BAB 4
Terdiam
tanpa kata saat Akma berdiri di hadapannya dengan senyuman. Iman yang baru
sahaja selesai mengemas bilik Budi Irsyad keluar dan dia juga terpinga – pinga saat
semua pekerja di situ berdiri memandang wanita cantik itu dengan wajah yang
Iman tidak dapat tafsirkan.
Budi
Irsyad tertunduk seketika sebelum mendongak memandang wajah Akma yang masih
cantik seperti dahulu. Wajah itulah yang dirinduinya suatu ketika dahulu. Kasih
wanita itulah yang ditagihnya .....
Wajah
Izzat serta merta menguasai ruang mata dan ingatannya. Dahulu Izzat sering
bertanya tentang ibunya hinggalah soalan itu tertanam begitu sahaja. Bagi Izzat
Puan Jiha ibarat ibu dan Budi Irsyad itulah papanya dunia akhirat..tiada yang
lain.
“Sayang....”
perkataan pertama yang keluar itu sedikit menyedarkan Iman sesuatu yang sudah
mula di angankannya. Sedar diri!....itulah yang dia fikirkan. Hanya itu!. Iman
memadang Budi Irsyad yang masih belum mahu menjawab panggilan Akma.
“Sudah
pukul 4, saya pulang dulu Encik Budi” Iman mengangguk sedikit. Saat itu mata
mereka bertembung tanpa paksa. Entah mengapa Budi Irsyad seolah – olah mahu
mengatakan sesuatu dengan pandangan itu. Seolah – olah mahu Iman memahami
sesuatu.
“Akma
mahu lihat Izzat dan sayang.... kita kembali seperti dahulu?” langkahnya
semakin hampir sedangkan Iman masih belum mahu berganjak dari menghadap budi
Irsyad. Kelopak matanya masih belum mahu menunduk .
“Iman....”
lahir pula perkataan itu dari mulut Budi Irsyad.
“Sayang.....”
panggilan itu bagai batu yang dilontarkan ke arahnya agar berlalu pergi
menjauhi Budi Irsyad. Memang longlai langkahnya dan pada masa yang sama Iman
mula menyalahkan diri sendiri.
Sudah aku
katakan wahai hati.... mengapa kau menjerat aku sekejam ini!!!.. Iman keluar
tanpa menoleh lagi. Budi Irsyad pula perlahan – lahan berlalu masuk ke dalam
biliknya sambil diekori oleh Akma.
Hawa dan
Zarina mengeluh. Rasa cinta itu sememangnya terpancar pada wajah Iman cuma
kepastian cinta itu tidak dari pihak Budi. Iman berhak mencintai sesiapa sahaja
walaupun bukan dari haknya.....itu adalah hakikat! Namun begitu, hakikat itu
terlalu pahit untuk ditelan dan terlalu dalam untuk dia apungkan dengan rasa
cinta yang mula berputik. Bodohkah dia mencintai seseorang yang dia sendiri
tahu betapa padunya cinta silamnya. Bagai sakit yang ditambah duka..... itu
yang Iman rasakan. Dia tidak terus ke perhentian bas. Dengan air mata yang
berjuraian, itu tidak mungkin!. dia juga punya perasaan malu untuk mempamerkan
rasa resah dan dukanya di hadapan insan lain. Iman duduk sambil memeluk
lututnya di belakang bangunan pejabat.
Menaruh
perasaan... kesilapan itu sering dia lakukan. Sebagai manusia itu normal dan
bisa sahaja terjadi. Dadanya di sentuh.
Kenapa perlu
tanamkan rasa itu sedangkan aku tahu dari awal siapa Izzat dan Akma di hati
Budi Irsyad. Tiada satu huruf pun namaku di hatinya. Mengapa perlu yakini
sesuatu yang patutu aku jauhi?... Iman menundukkan wajahnya. Iman berdiri dan
mengesat air matanya. Masih merah tetapi dia harus pulang waktu itu juga. Kalau
ikutkan hati, sampai esok pun luka itu tak mampu disembunyikan. Iman menepuk
belakang seluarnya. Begnya disandang dan dengan mata yang terpejam dia cuba
mengumpul kekuatan untuk berjalan kerana langkah itu penting baginya......
langkah untuk meyedari siapa dirinya. Matanya dibuka.
“Encik
Budi!” memang Iman sangat terkejut. Terlepas beg yang baru disandangnya. Budi
Irsyad menarik nafas dalam – dalam sebelum mendekati Iman.
“Iman
dapat rasakan kesakitan itu?” soal Budi Irsyad. Telus!.
Iman
terdiam tanpa kata. Hanya anggukan lemah.
“Saya
juga” jawab Budi Irsyad.
Iman
mendongak. Kejutan itu hampir melemahkan segala sendinya. Mengapa harus dia
terluka sedangkan kekasih hatinya sudah pulang ke pangkuannya?. Iman bermonolog
sendiri.
“Dulu...memang
kepulangannya saya harapkan malah sehingga semalam rasa rindu itu masih kuat
tetapi entah mengapa saat dia dan Iman berdiri di hadapan saya, rasa sayu itu
lebih kepada awak, Iman. Saya seolah – olah tidak sanggup melihat air mata awak
jatuh saat dia dan saya semakin hampir. Saya dapat rasakan kesakitan itu....
kesakitan awak”
“Kesakitan
saya?” Iman masih terpaku di situ.
“Saya
bukanlah bodoh tak tahu perasaan itu. Maafkan saya” Budi menghampiri Iman. Beg Iman
di ambilnya.
“Saya
perlu sedar diri” Iman semakin tidak sanggup menentang mata itu.
“ya...
sedar diri”
Mendengar
sahaja kata – kata Budi Irsyad, Iman pantas mendongak. Budi Irsyad senyum.
“Sedar
bahawa Nurul Iman sudah menepis Akma hilang dari hati tanpa saya sedari” Budi Irsyad menyentuh pipi Iman. Saat itu air
mata Iman sudah mengalir. Lepas dan bebas tanpa sedu dan sakit.
“Setelah
awak tepis dia, perlulah awak isikan nama nurul Iman itu sepenuhnya di jiwa dan
cinta saya.... ya?” air mata Iman dikesat perlahan dengan jari jemarinya.
Iman
senyum.
Budi
Irsyad.... hanya sebulan dua dia mengenali lelaki itu tetapi entah mengapa rasa
cinta itu mudah hadir. Mata Budi Irsyad bagai punya pesona yang membuatkan
lututnya lemah dan longgar hingga tak bisa untuknya bergerak. Saat Budi Irsyad
melintasinya sewaktu di pejabat, haruman yang dipakai Budi Irsyad itu bagai
vitamin untuk Iman terus bekerja dengan penuh senyuman di situ.
Best.
ReplyDeleteterima kasih baby mio!!!
Delete<3
Mona Airawanie : Iman dpt rasakan kesakitan itu....sy sebak.Ayat itu biasa shaja bila dimasukkan dlm situasi iman dan budi...sy pun dpt rasa kesakitan iman dan budi... tahniah penulis karya anda hidup dan masuk ke jiwa.....teruskan.Tak sesia anda dicabar kwn anda....tnpa cbranya anda tidak tahu anda mampu menulis kisah sebegini...
ReplyDeleteterima kasih mona..
ReplyDeleteya.. saya amat berterima kasih pada nurr bayu sbb tanpa disuruh dia mencabar saya... heheheh memang tu... nak kena cubit! cubit2 manja je..
terima kasih sekali lagi ya mona...:) <3 selalu..