faham bahasa macam ni” sengih Seri.

“Tak faham bahasa?. Amboi sayang, main kasar nampak”

Seri ketawa besar. Terus dirangkulnya pinggang Fuad. Kalaulah Arjuna nampak....

7 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih baby mio ..
      sudi baca.. cayang awak ..

      Delete
  2. pengomen ineseng : best2...nak lg2 smbil wat lumpat bintang..hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah... pertama kali bahagi darab dan campur kawan den komen...... <3 u lah

      Delete
  3. adui...tak tahan sakit perut duk gelak sensorang...best sgt citer ni...citer lain pun sama...kelakar giler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH BANYAK YA SALMI FASLIENA SUDI MASUK BLOG AKAK....HIHIIHIIH.... <3 MUAH!

      Delete
  4. akak buatla shoutbox..senang nak request...

    ReplyDelete