Tuesday, 4 June 2013

KASIH TUNGGANG CINTA TERBALIK(ktct)-bab 8

BAB 8


BERCUTI!!!!!.

Tersengih – sengih Azan memandang Hani yang sedang membetulkan kolar bajunya. Sudu teh di kacau perlahan – lahan. Mata yang hanya tertumpu ke satu arah itu membuatkan Hani sedikit rimas.

“Apa?” soal Hani. Azan menggeleng tetapi matanya mengecil sedikit. Dia mula menghadiahkan senyuman buat Hani. Konon – kononnya manis seperti gula tteapi sebenarnya pelik pada pandangan mata Hani.

Ini mesti kes nak jadi Abang Zahar lagi ni... teka Hani. Dia mula mahu bermain permainan yang Azan tidak menyedarinya. Hani menongkat dagu. Dia pula merenung Azan dengan renungan lembut. Sesekali dia menggigit hujung bibirnya dengan lirikan manja. Azan mula gelisah. Dah lah sejuk kat Bukit Fraser ni, main gigit – gigit bibir pula!. Azan membetulkan duduknya.

“Kenapa?” soal Azan pula. Hani gelak manja kadang kala dia mula menggunakan gerak tubuhnya untuk membuatkan Azan gelisah. Suka pula dia apabila melihat Azan tidak tentu hala seperti itu.

“Hei... dahlahhhhhhh.. jangan buat aku macam ni” jeling Azan. Terus berderai tawa Hani. Dia bangun dan terus keluar dari restoran. Azan yang sudah pun membayar bil terus menghampiri Hani.

“Sepatutnya dua bulan lagi kita kahwin kan?” soal Azan.


“Ya!. Tapi kau punya pasallah kena tangguh. Belajar luar negara... menggatal kahwin dengan perempuan lain. Konon – konon penyelamat wasiat. Kau beritahu aku, betul kau tak sentuh dia?” soal Hani.

“Mestilah sentuh” sengih Azan.

Tanpa banyak soal Hani terus turun ke bawah. Dia membuka pintu kereta Azan dengan kuat. Macam nak tercabut pun ada. Azan tidak mahu memujuk. Biarkan sahaja hani begitu sebab dia masak benar dengan sikap Hani yang memang terlalu mengharap untuk di pujuk.  Sampai sahaja di lobi hotel, Azan mencuit bahu Hani.

“Pandanglah...” bisik Azan. Hani mencebik. Sengaja dia membelek – belek jam tangan pemberian Azan bertahun yang lepas. Siapa yang tak sakit hati kalau tunang sendiri dengan selamba mengaku sesuatu yang dia tidak mahu dengar.

“Aku sentuh tangan je. Itupun masa nak batal air sembahyang”

“Lelaki!. Kalau ikan depan mata takkan tak makan” jeling hani lagi.

“Aku tak makan ikan ..aku makan ayam” sengih Azan seraya menarik tangan Hani dengan lembut. Dia sendiri macam tidak percaya Hani kini lebih lembut hatinya berbanding dulu.

“Ala.... janganlah marah aku yang lemah ni” makin menjadi – jadi usikannya. Hani ketawa. Lemah apanya?. Bukannya pondan!.

“Malam ni kita makan candle light dinner ok?” cadang Azan dan hanya dijawab dengan gelengan kepala oleh hani.

“Tak nak makan candle light dinner. Nak makan kenduri kahwin kat kampung yang kita tengok tu” Hani seperti memujuk. Tangan Azan dipicit –picitnya.

“Gila! Orang tak jemput mana boleh pergi?” berkerut dahi Azan. Dah mulalah datang gilanya si Hani ni!.

“Minta sahaja lah. Boleh apa?”

“Tak malu! Nak kata apa?. Pakcik, saya nak makan kat kenduri pakcik boleh?.. macam tu?” Azan menggaru – garu kepalanya.

“Kata sanggup buat apa sahaja untuk aku yang cantik ni” Hani tersengih lagi.

“Bila masa pula aku kata macam tu?”Azan mencubit pipi Hani sedikit. Itulah Hani, sanggup buat apa sahaja!.

“tengoklah dulu. Aku nak naik solat dulu” Azan terus meninggalkan Hani yang ketawa panjang di situ. Dia tidak tahu yang memang Hani dijemput ke majlis kenduri kahwin itu. Rakan sekerjanya dahulu, Fatty akan melangsungkan pernikahannya bersama teman baiknya sendiri pada malam itu.

                                 **************

“Ala... kau cakap je dengan papa atan. Tolonglah anak angkat kesayangan dia ni” gelak Hani di hujung talian. Sebaik sahaja Azan menghampirinya, telefon terus dimatikan taliannya.

“Telefon siapa?” soal Azan.  Sesekali dia membetulkan rambutnya agar lebih kemas.

“Jom makan kenduri tu” masih merengek seperti siang tadi. Azan menepuk dahinya sendiri. Itu lagi!!!!...

Naik malu sebenarnya apabila masuk ke kawasan rumah orang yang tidak dikenali. Semua mata memandang ke arah mereka berdua. Hani berjalan selamba dengan beg tangan di genggamannya.

