Monday 1 July 2013

DARI KERANA AINUN - bab 11

BAB 11

Telekung dipeluk sambil matanya memandang Ahmad yang baru sahaja solat sunat. Senyuman mereka bertembung dan mata mula menjadi malu. Hari pertama mereka berdua tinggal  di rumah sendiri.Ahmad berdiri dan mengambil kain telekung dari tangan Rat. Kain berwarna biru itu di buka dan di bawa ke bawah kaki Rat.

“Abang buat apa?”

“Masukkan kaki sayang.... kejap lagi nak jemaah” senyum Ahmad. Kali ini telekung juga disarung ke tubuh  Rat. Tali pengikat bahagian kepala di bawa ke belakang. Isterinya sudah lengkap untuk menjadi makmumnya pada hari itu.

“Niat makmum ya sayang” senyum Ahmad.

Belum pun sempat dia memulakan solat berjemaah, Ahmad menoleh semula. Memandang wajah rat yang berseri.

“Sayang dah....” Ahmad mengangkat keningnya.

Rat hanya menunggu.

“Sayang dah mandi wajib?” soal Ahmad. Mulut Rat terlopong. Terus mulut comel itu ditekup dengan telapak tangannya.

“Lupa!!!” Rat menepuk pula dahinya yang lepak itu. Ahmad tersenyum. Dia menghampiri Rat yang masih belum bertindak apa – apa.

“Kalau tak mandi wajib, macam mana nak solat?” soal Ahmad lagi.

“abanglah ni....” jeling Rat. Ahmad ketawa.

“Eh... bukan abang ye..” Ahmad  mengenyit matanya.

“Tak apalah. Abang solat dulu. Isyak nanti kita berjemaah. Sayang pergi mandi wajib dulu ya” pujuk Ahmad dan kata – kata Ahmad dituruti dengan anggukan oleh Rat.

Sebaik sahaja Rat selesai solat, Ahmad datang menghampirinya dengan Al-Quran dan rehal di dalam pelukannya.

“Kita belajar mengaji ya sayang” pujuk Ahmad.

“kena ke?. Esok – esoklah. Abang... Rat dah memang pandai baca Quran lah” Rat menarik – narik manja baju Ahmad.

“Hmmm...baca macam keretapi. Hukum tajwid terbang entah ke mana” senyum Ahmad.

“Besoklah....” rayu Rat. Ahmad teringat akan pesanan walid. Rat tidak akan mungkin menjadi muslimah sejati dengan paksaan tetapi dia mampu menjadi isteri dan muslimah sejati dengan tunjuk ajar, kelembutan dan tolak ansur.

“betul esok?” soal Ahmad. Rat mengangguk berkali – kali.

“Abang...” panggil Rat pula. Dia mula senyum manis. Ahmad gelak besar dan kemudiannya buat tidak faham. Disimpannya Al Quran dan terus turun ke bawah untuk minum air. Rat memeluk Ahmad dari belakang.

“Boleh tak?” gelak Rat malu . Ahmad mengenakan Rat semula.

“Besoklah!”

Pelukannya dilepaskan. Muncung Rat panjang sehingga tawa Ahmad pecah ketika itu juga.

“Eh... mengaji esok juga kan..... yang itu pun esoklah” duga Ahmad.

“Itu apa?” Rat mengerutkan keningnya.

“Buat – buat tak tahu pula....”

“Ye la... takkan nak makan pizza pun tunggu esok gak?” rungut Rat. Muka Ahmad berubah. Malu betul dia waktu itu...... walaupun rat tidak tahu apa – apa. Padan muka! Sekarang dia dan Rat dua kali lima sahaja...


                                               ******************


Ahmad terus menuju ke rumah Encik Adib dengan penuh persoalan di kepalanya. Mengapa ayah mertuanya sedikit cemas sewaktu menghubunginya sebentar tadi. Dia yang baru sahaja pulang dari mengajar tidak sempat untuk menyalin pakaian lagi.

Sampai sahaja di rumh Encik Adib, Ahmad memandang kereta Rat yang diparkir diluar rumah. Ahmad senyum. dia tahu Rat ke situ kerana isteri penggodanya itu akan memberitahunya apabila mahu keluar rumah.

“Kenapa umi?” soal Ahmad. Umi gelak dan Umairah terus bangun untuk membancuh air buat Ahmad. Tidak lama kemudian Encik Adib turun ke bawah dengan muka yang merah padam. Bukan sedih tetapi kerana menahan ketawa. Encik Adib menepuk bahu Ahmad sewaktu menatunya itu menicum tangannya.

“Tengok bola malam tadi?. Real Madrid menang berapa gol?’ soal encik Adib.

“Dua gol, ayah” senyum Ahmad.

“Gol kamu kat atas tu dah tak mahu masuk jaring” sengih Encik Adib.

“Kenapa dengan Ainun?” soal Ahmad.

