Monday 10 June 2013

ada dirimu: bila rasya&reanz shopping!

Bila rasya dan reanz shopping!

Satu persatu tin minuman di masukkan ke dalam troli. Reanz hanya memerhatikannya sahaja segala tingkah laku dan pilihan Rasya. Banyak benar makanan segera yang di ambilnya. Makanan seperti ini pasti akan menjejaskan kesihatan Rasya jika diambil secara berterusan. Sewaktu Rasya leka memilih barang yang lain, Reanz perlahan – lahan memulangkan semula beberapa tin makanan segera ke tempat lain.

“Abang... nak Rasya masak sphageti?” soal Rasya manja. Lengan Reanz dipaut. Kali ini Reanz mati kutu. Macam mana nak pulangkan barang lain kalau Rasya asyik memaut lengannya sepanjang masa?.

“Abang boleh masak semuanya sendiri kan... sayang lupa ya yang abang ni tukang masak?” reanz mengenyit mata. Kepala Rasya terlentok pula di bahunya. Tiba – tiba Rasya berhenti melangkah. Dia seolah – olah mencari sesuatu di dalam troli.

“Mana semua makanan Rasya?” muka comel itu mula mencuka. Reanz menggaru – garu kepalanya dan mengambil sedikit masa untuk menjawab soalan Rasya tadi. Dia menoleh kiri dan kanan sebelum memegang kedua belah bahu Rasya.

“Abang tak mahu Rasya makan benda bukan – bukan. Tak elokkan?. Nanti sakit” dagu Rasya dicubit sedikit. Cuba untuk memujuk isteri yang sudah pun kelihatan tanda – tanda rajuknya. Rasya diam dan terus menonong ke hadapan tanpa memandang Reanz di belakang. Jadi serba salah pula Reanz waktu itu. Di ambilnya semula makanan segera itu dan dimasukkan ke dalam troli. Rasya senyum.

“Hmmm.. kicap ni Rasya suka. Kita beli ya?” soal Rasya. Reanz mengangguk.  Rasya berjalan ke hadapan lagi. Kali ini tiba di tempat barangan penjagaan diri. Rasya sememangnya seorang yang sangat simple. Apa sahaja boleh dipakainya tidak seperti Reanz yang agak cerewet dengan setiap barangan yang dibelinya. Bagi Reanz kualiti itu lebih penting tetapi tidak pada Rasya. Dia memegang sebotol syampoo yang sedang dipromosi. Murah dan besar.

“kita beli yang ini. murahlah abang” bersungguh – sungguh Rasya memjuk Reanz. Kali ini Reanz rasa dia perlu bersuara. Syampoo yang dibelinya selama ini adalah syampoo yang mahal tetapi lihatlah kesan pada rambutnya. Reanz mengikutkan sahaja sedangkan di rumah masih banyak lagi syampoo .

Sewaktu rasya sedang membelek sudip di tempat peralatan dapur, Reanz tidak muncul – muncul sedangkan tadi dia di belakang rasya. Dengan tidak sedap hati, Rasya berpatah balik. Angin cemburunya datang apabila promoter barangan elektrik yang sangat cantik sedang menerangkan sesuatu kepada Reanz yang sedari tadi asyik tersenyum. Langkah kakinya yang semakin laju menghampiri Reanz membuatkan suaminya itu menyedari sesuatu. Dia dapat rasakan angin cemburu Rasya mengelilinginya.

“Jual cerek elektrik” kata Reanz ringkas. Tanpa banyak cakap, Rasya terus menarik tangan Reanz agar terus keluar dari situ. Tiada sepatah perkataan pun yang terbit dari bibir comel itu sehinggalah mereka masuk ke dalam kereta.

“Panas..... panas... ada orang cemburu” perli Reanz. Satu tamparan yang kuat hinggap ke lengannya.

“Pantang promoter cantik... berhenti sahaja” jelingan Rasya menambah rasa lucu di hati Reanz.

“Pantang nampak syampoo murah, nak beli sahaja” ejek Reanz pula. Tiada balasan. Reanz juga malas mahu bertekak. Kadang – kadang Rasya ni boleh tahan juga anginnya. Lebih baik dia diam. Mereka pulang ke rumah tanpa gelak tawa seperti selalu.

                                    *****************

Hati reanz sedikit tidak enak. Selalunya Rasya akan memeluknya setelah pulang membeli barang keperluan tetapi kali ini tidak. Rasya terus masuk ke dalam  bilik dan menyimpan beg tangannya di dalam almari. Reanz mendekatinya dan terus memeluk tubuh langsing itu dengan senyuman. Dia angkat sedikit tubuh Rasya dan di goyang kiri dan kanan. Rasya menhan tawa.

“Abang rasa tak nak lepaskan sayanglah” ujar Reanz.

“nak pujuklah tu”

“Ishhh... bukan pujuk tapi nak elakkn diri dari ditendang dari bilik masa tidur nanti” rajuk Reanz pula.

“Alalalala.... “ Rasya memusingkan tubuhnya agar menghadap Rean. Bibir Reanz disentuh dan matanya tertumpu di situ.

“Mana boleh tendang, berdosa” senyum Rasya pula.

“Kalau tak tendang....” soal Reanz. Rasya ketawa. Matanya sempat mengerling tingkap. Langsirnya tertutup.
“peluklah!!!!!” jerit Rasya dan terus memeluk Reanz dengan kuat. Dia ingat Reanz akan meronta – ronta untuk dilepaskan tetapi dia silap, Reanz lebih cepat mendukungnya ke atas katil.

“Belum mandi” dada Reanz ditolak manja.

“Tak payah...” Reanz angkat kening lebih dari dua tiga kali.

“Tapi....” Rasya menggigit bibirnya sambil mengenyit mata pula.

“Apa?.. terang?...kejap” Reanz bingkas bangun tetapi tangannya ditarik manja oleh Rasya. Kembang semangkuk hati Reanz waktu itu. Rasya membelai pipi Reanz yang berada di atasnya. Rambut suaminya juga dibelai lembut. Bibirnya mula mendekati telinga reanz...

Selepas bisikan itu...

Reanz ambil bantal dan ingin keluar dari bilik.

“Ala... janganlah merajuk. Dah tak boleh nak buat macam mana. Ala.... seminggu je.. abang!!!” Rasya gelak.

“Kejam! Dah tahu kenapa goda macam tu. Sudah! Abang nak tidur kat sofa. Bawa jiwa yang lara dan sepi ni...” Reanz betul – betul keluar dari bilik. Lebih sakit hatinya apabila terdengar tawa Rasya yang semakin galak...

Episode seterusnya....
Bila rasya pakai syampoo murah..


2 comments:

  1. Puteri yg Ayu : (Y) sukenya bc kisah romantik awakk...pndai awk menulis kisah begini ...teruja sy membacanya...hihihihi

    ReplyDelete
  2. Mona Airawanie : hehehehe rasya yg nakal....suke mengusik incek suaminya reanz... (Y) like it

    ReplyDelete