“Kau tengok. Tak ada siapa kenal kita” bisik Azan. Hani tidak menjawab sebaliknya terus mendapatkan Encik Atan, ayah kepada Fatty yang dari awal lagi sudah buat muka ketat.

“kau cakaplah” Hani mencubit lengan Azan.

“Errr..er.... kami nak makan” kata Azan sambil tersengih. Nasiblah!.. kalau kena hambat, lari sajalah... Azan mula nekad.

“Ingat kedai makan nak minta makan – makan segala ni” kening Encik Atan yang bercantum itu membuatkan hati Azan tidak keruan.

“Ala... saya bayar pakcik”

“Tak mahu! Duit kau tak laku” jeling Encik Atan. Hani cuba mengawal bibirnya. Wajah Azan yang sedikit pucat itu meyakinkan Hani yang helahnya berjaya. Dia ke hadapan sedikit.

“Papa Atan sihat?” soal Hani sambil bersalaman den Encik Atan. Kepala hani digosok perlahan.

“Dah lama anak papa tak datang sini” gelak Encik Atan dan tawa mereka berdua mula membuatkan muka Azan merah padam. Dia kenakan aku rupanya..... Azan menggetap bibir.
                                       **************

Dia dan Hani bersalaman dengan keluarga mempelai sebelum pulang dengan berkat yang diberikan oleh Encik Atan.

Azan membisu sepanjang perjalanan pulang. Kasihan pula hani melihat Azan yang kelihatan bengang dengan usikannya tadi. Kereta diberhentikan. Hani memandang Azan yang mula memandangnya dengan wajah yang dia sendiri tidak pasti. Tali pinggang keledarnya dibuka. Hani juga begitu.

“Kau memang nak kena” kata Azan.

“Apa pula” Hani tersengih – sengih. Dia cepat – ceat keluar dari kereta. Azan tidak mengambil masa yang lama untuk membiarkan Hani yang sudah pun terkekeh – kekeh berlari. Azan  tidak peduli, kali ini paling kurang se das dua dia perlu meluku  Hani seperti dahulu.

“Jangan  luku kepala aku!!!!!!” jerit hani. Kakinya berlari laju. Beberapa orang di kawasan kampung itu terkejut melihat adegan berlari  penuh kemesraan antara Hani dan Azan. Hani bukanlah sehebat dahulu. Dia tidak mampu berlari pecut seperti di sekolah. Azan juga sedikit terlajak dan dia sempat memaut pinggang Hani hinggalah mereka berdua terjatuh di dalam semak samun.


“Sakit pinggang aku lah!!!!” marah Hani. Dia cuba bangun tetapi kain baju kurungnya tersangkut pada duri pohon menjalar. Azan terpaksa membantunya sambil ketawa lucu. Hani cuba bangun tetapi Azan sengaja menariknya ke tepi dan mahu pergi dahulu. Dia ketawa sambil menjelirkan lidahnya kepada Hani yang sudah pun pucat wajahnya. Azan berpaling dan ingin berlari masuk ke dalam kereta tetapi..

“Assalamualaikum” ucapan salam oleh seorang lelaki berjubah dan beberapa orang lelaki yang berkepiah membuatkan jantung Azan hampir jatuh. Dia tahu apa yang bakal menimpanya...

                      ********************************

“Ini bukannya KL nak berpoya – poya dan buat maksiat dalam semak” tegas pak Imam yang baru sahaja pulang dari kenduri rumah Encik Atan.

“Dia lari.. jadi saya kejar” kata Azan. Sesekali dia meraba tengkuknya sendiri. Hani menangis. Kalaulah ayahnya tahu.....

“kenapa kejar?. Nak jadi Shashi kapoor?’ soal mereka yang lain. Azan menoleh ke belakang dan menggerakkan keningnya sewaktu memandang Hani.

“Dia ni sakit gila meroyan. Saya nak bawa dia datang berubat di sini. Dia ni bekas janda saya” ujar Azan bersungguh – sungguh.

“Apa?!!!!!” jerit Hani. Dia terus bangun mendapatkan Azan. Suasana balai raya kampung itu sedikit kecoh.

“Kau memang buat aku sakit hati!!! Baru je aku nak baik dengan kau .. kau kata aku gila meroyan!!!... bila masa aku kahwin dengan kau” bahu  Azan digoncang beberapa kali. Pak Imam menepuk bahu Azan.

“Pakcik tak ada degree tapi tanpa degree pakcik tahu orang tu tipu atau tidak” sengih Pak Imam. Azan terduduk sambil memandang wajah Hani yang sudah berubah seperti singa.

“Apalagi..... panggil mak bapa kamu... nikah saja tak pun bayar denda tapi kalau dah mesra macam ni baik kahwin saja” arah salah seorang yang lain.

Hani terus terjelepok ke lantai.......


4 comments:

  1. endbie : (Y)

    ReplyDelete
  2. hehehe...gila senget azan ngan hani ni...tp xpe...yg penting suka, suka,suka....sayang lebihlah kt kak izah....

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. buleh..... akan akk buat tak lama lagi... kiki.. tenkiu tau sudi baca :) <3

      Delete