Umi dan Encik Adib tersenyum sendiri.

“Pandai walid kamu ajar anak ayah. Berkesan sampai dia ingat semuanya”

Ahmad masih menunggu kata – kata selanjutnya.

“Dia menagis datang sini sebab katanya kamu pisahkan tempat tidur. Dia kata kalau suami tidak larat menegur isterinya yang salah, cara kedua adalah memisahkan tempat tidur” gelak Encik Adib. Ternganga Ahmad mendengarnya. Terus badannya tersandar ke belakang. Umairah menghulurkan sirap limau ais ke tangan adik iparnya. Setelah meneguk air yang sejuk itu Ahmad memandang Encik Adib dan pecah pula tawanya saat itu.

“Ahmad tengok bola ayah” terang Ahmad.

“Ya... ayah tahu. Dalam pandai si rat tu ada juga lurusnya” Encik Adib menggeleng kepala.

“Kamu pergi tengok... sampai bengkak – bengkak mata” suruh Encik Adib.

Ahmad mengetuk pintu bilik Rat yang tidak berkunci. Bibirnya tidak dapat menahan daripada tersenyum melihat Rat yang sedang meniarap dengan tangisan yang mampu di dengari dengan jelas. Ahmad duduk di atas katil dan menggosok belakang badan Rat.

“Rat buat apa sampai abang pisahkan tempat tidur?. Takkan sebab Rat terlubangkan baju abang pun abang dah tak nak tidur dengan Rat lagi?” membenamkan wajahnya ke bantal.

“Ainun lubangkan baju abang?” Ahmad menyoal kembali.

“Ya. Baju baru beli tu. Mana Rat tahu yang seterika sepanas itu”

“Alahai intan payung abang ni.... meh sini” Ahmad mengangkat tubuh Rat supaya duduk menghadapnya. Dikesatnya air mata Rat.

“Abang penat semalam. Kan ada sukan siangnya. Habis sahaja bola tu abang ingat nak naik atas tapi dah tak larat sangat. Itu yang abang tidur di sofa” pipi Rat dielus lembut.

“Tapi walid kata...”

“Cuba berfikir dahulu sebelum bertindak. Walid tidak menjelaskan situasi seperti kita kan? Walid kata tentang isteri yang derhaka pada suaminya. Derhakakah Ainun abang ni, kalau setiap masa membahagiakan suaminya ini?” soal Ahmad.

“Abang tak marah Rat?”

“Tak, sayang.....”

Rat terus memeluk tubuh Ahmad sehingga suaminya itu turut terjatuh ke belakang.

“ganasnya!!!” Ahmad gelak. Rat bangun semula. Dia mengesat air matanya dan memimpin tangan Ahmad keluar.

“Ayah!!! Rat balik rumah ya?. Bye Umi, ayah, kakak!!” Rat melambaikan tangannya. Ahmad mematikan langkahnya dan Rat berpaling memandang suaminya.

Ahmad mendekati rat dan berbisik lembut.

“Macam tu cara cakap dengan umi dan ayah ya sayang?. Tak molek langsung. Bye tu buang. Pergi salam, cium tangan, peluk umi dan kak Umairah kemudian bagi salam” arah Ahmad.

Rat sengih dan terus mendapatkan Encik Adib . di hulurkan tangannya dan tangan Encik Adib dicium. Dia menurut apa yang telah di ajar oleh Ahmad.

“Tak salah pilih menantu” kata Umi kepada Encik Adib sewaktu mendengar deruman enjin kereta  semakin menjauhi rumah mereka.Encik Adib memandang wajah Umi dan air matanya bergenang..


  Sampai sahaja mereka di rumah Rat terus memeluk Ahmad dari belakang. Ahmad senyum manis. Jari jemari Rat yang sedang erat mendakapnya itu digosok dengan lembut.

“Abang tak laratlah sayang......malam ya?” pujuk Ahmad,. Terus pelukan itu dileraikan. Muka Rat berubah., dia terus bergerak dan berhadapan dengan Ahmad.

“Abang ni ingat Rat nak itu ke?. Rat ni perempuan tau. Saja nak manja – manja tapi suami kata begitu. Rat pun tak boleh lah” monyok Rat.

“Apanya?... abang kata nak keluar makan malam”

“Tipu” jeling Rat.

“Ya... ingat apa?. Eeee... perasannya! Hahahhahaa.. tak malu” gelak Ahhmad.

“Ya,.... kalau sbb makan malam, kenapa abang kata ‘malam nantilah sayang’? mata Rat merenung tepat ke dalam anak mata Ahmad.

“Errr..eh,... itu.... itu..” Ahmad menggaru – garu kepalany. Akhirnya dia ketawa dan terus berlari naik ke atas.


“Abang mengada!!!!!” jerit Rat dan kedengaran tawa Ahmad sahaja dari tingkat atas.

1 comment: